Friday, 6 January 2017

Doa Akasyah

Akasyah r.a. adalah sahabat Nabi SAW yang memiliki kumpulan doa-doa yang dikenali dengan Doa Akasyah. Bait demi bait dalam doa ini penuh makna dan menyentuh hati. Mengagungkan Nama dan Sifat Allah SWT yang mulia, serta memohon keampunan kepada Allah Ta’ala di atas segala dosa yang telah kita lakukan sama ada yang kita sedari mhaupun yang tidak kita sedari.
Petikan dari Buku bertajuk “Terjemah Majmu’ Syarif” (Jalan kemuliaan menuju kebahagiaan dunia & akhirat).

Dalam ‘Kitab Mujarabat’ dinyatakan bahawa doa Akasyah ini pada asalnya dibawa oleh Malaikat Jibril a.s. dari arasy. Sayyidina Abu Bakar A-Siddiq r.a telah berkata;
“Pada suatu hari aku sedang duduk di hadapan Rasulullah SAW di dalam Masjid Madinah AL Munawwarah, tiba-tiba datang Malaikat Jibril a.s. dengan membawa Doa Akasyah lalu diberikan kepada Rasulullah SAW sambil berkata,
“Wahai Rasulullah! Sesungguhnya apa yang aku bawa ini, Doa Akasyah yang sejak dari Nabi Adam a.s. dan nabi-nabi lain belum pernah diberi kecuali kepada Dikau.” Kata Malaikat Jibril lagi, “Sesungguhnya aku melihat Doa Akasyah ini tergantung di bawah Arasy selama 90,000 tahun sebelum Allah menciptakan dunia dan segala isinya.”.”

Fadhilat Dan Khasiat Doa Akasyah


1)     Dapat Menghafal Al Quran

‘Doa Akasyah’ hendaklah dibaca dengan penuh ikhlas kepada Allah SWT sebelum membaca Al-Quran.
Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq r.a. berkata, Rasulullah SAW pernah bersabda kepadaku, “Wahai Abu Bakar, janganlah kamu tinggal membaca doa Akasyah ini, sebab membaca doa ini bererti akan memperoleh kesejahteraan dan anugerah dari Allah SWT serta dapat menghafal Al Quran dan Kitab.”
Sayyidina Usman Ibnu Affan ra. Pernah berkata, “Sesungguhnya aku dapat menghafal Al Quran dengan berkah doa Akasyah ini.”

Wednesday, 4 January 2017

Catatan Tahun Baru 2017

Fuh...penat.

Awal tahun baru yang memenatkan tapi memuaskan hati :-)

Anak-anak alhamdulillah ok. Tidaklah trantum sangat. Nangis sikit-sikit tu biasa.
Alhamdulillah juga Uwais pun dah dapat maahad yang dekat. Subhanallah, ada hamba Allah yang menaja hampir keseluruhan kos pembelajaran di situ dan ibu bapa hanya perlu kos yang minimum sahaja setiap bulan. Alhamdulillah. Moga Allah merahmati usaha beliau dan berpanjangan jariah beliau dan pasukannya. Moga syurga ganjaran mereka. Walaupun sayangkan Maahad lamanya, namun atas beberapa aspek, kami memilih untuk memindahkan dia. Harapnya Uwais cemerlang di situ..insyaAllah mudah2an termakbul hasrat mengejar ilmu akhirat dan dunia.


Friday, 30 December 2016

Catatan lagi..

Entah..dah tak ingat tarikh.

Beberapa hari ini aku sibuk menghabiskan stok2 buku baru yang lama dan baru dibeli. Mungkin sebab dah ter'sign up' pledge di web Big Bad Wolf yang berbunyi "Stop Buying, Start Reading." eh tapi ada juga la beli....sikit :-) MasyaAllah seronok! Tak makan pun takpa. Mungkin sebab hormon Oksitosin kian meningkat. Apa benda la hormon tu? Lebih kurang macam hormon bahagia gitu. Bacalah sini . Dapat istilah ni lepas baca buku Men Are From Mars, Women Are From Venus. Bergantung kepada individu. Banyak cara untuk kita boost up hormon ini. And for me not necessary come from our spouse but just through - reading! Penting sangat untuk kita para isteri2 solehah dan mak2 ni kekal dengan hormon oksitosin yang tinggi supaya hidup kita kekal tenang dan gumbira walaupun macam2 'topi' jawatan dan tekanan yang kita pikul, betul tak?

Oklah nak cerita sikit lah pasal buku2 yang dibaca.

