Wednesday 17 December 2014

FIVE STAR Young Leaders in Public Services Workshop

Perasmian FIVE STAR Young Leaders in Public Services Workshop

An inspiring keynote speech by YBhg Dato' Dr Ismail B Alias - Fellow ILIM

Nota: (mohon maaf atas kekaburan & ketidakcomelan tulisan)





POWER TALK 1:

Oleh YBhg Dato' Hj Abd Malek bin Awang Kechil - Presiden YAPEIM

Thursday 27 November 2014

Bicara Nurani - Ustaz Zulramli @ Ekspo Buku Islam Bhg 1

NURANI | Imam Ahmad mempersiapkan fizikalnya untuk mencari kayu api di hutan. Walau punya perniagaan sendiri, namun hasil jualan kayu api itulah dikhususkannya untuk membeli dakwat. Dan dengan dakwat itulah beliau menulis karya-karyanya yang hebat! Walaupun telah 1400 tahun kitab itu ditulis, isi kandungnya masih segar & kekal harum aromanya. Manfaatnya sentiasa hidup kerana RUH Imam Ahmad terserap di setiap helaian kitab .

Itulah nilai & kekuatan hakiki. Fizikal hanya mewakili 10% manakala selebihnya terletak pada Rohani!

(Kini, dakwat & mesin taip tiada lagi di sisi. Cukup canggih dengan segala jenis gajet & pc. Tapi kebanyakkan kita gagal hasilkan karya yang berkualiti. Mungkin kerana Ruh yang semakin kosong dalam diri?! )

Bhg 1 - Ustaz ZulramliMrazali @ Ekspo Buku Islam 9 Nov 2014 Putrajaya

Tuesday 18 November 2014

Bicara Hijrah (Jawi & Aadk) bersama Ustaz Hanafi

Perkongsian Bicara ‪#‎Hijrah1436H‬

"Semua orang boleh dan mampu berubah. Hidup ini sekejap. Menjadi kaya, menjadi cantik, menjadi 'taiko' "abg long" semuanya sebentar sahaja. Tetapi mati dan hidup dalam kubur itu lama tempohnya. Di neraka, percayalah tiada yang dapat menahan azab seksanya. Masa terasa lambat. Malah akan memohon pada Allah untuk dimatikan sedang tiada lagi kematian di dalamnya. 

Islamic Book Expo with Ustaz Zulramli

Letih & Panas.

Alhamdulillah kedua-duanya hilang sebaik menyantap 'hidangan rohani tengah hari' dari
Alfadhil Ustaz Zulramli Mrazali Mrazali selain berjaya 'memancing' beberapa naskhah idaman sebentar tadi....


Seperti biasa, setiap kata Ustaz berjaya menjentik minda, menggetar rasa hingga terkadang tanpa sedar mengalirkan air mata setiap yang mendengar....

Sedikit perkongsiannya di sini.

Program Anjuran Sinergi Ilmu — at Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Lagi gambari di Album @ Fb 

Seminar Suami Isteri - Jawi Putrajaya

"Apa hei nangis ni Bedah? Takpe...masalah kecik je tu..nanti abang setelkan...."

BUKANNYA

"Pasal tu pun nak nangis??! Ngape teruk beno awak ni.....!"

√ Kahwin itu Sunnah bertujuan:-

1. Menerbitkan Sakeenah, bukannya menjadikan kita resah-gelisah.
 

2. Menjadikan hidup lebih bermatlamat  
Jika sebelum kahwin boros, lepas kahwin sepatutnya ekonomi lebih stabil.
 

3. Menjadikan diri lebih matang 
Tidak lagi kebudak-budakan.

 √ Isteri kalau nak dapat pahala,
Allah beri suami. Begitu juga sebaliknya.

Maka carilah sebanyak2nya pahala melalui mereka, bukan mengumpul dosa....

Alfadhil UKE

Amalan Yang Disukai Rasulullah SAW: HARI JUMAAT

Amalan Yang Disukai Rasulullah SAW: HARI JUMAAT
=========================================
Membaca Surah As-Sajdah dan Al-Insan
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Surah as-Sajdah adalah surah ke-32 dan surah a-Insan adalah surah ke-76 dalam turutan al-Quran. Rasulullah saw biasa membaca kedua-dua surah ini dalam Solat Subuh pada hari Jumaat. Sepertimana yang disebut dalam hadis sahih riwayat Imam al-Bukhari dan Musli:




Nadi al-Baghdadi & Me

Sekadar Perkongsian.

Saya pasti setiap kita berkongsi satu tujuan yang sama setelah mengambil keputusan memasukkan anak-anak ke sekolah yang ada silibus Tahfiz. Saya memilih www.sriti.com.my Salah satunya agar mereka mampu menghafaz ayat-ayat suci al-Quran selain dapat istiqamah solat jemaah dll. Maka bersungguhlah kita pastikan anak2 tasmi' hafazannya saban hari. Ia bukan kerja mudah. Akhirnya saya merasakan, 'dari aku dok susah payah suruh anak hafaz, apa kata aku pun hafaz sama.' Bila maknya beriya2, anak2 pasti akan turut serta. Alhamdulillah, dipertemukan dengan kaedah hafazan yang sangat menarik. Kelasnya pula dekat dengan rumah. Saya kira ini pentunjuk Allah menjawab lintasan niat saya itu. Jika diabaikan, alangkah tidak bersyukurnya saya. Keluarga juga sangat menyokong, alhamdulillah.


Monday 17 November 2014

Modal Masa - Ustazah Norhafizah Musa (Muhasabah melalui 2 kisah)

Mohon luangkan sedikit masa membaca 2 kisah ini....
Kisah 1: Di dalam kereta....
----------
UNM: Kak Long...ummi dah lama nak tanya ni. Kak Long jawab betul-betul ya. Apa pandangan Kak Long pada abi dan umi?

K.Long: Eh umi dengan abi OK la...takde apalah.

UNM: (Dalam hati mula berdebar bila dengar 'OK'). Tak takpe, bagi tau je...umi sedia nak dengar. Tolonglah muhasabah ummi dan abi ni...sejujur Kak Long.

K.Long: Betul umi nak tahu ni? Okla...sejujurnya ni apa yang Kak Long & adik-adik rasa. Setiap kali tengok ummi dan abi balik rumah, nampak sibuk sangat, banyak betul kerja. Kadang-kadang kami rasa, kami ni menyusahkan umi dan abi ke? Macam ganggu kerja ummi dan abi je..

Tuesday 21 October 2014

Isu Kak Maria Keri

Baiklah. Tinggalkan isu pertama - anjing. JAKIM pun dah bersuara.

Kita ke isu yang kedua - Konsert Mariah Carey pula. Tiket dijual dari RM680 - RM120. Mahal. Tetapi katanya ia laris seperti pisang panas.
Sold out.

Seperti ada persamaan. Dalam isu 1 & 2, pasti akan ada ayat:-
"Jakim/ Jawi..agensi agama lain tak buat kerja ke?"

Hukum Pegang Anjing (Kontroversi Isu Semasa)

Saya kira ini perlu dan sangat relevan untuk dikongsi hari ini.

Hukum Pegang Anjing
------------------------------
Mengikut pandangan Mazhab Shafie, binatang anjing adalah termasuk
dalam kategori najis mughallazah - Jika terpegang dalam keadaan basah & perlu disamak dengan air mutlak 7 kali dan sekali dengan air bercampur tanah. Jika terpegang dalam keadaan kering maka tidaklah menjadi najis.


