Saya nak share tips ni untuk semua ibu2, para suami boleh juga tunjuk kat isteri.
Kadang-kadang bagi saya benda ni basic je, semua orang boleh buat, tetapi bila saya sering upload pic frozen2 stok saya, saya kena jawab banyak pertanyaan yang bagi saya basic2 tu, ramai yang kurang arif tentang ini, maka saya share...

Sebagai emak-emak bekerja, saya nak share cara cepat saya sediakan juadah puasa untuk keluarga. Walau bekerja, kita masih boleh sediakan roti john, puding roti daging, kuih cara, donut utk anak-anak.
tips ni boleh pakai sepanjang masa, bukan bulan puasa je, kita bekerja kan, tetapi teringin juga nak masak untuk keluarga, dengan masa terbatas memang penat.
So saya selalu spend masa hujung minggu buat stok frozen paste kari, kurma, asam pedas dan sambal tumis. frozenkan.
1. Setiap pagi lps sahur, sebelum pergi kerja, keluarkan setiap portion letak peti ais bhgn bawah,
2. ikan, ayam, simpan dalam container cukup utk satu protion masak dengan satu portion paste kita sediakan. pun pagi-pagi kita keluarkan satu portion letak peti ais bawah.
3. balik je kerja, kalau sampai rumah 6.30pm pun sempat, masuk paste dalam periuk, tambah santan/air, haiwan2 dan bendi, kentang. etc. rasanya sebelum jam 7 dah siap satu menu kalian.
Pssttt bodek laki belikan deep freezer ye...
Selamat berpuasa dan cuba tips ni ye. Moga kita istiqomah nak masak untuk keluarga.
Kalau malas, no komen.
Kalau malas, no komen.
RESIPI 1 - KUIH CARA TUNA CHEESE
Ini paling senang nak buat.
Adunan tepung.
1 cawan tepung gandum
1 cawan santan pekat
1 cawan air (ini adjust ikut kesesuaian, jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair, try and error)
1 biji telur
pewarna hijau or kuning
*blend semua bahan ni dalam blender sampai halus.
Satu tin tuna gaul dengan sedikit lada sulah, lada hitam kasar sedikit garam
cheese parut (or slice potong2)
sudukan adunan tepung dalam acuan kuih cara, letakkan tuna, dan letak cheese, bakar atas dapur, dan pastikan ada penutup kecil tutup acuan kuih cara agar wap panas boleh cepat masakkan tepung dan bhgn atas.

RESIPI 2 - DONUT
Buatlah dalam 3-4 kali ganda adunan ni untuk stok sebulan puasa, yang bulat-bulat tak berlubang tu boleh goreng nanti, belah jgn sampai putus, letak sambal, letak telur dadar nipis, ikan bilis ke, sardin ni, timun then jadi mini burger or donut sambal.
Nak frozenkan goreng agak kekuningan macam saya buat ni, dah simpan ikut portion sikit-sikit macam ni.
ini resepi donut yang saya selalu guna untuk buat stok frozen, dan boleh tahan sampai 6 bulan, elok lembut.
DONUT
Bahan-bahan:
20 g yis basah (fresh yeast) - kalau guna yis kering segera sebyk 6 g saja tapi best yis basah
125 ml susu segar suam
25 g mentega } dicairkan
2 kuning telur
250 g tepung gandum
1-2 sudu besar gula castor
minyak utk menggoreng
gula castor secukupnya utk taburan
Cara membuat:
Campurkan yis dgn sedikit susu, kacau. Kemudian masukkan baki susu, mentega, kuning telur dan gula, kacau sebati.
Ayakkan tepung ke dlm mangkuk adunan yg lain, curahkan campuran yis tadi di tengah2 tepung kemudian gaul sebati
Uli adunan sehingga menjadi doh yg licin (tidak melekat dijari) kemudian masukkan doh kedlm mangkuk besar, tutup dgn cling film selama 1 jam
Kemudian uli semula dan canai menjadi setebal 2 cm
Ambil penerap bulat, terap hingga habis
Biarkan donut tadi atas dulang yg telah disapu dgn sedikit minyak dan biarkan selama 20-30 min
Goreng sehingga keperangan dgn api perlahan

