Thursday, 17 January 2019

Keupayaan Menyambut Ahli Baru dalam Keluarga - Dr Harlina Haliza Siraj 17012019 @Ikim

5 Keupayaan Menyambut Ahli Baru dalam Keluarga

- Bagi memastikan kehamilan yang Dirancang, Dikehendaki dan Direncanakan. (Planned, Intended, Wanted). Bukan secara kebetulan./ tidak sengaja/ accident.

- Jika benar2 dirancang, maka persediaan rapi dilakukan. Jika tidak, maka terjadilah akibat extreme seperti buang bayi dan sebagainya.

Kesan 'Unintended, Unplanned, Unwanted Pregnancy' (4a's)

(1) Acceptance: Terima tetapi dalam keadaan terpaksa terutamanya bagi yang tiada ikatan perkahwinan sah. ("Kahwinkan je lah...sebab dah mengandung")

(2) Abortion: Keguguran yang disengajakan (tanpa melalui prosedur yang betul)

(3) Adoption: Memberi anak kepada orang lain sebagai anak angkat. Kadangkala berlaku penjualan bayi.

(4) Abondonment: Pembuangan untuk ditemui hidup atau dibunuh.

5 Keupayaan & Kesediaan Menyambut Ahli Baru dalam Keluarga (F.E.E.M.S)

(1) FIZIKAL
(2) EMOSI
(3) EKONOMI
(4) MASA
(5) SOKONGAN SOSIAL

Huraian:

(1) FIZIKAL
Sebaiknya, buat persediaan sebelum berkahwin lagi. Bukan sekadar memikirkan hal ehwal kenduri dan baju pengantin sahaja. Dan bila bunting pelamin diiringi rasa terkejut dan surprise tanpa ada persediaan pun. Begitu juga untuk anak-anak berikutnya. Buat persediaan yang terbaik pada setiap kali kehamilan agar diri lebih sihat dan terjaga. Anak-anak yang lahir pun akan lebih sihat zahir dan batinnya, dengan izin Allah.

Kedua-dua ibu ayah perlu sihat dan sejahtera secara fizikal. Bagaimana nak tahu? Seeloknya dapatkan kaunseling pra kehamilan (pre-pregnancy counseling).

Contoh:

Perokok
Suami - perlu pastikan tiada penyakit2 kronik, atau mungkin seorang perokok & obesiti.
Seorang suami perokok, isteri akan jadi perokok sekunder. Dan ini akan beri kesan pada kehamilan. Malah ada masalah untuk dapat zuriat juga. (sperma tidak sihat, abnormal, air mani berkurangan, kerosakkan DNA, masalah ereksi dll) - maka peluang menghamilkan isteri menjadi lebih rendah.

Ada kajian menunjukkan, 75% anak yang lahir dari bapa yang merokok, akan jadi perokok juga bila dewasa. Apatah lagi jika ibu dan ayah kedua-duanya merokok.

50% generasi perokok zaman kini, lihatlah generasi sebelum mereka. Mungkin jadi tukang beli rokok si ayah masa kecil. Maka generasi sekarang perlu diubah agar dapat membentuk generasi lebih sihat.

Anak-anak perokok juga akan lebih berisiko bermasalah respiratori. Apatah lagi ayah merokok di dalam kereta dengan keluarga. Anak-anak lebih cenderung mendapat asma dll.

Para suami perokok, jika benar sayangkan keluarga, BERHENTILAH. Mungkin ini alasan paling baik untuk berhenti: 

"Saya nak anak dan isteri saya lebih sihat. Dan ingin jadi suami yang lebih baik untuk keluarga."

Semoga anak-anak yang lahir punya bapa yang sihat dan tidak menjadi anak yatim. :-(

Obesiti
Dengan meningkatnya BMI, akan ada masalah dari segi kesuburan (bagi suami dan isteri) dan mungkin ada penyakit2 berkaitan.

Bagi wanita, yang ada penyakit kronik (jantung, buah pinggang, immune- lupus atau masalah lain, kanser dll) perlu lebih peka. Ada kes, kehamilan akan menambah teruk penyakit yang ada. Maka penting berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan nasihat (sebelum berkahwin lagi - wanita dan bakal pasangan perlu tahu apa risiko kehamilan dan sebagainya. Jika doktor sebut tidak boleh hamil, ikutlah).

