Sumber Fb En.Rahman Basri:
(saya menghadiri kelas ini pada 14 Jun (jumaat) ternyata perkongsian yang sama saya rasakan, alhamdulillah)
hari pertama: 13/6/13
Syukur Alhamdulillah, semalam dapat hadir ke program pengajian Al-Quran Ust Mohammad Asraff Ayob
di Kajang. Personally bagi saya, pengajiannya sangat berbeza, dan ia
cukup menyeronokkan. Tajwid Quran diajar dengan cara yang santai.
Apa yang
menariknya, Ust Asraff mengajak setiap peserta untuk berdamping dengan
Al-Quran pada perspektif yang berbeza daripada biasa. Untuk setiap ayat
Quran yang kita baca, sentiasa tanya diri kita, "Apa mesej yang Allah
nak beritahu saya dalam ayat ini?" Then, kita take note apa yang kita
rasa kat dalam satu buku nota kecil.
Al-Quran juga perlu
dilihat sebagai kitab atau buku rujukan bagi segala macam masalah yang
kita hadapi. Contohnya, jika ada masalah 'management' di pejabat atau
dengan staf, rujuk Surah An-Naml. Di situ Allah ceritakan bagaimana Nabi
Sulaiman mengendalikan pengurusan dengan makhluk-makhluk yang dibawah
jajahannya.
Begitu juga, jika kita hadapi masalah 'semangat
kadangkala naik & turun', atau dengan kata mudahnya 'motivasi down'.
Rujuk Surah Isra'. Allah dah tunjuk cara bagaimana Allah gembirakan
hati Nabi Muhammad SAW ketika Baginda bersedih.
Kelemahan
& kesilapan kita hari ni, jika ada masalah kita akan terus rujuk
buku '7 habits' (ini contoh je yang ust Asraff mention semalam). Kita
ingatkan penyelesaiannya ada di situ, sebenarnya tak.. Semuanya ada di
dalam Al-Quran.
Itu mukadimah semalam. Lepas tu, barulah ust Asraff teruskan dengan pengajian tajwid.
hari ketiga: 15/6/13
Semalam, adalah hari ke-3 saya mengikuti kelas 'polish' tajwid Al-Quran bersama dengan Ust Mohammad Asraff Ayob..
Seperti dua hari lepas, setiap kali kelas pengajian pasti ada sahaja
ILMU baru yang saya peroleh. Bukan sahaja ilmu tajwid, bahkan ilmu bagaimana mengenal Al-Quran dengan cara yang lebih menyeronokkan.
Satu point yang paling menyentuh perasaaan saya apabila Ust Asraff
tunjukkan kaedah untuk kita lebih menghayati Al-Quran ialah dengan
membayangkan yang Allah sedang memimpin tangan kita, seumpama seorang
ayah sedang memimpin tangan anaknya (ia sekadar perumpamaan untuk kita
lebih memahami kerana Allah tidak sama dengan segala bentuk yang kita
bayangkan) sambil bercerita tentang keindahan pemandangan yang
terpampang di depan mata
Setelah itu, Allah bercerita pula
tentang kisah orang-orang lama seperti Nabi-nabi.. Dan kemudian tentang
neraka sebagai peringatan. Begitu sayang & dekatnya Allah dengan
kita jika kita dapat hayati Al-Quran dengan cara sebegitu.
Untuk anda yang ingin belajar lebih lanjut, saya sangat sarankan untuk
anda hadir ke kelas "Polish Tajwid Surah Idaman" dengan ust Asraff. Klik
di sini untuk maklumat lanjut: https://www.facebook.com/events/446670348762308/
Tuesday, 18 June 2013
Al-Baghdadi@ Kedai Asnaf
Di awal penubuhan, tempat ini berperanan
memberi makan tengahari percuma kepada setiap pengunjungnya. Kemudian,
pelbagai pengisian kerohanian mula diisi sebelum acara makan tersebut
bermula. Salah satunya adalah Kelas Pengajian AlQuran teknik AlBaghdadi setiap Isnin & Rabu selama setengah jam.
Alhamdulillah, semalam 10 Jun 2013..
tercatat sejarah apabila salah seorang pengunjung Kedai Makan Asnaf
menyatakan hasrat: "Ustaz...saya mahu masuk Islam"
"Ok, saya syahadahkan kamu sekarang!"

Lalu buat pertama kalinya, premis yang baru memasuki setengah tahun operasi ini telah menyaksikan beliau disyahadahkan di sini!
Beliau kemudian di bawa ke unit saudara baru JAWI untuk proses dokumentasi.
Ketika ditanya, kenapa uncle nak masuk Islam?
Jawapan ringkas beliau:
"SAYA MAHU MATI DALAM ISLAM!!!"
Allah ya Allah..
Sungguh hidayah Allah tidak akan siapa dapat menyangka..
siapa? di mana? bila? bagaimana caranya?
Yang penting, kerja dakwah perlu berjalan dan terus berjalan..
Moga setiap usaha kita..kecil atau besar..akan mendapat keberkatan, in syaa Allah!
Terima kasih Ustaz Muhamad Khairul Arifin!!
Perkongsian berita berkaitan sebelum ini:
http://www.jawi.gov.my/arkib-berita/864-majlis-perasmian-kedai-makan-asnaf-1malaysia.html
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/RM1_2jutasetahunbiayaoperasiKedaiAsnaf1Malaysia/Article/index_html
My fb status 11 Jun 2013
![]() |
| Tekun mendengar kelas ustaz |
![]() |
| Wah..tawadhuknya...hehe |
![]() |
| sa..ja..da...! |
![]() |
| sebut macamana? 1...2...3..ketuk! |
![]() |
| Adik2 PICOM turut bersemangat! |
Alhamdulillah, semalam 10 Jun 2013..
tercatat sejarah apabila salah seorang pengunjung Kedai Makan Asnaf
menyatakan hasrat: "Ustaz...saya mahu masuk Islam"
"Ok, saya syahadahkan kamu sekarang!"

