Monday, 10 June 2013

JALAN PULANG - Slot Usrati Ustazah Nor Hafizah Musa


USRATI UST HAFIZAH 19 MEI 2013
TAJUK: JALAN PULANG (Taubat Nasuha)

Sempena berada di ambang Ramadhan
Kita sedar atau tidak, Allah telah jadikan 4 terminal jalan pulang:
1.       Taubat nasuha
2.       Istighfar berterusan
3.       Kebaikan berterusan
4.       Musibah sebagai kafarah dosa

Dengar & Muat turun rakaman Slot Usrati @ Ikim fm- Di sini


Surah Nuh 10-12
"Sehingga Aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, Sesungguhnya adalah ia Maha Pengampun. "(Sekiranya kamu berbuat demikian), ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu;  "Dan ia akan memberi kepada kamu Dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya)."

Kita perlu cari jalan pulang dengan TAUBAT NASUHA
Minta ampun pada Allah kerana Dia Maha Pengasih Dan Penyayang. Dia yang turunkan segala rezeki..kurniakan anak-anak..kurniakan jalan ketenangan.

Turning point Ustazah- murung & runsing, kecewa & putus harap..Subhanallah tentera Allah sangat banyak..dengan kemurungan melampau yang tak dapat dijelaskan..pada satu pagi Dhuha 2 rakaat, dengan benar2 jujur mohon taufiq..selepas berdoa tiba2 Allah seperti cabut segala2nya – risau & murung diganti dengan ketenangan…yang sangat menenangkan sehingga tidak tahu bagaimana untuk ustazah gambarkan...
ya Allah sebenarnya pilihan Allah untuk kita adalah untuk jadi wanita solehah…reprogram matlamat hidup…dengan siapa kita bersahabat..
Hari ini bila ustazah dengar doa Dhuha..masih terasa nilai kasih sayang Allah nilai hidayahNya saat itu.,.
Pada waktu Dhuha…sekarang ini..dalam kereta..dalam pejabat..atas kerusi…
Jika kita benar2 mohon taubat dari Allah..lintaskan dalam hati 
“Ya Allah terimalah taubatku” …in syaa Allah..Benar, Allah Maha Mendengar..

Doa yang telah merubah hidup ustazah...

Kita akan masuk ke nikmat yang sangat besar iaitu nikmat Ramadhan..
Taubatlah dengan banyak perkara, atas sebab yang banyak..
Kecacatan pada rumahtangga, anak2…itu semua berbalik pada diri kita sebagai isteri, suami, ibu...

Cth- anak ustazah yang susah menghafal…rasa kita dah habis usaha, bila cerita dengan suami..suami kata: tak payah letak pada anak, lihat pada diri kita…
Kita yang jauh hubungan dengan Allah SWT…
puasa sunat malas…bangun malam malas..
Kemudian melalui anak, Allah datangkan kekuatan…bila suami kata “kalau sayangkan anak, bangun malam..sayangkan anak, puasa sunat. 
Kita akan sentiasa rasa “kita lalai berdoa, tak khusyuk berdoa..tak sungguh2 berdoa” 
nescaya kemudiannya akan timbul kekuatan…

Percayalah, bila kita mula malas ingat Allah…
tak payah tunggu lama, Allah akan tunjuk/buktikan kemalasan kita itu melalui anak2..

Cth Ustazah lain dalam satu forum:
“ Bilamana 2 3 hari sahaja saya lewat solat…tak perlu tunggu lama, hari ke4 Allah terus tunjuk pada anak2..anak2 juga liat untuk solat! .”


Ya Allah itulah kita! 
Kita tak pernah terlambat dan terlewat untuk pulang kembali kepada Allah 
Hisablah diri..sebagai isteri..anak..ibu...sebagai hamba Allah.
Bertaubatlah..taubat dan taubat..taubatan Nasuha!

