Tuesday, 6 March 2018

Kuliah Tafsir Tok Ayah 06032018

Ayat 123 Surah Toha 


قَالَ اهْبِطَا مِنْهَا جَمِيعاً بَعْضُكُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ فَإِمَّا يَأْتِيَنَّكُم مِّنِّي هُدًى فَمَنِ اتَّبَعَ هُدَايَ فَلَا يَضِلُّ وَلَا يَشْقَى

Allah berfirman: "Turunlah kamu berdua dari Syurga itu, bersama-sama, dalam keadaan setengah kamu menjadi musuh bagi setengahnya yang lain; kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu, maka sesiapa yang mengikut petunjukKu itu nescaya ia tidak akan sesat dan ia pula tidak akan menderita azab sengsara.


Allah tak hantaq Adam dan keturunannya tanpa dipedulikan tapi Allah bagi tanggungjawab sebagai KHALIFAH dengan PETUNJUK (Manual). Allah turunkan wahyu melalui Jibril dan diutus kepada para Nabi dan Rasul. Jadi dah dapat risalah wahyu ni kena lah ikut. Hat ketegaq tak mau ikut ni sampai bila-bila la sesat dan dalam kecelakaan. 


Ayat 124 Surah Toha 

مَنْ أَعْرَضَ عَن ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنكاً وَنَحْشُرُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَعْمَى
"Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta".


Depa yang berpaling dari ingat Aku Allah janji dah depa ni akan hidup dalam keadaan sempit. Berpaling macam mana? Tinggai hat Allah suruh buat, boleh buat tak gheti, hat tak bagi tu la nak buat sangat. Dan lebih teruk akhirat esok depa ni akan mangket dalam keadaan buta. Ayat 125 depa akan tanya "Wahai Allah, awat aku buta la ni, dulu aku celik?" Ayat 126 Allah jawab: "Ha tu lah, dulu mata hang memang celik. Tapi hang Buta Perut! Macam-macam cara, berapa ramai ustad ustazah dok bagi peringat hang boleh dok pikiaq duniaaa saja. Maka la ni hang aku lupakan. Ulama' tafsir kata dilupakan bermasksud diabaikan dinafikan rahmat dan kasih sayang Allah, atau tidak diampuni Allah. (na'uzubillah)

Ayat 127 Surah Toha 

وَكَذَلِكَ نَجْزِي مَنْ أَسْرَفَ وَلَمْ يُؤْمِن بِآيَاتِ رَبِّهِ وَلَعَذَابُ الْآخِرَةِ أَشَدُّ وَأَبْقَى
Dan demikianlah Kami membalas orang yang melampaui batas dan tidak beriman kepada ayat-ayat keterangan Tuhannya; dan demi sesungguhnya azab akhirat itu lebih berat dan lebih kekal.


Maka ayat ni Allah gesa kita untuk toleh sat ke belakang tengok apa jadi kat umat2 dulu. Balasan Allah ke atas mereka yang engkar itulah bukti kekuasaan Allah. Hanya yang Allah sebut لِّأُوْلِي النُّهَى  orang-orang yang berakal fikiran saja lah yang boleh lihat 'ibrah tu. 


Ayat 130 Surah Toha 

فَاصْبِرْ عَلَى مَا يَقُولُونَ وَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ قَبْلَ طُلُوعِ الشَّمْسِ وَقَبْلَ غُرُوبِهَا وَمِنْ آنَاء 
Oleh itu, bersabarlah engkau (wahai Muhammad) akan apa yang mereka katakan, dan beribadatlah dengan memuji Tuhanmu sebelum matahari terbit dan sebelum terbenamnya; dan beribadatlah pada saat-saat dari waktu malam dan pada sebelah-sebelah siang; supaya engkau reda (dengan mendapat sebaik-baik balasan).

