Monday, 23 December 2013

Bicara Hati: Allahyarham Ahmad Ammar

Bicara Hati Ayahanda En. Ahmad Azam: Wawasan untuk Ammar


Kami pun sendiri tidak benar-benar mengenalinya hinggalah beliau tiada.. 
Allah buka segala kebaikan..
Alhamdulillah ramai yang teransang...

Membentuk Wawasan Ammar - Formula


Ketika umur 16 thn...saya telah beri wawasan kepada beliau. 

Tak perlu kawal, Wawasan itu akan jadi panduan untuk beliau. 
Bila beliau faham ia akan dilaksanan sungguh2 tanpa perlu kita pantau..

1. Wawasan Ummatik

Tuesday, 17 December 2013

ALAM RIA CUTI SEKOLAH

## Hiburan dalam rumah
Pengamatan saya dari pendidikan dari mak ayah kita dan kehidupan zaman kecil saya, sangat sedikit akses pada hiburan. Alhamdulillah keterbatasan ini sangat baik untuk pendidikan. Gangguan hati dan fokus kurang terganggu. Dahulu kita tidak perlu baca buku teruk-teruk tapi insyaaAllah hati sangat terang, mudah meresap ilmu.
Namun kini banyak faktor mempengaruhi hati anak-anak.
Mungkin kerana terlalu banyak faktor hiburan kita suapkan dan bebas biarkan mereka lihat dan dengar tanpa polisi yang jelas.
Masih jelas dalam ingatan zaman kecil saya, setiap malam Jumaat, bertemankan lampu picit, ramai menuju ke rumah saya yang antara awal ada televisyen, beramai-ramai kami menonton cerita P.Ramlee.
Beberapa tahun kemudian, nak tengok filem hindustan pula tapi dalam keadaan takut-takut dengan mak ayah. Dengar sahaja bunyi pagar berkeriuk, tv terus dimatikan, tak sempat tengok hindustan. Keadaan ini sangat baik kerana ia tidak mengeraskan hati si anak.


Thursday, 5 December 2013

Bermimpi Syurga

Kisah ayah kepada Syeikh Ali Al-Yaasin...

"Ketika itu, kami semua sedang mengelilingi ayah yang sedang koma.

Sedang beliau koma, dengan tiba-tiba mulut beliau berkata-kata:
Ya Allah...indahnya pemandangan..
Ya Allah..cantiknya sungai ni..
Ya Allah..terlalu cantik segala-galanya di sini..

Saya dan semua yang berada di situ sungguh terkejut..
Adakah ayah sekarang benar-benar dibawa ke syurga?
Beliau menerangkan segala yang dilihatnya satu persatu ketika koma..
Kami mula menangis seorang demi seorang..

Saturday, 30 November 2013

Kolokium Fiqh Dakwah Media Baru 2013


Tarikh: 30 November 2013
Tempat: Auditorium Syafie, ILIM


Fiqh Media Baru: Ustazah Google vs Ustaz Youtube
oleh Ustaz Muhamad Faisal Asha’ari (UKM)

- Kita menentukan maklumat apa yg disampaikan
- Overload information: perlu ditapis...

Internet
• Perlu ditangani dengan HIKMAH
• NARROW-CASTING – audience tertentu

ISLAM: ONLINE & OFFLINE
- Islam Offline: Old Media
o Sources (AlQuran & AlHadith)
- Islam Online : New Media
o Sources AlQuran AlHadith
Digitilization

THE FUTURE OF ISLAM

 
- Rising up the LITERALIST
o 587 Islamic Arabic websites
o http:www.sultan.org/ - 25% owned by Ulama from Middle East
o Bila menulis..berdasarkan nas yang jelas supaya tidak membawa pertikaian x berkesudahan

- Welcomed by LIBERALIST
o Suka ambil pandangan yang sesuai dengan interest mereka, tidak ambil pandangan ulamak yang tertutup dan jumud pada mereka

- Rising up of new class of Islamic interpreters
o ICT would break intellectual monopolies
o Allow user to communicate interactively in public
o Sikap suka share,tidak perlu selidik & sekadar share, suka pada kontroversi
o Golongan kumpulan pertengahan, ijazah, elit tertentu – pendekatan & pemahaman berbeza golongan di pedalaman
o Aliran baru ini akan membawa Islam di Malaysia lebih dinamik. Sekiranya pihak berkuasa guna pendekatan Tradisional, agak bermasalah (suka merujuk pandangan, hanya beri pandangan tanpa alas an). Tidak boleh treat golongan ini sama seperti treat golongan bandar – Golongan ini perlu diberi penjelasan lebih lanjut, dengan justifikasi supaya tidak timbulkan sebarang pertanyaan dan kekeliruan

- Future of Islam for us to think...
o Future of Islam designed by the computer literacy?
o Role of Ulama gradually eliminated by the internet?

Friday, 29 November 2013

Gaji oh Gaji!

Sedikit renungan untuk kita muhasabah bersama.

Alhamdulillah, sudah 4 hari kita mendapat gaji untuk bulan ini. Sibuk membayar hutang dan membeli itu dan ini.
Namun pernahkah di antara kita melakukan amalan seperti yang dikisahkan dalam cerita ini. Ayuh sama-sama kita hayati:-

Terkesan dengan kisah seorang tukang kebun yang hanya berpendapatan RM450.00 sebulan
tetapi mampu membesarkan bukan 2,4,6 tapi 8 orang anak!!
Kesemuanya sangat berjaya akademik malah soleh & solehah..masya'Allah tabarakallah

Apabila ditanya ustaz apa rahsia amalan beliau..tukang kebun ini berkata biasa-biasa sahaja, tidak ada apa yang luar biasa.

Hanya menjadi kewajipan beliau, setelah beratur mengambil gaji segera beliau ke surau untuk SUJUD SYUKUR!

Dan yang paling menyentuh emosi, setelah didesak lagi berkongsi amalannya, dengan begitu malu-malu beliau berkata:

"Ustaz...setiap helai not RM50 gaji saya itu, akan saya cium setiap helai, satu persatu, bersama doa:


Ya Allah..aku bersyukur..dengan duit inilah aku dapat beli rumah..
Ya Allah...aku bersyukur..
dengan duit ini dapat beri rezeki pada isteri & anak-anak..
Ya Allah...dengan rezeki-Mu inilah aku dapat besarkan mereka....
Ya Allah...dengan rezekiMu inilah aku dapat sekolahkan mereka...."

Subhanallah!
Setiap not- ciuman & doa..amalan ini dilakukan setiap bulan, setiap kali dapat gaji!
Dan ia hanyalah sekadar 9 keping not RM50.00!!!

Allah ya Allah...
Mungkin rutin kerjanya setiap hari bermain dengan sampah tetapi dalam hidupnya Allah campakkan barakah,
rezeki yang berkat, isteri yang taat, zuriat yang hebat!!!

Jom periksa bagaimana reaksi kita setiap kali dapat gaji?
Sering meratus, merungut-rungut tidak cukup atau tidak henti-henti melafazkan & menterjemahkan syukur??

Perkongsian dari Rancangan
J.O.M Jalan Orang Mukmin 15112013 @ Tv9 yang disampaikan Y.Bhg Ustaz Zul Ramli M.Ghazali

(status fb pada 15112013)