Friday 30 December 2016

Catatan lagi..

Entah..dah tak ingat tarikh.

Beberapa hari ini aku sibuk menghabiskan stok2 buku baru yang lama dan baru dibeli. Mungkin sebab dah ter'sign up' pledge di web Big Bad Wolf yang berbunyi "Stop Buying, Start Reading." eh tapi ada juga la beli....sikit :-) MasyaAllah seronok! Tak makan pun takpa. Mungkin sebab hormon Oksitosin kian meningkat. Apa benda la hormon tu? Lebih kurang macam hormon bahagia gitu. Bacalah sini . Dapat istilah ni lepas baca buku Men Are From Mars, Women Are From Venus. Bergantung kepada individu. Banyak cara untuk kita boost up hormon ini. And for me not necessary come from our spouse but just through - reading! Penting sangat untuk kita para isteri2 solehah dan mak2 ni kekal dengan hormon oksitosin yang tinggi supaya hidup kita kekal tenang dan gumbira walaupun macam2 'topi' jawatan dan tekanan yang kita pikul, betul tak?

Oklah nak cerita sikit lah pasal buku2 yang dibaca.

Antaranya buku2 karya Tuan Bahruddin Bekri. Sebelum ni memang suka betul baca posting2 beliau di Fb. Kelakar tapi berisi! Lepas tu jatuh cinta dengan siri buku2 Mat Despatchnya.


CATATAN di Majlis Maulid oleh HABIB NAJMUDDIN OTHMAN AL KHERED 29122016

CATATAN di Majlis Maulid @ Masjid Simpang Empat, Balik Pulau, Pulau Pinang pada 
29 Disember 2016  oleh HABIB NAJMUDDIN OTHMAN AL KHERED

* Buat apa yang Nabi SUKA DAN SAYANG..
* Sebelum buat apa2 fikir adakah perbuatan itu Nabi redha atau benci? 
* Semua amalan yang membuktikan tanda sayang pada Nabi nescaya SAMPAI pada Nabi saw. 

Dari ANAS IBN MALIK -- Simpulkan sifat Nabi yang boleh kita usaha contohi:  

(A) *NABI SECANTIK-CANTIK MANUSIA*
-- senyuman yang menggembirakan
--harum dan wangi
--yang paling utama: AKHLAK 
"اللهم كما حسنت خلقي، فحسن خلقي"
Allahumma kama hassanta khalqi fahassin khuluqi" Ya Allah sepertimana Kau mencantikkan kejadianku maka cantikkan juga akhlakku--> ini misi kita. 
-  Betulkan akhlak isteri kepada suami. Ibu kepada anak. Anak kepada orang tuanya. Jiran kepada jiran yang lain. Sahabat kepada sahabat muslim dan bukan muslim. Santuni persis Nabi. 
_"Bukan dari golongan kami orang yang tidak hormat yang lebih tua, dan tidak mengasihi anak yang lebih kecil"_  

Saturday 24 December 2016

Catatan 24/12

Alhamdulillah. Hari cuti yang paling banyak bercakap..hehe.

Hari ini bekas jiran kami di Kajang dulu bertandang. Mr Ong namanya. Sangat peramah dan baik orangnya. Selalu tengokkan rumah dan bagi hadiah termasuk kad hari raya setiap kali hari raya menjelang (walaupun sebelah rumah!). Kini kami sekeluarga tetap bersahabat baik walaupun telah berpindah. Kebetulan kampungnya juga di Pulau Pinang. Smart dan handsome (seperti katanya sendiri) tapi masih single you..hehe. Umur dah hampir mencecah 40, itu yang kami asyik mengusik suruh dia kahwin cepat. Lepas makan tengah hari hasil air tangan emak, kami bertiga bersembang sakan (encik Suami terpaksa keluar kerja). Tak sedar sampai 3-4 jam rasanya! Bila kami ajak dia minum petang sambil rasa laksa Balik Pulau, baru sedar dah hampir jam 7! Petang konon....hehe.