~ Pegang saja-saja
Menyentuh atau memegang anjing tidaklah berdosa atau menyalahi hukum Islam. Pun begitu, ini tidak boleh menjadi lesen untuk sengaja memegangnya tanpa sebab.

Seminar Untukmu Wanita: Cantik di Mata, Dekat di Hati

Perkongsian Forum 1
‪#‎Seminaruntukmuwanita‬ ‪#‎Galeriilmu‬
"Cantik di Mata, Cantik di Hati'


"Hebatnya orang perempuan, walaupun tak pi solat Jumaat, dapat pahala sama macam orang laki2 dapat hanya duduk masak untuk suami di rumah.
Jika kita jaga hak Allah, pasti Dia akan mengangkat martabat! " UKE

Forum Perdana 16 Okt 2014 @ Kem Sg Besi: "Keluarga Tonggak Kecemerlangan Ummah"

"Eh boleh ke aku buat....
Ye ke kau boleh jadi macam tu?
Mustahil ....Memang tak boleh ni"

Kita banyak berbincang tentang kemampuan kita, manusia....
Tetapi kita sering lupa tentang kemampuan Pencipta, Allah Taala!'



Kesimpulan dari forum:

~ Ilmu, Iman dan Amal - asas pembentukan keluarga cemerlang 

~ Tujuan Perkahwinan
Menurut Imam Ghazali, salah satu tujuan perkahwinan adalah untuk mendapat zuriat. Kenapa?
1. Perintah dari Allah
2. Sunnah Nabi
3. Mendapat anak soleh 
4. Anak dapat memberi syafaat kepada ibu bapa (jika meninggal sebelum baligh)

Monday 13 October 2014

WACANA SEMASA ILMUWAN WANITA ISLAM 2014

Album @ FB

Album 1

Album 2

Berita JAWI

Haji Mabrur & Istiqamah - Susahkah?


Kita sering bertanya:
"Bagaimana untuk istiqamah?"

Bagaimana kita boleh bertanya soalan itu sedangkan setiap hari, kita istiqamah untuk:
√ tidur 7-8 jam sehari
√ makan 3-4 kali sehari
√ punch card setiap pagi waktu bekerja


MasyaAllah...
Tidak malukah kita pada Allah??

Islam agamaku Robby @ IKIM

Islam agamaku |

√ Untuk berdakwah dengan golongan 'yet to be muslim' --> tonjolkan kehebatan Islam, elakkan bercakap tentang hukum 'haza haram wa haza halal' ..
Cth: Ibadah Korban - Islam satu-satunya agama yang masih meneruskan ibadah para Nabi...ia tidak ada di dalam agama lain. Inilah hebatnya Islam!

√ Islam membawa saya lebih dekat & akrab dengan keluarga berbanding ketika saya anuti agama lama saya dahulu. Walaupun 8 tahun saya ditolak, mereka akhirnya menerima saya. Jika dahulu hanya saya seorang yang Islam, kini 9 ahli keluarga saya kembali ke agama fitrah ini..alhamdulillah.

√ Kemanisan melafaz syahadah di awal pengislaman saya dahulu amat dirasakan kerana kalimah itu membawa saya ke rumah Allah - masjid - selama setahun...
Bagaimana pula kita?
 
Robby Zaid Bin Tandang
@ Ikim.fm 91.5mhz 8 Oktober 2014

Zuhud atau Malas


1. Hadis Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Kalau kamu bertawakal kepada Allah sebagaimana Dia memberi rezeki kepada burung yang berangkat pada pagi hari dengan perut kosong dan kembali ke sarangnya pada petang hari dengan perut kenyang" (Riwayat at-Tirmizi)

Huraian Hadis:
Seekor burung mendapat makanan bukan dengan berdiam diri tetapi selepas berusaha iaitu dengan keluar dari sarangnya dan terbang ke sana ke mari dari pagi hingga petang. Maksudnya, tawakal itu datang SELEPAS BERUSAHA. Bukan tawakal namanya jika sekadar duduk menunggu rezeki jatuh dari langit. Itu pemalas!

Guru Ajari Aku Dikir Zikir 111014

"Guru Ajari Aku" I Apa yang penting?

√. Niat belajar ilmu
√. Kenal kehebatan ilmu
√. Garis panduan Imam alGhazali:-
 

Bicara Zulhijjah: Bersamamu Di Firdaus Prof MKI



Antara yang dikongsi Prof dalam Bicara Zulhijjah: Bersamamu Di Firdaus tadi sebagai amalan yang boleh kita perbaiki bersama:-

1. Solat jemaah di masjid (terutamanya lelaki)
- Suami mengejutkan isteri bermula Subuh (bukan sebaliknya)
- Ayah mengejutkan anak-anak untuk solat Subuh di masjid tanpa memikirkan yang anak akan mengantuk di sekolah nanti
- Tidak merokok atau membawa rokok ketika bersolat
(membawa benda haram di dalam solat & terlibat dengannya di luar solat, bimbang ia penghalang doa kita)


Suasana Kubur

√ Zainab Bt Rasulullah saw di dalam kubur, Allah takdirkan dihimpit dengan hanya SATU himpitan. Sa'ad b Mu'az sahabat Nabi, jenazahnya disolat oleh 70,000 malaikat juga dihimpit dengan satu himpitan.

Bagaimana pula takdir kita?

√ 6 anak Nabi kesemuanya meninggal ketika Nabi masih hidup! Hanya Fatimah bt Rasulullah meninggal dunia selepas kewafatan Nabi iaitu ketika umurnya 29tahun.
Allahuakbar!
Hebatnya Allah menguji kekasihNya ...

Ustaz Badlishah - Alhijrah 180914


CINTA di Rumah Hasan Al-Banna I

Kemahiran Keibubapaan
----------------------------------
Ciri 1 : TIDAK ADA SUARA KERAS di Rumah Kami
Sikap ini semakin hilang daripada kebanyakan ayah (dan ibu juga rasanya). Bahkan tidak sedikit da'ie yang kurang memberi perhatian terhadap perkembangan anak-anaknya dengan alasan sibuk berdakwah di luar rumah. Lalu pulang mendapati anak telah nyenyak tidur. Sedikit sekali bekal yang cukup bermanfaat untuk anak2. Tetapi tidak kepada Hasan al-Banna.


22 Ogos 2014 - Hari Berkabung Malaysia

Posting 22 Ogos 2014 -
Hari Berkabung Malaysia bersempena kepulangan jenazah Kump.1 MH17

Apa yang akan kita bawa ke dalam liang sempit & gelap ini? Bersediakah kita bertemu Ilahi??


{ Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah,atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." }
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya)

Nota Syukur di dalam Kotak Syukur


Setiap hari, pastikan kita bersyukur kepada Allah s.w.t. Bagaimana caranya?

