Friday 8 December 2017

Lagi Mahu Sombong...?

Saat kita pernah menziarahi jenazah,
pernah kita membayangkan diri kita berada di tempat jenazah itu.

Keras kaku.

Tangan dah tak boleh memohon doa dan ampun.

Sekejap lagi, nak mandi sendiri pun dah tak mampu.

Dah tak boleh nak pilih sabun dan syampu.

Nak cedok air pun dah tak boleh. Semuanya orang lain buat dan bersihkan.

Dah habis mandi, baju kita dalam yang dalam 5 almari , satu pun dah tak boleh nak pilih.

Hanya sehelai kafan itulah yang membaluti.

Lepas tu dah tak boleh nak pilih naik kereta apa.

Kat mana mereka letak kita, situlah kita masuk.

“Rumah” untuk dihuni lepas tu pun dah tak boleh pilih yang teres ke rumah pangsa.

Semua unit sama.

Mereka turunkan kita perlahan-lahan ke dalamnya. 

Mahu atau tidak mahu. Selesa atau tidak.

Kena masuk juga kubur yang dah siap digali khas untuk kita.

Penakut macam mana pun, dah tiada siapa pun nak teman.

Walaupun orang yang dah kita janji sehidup semati.



Mahukah lagi kita menyombong diri?


Ustazah Muzayyanah - Ikim.fm 8/12/2017 


Catatan 8 Disember 2017: Muhasabah 2017 - Hafazan




Sambungan..Muhasabah 2017

Yang kat rumah lebih excited nak cerita. 
Mungkin sebab sejak balik ke kampung, ada beberapa misi nak capai. Antaranya mula mengajak diri dan anak2 menghafaz. Untuk diri, memang berjuang sungguh nak menghafaz Surah al-Baqarah. Sengaja cabar diri ambil Sijil Takahasus al-Quran dan Pra Hafazan di Usm, sebab rasa nak kenal Kitab Allah lagi dekat selain nak menyubur semangat menghafaz.

Dalam proses menghafaz secara tak sedar kita juga membelek tafsir , baca asbabul nuzul, bagaimana kedudukan, susunan ayat, muka surat dan teknik²  lain nak memudahkan hafazan. Rupanya nak hafaz yang baru tak sesusah nak mengingat yang lama. Allahuakbar. Lagi banyak hafaz lagi la kena banyak mengulang.

Al-Quran ni bila kita tinggai dia, dia memang akan tinggai kita. Sayup..sayup dan semakin jauh. Allahu....sebab tu tempat yang dah hafaz kena ulang selalu. Jangan tinggai walaupun sehari! Ibarat bersama kekasih, tak jumpa sat rasa rindu. Makin jumpa hari², makin nak kenai dan ambil tahu, jatuh cinta, lagi dan lagi. Bila kita rindu kat dia lagi dia rindu kat kita. Dan Kitab Allah lebih² lagi. 

Catatan 7 Disember 2017

Oh lamanya blogku ini bersawang.

Bila belek balik posting lama macam dah nak dekat setahun. Banyak yang boleh muhasabah kot kan. Sebelum mula buat azam (lagi) baru tahun depan, baiklah kita pandang 'side mirror' kita sat. Throwback apa yang dah jadi, apa yang dah buat, apa yang belum, apa yang betul dan apa yang kurang. 

Kalau ada Dream/ Vision Board lagi baguih. Cuba tick tengok apa yang dah dapat dalam senarai tu. Alhamdulillah kalau dah dapat, kalau belum kena bring forward ke tahun depanlah. Kena letak atau tukar strategi la sikit kot macam mana nak capai tu. Mungkin ada ilmu dan pelaksanaan yang belum cukup dan perlu top up supaya prestasi kita bertambah gempak lagi dan lagi .

Bercakap pasal prestasi, baru je beberapa hari lepas tengok markah prestasi tanpa sengaja. Hajat nak minta cuti je, tertengok pula markah. Alhamdulillah tahun ini ada penambahan dari tahun lepas. Syukur. Pun begitu rasa banyak je lagi potensi diri yang masih belum guna sepenuhnya. Banyak lagi benda yang takut2 nak sahut cabaran. Nak kendalikan klien pun banyak lagi yang perlu belajar. Harapnya tahun dapat atasi banyak aspek lagi. Banyak dan banyak lagi kena belajar.

Tu dari aspek kerja di pejabat. Yang kat rumah lebih excited nak cerita. 