Banyak yang kami bualkan. Tentang insurans takaful (sebab dia agen), dari satu negara ke satu negara. Dan yang paling menarik apabila berkisar tentang adat budaya dan agama. Katanya dia minat mengkaji semua agama. Maka kami sedikit sebanyak cuba fahamkan dia tentang Islam dan cara hidup orang Melayu. Kami pula belajar tentang agama Taoism dan adat budaya masyarakat Cina. MasyaAllah...sangat menarik. Emak pesan minta dia lihat dan belajar Islam yang sebenar bukan hanya tengok orang Islam sahaja sebab bukan semuanya tunjukkan Islam yang sebenar. Moga dipercepatkan jodohnya & dipilih Allah  untuk dia kembali ke agama fitrah suatu hari nanti. Amin...

Hari ni juga hari yang sedih. Seorang senior ketika di UIA dulu akhirnya kembali ke rahmatullah setelah bertahun2 berjuang melawan sakitnya. Walaupun medium fbnya aktif tapi tak pernahku tahu dia sakit selama ini walau umurnya belum pun mencecah 40. Cerianya beliau di alam maya maka begitulah karakter beliau di alam nyata. Yang lebih menyedihkan, hari esok adalah hari kenduri adik bongsunya. Entah macam manalah keluarga almarhumah. Moga tabah dan kuat.

Itulah hakikat kematian. Ada yang dijemput dengan asbab sakit. Ada juga dalam keadaan sihat tanpa apa2 signal awal. Ada yang muda lebih2 lagi yang tua. Usah pernah tertipu dengan nikmat muda dan sihat. Allahuakbar. Moga Allah mengampuni semua dosanya dan dosa kita semua. Moga setiap kebaikan dan ilmu yang dicurahkan sepanjang hidup almarhumah menjadi jariah berpanjangan buat beliau di Sana.

Al-Fatihah kak Fisha :-(
1977 - 2016





Thursday 22 December 2016

12/12 - 20/12

Alhamdulillah. Selamat musafir dalam cuti akhir tahun. Setiap yang dirancang sudah tertunai dan yang penting semuanya dipermudahkan Allah.

Bermula dengan berjalan2 di KL kemudian pulang ke rumah mertua di Terengganu. Tiada apa yang lebih membahagiakan melainkan melihat anak2 setiap ahli keluarga tersenyum gembira. Walaupun percutian agak ala2 budget tetapi seronok. Paling best bila dapat memancing buku2 idaman di PTS Bookcafe dengan harga yang sangat murah. Terus batalkan hasrat ke BBW...hehe. Selamat duit. Bagus juga berjalan dengan duit yang cukup2 ni. Tidaklah bernafsu membeli yang bukan2. Setiap sen dirancang penggunaannya. So tips untuk yang kaki shopping - BAWA DUIT CUKUP2! :-)

Di Terengganu, antara yang seronok dapat bawa anak2 dan anak2 buah ke Pusat Sains Terengganu. Mungkin tak sebanyak bahan pameran di Bukit Kiara tapi banyak juga yang berbeza. Paling best bila masuk dalam Globe 3D gelap gelita dan tiba2 terasa seperti di angkasa. Planet2 semua betul2 atas kepala. Wah terasa seperti angkasawan kejap. Mak lagi teruja dari anak..kot?! heh... Di kawasan Dinosour pun boleh tahan menarik juga, Walaupun kena bayar lagi sekali, tapi ok lah. Di mesin kuiz, bukan main la kami pakat mengulang jawab soalan sampai hampir semua jawapan. Rupanya dinosour kejar manusia hanya dalam filem Jurassic Park je, tak pernah hidup sezaman ...hmm baru tahu. Teruk kan...

Tu antara tempat2 yang best la..

Nanti nak sambung lagi ok.

Thursday 8 December 2016

07122016

Ada sesuatu yang aku agak seronok hari ini. Hanya kerana beberapa patah perkataan.

Teringat pula iklan keselamatan jalanraya di radio. Hanya 3 perkataan mengubah kehidupan seseorang:-

"Awak nampak cantik" - buat orang rasa dihargai. 

"Saya minta maaf." - pun sangat bermakna sebab bukan semua orang mampu ucap.

Jadi apa yang aku seronok sangat hari ini, lebih kurang macam tu jugalah kaedahnya...hehe.

06122016

Fuh. Penat betul hari ini.

