Alhamdulillah. Selamat musafir dalam cuti akhir tahun. Setiap yang dirancang sudah tertunai dan yang penting semuanya dipermudahkan Allah.
Bermula dengan berjalan2 di KL kemudian pulang ke rumah mertua di Terengganu. Tiada apa yang lebih membahagiakan melainkan melihat anak2 setiap ahli keluarga tersenyum gembira. Walaupun percutian agak ala2 budget tetapi seronok. Paling best bila dapat memancing buku2 idaman di PTS Bookcafe dengan harga yang sangat murah. Terus batalkan hasrat ke BBW...hehe. Selamat duit. Bagus juga berjalan dengan duit yang cukup2 ni. Tidaklah bernafsu membeli yang bukan2. Setiap sen dirancang penggunaannya. So tips untuk yang kaki shopping - BAWA DUIT CUKUP2! :-)
Di Terengganu, antara yang seronok dapat bawa anak2 dan anak2 buah ke Pusat Sains Terengganu. Mungkin tak sebanyak bahan pameran di Bukit Kiara tapi banyak juga yang berbeza. Paling best bila masuk dalam Globe 3D gelap gelita dan tiba2 terasa seperti di angkasa. Planet2 semua betul2 atas kepala. Wah terasa seperti angkasawan kejap. Mak lagi teruja dari anak..kot?! heh... Di kawasan Dinosour pun boleh tahan menarik juga, Walaupun kena bayar lagi sekali, tapi ok lah. Di mesin kuiz, bukan main la kami pakat mengulang jawab soalan sampai hampir semua jawapan. Rupanya dinosour kejar manusia hanya dalam filem Jurassic Park je, tak pernah hidup sezaman ...hmm baru tahu. Teruk kan...
Tu antara tempat2 yang best la..
Nanti nak sambung lagi ok.
Thursday, 22 December 2016
Thursday, 8 December 2016
07122016
Ada sesuatu yang aku agak seronok hari ini. Hanya kerana beberapa patah perkataan.
Teringat pula iklan keselamatan jalanraya di radio. Hanya 3 perkataan mengubah kehidupan seseorang:-
Teringat pula iklan keselamatan jalanraya di radio. Hanya 3 perkataan mengubah kehidupan seseorang:-
"Awak nampak cantik" - buat orang rasa dihargai.
"Saya minta maaf." - pun sangat bermakna sebab bukan semua orang mampu ucap.
Jadi apa yang aku seronok sangat hari ini, lebih kurang macam tu jugalah kaedahnya...hehe.
06122016
Fuh. Penat betul hari ini.
Pagi ini ada Allah uji sikit. Terbangun
lambat + jalan jem + salah tempat dan akhirnya lambatlah sampai
kuliah. Tapi alhamdulillah sempat juga tadah ilmu yang sangat
berharga dari orang yang sangat 'alim..bekas datuk mufti. Kami belajar tentang Bab Nikah dalam Kitab Matla'ilbadrain hari ini. Walaupun banyak yang dah tahu, tapi banyak "reminder"yang Tuan Guru bagi..masyaAllah.
Nak ulas sikit sikap orang2 kita. Biasanya kita beria ambil tahu soal nikah kahwin sebelum je. Apa saja syarat kita penuhi. Kursus ke, jumpa orang tu orang ni, booking itu dan ini semua kita buat tak kesah penat. Tapi semakin lama kahwin, kita jadi makin malas pula, perasan tak. Ilmu kursus pra-perkahwinan itu sajalah modul kita walaupun anak dah bederet-deret. Kad top up kita nak dekat habis cepat sahaja kita beli, tapi ilmu rumahtangga dan parenting tak top up top up! Lepas tu kecoh. Hati tak tenang, ada isteri pun serabut, mula nak cari lain dan macam2 lagi masalah timbul hasil ciptaan kita sendiri! Ya orang2 jabatan agama, ngo, konsultan dan banyak pihak puas fikir macam mana nak tangani isu ini, tapi tak bolehlah semuanya kita letak atas kepala mereka, salahkan mereka. Kitalah kena cari inisiatif, tambah ilmu, tambah amal, muhasabah selalu supaya rumahtangga subur dengan iman. Eh maaf ye, makcik ter'emo' la pulak. Mungkin sebab isu ini yang dok hadap hari-hari sekarang ini. Kita selalu minta orang 'suap'kan sedangkan 'nasi lauk pauk semua depan mata tetapi malas nak suap sendiri'. Allahuakbar.....
Monday, 5 December 2016
05122016
Terasa
ingin seperti disambung entri 0212.
Hakikat doa. Itulah senjata ampuh
melalui 'skrip' harian moyang, nenek dan datuk kita dahulu. Minta
diberikan yang baik2 untuk diri dan zuriat keturunan. Walau isi dan
tulang mereka sudah dimamah tanah, doa itu tidak akan pernah putus.
Kalau pun tidak Allah makbulkan ketika mereka di atas bumi, rasanya
ada yang Allah jawab pada diriku hari ini.
Kenapa
aku kata begitu? Teringat kisah yang diceritakan Ustaz Izhar Arif
dalam ceramahnya yang pernah aku hadir di Bangi dulu. Pernah beliau
bertanya rahsia kekayaan Datuk Yusuf Haslam. Katanya antara puncanya
kerana doa almarhum ayahnya. Ayahnya hidup serba susah. Sukar sekali
hidup mereka ketika itu hingga dia terpaksa bekerja sejak dari kecil.
Selain tidak pernah culas membayar zakat, doa ayahnya yang tidak
akan beliau lupa adalah “Ya Allah, berikanlah kekayaan pada
diriku, anakku dan keturunanku.” Ini doa yang
dipanjatkannya berkali-kali. Doa itu tidak Allah jawab ketika
hayatnya. Hidupnya tetap miskin hingga ke hari terakhir nafasnya. Tetapi Allah rezekikannya
kepada anaknya - seorang yang kini bergelar jutawan – Datuk Yusof
Haslam. MasyaAllah!
02122016
Teacher’s
Diary
Baru
selesai menonton filem Thailand itu. Best! Banyak sekali
pengajaran. Macam nak bagi 5 bintang! :-) Betapa jerih dan payahnya menjadi seorang
guru. Ibu ayah di sekolah, guru agama, guru adab ..namakan
sahaja, itulah gelaran2 lain untuk mereka. Filem ini juga kembali menyuntik semangat menulis diari dalam diriku. Dalam filem itu, dua orang hero dan heroin yang
tidak pernah bersua muka, seolah sangat mengenali sesama mereka
hingga membibitkan rasa cinta hanya melalui perkongsian masing2 dalam
sebuah diari yang sama. Diari itu juga sangat memberi motivasi kepada
mereka berdua malah sangat membantu mereka menyesuaikan diri sebagai
seorang guru sekolah houseboat yang
terletak jauh di pedalaman sehingga akhirnya membuahkan bibit cinta & rindu.
Teringat
pula diari yang pernah aku tulis semasa belajar dahulu. Entah di mana
letaknya. Tidak sanggup rasanya dibaca kembali. Banyak yang entah
apa-apa. Semangat yang sama aku dapat selepas menonton
Ghajini – filem hindustan hasil lakonan utama Amir Khan. Dari
diarinyalah banyak kisah silam dapat diketahui setelah beliau lupa
ingatan.
Subscribe to:
Posts (Atom)