Monday, 17 February 2014

Doa Munajat Memohon 5 Kemuliaan - Ustazah Norhafizah Musa

Inginkan kefahaman Al-Quran dan mudah menghafalnya?

Inginkan kehebatan suara yang mampu menghidupkan hati orang yang mendengar?


Inginkan rezeki yang halalan toyyiba?


Jika jawapan bagi semua soalan di atas adalah "Ya", amalkan doa berikut:


 Makna Doa:


Doa ini ustazah catatkan di muka hadapan Al-Quran ustazah ketika belajar dahulu. Doa ini ustazah amalkan sepanjang pengajian, alhamdulillah. Al-Quran ini kemudiannya hilang tanpa ustazah sedari. Hanya selepas 15 tahun, ustazah terjumpa kembali Al-Quran itu, lalu membaca kembali catatan doa tersebut. Ustazah menangis semahu-mahunya kerana lebih 15 tahun ustazah meninggalkan amalan itu! Astaghfirullahal 'azim. Lalu doa ini ustazah catatkan pada Al-Quran anak-anak ustazah dengan pesanan dan harapan agar kami sama-sama meneruskan amalan itu.

Antara kelebihan doa munajat ini adalah:

1. Diampunkan dosa dan diterima taubat


2. Dimudahkahkan kefahaman ilmu dan Al-Quran 

3. Dimudahkahkan menghafaz ilmu dan Al-Quran
 
4. Memperolehi nikmat suara yang memukau sehingga sesiapa yang mendengar, bertambah gementar hati mereka agar melihat kebenaran Allah walaupun sebenarnya mereka berhati batu. (Ini terbukti dalam keadaan apabila kita mendengar suara imamyang sungguh lunak dan asyik bacaannya sehingga kita sebak dan menangis walau tidak memahami maknanya).


5. Dimuliakan dengan rezeki yang halal sahaja. Dijauhkan yang haram dan syubhah,

Tulis di dalam Al-Quran atau cetak doa ini dan tampal di dalam Kitabullah atau di dinding bilik atau pejabat kita.

Sebagaimana Sayidina Umar 'jatuh cinta' pada Islam ketika mana mendengar hanya beberapa potong ayat suci Al-Quran dari suara lunak Fatimah, semoga kita juga akan dapat melakukan yang sama; untuk diri, suami, anak-anak atau sesiapa sahaja insyaAllah.



Di sini ustazah ingin menyeru semua, jadikan menulis dan mencatat satu tabiat.

Bukan tulis apa yang nak dibeli sahaja. Tetapi setiap ilmu yang kita dapat hari itu walaupun kecil, catatkan. Biar ada buku nota kecil dan pen dalam tas tangan kita. Ataupun taip di telefon canggih kita. Banyak ceramah dan nasihat yang bukan bersemangat kita pergi dan dengar tetapi langsung tidak mencatatnya. Maka ia lama kelamaan akan hilang. 

Seperti bait kata dalam syair Imam Syafie:
ILMU SEPERTI HASIL BURUAN DALAM KARUNG.
MENULIS ADALAH TALI PENGIKATNYA.
Kata Saidina Ali B Abi Talib:
IKATLAH ILMU DENGAN MENULIS 

Di dalam program Kembara Rohani ustazah ke suatu tempat, teringat pada munajat seorang hamba Allah yang benar-benar menyentuh hati ustazah. Usai mendengarnya, ustazah pantas mencatatnya. Antara yang disebut:

" Ya Allah, ambillah nyawaku di saat Engkau paling redha denganku"

"Ya Allah, jadikanlah setiap langkahku, semakin aku melangkah semakin dekat dengan-Mu. Jangan ada satu langkah yang aku langkah dalam hidup ini sebenarnya menjauhi-Mu."

Inilah yang kita harapkan. Agar direzekikan Allah seperti apa yang termaktub dalam Firman Allah Surah Al-Fajr ayat 28:

"Kembalilah kepada Tuhanmu Dengan keadaan Engkau berpuas hati (dengan Segala nikmat Yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)"

SOALAN

1. Soalan dari Dj: Wanita jika minta suara merdu kemudian sehingga ada yang tergoda macam mana? Seperti saya yang setiap hari perlu gunakan suara di konti.

