Banyak yang menarik Ustaz Pahrol Mohamad Juoi sebut tadi. Antaranya:-
1. Ikut tradisi para sahabat. Seperti kata Abu Zar *3 saat Manis* baginya:-
- Ketika perut lapar. Kerana hatiku jadi lembut
- Ketika sakit aku. Kerana aku mendapat ampun dari dosa
- Di ambang sakaratul maut. Kerana ini detik terindah. Saat bertemu Allah semakin hampir.
2. *Puasa Menghilangkan Kebiasaan*
Dulu sarapan, sekarang dah takde. Dulu jarang ke masjid, sekarang tiap malam, lama pulak tu. Kata Buya Hamka: "Puasa ialah keluar dari kebiasaan untuk menjadi manusia luar biasa!"
3. *Puasa mentransformasi kita menjadi manusia ROHANI.* Ini ciri manusia berjaya dunia akhirat. Ada pandangan mata hati yang boleh lihat tersirat – dosa, pahala, syurga, neraka, redha dll.
4. Metafora- Ketika kecil ibu suruh kita ke kedai. Kita pergi sebab sayang dan taat ibu. Ibu tunjuk sayang yang lebih dengan beri upah lagi. Jadi kita lebih terdorong untuk buat. Walaupun sebenarnya tanpa upah pun kita pergi saja sebab sayang ibu.
Maka inilah madrasah Ramadan. Fadhilatnya kita buru tetapi itu bukan utama. Ia amalan atas *dasar UBUDIAH kepada 'Pemberi Hadiah'* - Allah no.1 . Fadhilat puasa hanya pemberi dorongan/ pemangkin.
5. *Apakah salah orang yang memburu ganjaran Puasa?*
TIDAK. Kerana ganjaran itu janji Allah. Kita yakin dengan janji Allah. Cuma perlu diingatkan. Kita buat bukan kerana HADIAH tetapi keranan LILLAH !
6. *Tanda kita orang yang kejar Fadhilat:-TIDAK ISTIQAMAH*- Bulan Ramadan saja banyakk baca Quran. Rajin ke masjid. Lihat jemaah di tanah Haram. Selalu awal ke masjid. Nak ada di sof depan. Tapi sebaliknya pula berlaku bila pulang ke tanahair.
7. "Saya macam rasa lebih tenang. Mungkin puasa saya diterima". Ini baik. Tapi jangan kerana rasa itu sampai, kita pun kurang ibadah. Sebenarnya, antara tanda ibadat diterima ialah - RASA GHAIRAH untuk BERIBADAH BERTAMBAH-TAMBAH, seperti KETAGIH!
8. *4 Pakej Pendidikan dalam PUASA:-*
1. Siyam-menahan
2. Qiyam- mendirikan
3. Al-Quran - membaca
4. Sedekah- memberi
Dalam Siyam, ramai yang tahu kita perlu tahan nafsu Perut dan Di Bawah Perut. Tapi berapa ramai yang tersungkur?
_“Sesungguhnya nafsu itu sangat jahat, ajak kepada kejahatan”_. Ia bawa kita derita dunia dan akhirat. Ia bukan sahaja musuh paling jahat tapi juga musuh paling dekat. Nafsu ini pula sebahagian diri kita. Sebab itu berlaku peperangan dalam diri kita. Ia sangat sukar dan payah sekali.
Mohonlah hidayah agar kita *TAHU- FAHAM-KENAL-AMAL-RASA*. Sama seperti lembu liar yang perlu ditutup mata agar tidak liar. Maka pancaindera perlu kita tahan demi menjinakkan nafsu.
RASA sangat² penting!. Ada kawan saya yang asyik dengar ceramah yang best sampai tak sedar kaki bengkak dihurung digigit semut. Begitulah puasa. Orang yang rasa nikmatnya Puasa seolah terasa hari berlalu pantas.
9. Secantik mana pun kenderaan, semahal mana pun ia, tidak laku jika tiada BREK. *Maka Puasa adalah BREK kepada enjin badan kita*.
10. *Muliakan Ramadan dari mula hingga hujungnya.*
Ramai pi terawih, nak pi lah. Orang shopping raya kita pun nak ikut. Rombak budaya mindset ikut orang. Buat apa sahaja dengan ilmu.
Seperti ada 2 tetamu di rumah. Yang awal ibu kita. Kita muliakan dia, bagi dia minum, makan sedap, tempat tidur. Tiba datang tamu ke-2, kita muliakan dia dahulu mengatasi tamu yang pertama tadi. Lupa terus si ibu. Inilah Ramadan biasa kita. Sepatutnya makin hujung perlu tambah gear laju.
*JADILAH HAMBA ALLAH, BUKAN HAMBA RAMADAN*
Segmen Islam itu Indah. "Bukan Kerana Fadhilat Semata" IKIM.fm 31052017 #NotaUMS
No comments:
Post a Comment