1. Sediakan sebuah kotak bersaiz sederhana.

2. Tuliskan NIKMAT paling besar yang kita peroleh pada hari itu di atas
sehelai kertas.

3. Lipat kertas itu dan masukkan ke dalam kotak yang disediakan sambil mengucapkan lafaz HAMDALAH atas nikmat yang diberikan oleh Allah.
Contoh: "Alhamdulillah, hari ini Allah permudahkan urusanku sehingga aku dapat menyiapkan laporan ini tepat pada masanya"

3 Peringkat Makan - Ustaz Muhadir Joll Azzikraa 12082014

3 peringkat makan:
~~~~~~~~~~~~~~
1. 3 hari, sekali makan
2. 2 hari , sekali makan
3. 1 hari, sekali makan

Subhanallah tabarakallah! Itulah amalan para sahabat/ ulama' silam, untuk menjaga hati agar tidak keras & tubuh tidak liat dalam mengerjakan ibadat.

Kita? Paling tidak sehari 3 kali makan. Sangat berpantang. Pantang tengok. Semua yang depan mata kita sebat.

16 Syawal 1435H. Selamat meneruskan puasa sahabat....
"Penawar Bagi Hati" - Ustaz Muhadir Bin Haji Joll - Azzikraa 97.2 mhz Klfm-Rentak Interaktif Kota Klfm Agama Manan Selamat 12 Ogos 2014

MIMPI & SELAWAT

Pemuda: Ustaz, saya bermimpi. Dalam mimpi tersebut, saya berhadapan dengan seorang lelaki yang sangat tinggi berjubah putih. Apabila tangan beliau memegang saya, tiba-tiba saya merasakan seperti berada melayang-layang, antara langit & bumi.

Lalu, dalam masa 1-2 saat sahaja, saya dengan tiba-tiba dicampakkan rasa NIKMAT yang sungguh indah!!!. Ia amat menenangkan, setenang-tenangnya. Terlalu hebat perasaan itu hingga tidak mampu saya ungkapkan dengan kata-kata & tidak mampu dibeli dengan apa sahaja nilai yang ada di dunia ! Tidak pernah saya rasakan sebelum ini. Ustaz....saya nak tahu apakah maksud mimpi saya itu?

Ustaz: Allah ya Allah. Alhamdulillah. Mungkin awak direzekikan Allah merasai sebahagian kecil dari nikmat syurga. Boleh saya tahu, apa amalan awak?

Pemuda: Saya tak pasti ustaz. Solat saya biasa-biasa sahaja. Cuma yang paling saya suka buat ialah BERSELAWAT.

Ustaz Wan Sohor Bani Leman - Azzikraa 8 Ogos 2014 - 97.2mhz Klfm-Rentak Interaktif Kota Klfm Agama Hj Manan Selamat

Adab Bangun Tidur

Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Apabila salah seorang dari kalian tidur, maka syaitan mengikat tiga ikatan di atas kepalanya. Setiap ikatan diikat dengan berkata ‘Malam masih panjang, tidurlah’.

(a) Jika ia bangun lalu berzikir kepada Allah, maka lepaslah satu ikatan.
(b) Jika ia berwudhuk, maka lepaslah ikatan yang lainnya dan
(c) Jika ia mengerjakan solat maka lepaslah semua ikatannya (ikatan syaitan itu).

Sehingga pada pagi harinya (apabila bangun dari tidur) ia berjiwa lapang dan bersemangat. Sedangkan jika ia tidak melakukan hal tersebut (bangun malam lalu berzikir, berwudhuk dan solat) maka pada pagi harinya, jiwanya akan buruk dan malas.” [1606]

Mencari Rahmat Allah - Azzikraa 06082014

"Jika kita dalam situasi bergaduh, dikuasai rasa marah yang meluap-luap, maka berusahalah untuk mujahadah dengan menggantikan kata-kata makian dengan kalimah -->
{ Yarhamkallah/ Allahu Yarham } -

Maksud doa itu { Allah memberi rahmat ke atas kamu } boleh menjadi sebab terbukanya pintu hidayah untuk berhijrah kepada kebaikan. Inilah yang diamalkan sahabat Rasulullah SAW Abdul Rahman B Auf.

Syeikh Abd Rahman Al-Sudais, imam tersohor di Mekah pada zaman kecilnya agak nakal. Tetapi setiap kali ibunya ingin marah atas kenakalannya, si ibu akan menyebut doa tersebut. Keberkatan atas doa itu mungkin salah satu asbab beliau berubah & menjadi seperti yang kita kenali hari ini...."

Allahyarham bukan sekadar gelaran untuk yang telah kembali rahamatullah sahaja, ia adalah DOA - senjata kita !

Semoga Allah merahmati kita semua di pagi 10 Syawal 1435H.

Ustaz Wan Sohor Bani Leman - Azzikraa Klfm-Rentak Interaktif Kota 97.2 mhz 6 Ogos 2014M

Hipokrit

Mungkin ramai yang memberi justifikasi 'tidak boleh hipokrit' apabila ingin berubah jadi baik... "Takpelah tak bertudung dulu, taknak hipokrit..biar ia datang dari hati..."

Tetapi...
Bukankah kita menjadi amat hipokrit bila hanya jadi hamba yang amat soleh ketika Ramadan, tetapi sekarang kembali kepada sikap buruk kita?

Tidak malukah kita kepada Allah bila banyak adegan sisi gelap hidup kita kembali dipertayangkan sekarang, sedang di sepanjang Ramadan lepas beriya-iya mengharap keampunanNya?

Jika benar kita 'hipokrit' jadi baik sepanjang Ramadan, tak mengapalah.
Marilah kita jadi 'hipokrit' sepanjang tahun....

Boleh?

MS 05082014

Diskusi Khas Muslimat Sempena Ramadan Ustazah Norhafizah Musa

√ Jangan kita cuba untuk sempurnakan pasangan hidup kita dengan ayat-ayat yang tidak sempurna ( yang negatif & menyakitkan hati ) :-
" Abang ni geram betul saya....cubalah tengok jiran sebelah tu...elok je suami dia...tak payah suruh..rajin sungguh ke masjid.."

√ Santuni cara isteri Nabi. Ketika mana Nabi pulang dari Gua Hira', dalam gigil &…menggeletar Nabi ketakutan, baginda ditenangkan. Semua kebaikan Nabi disebut satu persatu-satu. Begitulah kita sewajarnya.
"Abang ni saya tengok dah baik. Tapi alangkah lebih baik kalau abang dapat solat di surau rumah kita tu selalu."

√ Rumah perlu dijadikan ladang akhirat. Bukannya tempat untuk menyemai benih dosa.

√ Kaedah Bahagia
Tak perlu tunggu bila dah pencen atau dah tua nanti. Kita buat sekarang! CARANYA :-
"Kita bahagia di saat kita melakukan kebaikan! "
- Kita sakit apabila terlalu nampak semua kebaikan diri & rasa perlu dibalas.
- Cuba tukar persepsi --> Apabila kita dipilih untuk buat baik, ITULAH BAHAGIA!

Kembali Bertamu: Forum HEI Ramadhan (LIVE)

"Kembali Bertamu"

Sambut Ramadhan dengan gembira...
- tukar cadar
- tukar langsir
- keluarkan pinggan mangkuk baru

kerana malaikat gembira..ahli syurga gembira...
ALLAH buka pintu syurga & tutup pintu neraka.

Ustaz Kazim Elias
-------------------------
Persediaan Ramadhan
1. Bertaubat dengan taubat nasuha...
2. Persiapan Ilmu