Pagi ini ada Allah uji sikit. Terbangun lambat + jalan jem + salah tempat dan akhirnya lambatlah sampai kuliah. Tapi alhamdulillah sempat juga tadah ilmu yang sangat berharga dari orang yang sangat 'alim..bekas datuk mufti. Kami belajar tentang Bab Nikah dalam Kitab Matla'ilbadrain hari ini. Walaupun banyak yang dah tahu, tapi banyak "reminder"yang Tuan Guru bagi..masyaAllah. 

Nak ulas sikit sikap orang2 kita. Biasanya kita beria ambil tahu soal nikah kahwin sebelum je. Apa saja syarat kita penuhi. Kursus ke, jumpa orang tu orang ni, booking itu dan ini semua kita buat tak kesah penat. Tapi semakin lama kahwin, kita jadi makin malas pula, perasan tak. Ilmu kursus pra-perkahwinan itu sajalah modul kita walaupun anak dah bederet-deret. Kad top up kita nak dekat habis cepat sahaja kita beli, tapi ilmu rumahtangga dan parenting tak top up top up! Lepas tu kecoh. Hati tak tenang, ada isteri pun serabut, mula nak cari lain dan macam2 lagi masalah timbul hasil ciptaan kita sendiri! Ya orang2 jabatan agama, ngo, konsultan dan banyak pihak puas fikir macam mana nak tangani isu ini, tapi tak bolehlah semuanya kita letak atas kepala mereka, salahkan mereka. Kitalah kena cari inisiatif, tambah ilmu, tambah amal, muhasabah selalu supaya rumahtangga subur dengan iman. Eh maaf ye, makcik ter'emo' la pulak. Mungkin sebab isu ini yang dok hadap hari-hari sekarang ini. Kita selalu minta orang 'suap'kan sedangkan 'nasi lauk pauk semua depan mata tetapi malas nak suap sendiri'. Allahuakbar.....

Monday 5 December 2016

05122016

Terasa ingin seperti disambung entri 0212

Hakikat doa. Itulah senjata ampuh melalui 'skrip' harian moyang, nenek dan datuk kita dahulu. Minta diberikan yang baik2 untuk diri dan zuriat keturunan. Walau isi dan tulang mereka sudah dimamah tanah, doa itu tidak akan pernah putus. Kalau pun tidak Allah makbulkan ketika mereka di atas bumi, rasanya ada yang Allah jawab pada diriku hari ini.

Kenapa aku kata begitu? Teringat kisah yang diceritakan Ustaz Izhar Arif dalam ceramahnya yang pernah aku hadir di Bangi dulu. Pernah beliau bertanya rahsia kekayaan Datuk Yusuf Haslam. Katanya antara puncanya kerana doa almarhum ayahnya. Ayahnya hidup serba susah. Sukar sekali hidup mereka ketika itu hingga dia terpaksa bekerja sejak dari kecil. Selain tidak pernah culas membayar zakat, doa ayahnya yang tidak akan beliau lupa adalah “Ya Allah, berikanlah kekayaan pada diriku, anakku dan keturunanku.” Ini doa yang dipanjatkannya berkali-kali. Doa itu tidak Allah jawab ketika hayatnya. Hidupnya tetap miskin hingga ke hari terakhir nafasnya. Tetapi Allah rezekikannya kepada anaknya - seorang yang kini bergelar jutawan – Datuk Yusof Haslam. MasyaAllah!

02122016

Teacher’s Diary

Baru selesai menonton filem Thailand itu. Best! Banyak sekali pengajaran. Macam nak bagi 5 bintang! :-) Betapa jerih dan payahnya menjadi seorang guru. Ibu ayah di sekolah, guru agama, guru adab ..namakan sahaja, itulah gelaran2 lain untuk mereka. Filem ini juga kembali menyuntik semangat menulis diari dalam diriku. Dalam filem itu, dua orang hero dan heroin yang tidak pernah bersua muka, seolah sangat mengenali sesama mereka hingga membibitkan rasa cinta hanya melalui perkongsian masing2 dalam sebuah diari yang sama. Diari itu juga sangat memberi motivasi kepada mereka berdua malah sangat membantu mereka menyesuaikan diri sebagai seorang guru sekolah houseboat yang terletak jauh di pedalaman sehingga akhirnya membuahkan bibit cinta & rindu.

