- SBBT -
Key 1--> 2: 1-5 - Surah al-Baqarah ayat 1-5
1- Alif, Laam, Miim.
--> Hanya Allah yang Maha Tahu makna kalimah ini.
--> Ayat yang "God-centered' - Tuhan sentiasa Bantu Saya!!
"Saya tak tahu nak jadikan anak2 saya soleh dan solehah. Allah yang Tahu dan bantu."
"Saya tak tahu nak buat apa hari ini. Allah Maha Tahu dan bagi aku kuat dan kudrat untuk buat apa yang sepatutnya."
2- Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;
Huda- petunjuk bagi orang yang 'God centered'.
Hapuskan self limiting belief- semua alasan atau halangan yang membataskan.
3- Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. - S : SOLAT & I : INFAQ
4- Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). - U: Unzila - CM : Conflict Management
5- Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.
Key 2--> 38:35 - Surah Sad ayat 35 -
DOA NABI SULAIMAN
Katanya: " Wahai Tuhanku!
Ampunkanlah kesilapanku, dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan
(yang tidak ada taranya dan) yang tidak akan ada pada sesiapapun
kemudian daripadaku; sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa Melimpah
kurniaNya ".
--> INI SKRIP DOA YANG SANGAT KUAT.
--> ORANG YANG SANGAT BERJAYA MEMPUNYAI SKRIP DOA/ KATA2 MOTIVASI YANG SANGAT KUAT!
Key 3--> 57:20 - Surah al-Hadeed ayat 20 -
"Ketahuilah bahawa (yang
dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang
berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta
perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan)
bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa
keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak;
(semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan
tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik
hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu
masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning;
akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi,
bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang
hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar
serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan
akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain
hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya"
3 Fasa Psikologi
Bagi Petani dalam ayat ini -
1- A'jaba : tertarik hati
2- Musfarran : kekuningan
3- Hutoma : hancur bersepai
Begitu juga dalam hidup, banyak perkara yang kita lalui 3 fasa ini.
"Seronoknya nak masuk U (A'jaba) . Dah masuk U ..hmm ok macam biasa, belajar & sit exam. (Musfarran). Akhirnya graduation, baling topi dan skrol (Hutoma)."
- Apa yang dicari dalam 3 fasa ini? Berbaloi atau tidak berbaloi?
- Kita perlu selalu cipta A'jaba, A'jaba yang berterusan. Bila keadaan sudah masuk fasa 'musfarran', cuba 'refresh' kan. (di Universiti kena aktif berpersatuan, bersukan juga contohnya). Begitu juga setelah bekerja. Begitu A'jaba masa mula2 kerja, lepas tu dah mula 'musfarran'- hilang dan sering mengelat. Atasinya!
- Bagi ibu bapa pula, letakkan usaha untuk mendapat A'jaba contoh pada anak yang mahu toys. Bagi syarat untuk dapat sesuatu seperti dapat keputusan cemerlang atau tolong mak baru dapat hadiah. Supaya tempoh A'jaba jadi lama agar tidak cepat pudar dan hancur berkecai.
Key 4--> 18:46 - Surah al-Kahfi ayat 46 -
Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan.
"Harta benda dan anak
pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang
kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan,
dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan"
Harapan/ Impian -
Impian yang bagaimana? Baik? Kekal 50 tahun?
Tinggi atau rendah di dunia & akhirat??
