Thursday, 17 January 2019

Keupayaan Menyambut Ahli Baru dalam Keluarga - Dr Harlina Haliza Siraj 17012019 @Ikim

5 Keupayaan Menyambut Ahli Baru dalam Keluarga

- Bagi memastikan kehamilan yang Dirancang, Dikehendaki dan Direncanakan. (Planned, Intended, Wanted). Bukan secara kebetulan./ tidak sengaja/ accident.

- Jika benar2 dirancang, maka persediaan rapi dilakukan. Jika tidak, maka terjadilah akibat extreme seperti buang bayi dan sebagainya.

Kesan 'Unintended, Unplanned, Unwanted Pregnancy' (4a's)

(1) Acceptance: Terima tetapi dalam keadaan terpaksa terutamanya bagi yang tiada ikatan perkahwinan sah. ("Kahwinkan je lah...sebab dah mengandung")

(2) Abortion: Keguguran yang disengajakan (tanpa melalui prosedur yang betul)

(3) Adoption: Memberi anak kepada orang lain sebagai anak angkat. Kadangkala berlaku penjualan bayi.

(4) Abondonment: Pembuangan untuk ditemui hidup atau dibunuh.

5 Keupayaan & Kesediaan Menyambut Ahli Baru dalam Keluarga (F.E.E.M.S)

(1) FIZIKAL
(2) EMOSI
(3) EKONOMI
(4) MASA
(5) SOKONGAN SOSIAL

Huraian:

(1) FIZIKAL
Sebaiknya, buat persediaan sebelum berkahwin lagi. Bukan sekadar memikirkan hal ehwal kenduri dan baju pengantin sahaja. Dan bila bunting pelamin diiringi rasa terkejut dan surprise tanpa ada persediaan pun. Begitu juga untuk anak-anak berikutnya. Buat persediaan yang terbaik pada setiap kali kehamilan agar diri lebih sihat dan terjaga. Anak-anak yang lahir pun akan lebih sihat zahir dan batinnya, dengan izin Allah.

Kedua-dua ibu ayah perlu sihat dan sejahtera secara fizikal. Bagaimana nak tahu? Seeloknya dapatkan kaunseling pra kehamilan (pre-pregnancy counseling).

Contoh:

Perokok
Suami - perlu pastikan tiada penyakit2 kronik, atau mungkin seorang perokok & obesiti.
Seorang suami perokok, isteri akan jadi perokok sekunder. Dan ini akan beri kesan pada kehamilan. Malah ada masalah untuk dapat zuriat juga. (sperma tidak sihat, abnormal, air mani berkurangan, kerosakkan DNA, masalah ereksi dll) - maka peluang menghamilkan isteri menjadi lebih rendah.

Ada kajian menunjukkan, 75% anak yang lahir dari bapa yang merokok, akan jadi perokok juga bila dewasa. Apatah lagi jika ibu dan ayah kedua-duanya merokok.

50% generasi perokok zaman kini, lihatlah generasi sebelum mereka. Mungkin jadi tukang beli rokok si ayah masa kecil. Maka generasi sekarang perlu diubah agar dapat membentuk generasi lebih sihat.

Anak-anak perokok juga akan lebih berisiko bermasalah respiratori. Apatah lagi ayah merokok di dalam kereta dengan keluarga. Anak-anak lebih cenderung mendapat asma dll.

Para suami perokok, jika benar sayangkan keluarga, BERHENTILAH. Mungkin ini alasan paling baik untuk berhenti: 

"Saya nak anak dan isteri saya lebih sihat. Dan ingin jadi suami yang lebih baik untuk keluarga."

Semoga anak-anak yang lahir punya bapa yang sihat dan tidak menjadi anak yatim. :-(

Obesiti
Dengan meningkatnya BMI, akan ada masalah dari segi kesuburan (bagi suami dan isteri) dan mungkin ada penyakit2 berkaitan.

Bagi wanita, yang ada penyakit kronik (jantung, buah pinggang, immune- lupus atau masalah lain, kanser dll) perlu lebih peka. Ada kes, kehamilan akan menambah teruk penyakit yang ada. Maka penting berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan nasihat (sebelum berkahwin lagi - wanita dan bakal pasangan perlu tahu apa risiko kehamilan dan sebagainya. Jika doktor sebut tidak boleh hamil, ikutlah).

Ibu yang Obes, selain sukar mengandung dan jika hamil sekalipun kadar peratusan untuk gugur lebih tinggi. Mungkin boleh dapat Diabetes, Hypertension..atau mungkin dapat penyakit kepada anak yang dikandung dan berisiko menyebabkan kelahiran bermasalah. Maka kenali kelemahan diri.


(2) EMOSI


(3) EKONOMI


(4) MASA


(5) SOKONGAN SOSIAL


Q&A

1) Jangan rancang di awal perkahwinan, susah dapat anak.
Perlu dilihat dalam konteks 'Allah beri akal'. Anak ya memang rezeki. Tapi rezeki amat perlu dihargai. Maka perlu benar-benar bersedia. Cara merancang bergantung pada keluarga. Amalan itu bergantung pada NIAT. Merancang bukan untuk tidak mahu anak tapi ikhtiar untuk bina keluarga dalam keadaan dan waktu yang terbaik dengan 5 keupayaan di atas. Yakinlah dengan kuasa Allah. 

Ekonomi contohnya - nak bagi anak makan pasir? Ulat dalam batu pun dapat makan? Yes money is not everything, but everything need money. :-)


Kesimpulan
Kesediaan (1) - (5) sampai ke tahap mana?
Tiada tahap. Kesemua sudut perlu dibincangkan antara suami dan isteri. 

Huraian berikutnya dalam Episod akan datang, insyaAllah.