 Bayangkan Rasulullah SAW- Hadis riwayat Buraidah ra
“Seseorang yang belajar, yang mengajar dan yang mengamalkan Quran nanti ibubapanya akan mengenakan mahkota yang bergemerlapan seperti cahaya matahari..dan Allah izinkan mengenakan pakaian yang lebih mahal dari seluruh kekayaan dunia…mereka akan hairan kerana apa kami dimuliakan? Kerana pahala dari ilmu alQuran yang telah diperolehi dari anakmu.”

Berfikir. Sebentar..ke mana anak2 kita? Nak mereka jadi apa?
Ibu bapa yang dirahmati Allah sekelian..
Biarlah jadikan mereka ahlul Quran…kalau pun nak mereka jadi doktor..engineer…in syaa Allah silakan..tapi jangan lupa berikan ilmu AlQuran juga…
sebab nak tak nak..setuju atau tidak..kita akan kembali pada Allah..
Adakah kita tergamak nak lihat sahaja..ibu ayah orang lain dimuliakan..dipakaikan pakaian yang bercahaya/cantik2 yang lebih mahal…
Tapi kerana banyaknya dosa/lalai kita kita terlupa programkan mereka sebagai ahlul Quran yang bakal bawa kita bahagia dunia dan akhirat,…

Mungkin pendengar IKIM kebanyakannya lembut2 hati mereka.. .
Bagaimana hati2 orang2 yang susah nak dengar ceramah/tazkirah?Yang susah nak buka frekuensi radio IKIM pun..(berapa? 91.50 fm)
Ingat..masa kita berjalan.. kita dalam dunia yang kita kejar beriya2..sedar atau tak..sengaja atau tak..yang kita kejar semua untuk dunia..
Katalah kita mati pada umur 60tahun? Apa yang kita buat? Mungkin semuanya untuk dunia..
solat juga mungkin untuk dunia (sebab nak tunjuk3)..
Maka, apa yang kita nak bawa untuk tunjuk pada Allah SWT???
Perbetulkan segala amalan..supaya amalan2 kita tak jadi amalan dunia semata2..
Lihat bagaimana Rasulullah bagaimana membimbing sahabat2..berjalan di pasar, sahabat di kiri kanan…mereka lihat seekor bangkai anak kambing, 2 belah telinganya cacat…Rasulullah pegang telinga anak kambing…sapa yang mahu beli ini dengan harga 1dirham? Sahabat kata: nak buat apa? Bangkai..cacat lagi..hidup pun org taknak beli..percuma pun taknak…Rasulullah: dunia lebih hina dari bangkai kecil ini.
Dunia yang kita dok kejar ini, rupanya lagi hina dari bangkai itu…

Dengan datangnya bulan Rejab..Sya’ban…hati mudah lembut dan senang dipujuk..
Saya seru diri sendiri dan semua..mari kita isytiharkan…mulakan taubat nasuha pada Allah SWT.
Cth: Pernah kita sakit sehingga rasa seperti nak mati?  pernah saya rasa bersalin yang teruk sampai rasa nak mati..Dalam hati rasa sangat takut..
Ketika mana kita rasa tiada peluang untuk hidup… rasa seperti malaikat maut di depan…dalam hati akan rasa:

 “ Ya  Allah dengan benar2 aku mohon ampun..aku benar2 taubat padaMu..jangan sia2kan amalanku…terima taubatku ya Allah..temankan aku Ya Allah…rahmati aku ya Allah!!!"
Ini semua datang dari satu sudut hati paling dalam..
yang barangkali sebelum ini tak pernah kita terokai..
Kemudian Allah beri kembali kesihatan..pulangkan kita pada suami dan anak2..Syukur dan Insaflah..
Bayangkan Firaun yang pernah mengaku Tuhan ..ketika mana melihat kematian dia bertaubat.
Hadis “Ketika mana Firaun mula tenggelam2..dia menjerit ‘aku beriman dengan Tuhan yang telah diimani oleh Bani Israel…Kata  Jibril: Wahai Muhammad, kalau kau lihat ketika aku dengar Firaun ingin beriman, terasa seperti ingin masukkan lumpur dan tanah ke dalam mulut Firaun kerana bimbang Allah akan turun RahmatNya ketika itu sedangkan Firaun sudah sekian banyak membuat mungkar.."
 