3. Pasang tekad/ niat




Ceramah Ramadhan Ustazah Nurul Hidayah @ Masjid Sentul


√ Susun tentatif kita dalam bulan Ramadhan betul-betul agar ia tidak dihabiskan dengan kerja rumah yang rutin sahaja seperti bulan2 biasa....

√ Zikir ketika tidurkan anak...

√ Sementara tunggu nasi yang sedang ditanak, solat tahajjud sebentar...

Seminar Ramadhan untuk Muslimah

=
"Jika tidak sempat membaca Al-Quran 1 juzuk sehari - mungkin setengah juzuk. Banyak sangat? 2 muka sehari. Tidak sempat juga - 1 muka?
Pun tak sempat - separuh muka atau habis tak sempat - 1 ayat?

Maka jika tidak sempat juga, sekurang2nya PEGANGLAH Al-Quran dan berkatalah pada diri sendiri:

"Ya Allah....apakah dosa-dosa yang telah aku lakukan hingga langsung tidak sempat membaca KalamMu ya Rabb?
Ampunkanlah hambaMu yang lemah ini...."


Hidayatus Salikin 5 hingga 8 Jun 2014

Hidayatus Salikin - Kuliyah 1: 0506


 "Jika kita tahu hanya ada seminggu lagi untuk hidup..maka ilmu apakah yang ingin kita belajar? "

Hadis2 Nabi SAW berkaitan orang yang menuntut ilmu:
"Bahawasanya malaikat merendahkan segala sayapnya bagi orang yang menuntut ilmu kerana sangat suka dengan perbuatan itu"

Kematian

Kematian akan mengejar ke mana saja kita berada, ia akan tiba pada bila-bila masa tanpa diundang.

Maksud Firman Allah s.w.t:
"Apabila sampai ajal maut seseorang itu ia tidak dapat ditunda atau dipercepat, walau sesaat pun."
(Surah al-A'raf ayat 34)
(Surah an-Nahl ayat 61)


Yang sakit biasanya akan dijemput Allah terlebih dahulu. Lumrahnya begitu. Namun dalam sihat tanpa sebarang tanda penyakit, kita pasti tidak akan dapat lari dari dijemputNya pulang bila masa itu tiba.

Kitab Penawar Bagi Hati - Kenyang

Bersangatan KENYANG dituntut menjauhkannya kerana beberapa perkara:-

1 : Banyak makan itu sebab bagi KERAS HATI.
2 : Banyak makan itu membangkitkan segala anggota pada kerja yang sia-sia dan pada kejahatan
3 : Banyak makan itu membinasakan kecerdikan dan kepintaran dan menyebabkan sedikit faham dan pengetahuan
4 : Banyak makan itu sebab bagi sedikit ibadah kerana manusia itu apabila membanyakkan makan nescaya beratlah badannya dan mengantuk matanya
5 : Banyak makan itu sebab bagi ketiadaan sedap mengerjakan ibadah
6 : Banyakan makan itu ditakuti jatuh kepada yang haram dan yang subahat
7 : Banyak makan itu menyusahkan hati, memenatkan badan, mencarinya, menyediakannya, memakannya, melepaskan daripada mudharatnya
8 : Banyak makan itu sebab bagi bersangatan sakit mati kerana kesakitan dan kesusahan mati itu sekadar kesedepan dunia
9 : Banyak makan itu mengurangkan pahala akhirat
10 : Banyak makan itu padanya hisab pada hari kiamat
Diceritakan dari Ibni Abbas ra.:
لا يقبل الله صلاة امرئ في جوفه حرام
"Tidak menerima oleh Allah akan sembahyang seseorang yang ada di dalam perut yang haram."
Petikan Kitab Penawar Bagi Hati - Alfadhil Ustaz Muhadir Bin Haji Joll Azzikraa 6 Mei 2014 - 6.45-6.55am Klfm-Rentak Interaktif Kota 97.2 mhz

Seminar Wanita & Kepimpinan @ Masjid Wilayah

Selesai slot pertama-
"Wanita dan Kepimpinan Menurut Perspektif Islam: Analisis isu semasa"



'Siapa yang menentukan menu masakan?
Siapa yang mengajak keluarga solat jemaah?
Siapa yang mengajar anak-anak mengaji? 

Bukankah kita para isteri....?

√ Jadilah Queen Control positively!
√ Bina persekitaran 'ala masjid' mula dari rumah..
√ Sebarkan pada persekitaran, jiran tetangga...
√ Jadikan masjid mesra kanak-kanak....
√ Jangan 'khayalkan' mereka dengan tv, ipad, ps2/3/4, tablet tapi bawa mereka ke masjid, sibukkan mereka dengan aktiviti2 masjid...(terutamanya ketika sedang mendidik anak2 berpuasa)

Seminar Fiqh 2014: Diskusi Darah Wanita

Rujuk Gambar di Fb

Berita JAWI

Tuesday 9 September 2014

Konvensyen Bidadari 2014





Sharing personal notes & others
 

1st day - 30th August 2014 (Saturday)

  1. Ustazah Ummi Rose   –  Srikandi di sisi Rasulullah SAW
  2. Prof Dr. Muhaya           –  Kemerdekaan sebenar seorang Muslimah
  3. Dr Harlina Siraj             – Khabar gembira buat wanita penghuni syurga
  4. Dr Rubiah k. Hamzah   – Bagaimana kekal produktif sebagai isteri, Ibu dan Wanita bekerjaya
  5. Ustazah Syarifah Hayati – Kejituan akidah, keluasan Fiqh, kelembuta akhlak
  6. Ustazah Isfadiah Mohd Dusuki – Sunnah yang ditinggalkan, solusi yang diperlukan
  7. Ustazah Fatimah Syarha – Matlamat untuk anak-anak mengkhatam, menghafaz atau menghayati Al-quran ?

2nd day - 31st August 2014 (Sunday)

  1. Dr Nik Salida – Cinta, Fitrah atau fitnah
  2. Sister Anne Dijk – Pearl of Devotion
  3. Puan Lina Karim – Islamic Parenting Network
  4. Ustazah Zawiah Hasan – Indahnya dirimu dalam kesederhanaan
  5. Dr Isam Rajab – The night that changed the world
  6. Duta- duta The Bidadari – Fara Fauzana, Ummi Nazeera, Natasha Hudson, Mizz Nina
  7. Dr Muhamad Salah – The Veiled Warrior
  8.  

    Thursday 10 July 2014

    Program Sempena Sambutan Nuzul Al-Quran 10072014

    Slot 1: DARI BACAAN KEPADA PENGHAYATAN: KE ARAH MENJADIKAN AL-QURAN SEBAGAI HAKIKAT YANG HIDUP
    Bersama Dr. Mohd Farid Mohd Shahran - IKIM


    Dalam Buku Way To The Quran karya Dr. Khurram Murad terbitan Islamic Foundation of London, beliau menggariskan 3 kaedah penting bagaimana kita boleh menjadikan Al-Quran "The Living Reality"
    -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

    1. Semasa membaca Al-Quran, meletakkan diri kita seolah-olah BERSAMA NABI & PARA SAHABAT. Merasakan Al-Quran Nuzul (diturunkan) untuk KITA secara terus!

    Friday 30 May 2014

    Aqidah Muslimin 2/2014 bersama Ustaz Mustakim


    Hikmah Penciptaan Jin? -- rujuk nota di atas.

    Jin - sebahagiannya beriman dan sebahagiannya tidak.
    Jin yang tidak beriman adalah syaitan. Bapa syaitan adalah iblis. Membenci Iblis adalah wajib!
    Iblis tidak pernah menjadi ketua malaikat. 