Teringat pula diari yang pernah aku tulis semasa belajar dahulu. Entah di mana letaknya. Tidak sanggup rasanya dibaca kembali. Banyak yang entah apa-apa. Semangat yang sama aku dapat selepas menonton Ghajini – filem hindustan hasil lakonan utama Amir Khan. Dari diarinyalah banyak kisah silam dapat diketahui setelah beliau lupa ingatan.

Thursday 10 November 2016

Sambungan Nota SBBT - MENGAPA KITA PERLU BERHARAPAN / BERIMPIAN

Baca nota berkaitan di Catatan Nota Seminar Berani Berimpian Tinggi - SBBT 1 -

Sejak saya join Seminar Berimpian tinggi, semua impian2, harapan2 saya yang rendah2 menjadi tinggi2. Dulu, saya selesa berkereta kancil. Bila suami cakap mahu tukar kereta, saya tak benarkan. 

Sebabnya اَلْحَمْدُلِلّهِ kereta kami semuanya dah habis bayar dengan bank. Untuk tambah hutang lagi pada kereta, bagi saya ia tak berbaloi kerana dengan kondisi kami sekarang, pembiayaan pembelajaran2 anak2 lebih diutamakan. 


Tuan fazrul ada bagi contoh pasal impian rendah2.. '

takpelah aku pakai kereta kancil je. Org lain pakai kereta ferari'. Itu adalah impian rendah rendah (impian material di dunia). 

Tapi impian tu boleh ditukar jadi tinggi tinggi (impian akhirat di syurga).. 


"xpelah aku pakai kereta kancil je. Sbb dgn kereta tu senang nak parking, myk murah, spare part pun murah dan senang cari. Kalau guna kereta mewah, byk beza nak keluarkan duit. Dan duit beza tu blh buat infaq, bayar yuran sekolah anak2, keperluan keluarga, tambah ilmu dan mcm2 lg. 


Impian Tinggi Tinggi dan utama pastilah dapat lihat wajahNya tanpa hijab dan disisiNya punya mahligai di syurga firdausNya.


Untuk capai impian yang tinggi tinggi, semuanya bermula dengan impian yang rendah2. 


Jadi mintalah pada Allah agar impian yang rendah2 itu dapat bergerak mengikut stepnya..


Saturday 29 October 2016

Catatan Input Seminar Berani Berimpian Tinggi (SBBT) kendalian Tuan Fazrul Ismail

- SBBT -


Key 1--> 2: 1-5 - Surah al-Baqarah ayat 1-5

1- Alif, Laam, Miim. 

--> Hanya Allah yang Maha Tahu makna kalimah ini.
--> Ayat yang "God-centered' - Tuhan sentiasa Bantu Saya!!


"Saya tak tahu nak jadikan anak2 saya soleh dan solehah. Allah yang Tahu dan bantu."
"Saya tak tahu nak buat apa hari ini. Allah Maha Tahu dan bagi aku kuat dan kudrat untuk buat apa yang sepatutnya."



Friday 7 October 2016

Poster Dakwah Lukmanul Hakim


Tips Ceramah oleh Ustaz Khalil Razak

Ada sorang kawan motivator saya ni tanya.. "Ak pelik la lil.. Macamana budak2 boleh tercengang n tiba2 budak2 cikgu2 nangis dengar ko cakap.. Ko bukan ada aktiviti pon.. Tepuk2 pun xde.. Cakap pakai mic jee.. Slide pun xada.. Bukan sekali ak ikut ko..setiap kali ko ceramah macam tu lah respon budak2 cikgu2 ak tengok.. Share laa sikit.. Ak nak belajar.."
Saya jawab "Astaghfirullah.. Xdelah bro.. Mana ada sampai macam tu.. Ak tak tau laa.. Semua milik Allah.. Segala puji bagi Allah.. Setiap orang ada kelebihan.. Ko ada kelebihan yg ak x leh buat.. Ak kalau buat aktiviti, ldk memang failed.. Ak pun heran macamana ko leh handle game.. Hebat ko.."