Wednesday 31 May 2017

Nota Ustaz Pahrol

Banyak yang menarik Ustaz Pahrol Mohamad Juoi sebut tadi. Antaranya:-

1. Ikut tradisi para sahabat. Seperti kata Abu Zar *3 saat Manis* baginya:-
  • Ketika perut lapar. Kerana hatiku jadi lembut
  • Ketika sakit aku. Kerana aku mendapat ampun dari dosa
  • Di ambang sakaratul maut. Kerana ini detik terindah. Saat bertemu Allah semakin hampir. 

2. *Puasa Menghilangkan Kebiasaan*
Dulu sarapan, sekarang dah takde. Dulu jarang ke masjid, sekarang tiap malam, lama pulak tu. Kata Buya Hamka: "Puasa ialah keluar dari kebiasaan untuk menjadi manusia luar biasa!"

3. *Puasa mentransformasi kita menjadi manusia ROHANI.* Ini ciri manusia berjaya dunia akhirat. Ada pandangan mata hati yang boleh lihat tersirat – dosa, pahala, syurga, neraka, redha dll.

4. Metafora- Ketika kecil ibu suruh kita ke kedai. Kita pergi sebab sayang dan taat ibu. Ibu tunjuk sayang yang lebih dengan beri upah lagi. Jadi kita lebih terdorong untuk buat. Walaupun sebenarnya tanpa upah pun kita pergi saja sebab sayang ibu.

Maka inilah madrasah Ramadan. Fadhilatnya kita buru tetapi itu bukan utama. Ia amalan atas *dasar UBUDIAH kepada 'Pemberi Hadiah'* - Allah no.1 . Fadhilat puasa hanya pemberi dorongan/ pemangkin.

Friday 28 April 2017

Bengkel Perkhidmatan Kaunter Dan Pelanggan Cemerlang 27 April 2017 @ PADKB

oleh: Tuan Haji Muhammad Mukmin Hj Mukhtaruddin - Asia Global Marketing & Consultant



10 Teknik Pekerja Cemerlang

  • ✅Tentukan matlamat
  • ✅Patuhi jadual kerja
  • ✅Cintai tugas
  • ✅Hindari masalah
  • ✅Segar
  • ✅Bina keseronokan
  • ✅Elak 5 S 
  •       ❎Smoke
  •       ❎Screens
  •       ❎Shopping Complex
  •       ❎Seks bebas
  •       ❎Syaitan
  • ✅Ingatan kuat
  • ✅Doa
  • ✅Bersedia memberi daripada menerima


Amalkan ayat 2 hingga 5 (surah at-Talaq) - untuk menambah keberkatan & memudahkan urusan

Friday 7 April 2017

Nota Seminar Impak 1/2017: Day 1





SLOT PAGI

1. POWER OF CHOICE

Ada 3 P -
1. PROGRESIF
2. PROAKTIF
3.

Menarik game yang kami belajar dari slot ini.
- 2 barisan membentuk satu kumpulan kecuali satu kumpulan lelaki terdiri dari 3 barisan akhir.
- Kami perlu sediakan 4 kertas dengan ditulis no 1-4.

Pusingan pertama: arahan - menulis tarikh lahir setiap ahli kumpulan di kertas 1.
masa diambil: rata2 kumpulan mengambil masa antara 1-2 minit. Kumpulan terakhir lelaki paling lama masanya,

Pusingan kedua: arahan - menulis tarikh lahir setiap ahli kumpulan di kertas 2 dengan strategi berbeza dari pusingan 1.
masa diambil: rata2 kumpulan mengambil masa antara kurang dari 1 minit.

Pusingan ketiga: arahan - menulis tarikh lahir setiap ahli kumpulan di kertas 3 dengan strategi berbeza dari pusingan 2.
masa diambil: rata2 kumpulan mengambil masa antara kurang dari 30 saat

Pusingan keempat: arahan - menulis tarikh lahir setiap ahli kumpulan di kertas 4 dengan strategi berbeza dari pusingan 3.
masa diambil: rata2 kumpulan mengambil masa kurang dari 5 saat sahaja!

Wah!  MasyaAllah. Arahan yang sama namun dengan penambahbaikan berbeza menghasilkan hasil yang luar biasa.