Antaranya buku2 karya Tuan Bahruddin Bekri. Sebelum ni memang suka betul baca posting2 beliau di Fb. Kelakar tapi berisi! Lepas tu jatuh cinta dengan siri buku2 Mat Despatchnya.


CATATAN di Majlis Maulid oleh HABIB NAJMUDDIN OTHMAN AL KHERED 29122016

CATATAN di Majlis Maulid @ Masjid Simpang Empat, Balik Pulau, Pulau Pinang pada 
29 Disember 2016  oleh HABIB NAJMUDDIN OTHMAN AL KHERED

* Buat apa yang Nabi SUKA DAN SAYANG..
* Sebelum buat apa2 fikir adakah perbuatan itu Nabi redha atau benci? 
* Semua amalan yang membuktikan tanda sayang pada Nabi nescaya SAMPAI pada Nabi saw. 

Dari ANAS IBN MALIK -- Simpulkan sifat Nabi yang boleh kita usaha contohi:  

(A) *NABI SECANTIK-CANTIK MANUSIA*
-- senyuman yang menggembirakan
--harum dan wangi
--yang paling utama: AKHLAK 
"اللهم كما حسنت خلقي، فحسن خلقي"
Allahumma kama hassanta khalqi fahassin khuluqi" Ya Allah sepertimana Kau mencantikkan kejadianku maka cantikkan juga akhlakku--> ini misi kita. 
-  Betulkan akhlak isteri kepada suami. Ibu kepada anak. Anak kepada orang tuanya. Jiran kepada jiran yang lain. Sahabat kepada sahabat muslim dan bukan muslim. Santuni persis Nabi. 
_"Bukan dari golongan kami orang yang tidak hormat yang lebih tua, dan tidak mengasihi anak yang lebih kecil"_  

Saturday, 24 December 2016

Catatan 24/12

Alhamdulillah. Hari cuti yang paling banyak bercakap..hehe.

Hari ini bekas jiran kami di Kajang dulu bertandang. Mr Ong namanya. Sangat peramah dan baik orangnya. Selalu tengokkan rumah dan bagi hadiah termasuk kad hari raya setiap kali hari raya menjelang (walaupun sebelah rumah!). Kini kami sekeluarga tetap bersahabat baik walaupun telah berpindah. Kebetulan kampungnya juga di Pulau Pinang. Smart dan handsome (seperti katanya sendiri) tapi masih single you..hehe. Umur dah hampir mencecah 40, itu yang kami asyik mengusik suruh dia kahwin cepat. Lepas makan tengah hari hasil air tangan emak, kami bertiga bersembang sakan (encik Suami terpaksa keluar kerja). Tak sedar sampai 3-4 jam rasanya! Bila kami ajak dia minum petang sambil rasa laksa Balik Pulau, baru sedar dah hampir jam 7! Petang konon....hehe.

Banyak yang kami bualkan. Tentang insurans takaful (sebab dia agen), dari satu negara ke satu negara. Dan yang paling menarik apabila berkisar tentang adat budaya dan agama. Katanya dia minat mengkaji semua agama. Maka kami sedikit sebanyak cuba fahamkan dia tentang Islam dan cara hidup orang Melayu. Kami pula belajar tentang agama Taoism dan adat budaya masyarakat Cina. MasyaAllah...sangat menarik. Emak pesan minta dia lihat dan belajar Islam yang sebenar bukan hanya tengok orang Islam sahaja sebab bukan semuanya tunjukkan Islam yang sebenar. Moga dipercepatkan jodohnya & dipilih Allah  untuk dia kembali ke agama fitrah suatu hari nanti. Amin...

Hari ni juga hari yang sedih. Seorang senior ketika di UIA dulu akhirnya kembali ke rahmatullah setelah bertahun2 berjuang melawan sakitnya. Walaupun medium fbnya aktif tapi tak pernahku tahu dia sakit selama ini walau umurnya belum pun mencecah 40. Cerianya beliau di alam maya maka begitulah karakter beliau di alam nyata. Yang lebih menyedihkan, hari esok adalah hari kenduri adik bongsunya. Entah macam manalah keluarga almarhumah. Moga tabah dan kuat.

Itulah hakikat kematian. Ada yang dijemput dengan asbab sakit. Ada juga dalam keadaan sihat tanpa apa2 signal awal. Ada yang muda lebih2 lagi yang tua. Usah pernah tertipu dengan nikmat muda dan sihat. Allahuakbar. Moga Allah mengampuni semua dosanya dan dosa kita semua. Moga setiap kebaikan dan ilmu yang dicurahkan sepanjang hidup almarhumah menjadi jariah berpanjangan buat beliau di Sana.

Al-Fatihah kak Fisha :-(
1977 - 2016