Tuesday 18 June 2013

Kelas Polish Tajwid Ustaz Asraff

 Sumber Fb En.Rahman Basri:
(saya menghadiri kelas ini pada 14 Jun (jumaat) ternyata perkongsian yang sama saya rasakan, alhamdulillah)

hari pertama: 13/6/13

Syukur Alhamdulillah, semalam dapat hadir ke program pengajian Al-Quran Ust Mohammad Asraff Ayob di Kajang. Personally bagi saya, pengajiannya sangat berbeza, dan ia cukup menyeronokkan. Tajwid Quran diajar dengan cara yang santai.

Apa yang menariknya, Ust Asraff mengajak setiap peserta untuk berdamping dengan Al-Quran pada perspektif yang berbeza daripada biasa. Untuk setiap ayat Quran yang kita baca, sentiasa tanya diri kita, "Apa mesej yang Allah nak beritahu saya dalam ayat ini?" Then, kita take note apa yang kita rasa kat dalam satu buku nota kecil.

Al-Quran juga perlu dilihat sebagai kitab atau buku rujukan bagi segala macam masalah yang kita hadapi. Contohnya, jika ada masalah 'management' di pejabat atau dengan staf, rujuk Surah An-Naml. Di situ Allah ceritakan bagaimana Nabi Sulaiman mengendalikan pengurusan dengan makhluk-makhluk yang dibawah jajahannya.

Begitu juga, jika kita hadapi masalah 'semangat kadangkala naik & turun', atau dengan kata mudahnya 'motivasi down'. Rujuk Surah Isra'. Allah dah tunjuk cara bagaimana Allah gembirakan hati Nabi Muhammad SAW ketika Baginda bersedih.

Kelemahan & kesilapan kita hari ni, jika ada masalah kita akan terus rujuk buku '7 habits' (ini contoh je yang ust Asraff mention semalam). Kita ingatkan penyelesaiannya ada di situ, sebenarnya tak.. Semuanya ada di dalam Al-Quran.

Itu mukadimah semalam. Lepas tu, barulah ust Asraff teruskan dengan pengajian tajwid.



hari ketiga: 15/6/13

Semalam, adalah hari ke-3 saya mengikuti kelas 'polish' tajwid Al-Quran bersama dengan Ust Mohammad Asraff Ayob.. Seperti dua hari lepas, setiap kali kelas pengajian pasti ada sahaja ILMU baru yang saya peroleh. Bukan sahaja ilmu tajwid, bahkan ilmu bagaimana mengenal Al-Quran dengan cara yang lebih menyeronokkan.

Satu point yang paling menyentuh perasaaan saya apabila Ust Asraff tunjukkan kaedah untuk kita lebih menghayati Al-Quran ialah dengan membayangkan yang Allah sedang memimpin tangan kita, seumpama seorang ayah sedang memimpin tangan anaknya (ia sekadar perumpamaan untuk kita lebih memahami kerana Allah tidak sama dengan segala bentuk yang kita bayangkan) sambil bercerita tentang keindahan pemandangan yang terpampang di depan mata

Setelah itu, Allah bercerita pula tentang kisah orang-orang lama seperti Nabi-nabi.. Dan kemudian tentang neraka sebagai peringatan. Begitu sayang & dekatnya Allah dengan kita jika kita dapat hayati Al-Quran dengan cara sebegitu. 



Untuk anda yang ingin belajar lebih lanjut, saya sangat sarankan untuk anda hadir ke kelas "Polish Tajwid Surah Idaman" dengan ust Asraff. Klik di sini untuk maklumat lanjut: https://www.facebook.com/events/446670348762308/

No comments:

Post a Comment