Ibu yang Obes, selain sukar mengandung dan jika hamil sekalipun kadar peratusan untuk gugur lebih tinggi. Mungkin boleh dapat Diabetes, Hypertension..atau mungkin dapat penyakit kepada anak yang dikandung dan berisiko menyebabkan kelahiran bermasalah. Maka kenali kelemahan diri.


(2) EMOSI


(3) EKONOMI


(4) MASA


(5) SOKONGAN SOSIAL


Q&A

1) Jangan rancang di awal perkahwinan, susah dapat anak.
Perlu dilihat dalam konteks 'Allah beri akal'. Anak ya memang rezeki. Tapi rezeki amat perlu dihargai. Maka perlu benar-benar bersedia. Cara merancang bergantung pada keluarga. Amalan itu bergantung pada NIAT. Merancang bukan untuk tidak mahu anak tapi ikhtiar untuk bina keluarga dalam keadaan dan waktu yang terbaik dengan 5 keupayaan di atas. Yakinlah dengan kuasa Allah. 

Ekonomi contohnya - nak bagi anak makan pasir? Ulat dalam batu pun dapat makan? Yes money is not everything, but everything need money. :-)


Kesimpulan
Kesediaan (1) - (5) sampai ke tahap mana?
Tiada tahap. Kesemua sudut perlu dibincangkan antara suami dan isteri. 

Huraian berikutnya dalam Episod akan datang, insyaAllah.

Dr Harlina Haliza Siraj
Jabatan Pendidikan HUKM
Segmen GENERASI @ikim.fm 17012019

Wednesday, 2 January 2019

Tahun Baru 2019

Alhamdulillah.

Allah izinkan saya terus bernafas di tahun baru Masihi ini.
Allah izinkan saya melihat anak-anak membesar dan menghantar mereka memasuki Tingkatan 4, Tingkatan 1, Darjah 3 dan Darjah 1.
Allah izinkan kembali tinggal bersama ibu dan ayah yang masih sihat walau semakin dimamah usia.
Allah izinkan saya kembali dapat merasai air tangan ibu, tukang masak terhebat di dunia yang pernah saya rasakan.
Allah izinkan saya mengecapi usia perkahwinan yang telah melangkaui usia 16 tahun, 20 Disember 2018 yang lalu.

Allah...banyaknya nikmat yang Allah bagi. Terasa malu menulis dan menyebutnya satu persatu jika dibandingkan sedikit sekali bukti kesyukuran saya atas segala nikmat Allah yang Maha Hebat itu.

Thursday, 12 July 2018

Bengkel Penulisan Rencana JMNPP

A. PEMILIHAN TAJUK BERITA

  • Tak boleh lebih dari 7 patah perkataan 
  • Ringkas tapi berimpak 
  • Letakkan emosi (Ibu Tunggal menangis di Lebaran, Seorang Muallaf diislamkan di Majlis Aidilfitri) 
Cadangan tajuk menarik: 

  • Tajuk selamat (biasa) "Jamuan Hari Raya JHEAIPP Disambut Meriah."
  • Bermain dengan nombor (bilangan agensi, tamu yang hadir) 


Latihan Saya: (Berita Raya) 