Jawapan:
Apa yang diminta bukan suara menggoda yang memanggil orang ke jalan maksiat. Tetapi suara yang punya aura menyentuh hati-hati yang lalai. Kita sebagai seorang ibu & isteri, fungsi suara kita penting kepada orang terdekat. Jangan sampai suami dan anak jengkel dan muak mendengar suara kita. Bagi seorang lelaki pula penting untuk kita didik anak-anak lelaki kita amalkan doa ini kerana mereka bakal menjadi imam. Saya sendiri ramai yang mengkritik 'tolong keraskan suara ustazah, jangan seperti itik nila'. Kemudian bila dikeraskan, ada pula komen 'kenapa garang sangat suara ustazah?'. Saya ambil berat semua pandangan ini untuk kebaikan. Tidak mahu menjadi fitnah.

2. Soalan: Amalan bacaan Surah al-Mulk & al-Waqi'ah setiap malam sebelum tidur.

Jawapan: Secara umumnya, ustazah ingin sentuh semua Kalam Allah. Kita sering terlupa hayati dan tadabbur kalam-Nya. Sesibuk mana pun kita, lazimkan baca Al-Quran beberapa minit sebelum Subuh. Ia terapi yang sungguh mengasyikkan dan luar biasa hebatnya. Percayalah!

Dalam Surah al-Muzammil lihat bagaimana Allah meletakkan 'jadual' dalam rutin kita untuk bangun malam dan baca Al-Quran:


1. Wahai orang Yang berselimut!.
2. Bangunlah sembahyang tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat),
3. Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu,
4. Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil".

Kemudian pada ayat ke 8 Allah menyebut:

"Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah (amal ibadatmu) kepadanya dengan sebulat-bulat tumpuan.

Allahuakbar! Betapa penting untuk kita menjiwai, menghayati dan melazati setiap perkara baik yang kita amalkan. Ini perlu dijadikan moto hidup kita. Sebagai contoh, lihat kita sebagai seorang anak. Bila tengah main mak panggil suruh beli susu pekat. Kita angguk  tetapi terbeli susu cair pula. Maka dapatlah bebelan percuma.."ha ini lah dia bila tak hatikan cakap mak!'. 

Begitulah dalam ibadah. Beribadahlah pada Allah dengan SEPENUH HATI. Sedikit atau banyak itu soal ke dua. 

Maka sangat besar kesannya jika kita dapat programkan apa sahaja ibadah  sebelum Subuh (solat dan membaca al-Quran). Lalu lanjutkan pada waktu-waktu yang lain juga. Letakkan semua perancangan ini dalam catatan. Bukan sekadar niat dalam hati dan memori sahaja. 

Bagaimana caranya? Begini....

1. Musyarotoh - MENSYARATKAN DIRI DENGAN SESUATU. 

Tuliskan apa yang ingin dibuat:
a. Saya syaratkan diri untuk baca Al-Quran sejuzuk sehari
b. Saya syaratkan diri untuk cium tangan suami sebelum ke tempat kerja
c. Saya syaratkan diri saya untuk puasa Isnin dan Khamis
d. Saya syaratkan diri saya untuk menulis perkara baik setiap hari dan menyebarkannya.

Ini penting agar diri sentiasa dibantu dan dibimbing untuk istiqamah melalukan amal kebaikan.

2. MU'AQABAH - Sekiranya perkara yang kita syaratkan tidak dapat ditunaikan, 'denda & hukumlahlah' diri kita

a. Sekiranya saya tak baca Al-Quran sejuzuk sehari, maka saya perlu sedekah Rm100.

Boleh? Selamat beramal :)

Credit foto dari Fb rasmi Ustazah Nor Hafizah Musa


Video di dalam konti - Klik Sini

7 comments:

  1. saya mohon berkongsi doa ini ye...syukran

    ReplyDelete
  2. Syukran atas perkongsian. Saya mohon izin share DOA ye

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum tuan admin, saya mohon berkongsi doa ini.semoga pahlanya berpanjangan. aamiin

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah DPT ilmu yg bermanfaat....pohon kongsi

    ReplyDelete