Yarhamkallah

"Jika kita dalam situasi bergaduh, dikuasai rasa marah yang meluap-luap, maka berusahalah untuk mujahadah dengan menggantikan kata-kata makian dengan kalimah --> { Yarhamkallah/ Allahu Yarham }
Maksud doa itu { Allah memberi rahmat ke atas kamu } boleh menjadi sebab terbukanya pintu hidayah untuk berhijrah kepada kebaikan. Inilah yang diamalkan sahabat Rasulullah SAW Abdul Rahman B Auf.
Syeikh Abd Rahman Al-Sudais, imam tersohor di Mekah pada zaman kecilnya agak nakal. Tetapi setiap kali ibunya ingin marah atas kenakalannya, si ibu akan menyebut doa tersebut. Keberkatan atas doa itu mungkin salah satu asbab beliau berubah & menjadi seperti yang kita kenali hari ini...."
Allahyarham bukan sekadar gelaran untuk yang telah kembali rahamatullah sahaja, ia adalah DOA - senjata kita !
Semoga Allah merahmati kita semua di pagi 10 Syawal 1435H.
Ustaz Wan Sohor Bani Leman - Azzikraa Klfm-Rentak Interaktif Kota 97.2 mhz 6 Ogos 2014M

Zikir non-Muslim

Masih teringat-ingat insiden semalam. Dalam perjalanan menaiki kapal terbang, saya lihat ramai penumpang yang kelihatan hampir sama rupanya. Nampak seperti berbangsa Cina, tetapi lenggok bahasa berbeza, bukan Mandarin pastinya.
Saya mula hairan bila melihat mereka memakai tasbih digital. Setiap orang! Jari begitu ralit menekan-nekan punat di tasbih itu. Mulut tak henti-henti berzikir saya kira. Langsung tidak bersembang sesama mereka. Semakin laju kapal berlalu meninggalkan landasan, selaju itulah mulut mereka berkumat-kamit. Sehinggalah kapal selamat mendarat, mereka masih kekal begitu. Mereka mula bercakap sedikit selepas itu, tetapi masih kekal diselang-seli dengan zikir yang tak putus-putus. MasyaAllah!
Allahuakbar... malu dan kerdilnya diri melihat manusia berlainan agama mampu se'istiqamah' itu hidup dengan zikir mereka. Kita pula bagaimana?

Mumtazah Sanusi with Rohayati Daud.August 12 2016

Skrip para isteri untuk suami

Cadangan skrip para isteri untuk suami yang liat ke masjid:-

1) "Abang...pi la masjid bang. Bila la abang nak pi. Esok kat masjid tu la abang nak kena usung pi kuboq tau tak? --> elakkan
2) "Oh abang...cuba la abang tengok laki timah. Bagus laki dia ..pi masjid tak tinggai. Suka saya tengok." --> mungkin suami akan jawab.."ha awak la menikah dengan laki dia..dah suka sangat"

Jadual 9 Zulhijjah

Assalamualaikum,
Antara aktiviti yang boleh kita lakukan bersama pada 9 Zulhijjah 1437H
🕟 4.30 pagi.
-Bangun Pagi.
-Qiamullail
-Sahur. Niat Puasa Sunat Hari Arafah.
نويت صوم عرفة سنة لله تعالى
"Nawaitu shauma arafah, sunnatal lillahi ta'ala"
Terjemahan: "Saya niat puasa Arafah, sunnah karena Allah ta'ala"
🕠 5.30 pagi
-Solat Subuh di Masjid
-Mathurat Pagi
🕢 7.30 pagi
Solat Dhuha
🕘 9.00 pagi
#QuranHour
Baca dan hayati Quran
🕕 12.30 TengahHari
Qailuulah. Tidur sebelum Solat Zohor.
🕜 1.15 petang
-Solat Zohor berjemaah di Masjid
-Iktikaf
-Aktiviti Personal.
🕟 4.15 petang
Solat Asar Berjemaah.
🕠 5.15 petang
*Waktu Wuquf Di Mekah*
-Zikir, Berdoa.
-Baca Al-Quran
-Mathurat
🕢 7.15 malam
-bersiap sedia untuk berbuka puasa.
Solat Maghrib.
-Takbir Raya
-Beribadah. Baca Quran. Zikir.
🕣 8.30 malam
-Solat Isya' berjemaah.
-Berzikir.
-Al-Mulk.
-Solat sunat Taubat.
Moga anda terus kekal cergas, sihat dan terus menyebarkan kebaikan!