  1. Bangsawan Beraksi di Istana Raya@JHEAIPP 2018

Wednesday, 11 July 2018

Malaysia Menangis kerana Adam Raykal. Seperti tidak percaya apa yang berlaku. Tapi sering teringat kata2 Ustaz Pahrol sebelum ini, perlu kita fikirkan "Siapa yang mengizinkan ia berlaku." Allah bukan. Dan kematian si kecil itu berjaya menghidupkan banyak mata kasar & mata hati. Pelbagai cadang datang untuk penambahbaikan. MasyaAllah, hikmahnya Allah tunjukkan satu persatu. Belum pun habis isu itu, hati sekali lagi ditebak pilu dengan penemuan 12 anak-anak & coach mereka terperangkap di sebuah gua di Thailand. Terasa seperti anak sendiri yang berada di situ. Doa dititipkan moga selamatlah semuanya keluar. Alhamdulillah, berkat doa seluruh dunia & kerjasama luar biasa ramai pihak dalam & luar Thailang, semalam Allah mengizinkan ianya berlaku. Subhanallah. Rasa seronok itu tidak lama apabila melintas pula berita khalifah Allah bernama Luthhakim. Kematian yang puncanya disyaki didera ibu kandungnya. Setiap kecederaan yang dialami dibaca satu persatu tanpa dapat dibayang akal. Allah..Entah bagaimana tubuh kurusnya dapat menanggung semua itu. Sekali lagi air mata tumpah entah kali ke berapa. Malaysia menangis lagi. Kali ini lebih tragis jika benar ia hasil perbuatan si ibu yang melahirkan. Maka seperti biasa, ramailah pejuang-pejuang papan kekunci mula menaip kata-kata kejian dan makian pada diri si ibu Hakim. Sama seperti mana yang dilakukan pada si pendera Adam. Meneliti komentar mereka, ada sesuatu yang hinggap di hati dan minda. Apakah aku tak pernah 'mendera' anak-anak sendiri? Mungkin fizikalnya belum pernah sampai meninggalkan luka, lebam dan parut pada tubuh mereka. Apatah lagi dicucuh, diseterika. Tapi bagaimana pula seketul daging bernama hati mereka? Entah berapa kali parut, luka dan lebam sudah berjaya ditinggalkan. Hanya kerana sedikit penat, ada saja pada yang mereka buat dan cakap tak kena di mata. Hanya kerana sedikit salah dari si anak yang masih belum matang serba-serbi, kita perlakukan mereka seolah manusia yang paling bersalah di muka bumi. Mereka kita biarkan menangis hingga tertidur kesedihan. Tanpa dipujuk. Tanpa dibelai. Lebih teruk, kita rasa semuanya itu perlu dilakukan atas nama tarbiah & didikan yang kononnya sempurna. Marilah kita muhasabah setiap ibadah kita. Banyak yang tidak sempurna. Wahai Allah...Kasihanilah anak-anak kami. Kami bukan ibu yang terbaik ya Allah. Kami bukan ayah yang terbaik. Kami mak ayah yang serba lemah ya Allah. Tapi anak-anak kami ini adalah hamba-hamba-Mu ya Allah. Kami sandarkan keselamatan & kejayaan anak-anak kami pada diri-Mu ya Allah, Tuhan mereka yang Maha Baik, Maha Sempurna. Ya Hafiz ya Muhaimin, Peliharalah mereka dari kemudharatan makhluk langit dan bumi. Lebih-lebih lagi peliharalah mereka dari tangan-tangan & lidah kami sendiri yang sering mengikut nafsu & syaitan. Kami merayu ya Allah, Dari Engkaulah segala Ilmu, segala Cahaya, seluruh keberuntungan hidup kami harapkan dari-Mu ya Allah. Berikanlah pada anak-anak kami ini. Jadikanlah kami pemilik hati-hati yang tenang. Agar kami sentiasa tenang & menenangkan orang-orang di sekeliling kami.

Tuesday, 6 March 2018

Kuliah Tafsir Tok Ayah 06032018

Ayat 123 Surah Toha 


قَالَ اهْبِطَا مِنْهَا جَمِيعاً بَعْضُكُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ فَإِمَّا يَأْتِيَنَّكُم مِّنِّي هُدًى فَمَنِ اتَّبَعَ هُدَايَ فَلَا يَضِلُّ وَلَا يَشْقَى

Allah berfirman: "Turunlah kamu berdua dari Syurga itu, bersama-sama, dalam keadaan setengah kamu menjadi musuh bagi setengahnya yang lain; kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu, maka sesiapa yang mengikut petunjukKu itu nescaya ia tidak akan sesat dan ia pula tidak akan menderita azab sengsara.