    Manusia tidak boleh sujud selain daripada Allah - matahari, bulan, bintang dan sebagainya.
    Manusia menyembah manusia? Sekiranya dengan tujuan menyembah maka keluar dari Islam.
    Sekiranya tidak, sekadar menghormati atau memuliakan niatnya, dalam syariat Nabi Muhammad SAW ia Haram walaupun tidak sampai keluar Islam. 

    IBLIS
    1. Dari golongan Jin
    2. Berlaku fasik dengan suruhan Allah = kufur
    3. Bukan di kalangan malaikat tetapi Jin 
    ("Malaikat dari cahaya, manakala jin dari api)
    4. Ia beranak-pinak (mutawaladun)


    Hikmah Musibah

    Thursday 29 May 2014

    Isra' Mi'raj bersama Ustaz Idzhar Jumali


    Isra' Mi'raj 

    Ia kisah yang berulang-ulang.
    Perjalanan yang sama yang tidak boleh ditokok tambah. Dari kita kecil hingga besar ia kisah yang sama. Dalam hidup, rupa-rupanya kisah sama yang diulang tidak akan pernah dijentik rasa jemu jika ada sesuatu perkara baru yang boleh dipelajari darinya. Sama seperti  kita menonton filem P.Ramlee berkali-kali. Anak kecil kita menonton Upin Ipin yang sama setiap petang dengan penuh teruja walaupun telah lancar dihafal dialog dan lawaknya.

    Permulaan Isra'....

    Friday 23 May 2014

    Pendidikan Aqidah dalam Peristiwa Isra' Mi'raj


    Perkongsian Nota Y.Bhg Dr Mohd Farid B Mohd Sharhan - IKIM

    1. Semua yang berlaku pada Rasulullah SAW adalah PENTING bagi kita sebagai pengajaran - kerana Rasulullah SAW adalah suri teladan. Baginda adalah WASILAH UTAMA kita sampai kepada tauhid yang sebenar terhadap Allah.

    2. Perjalanan Isra' Mi'raj merupakan salah satu EPISOD PENTING dalam kehidupan Rasulullah SAW kerana ia BUKAN PERJALANAN BIASA (Hijrah juga salah satu perjalanan Rasulullah yang terkandung di dalamnya mukjizat tetapi tidak sebanyak yang berlaku dalam Isra' Mi'raj). Di dalam Isra' Mi'raj, dipenuhi dengan perkara-perkara di luar hukum adat manusiawi. Ia juga BUKAN CERITA DONGENG atau FAIRY TALES (spt ET, Flying Horses dll). Kita berhadapan sekarang ini dengan 'secular worldview' yang melihat segala-galanya dari sudut kebendaan (saintifik, material, empirical) semata-mata.

    Wednesday 7 May 2014

    Doa untuk WWJ5017 & MH370

    Jika diukur Kpi seorang pendakwah pada bilangan mad'u, maka gagallah Nabi Luth kerana setelah lama berdakwah, yang berjaya didakwah hanyalah 2 orang anaknya...

    Maka Nabi Nuh lebih berjaya kerana lebih ramai mad'u di dalam bahteranya walau gagal mengajak isteri & anak...

    Tetapi itu bukan indikator.
    Allah melihat kesungguhan hambaNya melalui usaha & doa....
    Nabi Luth tidak pernah berputus asa. Baginda berusaha & bersungguh berdoa dan berdoa.

    Akhirnya Allah mengabulkan doanya dengan membalas kejelikan umat luar tabi'inya dengan menenggelamkan mereka di dasar bumi. Dikatakan di dasar Laut Matilah jasad mereka berkubur supaya tidak dapat ditemui oleh sesiapa! Mereka dimatikan dalam murka Allah sehina-hinanya!!!

    Segmen 'Ibrah Ustaz Shaari Abd Rahman @ Ikim.fm 31 Mac 2014
    ------------------------------------------------------------

    Tarikh yang sama juga, Allah sekali lagi memperlihatkan Rahman war RahimNya. Usaha dan DOA saya, keluarga, jiran, rakan sejawat, sahabat jauh & dekat dan pastinya doa ibu yang ketika itu di Tanah Suci menunaikan umrah dimakbulkan Allah. Tanpa disangka, genap 10 hari ALZA yang dilarikan, ditemui semula!! Alhamdulillah thumma Alhamdulillah!!!

    Subhanallah..selama 10 hari itu malah hingga ke hari ini, satu demi satu keajaiban Allah pamerkan. Seorang demi seorang tampil memberi petunjuk & bantuan. Segala urusan dipermudahkan. Allah ya Allah. Apa lagi nikmat Alllah yang hendak didustakan??!

    Walau Wwj 5017 bertukar identiti & hampir hilang semua isi perutnya, nikmat di sebalik ujian kecil ini buat sekelian kalinya terlalu besar!
    {Wasta'inu bis sobri was solah} <--Sungguh! Ia amat benar!!

    #Mh370
    Sudah hampir sebulan lamanya.
    Teruskan berdoa....
    Biar semua tahu siapa dalangnya,
    Biar terbela nasib semua jiwa yang tidak berdosa,
    Biar si isteri yang gundah kembali tersenyum indah,
    Biar terlerai rindu si kecil pada si ayah,
    Berdoalah...Berdoalah...
    Perlihatkanlah segala hikmah..
    Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa, Percayalah.....!

    "Terima Kasih ya Allah Kau makbulkan sebahagian doa kakak ini..Boleh tak ya Allah makbulkan doa kakak yang satu lagi? " 



    Status Fb 1 April 2014

    Forum Perdana HEI 03042014 : DAKWAH MEDIA



    √ Dari kelas mengaji di masjid keluar ke media seperti program pencentus fenomena pada tahun 1970 an - MUQADDAM
    bersama Tan Sri Hassan Azhari...

    √ Adakah dakwaan sinis, dakwah perlu di masjid sahaja?

    --> Dakwah = seni memahami masyarakat dan memahamkan masyarakat. Ia proses berterusan & perlu terus diperjuangkan.

    √ Dahulu
    Hanya Bertudung dikatakan masuk dakwah...

    √ Sekarang
    Dakwah di mana-mana, ia di hujung jari..

    √ Dakwah boleh fahamkan masyarakat.
    Penerimaan mereka menunjukkan pemikiran mereka.

    √ Biar media bawa kita ke syurga bukan ke neraka....

    √ Biar media medan kita mengumpul pahala, bukan tempat menghimpun dosa...

    Anak itu Fitrah atau Fitnah? Tn Hj Norazman Amat


    A - Amanah dari Allah
    N - Nikmat kehidupan
    A - Anugerah dari Allah
    K - Kehidupan

    √ Jagalah amanah dan anugerah tidak ternilai ini sebaiknya sepanjang kehidupan kita di dunia kerana merekalah penjamin kehidupan kita di Sana.....

    √ Jangan terlalu kisahkan rumah yang bertingkat-tingkat...
    Kereta yang berkilat-kilat..
    Duit yang berlipat-lipat...
    Isteri yang cantik memikat...

    Forum Perdana HEI: Raja Pitih vs Hamba Pitih



    Imam Ghazali

    √ Tidaklah mutlak kemiskinan itu mulia...
    Tidaklah mutlak kekayaan itu hina..

    √ Lihat sirah para sahabat...
