Slot 2- Pengurusan Stress oleh Ustazah Nohafizah Musa
Punca
1. PERSONALITI
Jenis-jenis yang orang mudah stress:
a) Perfectionist
"Saya ketika di sekolah menengah ada ciri-ciri ini. Di sekolah dahulu, sanggup tidak tidur di tilam, hanya duduk bersimpuh di tepi katil semata-mata tidak mahu cadar berserabut. Jika tidur sekalipun, hanya sebelah katil single itu saya tidur. Sangat stress bila datang kawan dengan selamba datang duduk di katil saya itu. Almari locker pula sangat teliti saya susun baju di penyangkut. Mungkin ini hasil didikan ayah. Buku latihan sekolah dilipat tepi kiri dan kanan supaya menulis tidak melebihi apa yang dilipat. Kami adik-beradik dah terbiasa. Buku-buku kami kemas. Ruang yang dilipat khas adalah untuk cikgu menulis markah. Cikgu menanda di tengah markah, akan ditegur ayah. Sehingga begitu ayah."