Allah tak hantaq Adam dan keturunannya tanpa dipedulikan tapi Allah bagi tanggungjawab sebagai KHALIFAH dengan PETUNJUK (Manual). Allah turunkan wahyu melalui Jibril dan diutus kepada para Nabi dan Rasul. Jadi dah dapat risalah wahyu ni kena lah ikut. Hat ketegaq tak mau ikut ni sampai bila-bila la sesat dan dalam kecelakaan. 


Ayat 124 Surah Toha 

مَنْ أَعْرَضَ عَن ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنكاً وَنَحْشُرُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَعْمَى
"Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta".


Depa yang berpaling dari ingat Aku Allah janji dah depa ni akan hidup dalam keadaan sempit. Berpaling macam mana? Tinggai hat Allah suruh buat, boleh buat tak gheti, hat tak bagi tu la nak buat sangat. Dan lebih teruk akhirat esok depa ni akan mangket dalam keadaan buta. Ayat 125 depa akan tanya "Wahai Allah, awat aku buta la ni, dulu aku celik?" Ayat 126 Allah jawab: "Ha tu lah, dulu mata hang memang celik. Tapi hang Buta Perut! Macam-macam cara, berapa ramai ustad ustazah dok bagi peringat hang boleh dok pikiaq duniaaa saja. Maka la ni hang aku lupakan. Ulama' tafsir kata dilupakan bermasksud diabaikan dinafikan rahmat dan kasih sayang Allah, atau tidak diampuni Allah. (na'uzubillah)

Friday, 9 February 2018

SPEAK 2018

Alhamdulillah....dipilih Allah untuk hadir ke program ini.

With my beloved mom 😍

Saya share gambar nota dulu ya..




Tuesday, 6 February 2018

Aku & Al-Quran 1

"Mak, macam mana nak jawab soalan pasal tajwid ni?"
Diam. Mak tak tahu. Rupa²nya sebaris soalan saya pada ibu ketika Darjah 4 inilah permulaan "misi" beliau dan kami sekeluarga mendalami al-Quran.
Di pejabat tempat mak bekerja, ada banyak kelas al-Quran. Yang rendah, sederhana, advance semuanya ada. Waktu rehat. Selepas kerja. Lalu mak ambil keputusan untuk 'join' semuanya. SERENTAK!
Yang di rumah pun mak buat juga. Ada hari saya join ustaz yang mengajar mak dan rakan². Ada juga hari untuk ustaz mengajar saya dan kawan². Ada juga selepas itu kami perlu belajar dengan ustaz di tempat lain. Yang lebih tertekan, ada malam yang mak dan bapa 'heret' kami semua untuk bertalaqqi dengan ustaz merangkap warden di asramanya. Garang ya amat! 😨

Friday, 2 February 2018

Tafsir al-Kahfi - Sedaq Diri!

Membedah al-Kahfi pagi ini. Kata Tok Ayah الفاضل استاذ روسلي ﻋﺜﻤﺎﻥ ﺍﻟﻔﻠﻔﻼﻧﻲ tadi...
Allah bagi kaya dunia, nikmat yang tak putus² maka akan ada 2 golongan: yang respond dengan Syukur & satu lagi yang Kufur.
Dalam ayat 35, orang ni Menzalimi Diri Sendiri dengan rasa angkuh. Kebun dia takkan binasa katanya. Umpama kita kata kita ni hebat, baguih, orang suka. Kita claim ni semua ni mai sebab kita memang baguih, mai dari diri sendiri (ذات)
- I memang dilahirkan cantik
- Keturunan kami memang cerdik
- I deserve this, takdak yang layak dapat jawatan ni selain i kot.
- This is mine, this is my right to get it
Ni yang hadis sebut - "Ana kaza wa ana kaza..."
Dan disebut juga orang yang macam ni kufur pada Allah, menghampiri kufur atau bahasa mudahnya Tak Sedaq Diri!
Maka apa sepatutnya kita buat bila dapat nikmat?

Vitamin Semulajadi -

PETUA TOK GURU PAGI NI....


Assalamualaikum wbt

Terjaga dari tidur sahaja, jgn terus bangun....Buat light axercise dan teknik regangan.... 10 -20 minit. Sbb roh kita belum stabil...

Kemudian pergi ke dapur cari lemon 2 hirisan (dua keping), rendam dalam air suam segelas ....