Seorang cendikiawan mengatakan, ada 4 sifat impian:
1- Rendah (daniah-dunia) Rendah (daniah-akhirat)
2- Rendah (daniah-dunia) Tinggi ('aliah-akhirat)
3- Tinggi ('aliah-dunia) Rendah (daniah-akhirat)
4- Tinggi ('aliah-dunia) Tinggi ('aliah-akhirat)
Contoh skrip:
"Saya nak 1 juta sebulan agar syarikat saya maju dan terkenal." --> Ini impian Tinggi Rendah (tinggi duniawi tetapi rendah ukhrawi, kerana tiada matlamat akhirat)
"Saya nak target 1 juta sebulan sehingga tiada pelajar di IPT yang kelaparan." --> Ini impian Tinggi Tinggi. (tinggi duniawi & ukhrawi, kerana ada matlamat dunia dan akhirat)
Key 5-->38:46 - Surah al-Hadeed:46
" Ketahuilah bahawa (yang
dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang
berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta
perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan)
bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa
keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak;
(semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan
tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik
hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu
masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning;
akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi,
bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang
hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar
serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan
akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain
hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya"
Hidup ada 5 perkara (yang boleh bawa kita ke syurga atau neraka)
1) "La'ibun" : Permainan
2) "Lahwun" : Hiburan
3) "Ziinatun" : Perhiasan
4) "Tafakhurun Bainakum" : Bermegah-megah di antara kamu
5) " Takathur fil amwal wa aulad" : Membanyakkan harta benda dan anak pinak
Kesan 5 perkara ini - ambil kira 3 implikasi ini sebelum membuat keputusan:
1- "fil akhirah azabun syadid" - Azab akhirat yang berat
2-"maghfiratum minallah" - keampunan Allah
3- "wa ridhwan" - keredhaan (Allah)
Jadi para suami, kalau isteri nak beli tudung (lagi) contohnya :-) tanya dulu isteri:
"Perlu atau tidak? Ni keperluan atau perhiasan? Atau nak tunjuk shawl paling cantik pada kawan? Bukan ke dah ada 1 almari tudung awak? Adakah dengan beli ni akan bawa awak makin dekat dengan rahmat Allah atau dekat dengan azab Allah? Adakah awak pakai tudung ni nanti Allah ampunkan dosa dan redha dengan awak? "
TIMELINE BERANI BERIMPIAN TINGGI (BBT) MEMBINA LEGASI
Jangka Masa / Pencapaian (Elemen PIES) - isikan impian kita seperti berikut:-
1. AKHIRAT -
2. 100 tahun -
3. 50 tahun -
4. 5 tahun -
5. 1 tahun -
6. 6 bulan -
7. 3 bulan -
8. 1 minggu -
9. Besok -
10. Hari Ini -
Contoh Timeline BBT Sahabat saya - Puan IRINA RAHMAN
(seorang ibu kepada 9 orang anak dan anak2 jagaannya selain beliau juga Home School practitioner sepenuh masa)
Mohon diaminkan impian beliau ya...
Jangka Masa Panjang
(akhirat)
- Masuk syurga
firdaus tanpa hisab, sekeluarga seluruh keturunan bersama2 sahabat2
seperjuangan sekeluarga seluruh keturunan.
- Berjiran dengan Nabi
- Punya di sisi Allah sebuah mahligai yang dapat direct lihat
wajah Allah tanpa hijab.
100 thn
- Madrasah tahfiz pendidikan awal kanak2 yang menekankan
pendidikan berasaskan sunnah dgn perkenalkan matlamat utamanya kenal Nabi,
keluarga nabi dan AQ.
- Ada cawangan di setiap pelosok daerah negara yang
dilaksanakan oleh ibu2 di rumah, pengasuh2 terlatih terutamanya.
50 thn
- Pelatih2 telah bersedia untuk menggembleng menyumbangkan ilmu,
tenaga dan wang ringgit dlm pendidikan as-sunnah
- Telah ada perantis2 generasi ke2 yg mula dilatih dan
diperkukuhkan latihan dan ilmu mereka.
5 thn
- Pelapis generasi pertama dari kalangan ibu2 di rumah dan
pengasuh2 telah bergerak melatih pelapis2 mereka (anak2 sendiri / anak2 asuh)
utk menjadi penyambung legasi bersama.
1 thn
- Kumpulkan segala maklumat, ilmu yang berkaitan, berterusan
mantapkan ilmu dan sebarkan dlm grup BBMQ supaya bersama2 berjemaah mengamalkan
dan merealisasikan impian legasi.
6 bulan
- Sudah punya networking yg besar untuk menyampaikan ilmu yang
ada.