Dari game menarik ini, beberapa pengajaran kami belajar:-

Tuesday 4 April 2017

Nota Grand Power Seminar (GPS) "The Power of Self Programming"

Grand Power Seminar - http://nlpmalaysia.net/gps

Alhamdulillah. Dipilih dalam rahmat Allah untuk hadir ke GPS pada 25 Februari 2017 di SACC Shah Alam, bersama ibu dan 2 sahabat. Lebih sebulan menyimpan hasrat untuk berkongsi dapatan GPS di sini sebelum hadir ke Seminar Impak. Namun hari ini baru kuat untuk mulakan coretan (care! Fast Action Fast Result - lain kali jangan tangguh2 ye...:-))

Saya cuba mengimbas sedikit sebanyak apa yang masih boleh diingat di minda dan nota. Susunan nota juga tidak mengikut slot. Saya juga cuba meyelitkan koleksi perkongsian rakan lain yang hadir sama insyaAllah.

Nota 1

Bagi yang tidak tahu apa itu NLP - boleh baca lanjut di sini Program adalah anjuran NLP Malaysia

Menarik analogi yang digunakan Tuan Fadzli Yusof dalam muqaddimahnya.

Beliau bertanya jenis telefon apakah yang sedang diguna peserta dan jenis telefon yang dipakai 10 tahun yang lalu? Rasanya hampir keseluruhan isi dewan tidak lagi menggunakan telefon yang sama. Rata2 menggunakan telefon pintar.

Kenapa?

Thursday 9 March 2017

Catatan Mac: Kursus Kaunseling Syarie @ ILIM 0703-0803

MasyaAllah Alhamdulillah.

Sungguh teruja dipilih dalam rahmat Allah dapat hadir 2 hari ke kursus tersebut. Sangat bermanfaat bukan sahaja untuk kerjaya, tapi untuk diri, keluarga sehari2 juga rupanya.

2 hari tersebut seolah2 mengeluarkan semua isi penting dalam * Manual Kaunseling Syarie JAKIM dalam bentuk "visual" yang sangat mudah difahami, disulami contoh2 dan diselang seli dengan simulasi. Terasa seperti setiap keluarga WAJIB! dapatkan manual ini. Bukan kaunselor, pegawai rundingcara atau khidmat nasihat di jabatan/ pejabat agama, mahkamah syariah, atau agensi sahaja.


Saya kongsikan "mind map" yang agak entah apa2 ini. Bersama beberapa gambar kursus dan slides yang sempat dirakam.


Friday 3 February 2017

Siri Tarbiah @Ikim.fm bersama Ustazah Norhafizah Musa- ISLAH DIRI SIRI 2


---> Hindarkan rasa bisikan mengotor hati 
Rasa kagum dengan kebaikan, kemampuan diri sendiri. 
Doa – Allahumma inni a'uzubika min syarri nafsi”

Proses bersihkan hati, perlu pada ILMU, STRATEGI DAN TEKNIK dari Al-Quran, Hadis, Ulama'.

---> Perbaharui Azam

Kadang buat sesuatu tanpa lihat untung rugi akhirat. Sama ada buat tanpa niat atau dengan niat rendah dan singkat. Padahal sepatutnya buat sesuatu untuk nampak untung akhirat. Contoh- buat Takaful – nampak untung 20 tahun tapi kita sukar lihat bahagian di akhirat.

Barangsiapa yang mengkehendaki hidup sekarang, kami akan bagi apa yang dia mahu cepat. Tapi kemudian di akhirat, bahagiannya neraka. Siapa yang nak akhirat dan dia beriman, maka dia akan menerima habuannya. Surah 17 Ayat 18-19

---> alangkah ruginya hidup jika khidmat dalam rumahtangga lama, jaga anak, tolong orang..macam2 tapi bila ditinjau dalam hati hanya fikirkan dunia.

→ hari ini ustazah bersiaran, apa niat kita? Kerja? Ustazah sebagai jemputan, orang dengar dapat pahala mungkin. Namun jika baharukan azam” uya Allah aku miskin pahala, banyak dosa, moga aku cakap sikit orang berubah, engkau ampun dosa, akhirat takde dosa. Mudahkan urusan orang, mungkin apa aku cakap jadi solusi kepada mereka. Ya Allah mudahkan hidup aku dunia akhirat. → lebih lazat bila buat dengan hadirkan Allah dalam hati dan seperti ternampak2 untung besar sampai akhirat.

3 PERKARA YANG AKAN MELONJAK ISLAH DIRI

Thursday 2 February 2017

Catatan Tahun Baru 2017

Alhamdulillah...Tahun Baru. Masih bernafas, tenang dan bahagia, sihat sejahtera dengan semua insan tersayang.