Pergilah mandi Lps tu dan keluar je bilik ayor....ambik satu sudu besar madu lebah asli campur dgn air lemon tadi....

Tarik nafas tiga kali dulu....tahan nafas sambil selawat nabi 3 kali dlm hati....minum pelan pelan air lemon+madu.

Utk anti kanser, buang toksid, kolesterol, racun, pulih sistem pernafasan, kencing manis, ubat gastrik, gaut, darah tinggi, jantung dll.

LEMON....

🍋🍋Pemusnah Sel Kanser🍋🍋

Air lemon panas boleh menolong anda seumur hidup
Harus baca dan sebarkan walau anda sibuk.

Tips Berhenti Merokok dari Ustaz Halim Zakaria


1⃣ NIAT, NIAT, NIAT

2⃣ Minum cuka epal + madu (bersihkan tar)

3⃣ Buang satu batang dari setiap kotak rokok setiap hari. Jangan berhenti tiba²! Lama² dah takde rokok, buang kotak kosong.

👉 Lihat imej untuk lebih tips!

Terapi Ruh- Orang Hilang

Suami lama tak balik? Isteri tak nak dengar cakap? Anak buat perangai? Barang hilang? Orang hilang? Orang hutang tak bayar?
Cubalah petua ini.
Baca ayat di bawah ini. *Surah Ar-Ra'du (13) ayat 31*. Selepas ayat جميعا yang pertama --> SERU roh / jasad orang yang kita niatkan.


















Contoh:-
"Wahai roh dan jasad, kembalikan suamiku ke sisiku..."
Seru hingga 7x kemudian sambung bacaan hingga akhir ayat.
Ulang proses ini sebanyak 31x.

Yakin dan percaya! Dengan izin Allah, yang dihajati akan dimakbulkan.
**Untuk lebih berkesan, hafaz ayat ini. Begitu juga ayat² amalan lain. Hafaz dan amalkan!!!
Ustaz Halim Zakaria Terapi Ruh #iIlajSyarie #KaunselingSyarie 17 Mei 2017 @ILIM

Thursday, 1 February 2018

Catatan 1 Februari 2018 -"Anak"

Hampir seminggu. Namun masih teringat-ingat perbualan santai dengan sahabat sekuliah seorang doktor ini.

"Ketika saya bertugas di sebuah klinik kesihatan di bahagian ibu dan anak, pelbagai jenis manusia datang mendapat khidmatnya. Yang paling menarik ada yang mengandung 3 tahun berturut-turut dan bila diselidiki, beliau akui anak yang dikandung adalah anak luar nikah. Harga yang perlu dibayar hasil dari pekerjaannya sebagai... kupu-kupu malam. Dihadiahkan juga ujian besar apabila disahkan HIV Positif.

Walau dia dipandang hina dan keji masyarakat, namun soal anaknya amat diambil berat. Tanpa gagal membuat pemeriksaan kandungan berkala. Jika perlu dirujuk ke hospital, beliau akan pergi ke sana. Anak2 dibawa ke klinik mengambil suntikan. Yang amat mengharukan, walau getir meneruskan kelangsungan hidup, tidak terlintas di hati untuk membuang anak dalam kandungan. Apatah lagi memberi mereka pada orang lain. "Susah macam mana pun, saya nak jaga anak saya sendiri Doktor. Biar mereka sihat. Tak jadi macam saya...." 

Wednesday, 17 January 2018

Catatan 12 - 17 Januari

Dah banyak hari rupanya tak update.

Itulah manusia. Susahnya nak istiqamah. Asyik nak ikut mood.

Bercakap pasal mood, Jumaat lepas mood ke laut.

Pagi itu di Bilik Kebal - tempat di mana semua dokumen Nikah, Cerai, Rujuk dan berkaitannya disimpan dari zaman 1900 lagi tak silap untuk seluruh Penang. Boleh bayang tak banyak mana? So memang penat menyusunnya semula. Kemain tebal buku2 jilid yang kompilasikan dokumen2 tu semua. Angkat 1 pun dah rasa nak tercabut pinggang.