RESIPI 3 - DAGING KISAR BEREMPAH (pelbagai guna)
Okey, ini yang palingggg saya suka buat, sebab banyak sangat kegunaannya.
kalau nak buat bnyk2 buatlan 3-4 bungkus daging kisar, dan gandakan bahan-bahan.
Bahan-bahan
1 bgks daging kisar
1 sudu besar rempah kari daging (kalau suka lebih rasa kari, lebihkan sedikit)
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
sedikit lada sulah
Sedikit lada hitam kasar
garam gula secukup rasa
Cara
1. Rempah +bawang putih + bawang merah blend.
2. tumiskan bahan-bahan di no.1 sampai naik minyak.
3. masukkan daging kisar, lada hitam, lada sulah, garam dan gula secukup rasa. masak sampai sedikit kering. sejukkan ikut portion kecik-kecil, senang sekali guna keluarkan satu protion.
Okey kegunaannya sangat besaarrrr...
1.Boleh buat cara berlauk. (resepi resepi adunan kuih cara cheese dalam album ni, cuma tuna gantikan dgn inti daging kisar ni)
2. boleh buat puding roti daging.
- rendam beberapa keping roti dalam susu segar yang di pukul dengan telur + lada sulah + lada hitam + sedikit garam
rendam sehingga roti lembut dan tenggelam.
lapikan roti yang direndam tadi satu layer kemudian letak inti daging satu layer, ulang roti satu layer, dan daging satu layer, tuttup satu layer lagi dengan roti, then taburkan cheese.
*atau kalau malas nak layer2 bagai, gaul ke semua roti rendaman tu dengan inti daging ni,
bakar dalam oven sehingga masak.
3. roti john
bancuh adunan daging kisar ni dengan 3-4 biji telur,
tuang adunan atas bun utk sosej tu dibelah (jangan sampai putus)
terbalikkan, masak sampai elok garng, then letak timun parut, mayonis dan sos...
4. Makaroni bakar (ini kesukaan anak-anak saya.
- rebus 1 cawan makaroni (toskan airnya)
- pukul telur + campurkan daging kisar +
gaulkan dengan makroni direbus tadi.. biar lembab dan berair sikit.
- taburkan chees, dan bakar.
*refer gambar kiri bawah-letak dlm bekas aluminium foil macam tu kalau buat bulan puasa, memendekkan waktu membakar dan tidak membazir, org makan sikit2 je bulan puasa, tak habis, simpan peti ais, esok panaskan balik.
5. Baked potato.
- Beberapa biji kentang russet dibelah dua
(kukus sekejap dalam 5 minit or sehingga separuh lembut, jangan terlalu lembut)
- korek isi kentang, tinggal berlubang (jangan korek terlalu nipis.
- kentang yang dikorek tu, lecek dan gaulkan dengan inti daging kisar ni, then tabur cheese, bakar la dalam 15-20 min.
banyak lagi boleh buat.
tambah kentang dadu, gaul, jadikan inti karipap segera.
(guna roti gardenia, letka inti tekap dengan acuan karipap, jadi karipap segera)
- paling-paling mudah, letakkan inti daging ni atas roti gardenia sekeping2 then taburkan cheese.
biasa aya buat, sekeping roti gardenia saya potong 4cs, dpt satu finger food utk kids.
- balut dengan kulit popia-jadi samosa.

