Slot 2- Pengurusan Stress oleh Ustazah Nohafizah Musa
Punca
1. PERSONALITI
Jenis-jenis yang orang mudah stress:
a) Perfectionist
"Saya ketika di sekolah menengah ada ciri-ciri ini. Di sekolah dahulu, sanggup tidak tidur di tilam, hanya duduk bersimpuh di tepi katil semata-mata tidak mahu cadar berserabut. Jika tidur sekalipun, hanya sebelah katil single itu saya tidur. Sangat stress bila datang kawan dengan selamba datang duduk di katil saya itu. Almari locker pula sangat teliti saya susun baju di penyangkut. Mungkin ini hasil didikan ayah. Buku latihan sekolah dilipat tepi kiri dan kanan supaya menulis tidak melebihi apa yang dilipat. Kami adik-beradik dah terbiasa. Buku-buku kami kemas. Ruang yang dilipat khas adalah untuk cikgu menulis markah. Cikgu menanda di tengah markah, akan ditegur ayah. Sehingga begitu ayah."
Personaliti ini jika dikekalkan hingga besar, berkahwin, punya anak dan sebagainya, pasti akan mendatangkan stress yang bersangatan. Sifat ini perlu diimbangkan dengan realiti hidup. "Kita elok gantung tuala, suami dengan bersahaja gulungkan kain pelikat di tengah." " :-)
b) Gelojoh
Nabi kata "al-Isti'jal minsy syaitan wat ta'anni minallah".
Terburu2 dari syaitan, tenang itu dari Allah.
c) Tak Sabar
Anak-anak kita sendiri mempunyai personaliti berbeza. Sedari bayi lagi sudah kelihatan sifatnya. Sanggup menangis melalak jika lambat disusukan. Ada yang mudah mengamuk jika tidak dapat suatu benda dan sebagainya.
Latihan: Senaraikan 5 sifat baik dan 5 sifat tidak baik yang kita ada. Nilaikan. Adakah personaliti itu mudah menyumbang kepada stress.
2. TERLAMPAU BANYAK MENANGGUNG BEBANAN
"Saya pernah didatangi coach fitness di rumah baru-baru ini. Disuruh kita buat macam-macam senaman yang berat. Hanya 4 cara. Namun kesannya amat meletihkan. Jantung berdegup kencang, Rasa seperti hendak mati. Disuruhnya kita bernafas dengan betul. Pastikan:
i- Tarik nafas
ii- Sambil tarik nafas pegang perut dan rasakan ia sepatutnya ke depan (bukan belakang).
iii- Tahan 4 saat
iv- Lepas perlahan-lahan melalui mulut
Begitulah tekanan melampau saya rasakan sehingga ke malam. Membawa ke demam sehinggalah ke hari program ini berlangsung. Inilah akibatnya apabila buat sesuatu yang di luar kebiasaan. Otot terkejut kerana tiba2 bekerja dengan keras. Begitulah dalam hidup. Secara tiba2 berkahwin dengan duda anak 5 pastinya tidak sama tekanannya dengan berkahwin dengan si teruna."
3. TIDAK CUKUP PERSEDIAAN
"Bagaimana kalau saya minta muslimat datang ke depan dan ceramah? Pastinya kelam kabut kerana tidak biasa dan tiada persediaan. Begitulah saya. Jika diminta buatkan cup cake, 6 jam tiada kek dibuat, hanya bermain dengan tepung. Ia amat tertekan.
4. LEMAH PENGURUSAN
Pengurusan diri, kesihatan, keutamaan, kewangan. Siapa yang tidak pandai mengurus pasti memberi tekanan dalam hidup. Hutang keliling pinggang pasti tidur pun tidak lena. Seorang sahabat sanggup tipu orang sana sini, lari, tidak bayar. Hingga ke tahap pernah menipu duit umrah satu rombongan. Kehidupan yang ingin senang dan mewah tetapi tidak pandai uruskan kewangan. Akhirnya sekarang di lokap. Kata saya, insyaAllah itulah tempat terbaik untuk dia. Kalau di luar, pastinya ditangkap banyak pihak. Inilah tekanan2 hidup kerana dari awal salah menguruskan diri.