Lihat sejahat2 Firaun pun boleh akhirnya jerit ‘aku beriman’,….walaupun iman itu akhirnya sia2..
Kita tidaklah seteruk Firaun…
Jadi usahlah tunggu sehingga kita dipaksa untuk pulang barulah ingin kembali mencari jalan pulang…
______________________________________________________________________________________________
SOALAN PEMANGGIL 

Soalan 1: 
Anak lelaki derhaka..bagaimana nak lembutkan hati anak, walau pelbagai doa/bacaan telah dilakukan?

Jawapan ustazah:
Bukan setakat berdoa…tapi perlu ambil satu tindakan yang terarah (spt Nabi buat) untuk lembutkan hati anak2..perlu tahu ilmu pendidikan anak2..doa saja tak cukup..pegang masa berlian dgn anak:
-          dr dlm kandungan hingga 12 thn
-          waktu di antara lepas maghrib hingga isyak
panggil anak2..solat jemaah bersama..lembutkan hati mereka dengan tasbih..takbeer..selawat..
‘cth pelajar2 juvana yang antaranya tikam ibu..keruh wajah mereka …berkat selawat Nabi..pujuk rayu untuk sama2 selawat…yang tak boleh main2..ajak selawat berkali2…mereka ikut…on the spot..nampak perubahan..akhirnya mereka mula mendengar ceramah & menyoal itu dan ini..
Kita kena cari jalan untuk lembutkan hati mereka..
Apa yang mereka lihat pada kita…itulah cerminan pada mereka..bukan kita setakat cakap & berleter..
Lama2 kita hilang aura..”mak ni pandai cakap..suruh aku solat..dia pun x solat lagi”
Kita bukan membina anak untuk hari ini & esok, minggu depan tapi sampai akhirat..
Kalaupun dia tidak berubah hari ini ..yakin pada Allah mungkin ketika kita telah mati..
______________________________________________________________________________________________
Soalan 2: 
Bagaimana nak meyakinkan suami, apa yang berlaku  pada keluarga dipengaruhi oleh kita? Doa suami dan ibu..bukan ibu sahaja perlu berusaha (pemanggil adalah AlHafizah)

Jawapan ustazah: 
Tekankan kisah Asiah isteri Firaun. Bayangkan kalau Asiah guna alas an sama macam kita:
“saya tak boleh buat. sebab suami tak buat…saya tak boleh beriman..sebab suami aku kufur…aku tak boleh buat macam tu macam ni sebab suami aku..suami..suami..suami….bla..bla..bla

Walau sebantal seselimut..tapi iman dan kekufuran ada sempadannya…
Asiah boleh pertahankan diri dan tauhidnya dengan menghiburkan diri dengan mengingati asyiknya nikmat akhirat..“Wahai Allah binakan untukkan istana yang dekat denganMu di syurga”

Kita kena ada kekuatan yang kita mohon dengan Allah…yang kita kena buat dahulu..
Cth istiqamah bangun malam…sebulan, mungkin? Jangan jadikan faktor sekeliling atau kebergantungan terhadap seseorang/sesuatu sebagai alasan untuk berubah..
Lihatlah Asiah..

Terutamanya kepada para hafiz..Kalau dah hafal Quran..letakkan keutamaan sebagai keutamaan..yang lain2 jadi no 2 3 seterusnya..
Displin dan jadual hidup perlu reformat..
cth: Jam 5 pagi khusus untuk ingat AlQuran..Malaikat jadi saksi kita bangun ketika waktu sahur untuk baca Quran..
Apa lagi kita bertanggungjawab untuk jaga hafazan…
________________________________________________________________________________
Soalan: Seorang pembantu rumah bekerja dan terikat kontrak dengan non muslim, bagaimana nak taubat?