Mulakan pagi dengan al-Quran

Saya mulakan pagi ini dengan.....

 1 Surah ayat al-Quran
 1 baris ayat al-Quran
 0 ayat al-Quran
 Merenung al-Quran
Tandakan  di kotak
Mulakan walau hanya dengan 1 ayat sehari....
Merenung al-Quran sudah berpahala. Namun tidakkah kita mahu kebaikan yang lebih? Seperti mana kita sering memohon kebaikan demi kebaikan dari Allah.
🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻
Hidup dalam ISLAM adalah nikmat TERBESAR yang ALLAH berikan. Maka hayatilah setiap detik, dengan rasa SYUKUR & GEMBIRA. Masih ramai yang Allah tidak berikan nikmat terbesar ini. Maka nikmatilah ia selagi roh bersatu bersama jasad.
Moga pengakhiran kita semua dalam ISLAM.
Dalam ISLAM.
Aamin.
🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻
#MsReminder

#WorldQuranHour

Alhamdulillah, Surah Ibrahim, al-Anbiya' & al-Hajj berjaya ditadarus bersama pagi tadi. Terima kasih makcik2 yang memilih teratak kami menjayakan halaqah kecil ini. Moga usaha kita diberkati Allah, setiap doa yang dipanjatkan dikabulkan dan silaturrahim ini berkekalan....
World #QuranHour #WorldQuranHour
9-11am 11092016


Aidiladha!


Tambah Khusyuk Solat

💠SOLAT💠
Solat wajib 5x sehari hanyalah "modal". Kalau cukup sempurna sekalipun, kita hanya "pulangkan modal". Untung belum tentu lagi. Entah-entah rugi. Nak 'top up' dan untung lebih dengan Allah kena banyak tambah yang sunat.
Antara tips sempurnakan solat menurut Imam al-Ghazali:-  Hadirkan Hati (حضور القلب ). Antara caranya.....
👉Tetapkan minda: Buang semua yang mengganggu
Nabi kata, kalau kamu solat, makanan dah siap. Terbau2 ikan masin. Makan dulu. Agar tak terburu2.

Seminar Pasca Perkahwinan 24092016

Nota 1 - Ustaz Shaffi Yusof
 #TipsFamilySoleh
1- Jaga Solat
"Kenalan saya tinggal di rumah flat yang sangat sempit. Rasanya sesuai untuk seorang dua sahaja tinggal. Tapi dia hidup bersama isteri dan 8 orang anak!! MasyaAllah. Sedang kakak sibuk belajar, si adik naik atas kepala, kacau macam2. Si kakak rileks sahaja. Sampai ja waktu solat, semua berhenti dan solat. Itulah rahsia melapangkan jiwa. Rumah yabg kecil terasa besar....."
2- Jemput tetamu selalu ke rumah. Barakah datang mencurah2.
3- Jadikan Masalah peluang dekat dengan Allah. Bukan menjauhkan.
4-Banyak bersabar dan toleransi. Tak payah berkira sangat na :-)
5- Suami- lazimi solat Subuh jemaah di masjid. InsyaAllah syaitan gagal 'parking' di rumah kita.
6- Pastikan sumber rezeki halalan toyyiba.
7- Lazimi Doa. Antaranya imej di bawah ini 👇

Doa untuk Cikgu

"Binti Sanusi kan kamu??"
Ayat itu yang pertama keluar dari guru yang amat ku kagumi ini. Kami ketawa kuat sebab tak sangka cikgu boleh ingat nama ayah pula. Sekejap lepas tu, cikgu sambung pula ..."Ha ingat dah, Mumtazah kan?? Minta maaf lah na...cikgu lupa. Eh you have sister kan?" "Ya cikgu, Syakirah Sanusi Syaq:-)
Ya Allah. Beribu-ribu anak murid cikgu dari banyak sekolah. Cikgu tak ingat pun saya tak kecik hati langsung. Cikgu boleh ingatlah yang buat saya kagum sangat! Allahuakbar!!

