Friday 8 December 2017

Lagi Mahu Sombong...?

Saat kita pernah menziarahi jenazah,
pernah kita membayangkan diri kita berada di tempat jenazah itu.

Keras kaku.

Tangan dah tak boleh memohon doa dan ampun.

Sekejap lagi, nak mandi sendiri pun dah tak mampu.

Dah tak boleh nak pilih sabun dan syampu.

Nak cedok air pun dah tak boleh. Semuanya orang lain buat dan bersihkan.

Dah habis mandi, baju kita dalam yang dalam 5 almari , satu pun dah tak boleh nak pilih.

Hanya sehelai kafan itulah yang membaluti.

Lepas tu dah tak boleh nak pilih naik kereta apa.

Kat mana mereka letak kita, situlah kita masuk.

“Rumah” untuk dihuni lepas tu pun dah tak boleh pilih yang teres ke rumah pangsa.

Semua unit sama.

Mereka turunkan kita perlahan-lahan ke dalamnya. 

Mahu atau tidak mahu. Selesa atau tidak.

Kena masuk juga kubur yang dah siap digali khas untuk kita.

Penakut macam mana pun, dah tiada siapa pun nak teman.

Walaupun orang yang dah kita janji sehidup semati.



Mahukah lagi kita menyombong diri?


Ustazah Muzayyanah - Ikim.fm 8/12/2017 


Catatan 8 Disember 2017: Muhasabah 2017 - Hafazan




Sambungan..Muhasabah 2017

Yang kat rumah lebih excited nak cerita. 
Mungkin sebab sejak balik ke kampung, ada beberapa misi nak capai. Antaranya mula mengajak diri dan anak2 menghafaz. Untuk diri, memang berjuang sungguh nak menghafaz Surah al-Baqarah. Sengaja cabar diri ambil Sijil Takahasus al-Quran dan Pra Hafazan di Usm, sebab rasa nak kenal Kitab Allah lagi dekat selain nak menyubur semangat menghafaz.

Dalam proses menghafaz secara tak sedar kita juga membelek tafsir , baca asbabul nuzul, bagaimana kedudukan, susunan ayat, muka surat dan teknik²  lain nak memudahkan hafazan. Rupanya nak hafaz yang baru tak sesusah nak mengingat yang lama. Allahuakbar. Lagi banyak hafaz lagi la kena banyak mengulang.

Al-Quran ni bila kita tinggai dia, dia memang akan tinggai kita. Sayup..sayup dan semakin jauh. Allahu....sebab tu tempat yang dah hafaz kena ulang selalu. Jangan tinggai walaupun sehari! Ibarat bersama kekasih, tak jumpa sat rasa rindu. Makin jumpa hari², makin nak kenai dan ambil tahu, jatuh cinta, lagi dan lagi. Bila kita rindu kat dia lagi dia rindu kat kita. Dan Kitab Allah lebih² lagi. 

Catatan 7 Disember 2017

Oh lamanya blogku ini bersawang.

Bila belek balik posting lama macam dah nak dekat setahun. Banyak yang boleh muhasabah kot kan. Sebelum mula buat azam (lagi) baru tahun depan, baiklah kita pandang 'side mirror' kita sat. Throwback apa yang dah jadi, apa yang dah buat, apa yang belum, apa yang betul dan apa yang kurang. 

Kalau ada Dream/ Vision Board lagi baguih. Cuba tick tengok apa yang dah dapat dalam senarai tu. Alhamdulillah kalau dah dapat, kalau belum kena bring forward ke tahun depanlah. Kena letak atau tukar strategi la sikit kot macam mana nak capai tu. Mungkin ada ilmu dan pelaksanaan yang belum cukup dan perlu top up supaya prestasi kita bertambah gempak lagi dan lagi .

Bercakap pasal prestasi, baru je beberapa hari lepas tengok markah prestasi tanpa sengaja. Hajat nak minta cuti je, tertengok pula markah. Alhamdulillah tahun ini ada penambahan dari tahun lepas. Syukur. Pun begitu rasa banyak je lagi potensi diri yang masih belum guna sepenuhnya. Banyak lagi benda yang takut2 nak sahut cabaran. Nak kendalikan klien pun banyak lagi yang perlu belajar. Harapnya tahun dapat atasi banyak aspek lagi. Banyak dan banyak lagi kena belajar.

Tu dari aspek kerja di pejabat. Yang kat rumah lebih excited nak cerita.