Wednesday 31 May 2017

Nota Ustaz Pahrol

Banyak yang menarik Ustaz Pahrol Mohamad Juoi sebut tadi. Antaranya:-

1. Ikut tradisi para sahabat. Seperti kata Abu Zar *3 saat Manis* baginya:-
  • Ketika perut lapar. Kerana hatiku jadi lembut
  • Ketika sakit aku. Kerana aku mendapat ampun dari dosa
  • Di ambang sakaratul maut. Kerana ini detik terindah. Saat bertemu Allah semakin hampir. 

2. *Puasa Menghilangkan Kebiasaan*
Dulu sarapan, sekarang dah takde. Dulu jarang ke masjid, sekarang tiap malam, lama pulak tu. Kata Buya Hamka: "Puasa ialah keluar dari kebiasaan untuk menjadi manusia luar biasa!"

3. *Puasa mentransformasi kita menjadi manusia ROHANI.* Ini ciri manusia berjaya dunia akhirat. Ada pandangan mata hati yang boleh lihat tersirat – dosa, pahala, syurga, neraka, redha dll.

4. Metafora- Ketika kecil ibu suruh kita ke kedai. Kita pergi sebab sayang dan taat ibu. Ibu tunjuk sayang yang lebih dengan beri upah lagi. Jadi kita lebih terdorong untuk buat. Walaupun sebenarnya tanpa upah pun kita pergi saja sebab sayang ibu.

Maka inilah madrasah Ramadan. Fadhilatnya kita buru tetapi itu bukan utama. Ia amalan atas *dasar UBUDIAH kepada 'Pemberi Hadiah'* - Allah no.1 . Fadhilat puasa hanya pemberi dorongan/ pemangkin.