Orang yang Mati

"Orang kaya mati. Orang miskin mati. Raja-raja mati. Rakyat biasa mati."
Terasa ingin ditambah bait lirik lagu yang berkumandang pagi ini.
"Orang sakit mati. Orang sihat mati. Orang besar mati. Anak kecil mati."
Allahuakbar. Tarikh yang unik semalam pasti tidak akan dilupa oleh segelintir hamba-Nya yang dipilih menerima ujian hebat.
Ada isteri hilang suami. Anak hilang ayah. Ibu hilang anak. Anak seusia sebulan hilang ibu :-(
Berita -berita duka ini Allah sampaikan demi memberi pesan. Betapa mati itu pasti dan hampir. Jangan pernah tertipu dengan nikmat sihat dan umur yang muda. Sekuat mana sayangnya kita pada makhluk, Sayang al-Khaliq paling berkuasa.
Tabah dan kuatlah kalian menerima suratan. Betapa besar pun usaha dan perancangan, sungguh takdir Allah mengatasi segalanya. Tidak akan lambat atau cepat walau sesaat. Kami bakal menyusul....
وَلَنْ يُؤَخِّرَ اللَّهُ نَفْسًا إِذَا جَاءَ أَجَلُهَا ۚ وَاللَّهُ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ
Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan. (Suratul Munafiqun:11)

Ampunkan dosa kami ya Allah
اللهم صلي على محمد وعلى آل محمد ...

Seminar Say It Right oleh Umi Rosmaria


Seminar Say It Right memang ohsem😍😘
Ia ada tools yang sangat baik diperlukan oleh ibubapa generasi baru,
yang mahu berubah dari paradigma lama ke paradigma baru.
*didiklah anakmu mengikut zamannya.
Saya amat suggest untuk semua ibubapa sahabat saya sekalian untuk bersama sertai mana-mana kursus Umi Ros.
dan belajar tools dalam NLP Parenting ini, ok.
Sebab saya dapati skrip dalam buku Umi Ros ni, memang common mistake situasi yang dialami, dan cara gaya response 'lama', maaf saya katakan cara response negatif seperti membebel, menuduh, memgecam, mengkritik dsb,

Nota Maal Hijrah Penang 1438H



Sunnah Paling Besar adalah SIFAT NABI sendiri:-
 Jadilah orang yang sentiasa benar, jujur, buat kerja betul-betul, sungguh-sungguh. ( SIDDIQ )

Friday 30 September 2016

Pengurusan Stress - Ustazah Norhafizah Musa





Slot 2- Pengurusan Stress oleh Ustazah Nohafizah Musa

Punca

1. PERSONALITI

Jenis-jenis yang orang mudah stress:

a) Perfectionist

"Saya ketika di sekolah menengah ada ciri-ciri ini. Di sekolah dahulu, sanggup tidak tidur di tilam, hanya duduk bersimpuh di tepi katil semata-mata tidak mahu cadar berserabut. Jika tidur sekalipun, hanya sebelah katil single itu saya tidur. Sangat stress bila datang kawan dengan selamba datang duduk di katil saya itu. Almari locker pula sangat teliti saya susun baju di penyangkut. Mungkin ini hasil didikan ayah. Buku latihan sekolah dilipat tepi kiri dan kanan supaya menulis tidak melebihi apa yang dilipat. Kami adik-beradik dah terbiasa. Buku-buku kami kemas. Ruang yang dilipat khas adalah untuk cikgu menulis markah. Cikgu menanda di tengah markah, akan ditegur ayah. Sehingga begitu ayah."

Monday 18 April 2016

Tips Praktikal Penulisan oleh Tuan Zamri Mohamad






#1 Bagaimana cara menulis atau mula menulis?


  • “Bagaimana cara saudara menulis?”
  • “Bagaimana saudara mula menulis?”
Jika diberi pilihan, mana satu soalan akan kita tanyakan?
Dalam setiap soalan, ada satu perkataan yang memberikan jawapan satu ke utara dan satu lagi ke selatan.
Kenapa berbeza?
Soalan pertama berkaitan teknik menulis dan soalan kedua merujuk kepada peristiwayang mendorong orang itu menulis.