RESIPI 4 - PASTE ASAM PEDAS
Bahan-bahan:
4 ringgit cili kering digunting dan direbus
(sorry tiada sukatan tepat)
Sedikit lengkuas (dalam 1 inci)
Sedikit kunyit hidup
20-30 biji bawang kecil (purple punya)
10-20 biji bawang putih
sedikit belacan (secukup rasa)
Air asam jawa
garam dan gula
daun kesum
bunga kantan
serai di ketuk.
- Blender halus cili kering + bawang+bawang+belacan
- tumiskan semua blender masak sampai kering + serai
- masukkan daun kesum dan bunga kantan. + air asam jawa secukup rasa + garam + gula
- tumiskan sampai betul-betul garing dan naik minyak.
- Sejukkan simpan dalam portion kecik macam tu, nak masak nanti cuma defrost + tambah air sahaja, then tambahkan haiwan-haiwan disukai, terung, bendi etc.
ini kalau sampai rumah lagi 20 minit nak buka puasa sempat lagi masak ni. haiwan-haiwan defrost awal-awal sebelum pi kerja)
bahan2 agak lah ye.. nak buat banyak masa stok frozen, biasa saya memang baut utk stok 2-3 bulan.

RESIPI 5 - Sambal gesek (or tuktuk jawa)
*nak buat banyak2 utk frozen, gandakan aje ye
Bahan
8 biji cili merah
10 biji cili padi (ikut kepedasan disukai)
8 ulas bawang kecil (purple)
3 ulas bawang putih
Sedikit belacan, (dibakar dulu)
4 biji limau kasturi (or ikut selera masing2)
garam dan gula.
segenggam ikan bilis. (goreng sekejap, jangan garing, goreng sekejap je, biar masih lembik2)
1 sudu minyak masak.
Cara buat.
- patah2 cili-cili, belah-belahkan bawang-bawang,
- goreng bahan-bahan ni dengan sedikit minyak masak, sikit je dalam 1/2 or 1 sudu minyak masak je.
- angkat toskan minyak.
- tumbuk dengan lesung batu bahan di goreng tadi dengan belacan, + garam + gula.
- tumbuk sekali dgn ikan bilis.
- perah limau kasturi, dan gaulkan.
sedap sangat makan bulan puasa ni.
buat bnyk2 frozenkan portion kecik-kecik. sejam sebelum berbuka keluarkan biar hilang sejuknya bekunya, nanti boleh terus ngap.
*pic dalam gambar saya letak petai, petai tu hiris-hiris, saya goreng juga sekejap dengan minyak yang sikit.
tak suka petai tak payah boh petai.

RESIPI 6 - PASTE REMPAH KARI / KURMA
I am sure semua tahu buat kari kan?
tumiskan bahan-bahan kari kalian seperti biasa, masak sampai garing, sejukkan dan simpan ikut portion or bekas kecil-kecil macam tu, siapkan dengan perahan asam jawa, garam gula, nanti nak masak cuma defrost dan tambah santan sahaja, then masukkan haiwan-haiwan.
gambar atas, paste kurma, dan sambal tumis. sama je methodnya. tumis semua bahan, sampai garing dan naik minyak, then simpan small portion.
RESIPI 6 - PUFF KOBOI
Ini paling mudah nak buat.
Puff koboi.
1 bungkus roti canai segera (mentah) brand kawanku
beberapa batang sosej (saya potong dua sosej, sbb nak bun comel2
telur kuning utk disapu
potong roti canai 4 bahagian macam tu, then lipatkan macam dalam gambar, kelar-kelarkan sedikit, sapu telur kuning then bakar 20 minit.
Perghh buka posa makan panas-panas.