- Sudah ada mentor yang boleh guide dan bagi nasihat dalam
perancangan legasi ini.
3 bulan
- Praktikal dalam keluarga sendiri telah dilatih dan
diamalkan.
- Mula sebarkan ilmu secara berperingkat.
1 minggu
- Pemantapan ilmu HS, potongan ayat2 AQ, Faham AQ.
Besok
- Mulakan jadual HS dengan perancangan yang lebih baik. Perbaiki
mana yang lompong.
🎯
Hari Ini
- Merancang HS dengan perancangan yang mantap
- Merekodkan setiap aktiviti HS agar menjadi panduan pada generasi
akan datang.
- Sudah ada buku log sendiri yang setiap hari ditulis
perancangan dalam mencapai Legasi.
Mohon doakan dan aminkan agar timeline legasi ini terlaksana
dengan izinNya 😘😘😭
Ini pula contoh:-
Morning Brief 23 Oktober 2016 (sebelum jam 8.30 pagi setiap hari) * -
berdasarkan Timeline di atas - sahabat saya- Rosmaria Binti Mohd Sahat
1. Apa yang saya akan laksanakan hari ini berdasarkan
Timeline
- Istiqamah Tadabbur dan Tazakkur Kalam Allah 1 ayat.
- Menghadiri Seminar Berani Berimpian Tinggi.
- Menyantuni suami, anak- anak dan tetamu( sepupu sekeluarga)
2. Apakah 3 keadaan atau attitude (BEING) saya dalam melaksanakan
aktiviti hari ini?
- Saya yakin untuk capai kejayaan dunia dan akhirat saya
perlu belajar berterusan.
- Saya perlu luangkan masa berkualiti saya bersama dengan
keluarga agar keluarga saya Allah jadikan keluarga sakinah, mawardah wa rahmah
- Saya perlu bersungguh membantu orang lain kerana Allah ya
Rahim akan bantu saya
"Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak hambaMu
(Adam), dan anak hamba perempuanMu( Hawa), ubun- ubunku berada di tanganMu,
hukumMu berlaku terhadap diriku dan ketetapanMu adil pada diriku. Aku memohon
kepadaMu dengan segala nama yang menjadi milikMu, yang engkau namai diriMu
dengannya, atau yang engkau turunkan dalam kitabMu, atau yang engkau ajarkan
kepada seseorang dari makhlukMu, atau yang engkau rahsiakan dalam ilmu ghaib
yang ada di sisiMu, maka aku mohon dengan itu agar Engkau jadikan Al - Quran
sebagai penyejuk hatiku, cahaya bagi dadaku, dan pelipur kesedihanku serta
penghilang dari kesusahanku."
Evening Brief (sebelum 10 malam)
1) Apa yang berjaya hari ini
- Alhamdulillah dapat tambah pemahama al Baqrah 2: 1-5 hari
ini.
- Sangat kagum dengan doa nabi Sulaiman meminta kerajaan
yang tidak pernah dimiliki sesiapapun dengan yakin dan menyeru Allah ya Wahhab.
- Hadir Seminar berimpian tinggi.
- Menyantuni suami, anak- anak dan tetamu yang masih ada di
rumah sekarang.
2) Apa yang tidak berjaya
- Tidak berjaya sampai awal ke seminar tadi.
3) Apa yang missing dari element BYL
U - Saya nak datang awal ke seminar dan dalam masa yanh sama
perlu menyantuni tetamu yang ada di rumah.
4. Apa yang akan dibaiki dan diambil tindakan esok
berdasarkan pelajaran dari item 3 di atas.
- untuk hari yang akan datang, jika berlaku lagi begini,
saya perlu urus masa dengan bangun lebih awal sekitar 4 pagi, solat dan siap
masak untuk ditinggalkan kepada tetamu dan keluarga saya.
Amin Ya Allah. Terimalah amalan kami dan berilah kami
kebaikan.
-
---------
Gambar-gambar dari Sumber Fb- Cikgu Mohamad Guru Sukses
No comments:
Post a Comment