Jawapan ustazah:
Taubat tak boleh tangguh…selepas kontrak baru nak taubat..tak boleh..ia perlu dilakukan sesegera mungkin!Sebagai pekerja..ini ada lah tanggungjawab sejak mula, berdoa untuk diberikan majikan yang baik..yang boleh dekatkan diri pada Allah..
Mohon ampun dengan sungguh2..mohon segala cara agar boleh istiqamah taubat nasuha…yang memiliki langit dan bumi..in syaaAllah akan ditunjukkan jalan keluarnya..
Jadi, sebagai langkah awal…jangan tinggal perkara fardhu..fokus kepada ibadat wajib dahulu sekurang2nya (ambil 5 minit sahaja setiap kali ingin solat)..buat juga ibadat sunat yang tak ikut masa..cth: sambil buat kerja…istighfar..selawat…semua ini adalah pahala dari Allah..jalan terbentang luas ..

Ingatlah...
Jangan terlalu takut memikirkan masalah anak…buat sahaja segala usaha sehabis baik..& akhirnya tawakal sepenuhnya pada Allah SWT!

Surah Qaf 31-35

31. dan (ingatkanlah pula hari) didekatkan syurga bagi orang-orang Yang bertaqwa, di tempat Yang tidak jauh (dari mereka).
32. (serta dikatakan kepada mereka): "Inilah Yang dijanjikan kepada kamu, - kepada tiap-tiap hamba Yang sentiasa kembali (kepada Allah Dengan mengerjakan ibadat), lagi Yang sangat memelihara Dengan sebaik-baiknya (segala hukum dan peraturan Allah);
33. "(Iaitu) orang Yang takut (melanggar perintah Allah) Yang Maha Pemurah, semasa tidak dilihat orang dan semasa ia tidak melihat azab Allah, serta ia datang (kepada Allah) Dengan hati Yang tunduk taat".
34. (Mereka dipersilakan oleh malaikat Dengan berkata): "Masuklah kamu ke Dalam syurga Dengan Selamat sejahtera; hari ini ialah hari (bermulanya) kehidupan Yang kekal".
35. mereka beroleh apa Yang mereka kehendaki di situ, dan di sisi Kami ada lagi tambahan (limpah kurnia Yang tidak terlintas di hati mereka).

Ayat ini memberi panduan tentang tiket masuk syurga, iaitu orang-orang yang:
1.       Awwab- sentiasa bertaubat
2.       Hafiz – jaga janji dengan Allah
3.       Orang yang taat pada Allah dalam keadaan terang dan sembunyi
4.       Hati yang bersih penuh rasa taubat, redha dan pasrah pada Allah SWT

Perkongsian dari rakaman audio penulis - 
slot Usrati "JALAN PULANG" -Ustazah Nor Hafizah Musa, Ikim fm 19 Mei 2013- 10.30-11.30 pagi

5 comments:

  1. Terima kasih di atas perkongsian yg sungguh bermakna ini...;)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah terima kasih atas perkongsian yang amat bermanfaat

    ReplyDelete
  3. Suka dengar ceramah ustazah. Sekarang kak dengar ceramah ustazah di JKR. Kalau ada ceramah dimana2 tolong emel ya sebab lepas ni kak tidak di LPPKN lagi , guna emel khelly2000@gmail.com

    ReplyDelete
  4. Terima kasih kepada admin blog ini kerana dengan kesungguhannya berkongsi ilmu...saya telah mendapat panduan yang dicari-cari sebagai seorang isteri dan ibu. Terima kasih ya Allah..

    ReplyDelete
  5. Terima kasih di atas usaha admin. Semoga dalam barakah Allah selalu.

    ReplyDelete