Dr Harlina Haliza Siraj
Jabatan Pendidikan HUKM
Segmen GENERASI @ikim.fm 17012019

Wednesday, 2 January 2019

Tahun Baru 2019

Alhamdulillah.

Allah izinkan saya terus bernafas di tahun baru Masihi ini.
Allah izinkan saya melihat anak-anak membesar dan menghantar mereka memasuki Tingkatan 4, Tingkatan 1, Darjah 3 dan Darjah 1.
Allah izinkan kembali tinggal bersama ibu dan ayah yang masih sihat walau semakin dimamah usia.
Allah izinkan saya kembali dapat merasai air tangan ibu, tukang masak terhebat di dunia yang pernah saya rasakan.
Allah izinkan saya mengecapi usia perkahwinan yang telah melangkaui usia 16 tahun, 20 Disember 2018 yang lalu.

Allah...banyaknya nikmat yang Allah bagi. Terasa malu menulis dan menyebutnya satu persatu jika dibandingkan sedikit sekali bukti kesyukuran saya atas segala nikmat Allah yang Maha Hebat itu.

Thursday, 12 July 2018

Bengkel Penulisan Rencana JMNPP

A. PEMILIHAN TAJUK BERITA

  • Tak boleh lebih dari 7 patah perkataan 
  • Ringkas tapi berimpak 
  • Letakkan emosi (Ibu Tunggal menangis di Lebaran, Seorang Muallaf diislamkan di Majlis Aidilfitri) 
Cadangan tajuk menarik: 

  • Tajuk selamat (biasa) "Jamuan Hari Raya JHEAIPP Disambut Meriah."
  • Bermain dengan nombor (bilangan agensi, tamu yang hadir) 


Latihan Saya: (Berita Raya) 

  1. Bangsawan Beraksi di Istana Raya@JHEAIPP 2018

Wednesday, 11 July 2018

Malaysia Menangis kerana Adam Raykal. Seperti tidak percaya apa yang berlaku. Tapi sering teringat kata2 Ustaz Pahrol sebelum ini, perlu kita fikirkan "Siapa yang mengizinkan ia berlaku." Allah bukan. Dan kematian si kecil itu berjaya menghidupkan banyak mata kasar & mata hati. Pelbagai cadang datang untuk penambahbaikan. MasyaAllah, hikmahnya Allah tunjukkan satu persatu. Belum pun habis isu itu, hati sekali lagi ditebak pilu dengan penemuan 12 anak-anak & coach mereka terperangkap di sebuah gua di Thailand. Terasa seperti anak sendiri yang berada di situ. Doa dititipkan moga selamatlah semuanya keluar. Alhamdulillah, berkat doa seluruh dunia & kerjasama luar biasa ramai pihak dalam & luar Thailang, semalam Allah mengizinkan ianya berlaku. Subhanallah. Rasa seronok itu tidak lama apabila melintas pula berita khalifah Allah bernama Luthhakim. Kematian yang puncanya disyaki didera ibu kandungnya. Setiap kecederaan yang dialami dibaca satu persatu tanpa dapat dibayang akal. Allah..Entah bagaimana tubuh kurusnya dapat menanggung semua itu. Sekali lagi air mata tumpah entah kali ke berapa. Malaysia menangis lagi. Kali ini lebih tragis jika benar ia hasil perbuatan si ibu yang melahirkan. Maka seperti biasa, ramailah pejuang-pejuang papan kekunci mula menaip kata-kata kejian dan makian pada diri si ibu Hakim. Sama seperti mana yang dilakukan pada si pendera Adam. Meneliti komentar mereka, ada sesuatu yang hinggap di hati dan minda. Apakah aku tak pernah 'mendera' anak-anak sendiri? Mungkin fizikalnya belum pernah sampai meninggalkan luka, lebam dan parut pada tubuh mereka. Apatah lagi dicucuh, diseterika. Tapi bagaimana pula seketul daging bernama hati mereka? Entah berapa kali parut, luka dan lebam sudah berjaya ditinggalkan. Hanya kerana sedikit penat, ada saja pada yang mereka buat dan cakap tak kena di mata. Hanya kerana sedikit salah dari si anak yang masih belum matang serba-serbi, kita perlakukan mereka seolah manusia yang paling bersalah di muka bumi. Mereka kita biarkan menangis hingga tertidur kesedihan. Tanpa dipujuk. Tanpa dibelai. Lebih teruk, kita rasa semuanya itu perlu dilakukan atas nama tarbiah & didikan yang kononnya sempurna. Marilah kita muhasabah setiap ibadah kita. Banyak yang tidak sempurna. Wahai Allah...Kasihanilah anak-anak kami. Kami bukan ibu yang terbaik ya Allah. Kami bukan ayah yang terbaik. Kami mak ayah yang serba lemah ya Allah. Tapi anak-anak kami ini adalah hamba-hamba-Mu ya Allah. Kami sandarkan keselamatan & kejayaan anak-anak kami pada diri-Mu ya Allah, Tuhan mereka yang Maha Baik, Maha Sempurna. Ya Hafiz ya Muhaimin, Peliharalah mereka dari kemudharatan makhluk langit dan bumi. Lebih-lebih lagi peliharalah mereka dari tangan-tangan & lidah kami sendiri yang sering mengikut nafsu & syaitan. Kami merayu ya Allah, Dari Engkaulah segala Ilmu, segala Cahaya, seluruh keberuntungan hidup kami harapkan dari-Mu ya Allah. Berikanlah pada anak-anak kami ini. Jadikanlah kami pemilik hati-hati yang tenang. Agar kami sentiasa tenang & menenangkan orang-orang di sekeliling kami.