Allah perintahkan Nabi (&umatnya) untuk bersabar dalam melaksanakan perintah dan membawa risalah Islam. Dan kena ingat SABAQ ni bukan mai dari diri kita sendiri tapi dari Allah. Cara hadap ujian tak lain tak bukan ialah dengan Sabaq dan Solat. Dan dalam ayat:

beribadatlah dengan memuji Tuhanmu sebelum matahari terbit --> merujuk kepada Solat Subuh

dan sebelum terbenamnya --> merujuk kepada Solat Zohor dan Asar

beribadatlah pada saat-saat dari waktu malam --> merujuk kepada Solat Maghrib dan Isyak

Dalam Solat Subuh Nabi kata dah kan, sapa yang dapat tunai Solat Subuh berjemaah maka dia akan dapat perlindungan. 

Ibadat inilah bentuk HUBUNGAN atau Relation dengan Allah yang kita sebagai hamba kena bina. Bukan sekadar kenai dan tahu tapi kena ada CONNECTION. Yang berterusan! Tak putus2! Bukan sat buat sat tak buat. 


Ayat 131 Surah Toha 

وَلَا تَمُدَّنَّ عَيْنَيْكَ إِلَى مَا مَتَّعْنَا بِهِ أَزْوَاجاً مِّنْهُمْ زَهْرَةَ الْحَيَاةِ الدُّنيَا لِنَفْتِنَهُمْ فِيهِ وَرِزْقُ رَبِّكَ خَيْرٌ وَأَبْقَى
Dan janganlah engkau menujukan pandangan kedua matamu dengan keinginan kepada apa yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka yang kafir itu menikmatinya, yang merupakan keindahan kehidupan dunia ini, untuk Kami menguji mereka padanya; sedang limpah kurnia Tuhanmu di akhirat lebih baik dan lebih kekal.

Allah kata toksah lah dok perati sangat nikmat2 hat orang kafir dapat. Rumah depa besaq2, keta mahai2, ada gheta sana sini. Yang ni Allah kata umpama  زَهْرَةَ الْحَيَاةِ الدُّنيَ bunga kehidupan dunia saja. Cuba tengok bunga yang ori. Dari menguntum lepas tu mekar kembang segaq elok kan? Kalau juai bunga lagu ni, berebut orang beli. Tapi lama mana? Lambat laun kecut, kedut, pudar warna - ada yang nak beli bunga lagu ni? 


Ayat 132 Surah Toha 

وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا لَا نَسْأَلُكَ رِزْقاً نَّحْنُ نَرْزُقُكَ وَالْعَاقِبَةُ لِلتَّقْوَى
Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.

Maka Allah suruh kita untuk suruh ahli keluarga kita untuk solat dan kena sabaq dengan karenah depa. Tak boleh putus asa ajak dan terus ajak. Tak boleh jugak kita sorang2 ja dok pulun ibadat sedang pasangan hidup anak pinak kata tak ketahuan hala.

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal ini menyebutkan tentang tiga orang yang diharamkan oleh Allah Ta’ala untuk masuk syurga.
ثلاثة قد حرم الله عليهم الجنة: مدمن الخمر، والعاق، والديوث الذي يقرفي اهله الخبث
“Tiga golongan yang Allah Ta’ala haramkan masuk syurga; (1) Peminum minuman keras, (2) Orang yang Derhaka (terhadap ibu bapanya), dan (3) Dayyus (di kalangan lelaki), iaitu orang yang membiarkan keluarganya melakukan perbuatan dosa.”
Golongan ke-3 ni lah kita bimbang pelan jadi banyak. Ralit dengan gajet, biaq anak isteri pun main dengan gajet, nak balik pukui berapa, nak berkawan dengan sapa, semua tak amik tau. Masing dengan dunia masing2. 
Maka tugas saya, tugas semua kita untuk kembalikan, kuatkan hubungan kita dan mereka dengan Allah melalui SOLAT!

No comments:

Post a Comment