RESIPI 7 - Pizza koboi
Pic kiri,
saya guna roti canai segera, roti paratha brand kawaku.
pic kanan, saya guna roti pita (saya suka cap tesco or eon big jenama lain kureng)
letak roti canai or roti pizza atas dulang, sapu sos spagethi atau sos cili je, or pic kanan saya guna thousand island sauce, patu tabur je apa neka pun... sosej, tuna, ayam. crab stick. apa2 je.. pastu tabur cheese.
ini kesukaan anak-anak. kejap je setel pizza anak-anak
RESIPI 8 - Keli sambal Hijau.
Biasa saya memang buat banyak-banyak, then frozenkan.
Sambal keli hijau
1/5kg cili hijau + segenggan cili padi hijau.
10 biji bawang besar (kalau tak suka byk bawang, kurangkan, saya suka bawang banyak)
20 biji bawang putih
(blend semua bahan ni)
5-6 keping asam gelugor
garam dan gula secukupnya
3 batang serai.
MInyak masak secukupnya untuk menumis
Cara
- ketuk-ketuk serai, dan tumiskan
(kalau nak wangi, tumis juga dengan bawang merah dan bawang putih hiris-hiris, saya tak buat sebab dalam bahan blend dah ada semua bawang)
- masukkan bahan blend
- masukkan garam, gula dan asam keping.
- masakalah sampai garing dan naik minyak.
dah siap masak, kaut simpan portion sikit-sikit, kira sekali masak ambil satu bekas cukup.
RESIPI 9 - Pastry Puff
guna pastry puff macam dalam gambar kiri, dlm bungkusan tu.
inti ayam
5 biji ubi kentang potogn dadu (macam buat karipap)
1 batang karot dadukan
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu kecil lada hitam kasar
*kalau suka taste lada lebih, lebihkan suaktan
1 biji bawang holand dadukan
3 biji bawang putih, cincang.
Satu sudu sos tiram
beberapa titis sos maggi seasoning oil.
garam dan gula secukup rasa
1/2 kiub ayam
Cara
- Tumiskan bawang-bawang
- masukkan dua tiga sudu air
- masukkan sos tiram, lada sulah dan lada hitam, kiub ayam, seasoning oil, masuk garam dan gula sesukup rasa, masak kejap kasi naik minyak sikit
- masukkan air dan masukkan kentang (agak-agak sehingga melembutkan kentang.
- masukkan karrot.masak sampai kentang dan karrot empuk.
- letak inti atas sekeping pastry puff, lipat, dan kemudian tekan dengan garfu hujungnya biar melekat.
- simpas alas plastik (agar tidak melekat)
- frozenkan.
- bila nak makan, keluarkan bagi hilang beku, then kelar-kelarkan, bakar sehingga masak.
- Siap.. makan..
kalau bulan puasa, sebelum pergi kerja, defrost dulu, pindahkan ke peti bawah, by the time balik kerja, boleh terus masuk oven-set 20-30 minit, sambil tu boleh kita guna frozen kari, asam pedas kita utk masak juadah lain pula... smile emoticon
*kalau suka tambah daun bawang daun sup di potong kasar.
RESIPI 10 - Sup
Rempah sup
bawang putih
bawang besar
halia
*blend semua ni
*ikut suka la ye... saya tiada sukat
* tumis semua bahan denagn kulit kayu manis, bunga lawang, buah pala.
masak sehingg anaik minyak, dan simpan macam ni.
nak masak sup, cuma didihkan air, masukkan sesudu dua tempah sup, daging, ayam, masukkan kentang, karot siap sup korang,...
___________________________________
Subhanallah..Laa haula wa la quwwata illa billah ..
Moga semua kita diberi kekuatan untuk meyediakan masakan hasil air tangan sendiri.
Dengan mengurangkan masa di dapur, dapat memberi lebih masa untuk kita menambah amal, zikir & doa terutamanya di waktu-waktu hampir berbuka bersama keluarga.
Moga Allah memberi ganjaran kepada puan yang berusaha berkongsi resipi-resipi peribadi beliau.
Ramadhan Kareem...1436H
Panduan terbaik untuk ibu2 bekerjaya dan sibuk ^_^
ReplyDeleteTerima kasih utk tips & resepi!
Tq sharing resepi...puasa2 ni buntu jgk nak masak...
ReplyDelete