Lalu buat pertama kalinya, premis yang baru memasuki setengah tahun operasi ini telah menyaksikan beliau disyahadahkan di sini!
Beliau kemudian di bawa ke unit saudara baru JAWI untuk proses dokumentasi.
Ketika ditanya, kenapa uncle nak masuk Islam?
Jawapan ringkas beliau:
"SAYA MAHU MATI DALAM ISLAM!!!"
Allah ya Allah..
Sungguh hidayah Allah tidak akan siapa dapat menyangka..
siapa? di mana? bila? bagaimana caranya?
Yang penting, kerja dakwah perlu berjalan dan terus berjalan..
Moga setiap usaha kita..kecil atau besar..akan mendapat keberkatan, in syaa Allah!
Terima kasih Ustaz Muhamad Khairul Arifin!!
Perkongsian berita berkaitan sebelum ini:
http://www.jawi.gov.my/arkib-berita/864-majlis-perasmian-kedai-makan-asnaf-1malaysia.html
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/RM1_2jutasetahunbiayaoperasiKedaiAsnaf1Malaysia/Article/index_html
My fb status 11 Jun 2013
Musibah Georgetown..
Info: Menara UMNO is a 21-storey skyscraper at
128 Macalister Road in George Town, Penang. It is located at the
junction of Macalister Road and Jalan Zainal Abidin. The building is
93.6 meters tall, to the height of its roof. It was completed
in 1998 and designed by local architect Kenneth Yeang of the firm T.R.
Hamzah & Yeang. Special features of the skyscraper includes its wing
walls that are positioned to catch prevaling winds. Its windows and
balcony doors can be adjusted to control the flow of air and manage
ventilation.source:
http://www.penang-traveltips.com/menara-umno.htm
Jalan Zainal Abidin..lebih 10 tahun rasanya dibesarkan di sini.
Sungguh amat terkejut dengan apa yang terjadi.
Walau secerdik mana manusia, sekuat mana pun binaan,
tetap ia tidak mampu mengatasi kuasa 'kun fa yakun' Tuhan..
Sekalung takziah kepada yang ditimpa musibah..
Moga ketabahan, kesembuhan dan redha mengiringi semua hambaNya yang pastinya sangat istimewa kerana terpilih dan dipilih Allah..
Moga tidak ada antara kita yang membuka ruang2 syaitan dengan kata2:
"Ya Allah...nasib baik laa aku tak lalu kat situ.."
"Selalu aku memang dok lalu jalan tu, untung laa aku lalu kot lain semalam.."
"Laa ish...awat la aku pi lalu tang tu semalam..."
Ayuh kita renungkan hadis ini:
Daripada Ummu Salamah r.a. katanya, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila seseorang itu ditimpa bencana, maka hendaklah ia mengucapkan: (Sesungguhnya kita datang dari Allah dan kepadanya kita kembali, Ya Allah berikanlah ganjaran kerana musibah ini, berikanlah aku pengganti yang lebih baik daripadanya) nescaya Allah SWT memberi ganjaran kepadanya kerana bencana tersebut dan menggantikan kepadanya yang lebih baik daripadanya, Ummu Salamah berkata lagi: “Semasa Abu Salamah meninggal dunia aku mengucapkan sepertimana yang diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. kepadaku, lalu Allah Taala menggantikan kepadanya (Ummu Salamah) seorang yang lebih baik daripada Abu Salamah (menjadi suaminya) iaitu Rasulullah s.a.w.” (Muslim)
Semoga Allah SWT mengampunkan dosa kita semua.
Wallahua'lam.
Fb Status 14 Jun 2013
Faham tak Doa Qunut?
Mungkin ramai yang sering tidak lupa:-
- Mengambil sarapan setiap pagi untuk menambah energi..
- Mengambil makanan tambahan (supplement) untuk menguatkan diri..
- Solat Subuh setiap pagi
- Baca Doa Qunut dalam rakaat ke-2 solat setiap pagi
Akan tetapi mungkin ada yang..
- Tidak tahu makna doa Qunut
- Tahu tetapi tidak menghayati maknanya kerana sering solat dalam keadaan separuh sedar (sebab mengantuk sangat..:))
- Tidak tahu sebenarnya ia adalah 'SARAPAN ROHANI' yang SANGAT TINGGI KANDUNGAN 'SUPPLEMENT'NYA UNTUK KEKUATAN DIRI KITA!
"Ya Allah tunjukkanlah akan daku sebagaimana mereka yang telah Engkau tunjukkan,
Dan berilah kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang Engkau telah berikan kesihatan,
Dan peliharalah daku sebagaimana orang yang telah Engkau peliharakan,
Dan berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan,
Dan selamatkan aku dari bahaya kejahatan yang Engkau telah tentukan,
Maka sesungguhnya Engkaulah yang menghukum dan bukan kena hukum,
Maka sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin,
Dan tidak mulia orang yang Engkau memusuhinya,
Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha tinggi Engkau,
Maha bagi Engkau segala pujian di atas yang Engkau hukumkan,
Ku memohon ampun dari Engkau dan aku bertaubat kepada Engkau,
(Dan semoga Allah) mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya."
Moga hari kita hari ini lebih baik dari semalam..
Hari kita esok lebih baik dari hari ini..in syaa Allah!
Fb Status- 18 Jun 2013
Wednesday, 12 June 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)