Eh tapi kan hari ni 2/2 ? Dah sebulan kot tahun baru...hehe.

Itulah. Mencari-cari mood menulis di ruang ni, teramatlah malasnya.

Just few things to share.

Pertengahan Bulan Januari hari tu, dah dapat di tangan Planner Muslimah Produktif 2017. MasyaAllah bagus betul plannernya. Sangat banyak peringatan harian, mingguan, bulanan, doa, ruang azam, buku yang dibaca, majlis ilmu, muhasabah mingguan, bulanan lagi. Hush...banyak betul. Harap orang yang menulis dalam tu pun sebagus planner itulah...amin.

One thing i notice. Ada je benda yang ditulis macam main2...ala2 poyo gitu macam "saya nak jadi mak yang tak marah2 anak." "Banyak sweet moment dengan anak" Dan alhamdulillah few days back i can feel that happen slowly. Macam bila dah balik penat2 (dekat sejam drive balik...huhu), dan bila anak2 tetiba request nak umi mandikan. I will like "eh..dah besarkan..mandi sendirila.." usually. But then, dari tak larat tu Allah gagahkan bangun dan mandikan bebudak "beso" tu. Not really mandikan la...just ada lam bilik air je kot. Rasa macam biasa je...tetapi diorang macam seronok lain macam. Asyik yeayyyy tak habis2. MasyaAllah...rasanya bila kita tulis, it become "the visualize doa" and Allah gave you the strength to make it true :-). Hopefully this become istiqamah to me and all of you that read this. InsyaAllah.

Ha ni plannernya...

Boleh cuba beli kat sini

Friday 20 January 2017

Tenang Dengan al-Quran Sori 2- TARBIAH @Ikim.fm 20112017


Al-Quran sifatnya "Makan Dalam". Sepatutnya menyentuh hati yang paling dalam hingga sentiasa mengalir ketenangan.

Al-Quran bukan sekadar dibaca & didengar lunak. Tapi perlu ada rasa gementar di hati dan kulit seperti ayat dalam Surah az-Zumar ayat 23 ini:

اللَّهُ نَزَّلَ أَحْسَنَ الْحَدِيثِ كِتَابًا مُتَشَابِهًا مَثَانِيَ تَقْشَعِرُّ مِنْهُ جُلُودُ الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ ثُمَّ تَلِينُ جُلُودُهُمْ وَقُلُوبُهُمْ إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ ذَلِكَ هُدَى اللَّهِ يَهْدِي بِهِ مَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُضْلِلِ اللَّهُ فَمَا لَهُ مِنْ هَادٍ
Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik (aitu) Al Quran yang serupa (ayat-ayatnya) lagi berulang-ulang, gementar kerananya kulit orang-orang yang takut kepada Tuhannya, kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka ketika mengingat Allah. Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan barang siapa dibiarkan sesat oleh Allah, maka tidak seorang pun yang dapat memberi petunjuk.
.
Sikap kita dengan al-Quran, sekurang2nya perlu meliputi *7M* bagi bergelar AHLIL QURAN.

Inilah peneman setia kita "di Sana" jika kita setia dengannya "di sini." Lekatkan 7M ini dalam hati dan minda.
.
1) MEMPELAJARI: Banyak ilmu sumber dari al-Quran. Tajwid, tilawah, tafsir dan macam2. Belajarlah.
.
2) MENGAJARKAN: Sebaik2 kamu adalah yang belajar dan mengajar. (Hadis). Tahu banyak ajar banyak. Sikit ajar sikit. Tak perlu tunggu dijemput. Mengajarlah
.
3) MEMBACA - setiap hari!
4) MENGHAFAZ : Kalau tak dapat 30 juzu' , cukuplah hafaz juz 30.
5) MENTADABBUR (Memahami)
6) MENGAMALKAN
7) MENDAULATKAN
.
Yang paling dekat dengan Allah, adalah AHLILLAH & gelaran ini hanya layak dinobatkan kepada AHLI QURAN.
.
Soalan 1- Orang baca al-Quran tapi tak amalkan
==> al-Quran akan melaknat. Faktor yang menjadi begitu:-

Keyakinan -
cth: Penciptaan Bumi.
Diceritakan jelas dalam al-Quran tidak seperti kitab agama lain. Lapisan kerak bumi yang lebih 7000 darjah celcius suhunya. Namun Allah seolah2 hamparkan 'permaidani' lain atas bumi hingga kita boleh hidup normal. Tidak lebur dalam kepanasan perut bumi tadi. Jika benar kita yakin kuasa Allah ini, tak tergamak kita menderhakai Allah bukan?