    Nabi sendiri memulakan hidup
    'Rich young...retire young..'
    Bagaimana Nabi menjadi ahli perniagaan seawal 12 tahun hingga kemuncak pada umur 30/ 36 tahun....
    Sebelum dijadikan Rasul, Nabi seorang yang sangat kaya.
    Diceritakan nilai mas kahwin pertama Nabi jika dinilaikan semasa sekarang sebanyak 100k...!

    Tahukah Anda Apa Yang Mencantikkan Wajah?


    Al-Ahnaf bin Qais tergolong dari golongan ulama-ulama yang terkenal di zaman hidupnya. Pada suatu hari datang seorang pemuda dari suku Tai'yi berkunjung ke rumahnya. Rumah Al-Ahnaf memang sentiasa dikunjungi oleh orang ramai, terutama oleh anak-anak murid dan sahabat-sahabatnya. Mereka sekalian menziarahinya dengan tujuan untuk menuntut ilmu darinya.Kedatangan pemuda dari suku Tai'yi itu sangat menarik perhatiannya. Ahnaf mendapati pemuda itu sangat tampan serta kacak. Lalu ia pun bertanya: "Wahai orang muda, adakah engkau menghiasi wajahmu dengan sesuatu?."

    "Benar tuan, sungguh saya ada menghiasi wajah saya dengan sesuatu," ujarnya dengan sopan serta ringkas. Pemuda itu menyambung lagi:

    Diskusi Adiqah Muslimin 30042014

    Ini sekadar perkongsian ringkas dapatan ceramah ini.

    Proses pembelajaran terbaik pastinya dengan BERTALAQQI (bersemuka) secara langsung dengan guru. Wallahua'lam.

    Gambar 2 di sini

    Taubat Seorang Hamba - Ustaz Yahya Mahyuddin


     

     
    Teringat saya ketika terlanggar seorang kanak2 Arab dahulu. Di dalam kereta ketika membawanya ke hospital, dalam esak tangis si kecil menahan sakit, mulutnya melafazkan bait2 ayat Al-Quran dari Suratul FATIHAH!! 
     
     
    Subhanallah!
    Itulah sewajarnya kita lakukan ketika berhadapan dengan ujian Allah!

    √ Istighfar

    'Sesiapa yang beristighfar maka Allah akan menjadikan :-
    1. Setiap kesusahan itu ada jalan keluar
    2. Pada setiap kesempitan ada cara mengatasinya
    3. Memberikan rezeki kepadanya daripada sumber yang tidak disangka-sangka..'

    Lazimi lidah kita dengan istighfar, supaya bila tak buat hati kan terasa gusar.....

    Perkongsian Hadis SOLAT MEMBERSIHKAN


    Usrah Usrati - 1 Rejab 1435H

    ~~ Hadis 4 (a) riwayat Abu Hurairah ra yang menceritakan bahwa beliau mendengar Rasulullah SAW sekali bertanya pada para sahabatnya, "Adakah kamu percaya bahwa kotoran melekat pada tubuh seorang yang mandi lima kali sehari dalam sungai yang mengalir di depan rumahnya?" Jawab para sahabat,."Tidak, kotoran tidak akan melekat pada tubuhnya". Sabda Rasulullah SAW., "Begitulah umpamanya kesan solat yang dikerjakan lima kali pada sehari. Dengan limpah rahmat Allah, ia menghapuskan segala dosa."


    Syarah

    √ Pada umumnya air yang mengalir adalah bersih, tak kotor dan lebih dalam air itu mengalir lebih jernih dan lebih bersih ia. Bermandian di dalam air yang sebersih itu pastilah habis segala kotoran yang ada pada tubuh dan bersihlah ia. Solat yang dikerjakan dengan memberati segala rukunnya samalah ibaratnya dengan air sungai iaitu ia akan MEMBERSIHKAN JIWA DARI SEGALA DOSA.

    √ Abu Said alKhudri memberitakan bahwa beliau dengar Rasulullah SAW bersabda, "Tiap satu dari kelima2 solat fardhu itu menghapuskan dosa yang dilakukan semenjak solat yang terdahulu darinya."

    √ Umpama perihal seorang yang bekerja dalam sebuah kilang. Kerjanya ialah satu pekerjaan yang tubuhnya berlumur dengan debu; tetapi ada 5 anak sungai yang mengalir antara kilang tempat dia bekerja dengan rumahnya dan semasa dia pulang dari kerjanya dia mandi di dalam setiap satu anak sungai tersebut. Beginilah rupanya kesan lima kali solat dalam sehari. Sebarang kesalahan atau dosa yang berlaku antara dua solat itu akan terampun kerana istighfar dan taubat tiap kali solat.

    ---- Himpunan Kitab2 Fadhail ----

    Perkongsian Hadis - Usrah Usrati - 1 Rejab 1435H
     





    Hadis Rasulullah SAW Santuni Isteri

    Suatu hari isteri-isteri datang menemui Baginda, dan Siti Aishah, yang mewakili mereka semua, bertanya: “Wahai Rasulullah, di antara isteri-isteri Rasulullah,yang manakah yang paling Rasulullah sayangi?” Rasulullah SAW tersenyum mendengar pertanyaan itu. Rasulullah tidak terus menjawabnya. Bahkan Baginda menyuruh kesemua isterinya pulang dahulu dan berjanji akan memberikan jawapannya kemudian. Bagaimana harus dijawab kalau anda ditanya begitu oleh isteri-isteri anda? Memang tidak dinafikan perasaan kasih sayang itu tidak boleh diberi sama adil. Ini diakui oleh Allah SWT. Tetapi suami mestilah pandai memainkan peranannya supaya jangan ada di kalangan isteri-isteri yang tersinggung perasaanya kerana mengetahui suami lebih sayang kepada isteri yang tertentu. Berbalik kepada kisah tadi, maka seperti biasa Rasulullah SAW mendatangi isteri-isterinya mengikut giliran masing-masing. Rasulullah sedikit pun tidak menyebut mengenai persoalan yang dikemukakan itu. Sebaliknya sebelum baginda meninggalkan isterinya, setiap seorang baginda hadiahkan sebentuk cincin dan baginda berpesan agar mereka tidak memberitahu pada isteri-isteri yang lain.

    Pada hari yang telah ditetapkan Rasulullah SAW menyuruh isteri-isterinya berkumpul kerana baginda hendak memberi jawapan kepada persoalan yang dikemukakan. Maka berdebar-debarlah hati masing-masing untuk mengetahui siapakah di antara mereka yang paling disayangi oleh Rasulullah. Ada yang terasa pasti jawapannya Siti Aishah kerana beliaulah yang termuda di antara mereka. Tetapi dengan kebijaksanaan Rasulullah SAW, Baginda pun berkata, “Isteri yang paling disayangi ialah mereka yang diberi cincin kepadanya.” Maka tersenyumlah isteri-isteri Rasulullah kerana setiap seorang menyangka dia sahaja yang menerima cincin tersebut. Begitulah sepatutnya tindakan suami, pandai menyelesaikan kekusutan fikiran isteri.

    Anak - Fitrah atau Fitnah?


    1- PERSEKITARAN -wujudkan dan hidupkan persekitaran yang kondusif untuk mereka.