3 FAKTOR PENYUMBANG STRESS TERBESAR
(ada dalam kitab Tasawwuf. Tiada dalam buku barat).
1 - DOSA YANG DITANGGUNG
Bayangkan dosa kita umpama sampah. Sifatnya berat. Sangat terbeban. Berapa banyak beg sampahkah telah diisi dan perlu kita pikul setiap hari? Entah-entah satu dewan ini hanya penuh dengan dosa saya ya. Inilah dosa yang diheret, ditarik. Inilah sebabnya, dosa kita sendiri.
2- TANGGUNGJAWAB YANG DIABAIKAN
Ramai wanita berjaya di luar rumah. Namun anak2 di rumah, gagal mengaji, jahil ilmu agama. Suami tidak dilayan. Berhias untuk orang di luar tetapi sebaliknya di rumah. Amanah yang paling penting ini diabaikan.
3- SALAH NIAT
Kita begitu bersungguh banyak kerja amal. Banyak hadir majlis ilmu sana sini. Namun pada masa yang sama makin banyak pula group Whatsapp yang kita tubuhkan hanya untuk bergosip sakan. Bila orang pertikaikan kerja amal kita, orang pertikai kita jadi sakit hati. Tak boleh terima. Orang yang betul niat, hati tidak sesakit itu. Suami yang bermain kayu tiga, tak layan kita, kita jadi sakit hati. Niat betul apa sahaja yang berlaku kita kekal tenang.
------------------------------------------------------------
Bila kita tertekan, KITA TAK MAMPU NAK TAAT. TAK BOLEH BERI MANFAAT.
Justeru, semak diri. Setiap faktor di atas kaji dan perbaikilah sebaiknya.
Keyword hilangkan stress --> " Fikiran itu tidak penting bagi saya sekarang."
Stress datang dari orang yang sangat banyak stress. "Kenapa la orang tu tak cakap dengan aku. Awat anak aku tak lulus periksa. Pasai apa la suami aku ni asyik main telefon saja." Banyak berfikir ini sememangnya mendatang tekanan hebat dan memeningkan.
Justeru ayuh! GANTI FIKIR DENGAN ZIKIR!
"Kisah klien saya yang sangat keliru. Saya ingin jadi solehah. Tetapi suami saya tak solat. Berpoligami pula dengan wanita yang turut tidak solat. Suami lebihkan dia dari saya yang solat dan suka berkuliah ini. Saya benar2 pening. Tidak tahu, antara taat dengan Allah atau suami yang derhaka dengan Allah? Saya nasihatkan akak itu. Kak sudah2lah berfikir. Kak gantilah dengan ISTIGHFAR ! InsyaAllah walhamdulillah setiap kali Allah tunjukkan keajaiban dari amalan ini.
Ini antara kisahnya:-
[ Kisah Isteri #SuperWoman- TETEH ]
"Ketika ustazah di Bandung baru-baru ini, malam kedua ustaz ajak ustazah makan malam. Ustaz nak makan Surabi. Apa tu kata ustazah? Dia macam roti. Takpelah ustazah tak nak sebab lapar nak nasi. Ustaz ok dan ikut kawan-kawan lelaki dia.
Ustazah yang kelaparan lalu mengajak adik ipar ustazah untuk teman cari makan di kawasan sekitar hotel. Jalan ke atas sedikit terjumpalah kami satu lorong kecil yang agak tersorok. Jika tidak diperhatikan betul-betul (untuk yang tiada biasa) pasti tidak nampak. Lalu kami pun masuk ke situ dan nampak ada signboard "ikan bakar". Pasti ada nasi di sini. Kami pun pesan makanan.
Ketika duduk, ada seorang lelaki di satu meja menarik perhatian ustazah. Lelaki itu nampak kurus, tinggi, putih, ada sedikit janggut. Nampak muka bersih dan baik sekali . Memang sedang mencari2 jodoh untuk pembantu ustazah. Namun kelihatannya asyik tertunduk-tunduk. Seolah-olah menahan sakit. Pelik. Bila dia bangun, nampak orang kedai memapah dia berdiri. Dikeluarkan dari poket sebuah tongkat lipat. Oh...buta rupanya orang tu. Kata hati ustazah.