Sampai la tengah hari, baru nak rehat, tak pasal2 pula kena marah.

Owh...sedih betul. Masa ni bila baca Quran rasa syahdu sangat. Randomly je bukak. Saat2 kita macam tu mesti ada je ayat Allah 'sedang nak pujuk kita'.

Antara yang terkesan masa tu, "dan di dalam syurga akan terdengar tiada lain melainkan kata2 yang baik je." (al-Waqi'ah) MasyaAllah. Jadi apa la nak dirunsingkan sangat dengan kata2 manusia yang serba lemah ni. Macamlah kita sempurna sangat kan. Seperti yang abang Raja selalu ulang2 dalam buku Jom Jadi Orang Baik2nya...Maafkanlah Dia.

Malamnya Allah 'pujuk' saya lagi melalui suami yang lately keep on ajak pi dengaq ceramah kat masjid. Penat tu penat tapi gagah pi jugakla. MasyaAllah, hati cair dengar ceramahnya--> Nota saya di sini


The power of kalimah Tauhid


"Tiada tuhan melainkan Allah, Muhammad pesuruh Allah, pada setiap pandangan dan nafas sebanyak mana yang diliputi oleh ilmu Allah."

Sekali kita menyebut kalimah ini, seolah-olah mendapat pahala pada setiap kerdipan mata & setiap turun naik nafas sebanyak mana ilmu Allah Taala. Ia bersamaan 72,000 kali!

Al-Habib Zain Ibn Ibrahim menukilkan apa yang disebut oleh Al-Habib Salim Ibn Hafiz dalam Kitab Minhah Al-Ilah:-
Sekali menyebut kalimah ini bersamaan 72,000 ribu kali TAHLIL.
Ini kerana hitungan turun naik nafas manusia +- 24,000 kali.
Manakala kerdipan mata pula +- 48,000 kali.
24,000 + 48,000 = 72,000 kali. Subhanallah!
Ini amalan mudah dan ringan. Bacalah sekurang-kurangnya 3x setiap kali selepas solat. Tahlil adalah zikir utama dan paling afdhal. Dalilnya Nabi menyebut:
{ Sebaik-baik ucapan yang aku dan Nabi-Nabi sebelumku ucapkan adalah "Laa ilaaha illallah } & { Sesiapa yang diakhir hidupnya sempat mengucapkan "Laa ilaaha illallah" nescaya akan masuk syurga.}
Ayuh mulakan bermula Jumaat yang mulia ini. Istiqamah berzikir. Moga kalimah yang sama dapat kita sebut sebelum menghembus nafas terakhir.
Memanjangkan perkongsian Azzikraa oleh Ustaz Muhadir Bin Haji Joll Klfm- Rentak Interaktif Kota Klfm Agama 97.2mhz terbitan Tn Hj Manan Selamat 16 Jan 2015
▶️ Bayangkan. Ada mangsa banjir yang rumahnya diangkat, diterbalikkan dan diletak di atas rumah lain. Kelihatan seperti rumah 2 tingkat! MasyaAllah. Hebatnya kuasa Allah pada makhluknya bernama "Air".
▶️ Kita tak perlu ada kumpulan untuk buat benda baik. Lebih banyak kumpulan baru dicipta, semakin banyak perpecahan. Kita hanya perlu hati² yang bersatu membantu. 💞.
▶️ Bukan sekadar memberi bantuan, tapi membina kehidupan. Bukan sekadar membantu mereka, tapi sebenarnya kita sedang membantu diri sendiri juga.
Hidup untuk Ibadah.
Membantu Ummah juga Ibadah.