    Skrip kita: "Bangun nak....sekolah2..umi dah masak sarapan ni..."
    Tukar --> "Bangun nak, Subuh..Subuh..solat2"

    Bangunkan anak-anak dengan JERITAN FAJAR !!!

    Perkongsian video tentang persekitaran negatif -


    Kata ustazah, ibu dan ayahnya ada 2 pendapat berbeza tentang anak ini. Ayahnya rasa tidak ada masalah anak berumur 2 tahun ini kerana badannya sihat (sangat sihat mungkin). Tapi tidak pada ibunya. Anak ini dibawa ke luar negara dan dirawat hampir 2-3 tahun lalu pulang ke Indonesia. Ketagihannya pada rokok hilang sepanjang tempoh itu. (harap hingga sekarang).

    "So parents, careful with what you do and say!"

    2- MATLAMAT YANG JELAS - beri justifikasi yang jelas akan setiap keputusan dan tindakan.

    Anak: Datang kuliah sebab mak suruh...??

    Beri matlamat pada anak:-

    Situasi 1: "Kakak..ikut umi ke kuliah ni. Ustazah best ni masuk selalu tv. Nanti kakak ambil 3 point ustazah tu ye. Jadi setiausaha umi ok "

    Situasi 2 :

    Wednesday 30 April 2014

    Cucuq bwang ikan bilis


    1•tepung gndum,bawang besaq, ikan blis (tmbuk), cabai giling, garam.
    (Tok guru @ lecturer ajaq, msak ni sbnaqnya xpyah sukatan, agak2 n guna akal ja, bak kat omputih MIND SENSE..hehe...smbil2 rasa sama ok) klau da tpung jgung msuk skit, nk bgi rangup...
    2•msuk ayaq panas ( mak ajaq klau nk bgi cucuq lembut, msuk ayaq pnas tpi AWARE yer, msa greng tkot letup) ayaq agak2 gak la yer...xkan nk buh smpai caiq kan...dh bsaq an...pndai2 k...hehe
    3• goreng smpai garing n SIAP!!!

    ♥sdap dimakn sgan sos cili n mayo..tq♥

    Maap rupa xbpa selera, tpi ce wat msti sdap...sb AYAQ TANGAN tuuu...hehe
    Selamat mencuba :)

    Chicken masak meqah


    1•lumuq aym ngn srbuk kunyit n garam, pas2 greng half-cooked.
    2• tumis bwang bsaq n bwang putih yg dihiris smpai naik bau. Msuk cili giling, ayaq asam jawa dn masak smpai cili tu masak.
    3•season ngn garam n gula sckup rasa.
    4•msuk ayam yg dh digoreng tu tdi. Biaq smpai mendidih then SIAP!!!

    ♥sedap dimakn begitu sja...eh2...ngn nasi @ roti utk yg diet tu...hee :) ♥

    Selamat mencuba

    Grilled chicken with mushroom black pepper sauce

     1•Marinated chicken with serbuk cili, seasoning maggi, serbuk kari, kicap manis, salt and pepper.
    2•Saute (tumis) bawang besaq ngn bawang putih. Dh naik bau, saute cendawan.
    3•Masuk ayaq dan pati kiub lembu.
    4•Bancuh tepung gandum ngan ayaq pas2 tuang masuk ja. Kacau sampai pekat.
    5•Masuk kicap utk bgi wrna dia glap,pas2 buh susu full krim utk asa lemak skit.
    6•Season with salt n pepper dan buh butterr utk bgi sauce tu nmpk shining.
    7•Grilled chicken tu dgan sikit ja mnyak smpai aym tu masak. SIAP!!!

    Tuesday 8 April 2014

    USRATI - Dalam SUJUD Cintaku - Ustazah Norhafizah Musa

    # Bagaimana nak menjiwai/menghayati nikmat sujud?

    Setiap hari kita telah rutinkan sujud yang fardhu sebanyak 34 kali. Tapi hairan, mengapa hati masih keluh kesah? Hidup seakan lintang-pukang, tak terurus (ma'ishatan dhonka). Pelik bukan?

    Mari kita nikmati sujud kita sepertimana kita menikmati makanan yang lazat. Memek muka, cara makan sampai terpejam2 merasa manis, masin, masam semuanya bercampur baur tapi lazat.

    Dalam Sujud, paling kurang ada 4 perkara :-

    Doa Musafir (panjang)

    Bagi yang memulakan perjalanan, moga segalanya dipermudahkan & di bawah pemeliharaan Allah Taala....

    Jangan lupa mulakan langkah dengan solat musafir 2 rakaaat & doa berikut :-

    DOA SOLAT MUSAFIR

    اللَّهُمَّ أَنْتَ الصَّاحِبُ فِي السَّفَرِ ، وَالْخَلِيفَةُ فِي الأَهْلِ وَالْمَالِ وَالْوَلَدِ وَالأَصْحَابِ ، اللَّهُمَّ احْفَظْنَا وَإِيَّاهُمْ مِنْ آفَاتِ الدُّنْيَا وَعَاهَاتِهَا ، اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ فِي سَفَرِنَا هَذَا بِرًا وَتَقْوَى وَمِنَ الْعَمَلِ مَا تَرضَى ، اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ أَنْ تَطْوِىَ لَنَا الأَرْضَ وَتُهَوِّنَ عَلَيْنَا السَّفَرَ وَأَنْ تَرْزُقَنَا فِي سَفَرِنَا هَذَا سَلاَمَةً فِي الْبَدَنِ وَالدِّيْنِ وَالْمَالِ ،اللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوذُ بِكَ مِنْ وَعْثَاءِ السَّفَرِ وَكآبَةِ الْمُنْقَلَبِ وَسُوْءِ الْمَنْظَرِ فِي الأَهْلِ وَالْمَالِ وَالْوَلَدِ وَالأَصْحَابِ ، اللَّهُمَّ اجْعَلْنَا وَإِيَّاهُمْ فِي جِوَارِكَ وَلاَ تَسْلُبْنَا وَإِيَّاهُم نِعْمَتَكَ وَلاَ تُغَيِّر مَابِنَا وَبِهِم مِنْ عَافِيَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ .

    Maksudnya ;

    Ya Allah! Engkaulah teman dalam perjalanan dan Engkaulah penjaga keselamatan kaum keluarga, harta benda, anak cucu dan sahabat handai, ya Allah, peliharalah kami dan mereka dari keburukan dunia dan kerosakannya, ya Allah sesungguhnya kami bermohon kebaikan dan takwa dalam perjalanan ini dan juga amalan-amalan yang Engkau redhai, ya Allah kami bermohon supaya didekatkan dan dimudahkan perjalanan kami dan kurniakanlah kami di sepanjang perjalanan ini keselamatan tubuh badan, agama dan harta benda.Ya Allah! sesungguhnya kami berlindung denganMu daripada segala mara bahaya di dalam perjalanan dan perkara- perkara yang mendukacitakan, jauhilah buruk pandangan pada kaum keluarga, harta benda, anak cucu dan sahabat handai kami. Ya Allah! letakkanlah kami dan mereka sekalian di dalam peliharaanMu, janganlah Engkau lucutkan nikmatMu dari kami dan mereka, janganlah Engkau mengubahkan kesihatan yang ada pada kami dan pada mereka, wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


    30 Mac 2014 - Terengganu

    Sampai Bila Berdoa???


    Soalan:
    "Sampai bila nak berdoa ustaz??? Saya dah puas berdoa. Sampai Bila???

    Jawapan:
    SAMPAI BILA-BILA !! Rahmat Allah ini luas dan tiada penghujung.
    Maka, jangan malas berdoa. Jangan cincai berdoa. Sekadar doa 'macam biasa' atau lebih teruk JANGAN BEREMOSI NEGATIF BILA BERDOA ! -