Sampai sahaja di hotel Ustazah ringan mulut pula bertanya sahabat kami "Pak Hasan ada tak orang mengurut?" "Ya Boleh ustazah, kejap lagi saya hubungi." Tidak lama lepas itu kata Pak Hasan ada wanita yang akan datang urut. Bila wanita itu datang ke bilik dan melihat ustaz solat, ustaz pun keluar untuk beri ruang pada kami.
Dia pun urut kaki ustazah. Ditemani seorang anak 4 tahun, nampak mukanya sedih sekali. Mata nampak sayu, bergenang-genang di kelopaknya.
Us: Kenapa nampak sedih ni?
Teteh: Maaf bunda, saya lagi hiba. Saya dah jumpa ustazah pesantren sebelum ini. Katanya boleh luah perasaan jangan menangis. Menangis hanya depan Allah, bukan di depan dia.
Akhirnya tangisannya lerai di depan saya kerana sudah tidak tahan.
Us: eh kenapa kamu sedih sangat?
Teteh: Saya sudah beberapa hari tidak bercakap dengan suami. Saya dan anak akan tinggalkan dia selepas ini. Sejak hari kami tidak bercakap, saya hanya beristighfar dan zikir.
Akhirnya dapat tahu Teteh rupanya berkahwin dengan suami buta akibat kemalangan ketika menuntut di universiti. Si suami kemudian masuk ke pesantren.
Saya terasa ingin bertanya.
Us: Err suami Teteh orangnya tinggi? Putih2? Kurus?
Teteh: Ya betul itu suami saya. Mana ustazah tahu?
Us: Tadi saya makan di kedai nampak seorang lelaki persis suami kamu.
Teteh: Ya itu suami saya ustazah.
Setelah kenal itu suaminya, ustazah jadi sangat kasihan pada kedua-duanya. Kasihan sangat.
Us: MasyaAllah. Kenapa sampai nak bercerai?
Teteh: Saya tidak tahan ustazah. Dia terlalu beremosi. Dengan orang lain dia sangat baik. Balik rumah, semua dihamburkan pada saya.
Us: Teteh..suami itu buta. Di luar, siapa sahaja marah dia hanya dapat mendengar dan menelan. Hanya di rumahlah, si isteri tempat melepaskan tekanan. Cuba rasakan dua hari kita ditutup mata dan berjalan?..
Saya bertanya lagi, apa benda baik yang suami selalu buat?
Teteh: Di rumah dia amat rajin. Mop rumah, bersih longkang dan sebagainya. Memang dia suami yang amat membantu. Amat baik.
( Pernahkah suami celik kita mop rumah?? )
Us: Allah..dia lelaki baik sebenarnya Teteh.
Teteh: Err..apa kerja bunda sebenarnya?
Us: Saya tunjukkan rakaman ceramah saya di You tube.
Teteh: Wah....Bunda lagi di TV?
Us: Ya bunda sebenarnya Ustazah.
Teteh: Ya Allah (sambil menangis) ! Allah sudah menjawab. Saya tidak tahu mahu fikir apa lagi. Saya hanya istighfar dan zikir beberapa hari ini. Hari ini Allah kirimkan seorang hamba Allah jauh dari Malaysia datang menjadi sebab untuk selesaikan masalah saya.
Us: Allah pasti sediakan kedudukan yang tinggi untuk kamu Teteh. Teteh hanya perlu sabar sedikit sahaja lagi. Teteh bukan kahwin dengan orang sebarang tetapi dengan hamba Allah yang istimewa. Buta. Saya yakin ada tempat istimewa untuk kamu di Sana.
Pagi esoknya, dia datang lagi jumpa saya. Dipeluknya saya erat.