Ibn Ataillah as-Sakandari mengatakan:-
"Lucutkan dari diri kamu yang menyalahi sifat hamba Allah. Yang
demikian itu menyebabkan kita lambat menjawab seruan Allah.

اللهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد يَارَبِّ صَلِّ عَلَيْهِ وَسَلِّم
أستغفر الله‎‎ .. أستغفر الله‎‎ .. أستغفر الله‎‎ ...
Moga Allah ampunkan dosa kita semua.

Tarbiah Ikim.Fm- *"Tenang Dengan al-Quran Siri 2"* bersama Ustazah Norhafizah Musa (Official) 20012017 - Live Video @ https://www.facebook.com/ikim.fm/?hc_ref=PAGES_TIMELINE

Dapatkan Doa Munajat 5 Kemuliaan yang antara fadhilat bagi memudahkan kefahaman & hafazan al-Quran: http://mumtazahsanusi.blogspot.my/2014/02/doa-munajat-ustazah-norhafizah-musa.html



Friday 6 January 2017

Doa Akasyah

Akasyah r.a. adalah sahabat Nabi SAW yang memiliki kumpulan doa-doa yang dikenali dengan Doa Akasyah. Bait demi bait dalam doa ini penuh makna dan menyentuh hati. Mengagungkan Nama dan Sifat Allah SWT yang mulia, serta memohon keampunan kepada Allah Ta’ala di atas segala dosa yang telah kita lakukan sama ada yang kita sedari mhaupun yang tidak kita sedari.
Petikan dari Buku bertajuk “Terjemah Majmu’ Syarif” (Jalan kemuliaan menuju kebahagiaan dunia & akhirat).

Dalam ‘Kitab Mujarabat’ dinyatakan bahawa doa Akasyah ini pada asalnya dibawa oleh Malaikat Jibril a.s. dari arasy. Sayyidina Abu Bakar A-Siddiq r.a telah berkata;
“Pada suatu hari aku sedang duduk di hadapan Rasulullah SAW di dalam Masjid Madinah AL Munawwarah, tiba-tiba datang Malaikat Jibril a.s. dengan membawa Doa Akasyah lalu diberikan kepada Rasulullah SAW sambil berkata,
“Wahai Rasulullah! Sesungguhnya apa yang aku bawa ini, Doa Akasyah yang sejak dari Nabi Adam a.s. dan nabi-nabi lain belum pernah diberi kecuali kepada Dikau.” Kata Malaikat Jibril lagi, “Sesungguhnya aku melihat Doa Akasyah ini tergantung di bawah Arasy selama 90,000 tahun sebelum Allah menciptakan dunia dan segala isinya.”.”

Fadhilat Dan Khasiat Doa Akasyah


1)     Dapat Menghafal Al Quran

‘Doa Akasyah’ hendaklah dibaca dengan penuh ikhlas kepada Allah SWT sebelum membaca Al-Quran.
Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq r.a. berkata, Rasulullah SAW pernah bersabda kepadaku, “Wahai Abu Bakar, janganlah kamu tinggal membaca doa Akasyah ini, sebab membaca doa ini bererti akan memperoleh kesejahteraan dan anugerah dari Allah SWT serta dapat menghafal Al Quran dan Kitab.”
Sayyidina Usman Ibnu Affan ra. Pernah berkata, “Sesungguhnya aku dapat menghafal Al Quran dengan berkah doa Akasyah ini.”

Wednesday 4 January 2017

Catatan Tahun Baru 2017

Fuh...penat.

Awal tahun baru yang memenatkan tapi memuaskan hati :-)

Anak-anak alhamdulillah ok. Tidaklah trantum sangat. Nangis sikit-sikit tu biasa.
Alhamdulillah juga Uwais pun dah dapat maahad yang dekat. Subhanallah, ada hamba Allah yang menaja hampir keseluruhan kos pembelajaran di situ dan ibu bapa hanya perlu kos yang minimum sahaja setiap bulan. Alhamdulillah. Moga Allah merahmati usaha beliau dan berpanjangan jariah beliau dan pasukannya. Moga syurga ganjaran mereka. Walaupun sayangkan Maahad lamanya, namun atas beberapa aspek, kami memilih untuk memindahkan dia. Harapnya Uwais cemerlang di situ..insyaAllah mudah2an termakbul hasrat mengejar ilmu akhirat dan dunia.