    "Ya Allah, Kau jadikan haiwan khinzir, maka lembutkanlah hati suamiku" ...Astaghfirullahal'azim...bukan begini caranya.

    Penyempurna Doa --> kalimah " AAMIN "

    - ia bukan berasal dari perkataan Arab
    - ia Allah SWT turunkan untuk perkara berkaitan Doa
    (Yahudi & Nasrani juga guna perkataan yang sama)

    AAMIN ada 3 maksud :-

    Penawar Kesedihan Nabi

    Ingin mencari tips untuk rasa BAHAGIA yang mudah & murah?




    Kaedah berikut Nabi Muhammad SAW gunakan setiap kali baginda dalam kesedihan:-

    1. Melihat POHON HIJAU

    Sebab itu banyakkan menanam pohon hijau di rumah/ di pejabat.
    Aktiviti kembara di dalam hutan juga amat digalakkan.

    2. Melihat/ mendengar AIR YANG MENGALIR

    Mendengar deruan air terjun amat mendamaikan.
    Atau mungkin sesekali bawalah diri dan keluarga berkelah di tepi pantai. Irama ombak yang menghempas pantai, sungguh menenangkan.
    Kerana setiap makhluk Allah itu sebenarnya sedang berzikir memujiNya.

    3. Melihat WAJAH YANG MANIS

    Nabi suka melihat wajah-wajah yang manis. Jika ingin melihat wajah yang manis, maniskan wajah kita terlebih dahulu. Sedekah yang paling mudah hanyalah sekuntum senyuman

    Syukur 1 April 2014

    Jika diukur Kpi seorang pendakwah pada bilangan mad'u, maka gagallah Nabi Luth kerana setelah lama berdakwah, yang berjaya didakwah hanyalah 2 orang anaknya...

    Maka Nabi Nuh lebih berjaya kerana lebih ramai mad'u di dalam bahteranya walau gagal mengajak isteri & anak...

    Tetapi itu bukan indikator.
    Allah melihat kesungguhan hambaNya melalui usaha & doa....
    Nabi Luth tidak pernah berputus asa. Baginda berusaha & bersungguh berdoa dan berdoa.

    Akhirnya Allah mengabulkan doanya dengan membalas kejelikan umat luar tabi'inya dengan menenggelamkan mereka di dasar bumi. Dikatakan di dasar Laut Matilah jasad mereka berkubur supaya tidak dapat ditemui oleh sesiapa! Mereka dimatikan dalam murka Allah sehina-hinanya!!!

    Segmen 'Ibrah Ustaz Shaari Abd Rahman @ Ikim.fm 31 Mac 2014
    ------------------------------------------------------------

    Forum Perdana HEI 03042014 : DAKWAH MEDIA






    √ Dari kelas mengaji di masjid keluar ke media seperti program pencentus fenomena pada tahun 1970 an - MUQADDAM
    bersama Tan Sri Hassan Azhari...

    √ Adakah dakwaan sinis, dakwah perlu di masjid sahaja?

    --> Dakwah = seni memahami masyarakat dan memahamkan masyarakat. Ia proses berterusan & perlu terus diperjuangkan.

    √ Dahulu
    Hanya Bertudung dikatakan masuk dakwah...

    √ Sekarang
    Dakwah di mana-mana, ia di hujung jari..

    √ Dakwah boleh fahamkan masyarakat.
    Penerimaan mereka menunjukkan pemikiran mereka.

    √ Biar media bawa kita ke syurga bukan ke neraka....

    √ Biar media medan kita mengumpul pahala, bukan tempat menghimpun dosa...

    Monday 10 March 2014

    Kuliyah Dhuha Muslimat: Khusyukkah solat oleh Ustazah Nourul Iman Syekh Ni'amat

    Khusyukkah solat ?
    Jangan ta'khirkan solat...
    - alasan menyusu..tidur sebelum solat Isya'
    - kecuali warga emas...
    Orang yang meninggal sebelum waktu subuh walaupun belum solat isya'..bukan mati dalam orang yang tinggal solat...(syafie)..ini bukan orang yang sengaja tinggal solat...

    Tapi jangan jadi ini alasan untuk orang muda...
    Masuk isyak...masih melangut di depan tv bukan main lagi suruh & marah anak solat...
    Ni bukan kategori org yg akan dapat khusyuk solat...

    CIRI-CIRI ORANG YANG KHUSYUK SOLAT

    Friday 7 March 2014

    HIKMAH MUSIBAH - USTAZ ZULRAMLI M RAZALI

    Positif Pagi TV3 -->
    HIKMAH MUSIBAH oleh
    Ustaz Zulramli Mrazali


     Musibah -
    Semua orang tak nak tapi dapat....

    √ Melihat bagaimana jiwa kita menatang input negatif dengan betul untuk meransang tindakan positif...

    √ Tenang semua nak, tapi jarang dapat....kerana ujian apa?
    Dalam rumahtangga?
    Bencana alam?
    Kemalangan?

    √ Bagaimana minda bersedia untuk positif setiap kali ditimpa musibah :-

    WANITA BESI - FPHEI 06032014


    Siapakah Wanita Besi?

    AlKhawarizmi -
    Kalau wanita itu ada ciri2 taat pada agama = 1 markah
    Lawa - 10 m
    Kaya - 100 m
    Bijak - 1000 m
    0 itu hanya bernilai hanya kerana angka SATU..

    SATU tersebut adalah wanita beragama, taat pada agama, beriman....

    Nuuun: Demi Pena! Dari USRATI Ustazah Norhafizah Musa


     Di sebuah madrasah tahfiz di Indonesia. Dalam ribuan anak-anak pelajar, usai solat Imam mengarahkan semua bertafakur sebentar sambil membayangkan ayah & ibu di kampung, lalu diminta semua menitipkan bacaan surah Al-fatihah buat mereka. Suasana yang sungguh bening itu dihiasi alunan suara ribuan pelajar itu membaca ayat-ayat suci itu beramai-ramai. Rupa-rupanya di dalam salah satu sof, ada salah seorang bapa pelajar di situ. Si bapa itu sungguh terkejut dengan apa yang disaksikannya. Tidak disangka, selama ini itulah amalan anaknya buat dirinya setiap kali selepas solat. Beliau menangis teresak-esak. Ia sangat menyentuh jiwanya.
    Lalu beliau catatkan pengalamannya selama berada di situ lalu dibukukan. Ramai yang telah menziarahi tempat ini, namun kerana inisiatif si bapa ini mencatat, pengalamannya lain dari yang lain & ia telah menyentuh banyak hati dan jiwa.

    Ibu & Ayah...
    Di hujung minggu, ajaklah anak-anak ke masjid beriktikaf & solat, kemudian minta mereka catatkan apa yang mereka rasa.
    Cipta apa sahaja situasi, galakkan mereka menulis tentangnya
    .

    FADHILAT mendidik anak MENULIS :-

    Monday 17 February 2014

    Kuliah Dhuha: Auratku Maruahku - Ustazah Nurul Hidayah & suami Muhammad AlMuntasir



    "Carilah kemuliaan pada Islam..
    Carilah kecantikan pada hijab...
    Carilah akhlak yang baik pada isteri Nabi..
    Carilah kebahagiaan hidup pada amalan sunnah..