Teteh: Ustazah, saya sudah bermaaf-maafan dengan suami saya. Saya kata pada suami. Allah telah kirimkan seseorang untuk saya semalam iaitu ustazah. Kami telah berbaik ustazah, alhamdulillah. "
----------------------
Sesungguhnya Allah menguruskan SEMUA MANUSIA. Yang celik yang buta semuanya. Lihat rencana Allah. Bagaimana Dia mengatur tutur kata dan langkah ustazah dari mula pergi mencari makan sehinggalah dapat bertemu Teteh. Sedangkan malam sebelumnya tukang urut yang dicari tiada. Allahuakbar.
Sesungguhnya Allah menguruskan SEMUA MANUSIA. Yang celik yang buta semuanya. Lihat rencana Allah. Bagaimana Dia mengatur tutur kata dan langkah ustazah dari mula pergi mencari makan sehinggalah dapat bertemu Teteh. Sedangkan malam sebelumnya tukang urut yang dicari tiada. Allahuakbar.
Pada ustazah, inilah kesan besar amalan Istighfar dan Zikirullah.
Allah datangkan "tenteranya" untuk membantu saat hamba-Nya susah.
Subhanallah Walhamdulillah. Marilah, gantikan fikir dengan ZIKIR!
استغفرالله العظيم...
-------------------------------------------------------------------------
[ Kisah Isteri #SuperWoman II - Lapangan Terbang ]
" MasyaAllah. Lega sungguh ustazah rasa. Kembara Rohani yang ustaz dan ustazah kendalikan sudah hampir ke penghujung. Semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang tanpa ada masalah. Hari terakhir, sahabat kami Pak Hasan menghantar kami seramai 41 orang ke lapangan terbang.
Kami mula menurunkan beg yang telah beranak pinak satu demi satu keluar dari perut bas. Ditarik semuanya ke dalam. Sampai di kaunter, kami diberitahu oleh petaugas yang kami rupa-rupanya telah salah lapangan terbang. Tempat itu hanyalah untuk penerbangan domestik!! Allahuakbar.
Segala kemungkinan mula bermain di minda ustazah. Masa hanya tinggal lagi 2 jam sahaja. Kami segera hubungi Pak Hasan. "Takpa ustazah, saya u-turun". Kemudian basnya tidak dapat bergerak kerana terlalu 'macet' di bandar itu. Allah. Apa yang perlu dilakukan? Jika ingin dibeli semula tiket, ia hampir mencecah Rm16,000.00!!!
Kelihatan beberapa bas shuttle yang boleh mengangkut penumpang ke tempat yang kami ingin tuju. Tapi saiznya kecil sahaja. Kumpulan kami perlu berpecah-pecah. Allah. Satu lagi masalah. Bagaimana kalau ada makcik yang silap turun bas. Hentiannya banyak. Macam mana pula kalau tersilap beg? Ada yang agak berusia. Mampukah mereka?
Allah.
Ustazah akhirnya pasrah. Kami tawakkal untuk naik bas shuttle itu kerana sudah tiada pilihan, Ustazah hentikan berfikir segala keserabutan lalu memilih untuk beristighfar. Istighfar dan istighfar sepanjang berada di dalam bas. Akhirnya kami semua sampai ke lapangan terbang yang betul dan tepat pada masanya. Tiada beg yang tertukar. MasyaAllah walhamdulillah.
Rupanya Allah beri sedikit "peperiksaan" di akhir program. Adakkah bijak kita para hamba-Nya mengurus emosi atau melatah-latah menyalahkan pihak itu dan ini?
Allah perlihatkan besarnya fadhilat zikrullah di dunia lagi. Hanya dengan istighfar. Segala urusan yang kelihatannya sukar dan kusut, dileraikan simpulannya menjadi mudah dan lancar.
Justeru ayuh semua. Beristighfarlah, Hanya 2 kalimah. Ia bukannya payah.
استغفرالله العظيم...
Jom sokong Ustazah Norhafizah dan suami dengan menyalurkan dana ke akaun sekolah mereka:
MAYBANK TAHFIZ MADINATUL HUFFAZ :
NO. AKAUN (5642-2162-9975)
atau layari Fb Rasmi Ustazah untuk maklumat lanjut.
No comments:
Post a Comment