# Kalau yang pergi haji, sebelum pergi huru-hara sifatnya, balik pun kita sambut dia dengan anggapan dia masih huru-hara??...'assalammualaikum bro..!'
# Wujudkan suasana / envi ronment sesuai dengan 'cuaca' orang yang balik haji...
Kepulangan mereka tidak sama dengan orang yang balik dari mana2 tempat pun di dunia kerana mereka tidak membawa apa pun kecuali rahmat & barakah dari Allah SWT ...
Adab menyambut jemaah balik haji...:-
1. Ucapkan doa ini:
"taqabalallahu hajjaka, wa ghafara zanbaka, wakhluf 'alaika nafaqataka"
(mudah2an Allah terima haji kamu, moga Allah ampun dosa2 kamu, moga Allah gantikan segala yang telah dinafkahkan) al-Imam Syafie, Imam Suyuti
Ketika rombongan keluarga menyambut para hujjaj di KLIA, bukankah doa tersebut lebih manis & bergaya dari sekadar ucapan...
"mak ok ke? ayah sihat ke?" (kalau tak sihat tak baliklah mereka.. )
Jangan sibuk dengan bunga manggar atau sepanduk bagai...ya?
2) Yang tiada keluarga pergi haji..tapi kawan2/ sahabat bergelar haji..@ kita menyambut para haji di rumah/ kampung...
# Perkara pertama Nabi sebut bila ada yg pulang dari haji, sebelum masuk rumah.. UC APKAN SALAM padanya..
'assalammualaikum wrt wbt + doa tadi..'
Tak hafal..susah hafal?..salin doa itu..google di internet ..print ..bawa dan baca depannya..
tak perlu malu buat perkara sunnah & berpahala...
# kemudian salam dan peluk lah mereka..
(bukan ambil bau badan tapi ambil keberkatan) dan bukan sekadar sibuk ambilkan beg..kalut nak minum air zam2, makan kacang cerdik yang mereka bawa..
# sebelum mereka masuk rumah, mohon mereka doakan kita untuk dapat pergi haji juga ...
Mereka yang balik dari haji pula doa begini:-
"Allahummaghfirlil hajji, wa limanistaghfara lahul hajj"
(ya Allah ampunkan yang pergi haji & ampunkanlah mereka yang memohon ampun orang yang pergi haji)
4) Nabi lepas tunai haji.. singgah masjid dahulu.
Dari KLIA boleh singgah di masjid klia @ mana2 masjid dulu.
Solat apa? Solat sunnat tahiyatul masjid. Ini untuk kekalkan momentum, ruh, semangat haji itu..
Nabi: {fa solla rak'ataini thumma jalasa..} (Maka Nabi solat dua rakaat kemudian duduk)
Sebelum nak bawa ke restoran atau mana2 tempat, bawa ke masjid dahulu. Sampai rumah, sebelum masuk, ucap doa2 tadi terlebih dahulu..
Setelah masuk... solat 2 rakaat & sujud syukur :
" Ya Allah aku bersyukur aku selamat sampai ke tanahairku ini..
berilah kekuatan untuk aku terus amalkan kebaikan sepertimana aku mengam alkan nya sepanjang menunaikan haji "
Kekal haji mabrur?
Dalam konteks anak2 @ keluarga ...
K adangkala keluarga yang merosakkan semangat para hujjaj...
Sibukkan ibu ayah yang dah mula rajin ke masjid dengan menjaga cucu mereka @ anak2 kita?
Nak baca AlQuran lama2 pun tak sempat. Kalau dulu mungkin ada yang suka karaoke @ tengok cerita entah apa apa ...lepas mereka balik kita pengaruhi mereka buat yang sama?
Kita pengaruhi mereka kekalkan kemabruran haji mereka...bukan sebaliknya!
Biarlah mak ayah nak ke masjid, ke majlis ilmu dan habiskan usia emas mereka yang tersisa dengan beribadah sebanyak2nya...
kita sokong sepenuhnya atau lebih cantik kita turut terlibat bersama-sama...
Pesan penceramah..
mohon panjangkan ilmu ini kepada semua terutamanya kepada yang akan menyambut para haji & mereka yang baru sahaja bergelar haji & hajjah...
Moga mereka & kita semua mendapat redha Allah...
This article makes me smile yet truth is all there is.
ReplyDeleteWell done
Assalamualaikum.
ReplyDeleteTerima kasih ustaz
**Adab menyambut jemaah balik haji...:-**
ReplyDelete**Orang balik Haji **
Cari surau/masjid sebelum balik rumah
1. Solat sunnat tahiyatul masjid.
2. Sujud Syukur
**Ya Allah aku bersyukur aku selamat sampai ke tanahairku ini..
berilah kekuatan untuk aku terus amalkan kebaikan sepertimana aku mengam alkan nya sepanjang menunaikan haji "**
**Orang Sambut Orang Haji**
1.Ucap salam dan peluk
2. Berdoa. untuk orang balik haji
** taqabalallahu hajjaka, wa ghafara zanbaka, wakhluf 'alaika nafaqataka"**
mudah2an Allah terima haji kamu, moga Allah ampun dosa2 kamu, moga Allah gantikan segala yang telah dinafkahkan