Received 11th Jan 2018
[BUKU JOM JADI ORANG BAIK-BAIK] - Cetakan ke 4 
Dapatkannya segera bersama pelbagai hadiah menarik hanya :RM50.00 termasuk pos
Maybank: 5630 4631 5997
Whatsapp bukti : 019-790 8767

Sang Semut

"Ada seorang Arab Badwi keluar untuk satu keperluan. Ketika dia berasa sangat letih dan putus asa, dia duduk dan berfikir untuk berpatah balik ke tempat asalnya. Ketika itu dia melihat seekor semut yang sedang merangkak naik ke atas batu besar, namun semut itu terjatuh. Kemudian merangkak lagi dan jatuh lagi. Berulang-ulang kali!. Namun semut itu tetap berusaha dan berusaha sehingga akhirnya berjaya sampai ke atas batu besar itu." Kata Arab Badwi itu: "Aku sepatutnya lebih bersabar dan berusaha berbanding semut tersebut." Kemudian dia pun meneruskan perjalanannya hingga akhirnya sampai destinasi.
Lalu dia berkata:-

Oh My Mahsyar! Ustaz Husam

Masih terngiang² kata Ustaz Ahmad Husam semalam. (Video)

"Saya tak banyak amalan. Bangun Tahajud adalah kot sebulan sekali. Baca Whatsapp lagi banyak dari baca Quran. Sungguh ni. Sebab tu isi ceramah saya jarang sentuh bab amalan. Sebab saya sendiri pun tak buat mana. Tapi cubalah tuan², puan² renung ni ..👇
Kalau terbangun malam, ambillah wudhu', solat & doa. Bercakap²lah dengan الله. Jika malam ini, hari terakhir aku bernafas di bumi, apalah amalan yang jadi bekalan untuk-Mu Tuhan? Apa pula kenangan yang aku tinggalkan. Baik? Buruk? Pujian? Kecaman?
"Allah...takdak dah arwah tu. Baik sungguhlah dia. Payah nak jumpa orang baik lagu dia." @
"Meninggai dah? Lega aih rasa. Ada ka takdak sama ja."
Bayangkan pula. Gelap-gelita di dalam sana. Apa aku dah buat nak bagi cerah? Sempit. Aku buat apa dah nak bagi luas?

Kompilasi Hadis Fadhilat al-Quran


Dari Himpunan Kitab Fadhail Aa'mal

Taklim @home 16012018

Hazrat Abu Musa r.a meriwayatkan bahawa محمدﷺ bersabda:-
"~~> Seseorang Mukmin yang membaca al-Quran adalah seumpama "Turanj" (Limau Manis)- mempunyai bau yang sedap, rasa yang manis.
~~> Seseorang Mukmin yang tidak membaca al-Quran adalah seumpama buah tamar yang tidak mempunyai bau walaupun ia berasa manis.
~~> Orang Munafiq yang tidak membaca al-Quran adalah seeperti buah liar yang mempunyai rasa pahit, tidak ada bau.
~~> Orang Munafiq yang membaca al-Quran umpama bunga Raihan (berbau manis & harum) tapi berasa pahit.
Huraian
~~~~~~
Nilai bacaan al-Quran yang abstrak telah diperbandingkan dengan sesuatu yang konkrit agar jelas menunjukkan kelebihan membaca & tidak membaca al-Quranul Kareem. Walaupun manis dan harumnya Turanj & Tamar tidaklah sama dengan kemanisan al-Quran yang hakiki.
'Turanj' memberi rasa kepada mulut, membersihkan perut dan memudahkan penghadaman. Maka begitu juga nilai² al-Quran; keharuman mulut, kesucian & kekuatan rohani adalah hasil pembacaan al-Quran.
Dalam riwayat lain dipetik dari Ihya' disebut 3 perkara yang menguatkan ingatan:-
(1) Bersiwak
(2) Berpuasa
(3) Membaca al-Quran

Tuesday, 9 January 2018

Catatan 8 Januari 2018- Bonus

Bonus. 💰
Ada yang gembira dapat hari ini.
Ada yang dapat awal lagi. Dah habis pun.
Ada yang marah hanya dapat separuh.
Ada yang hampa, langsung tak merasa.
Ada yang pemurah agih²kan pada yang berhak.
Ada yang diam² saja.
Itu rezeki bahagian masing² yang telah الله tentukan. Syukur. Barangkali setakat itu sahaja yang halal buat kita. Fikir²kan. Mungkin الله payah nak bagi lebih kalau yang selama ini pun kita sukar syukur pada lisan & perbuatan. Datang kerja pun macam biskut. Buat kerja pun ikut mood. Rehat bila² masa, selamba.