Thursday, 12 July 2018

Bengkel Penulisan Rencana JMNPP

A. PEMILIHAN TAJUK BERITA

  • Tak boleh lebih dari 7 patah perkataan 
  • Ringkas tapi berimpak 
  • Letakkan emosi (Ibu Tunggal menangis di Lebaran, Seorang Muallaf diislamkan di Majlis Aidilfitri) 
Cadangan tajuk menarik: 

  • Tajuk selamat (biasa) "Jamuan Hari Raya JHEAIPP Disambut Meriah."
  • Bermain dengan nombor (bilangan agensi, tamu yang hadir) 


Latihan Saya: (Berita Raya) 

  1. Bangsawan Beraksi di Istana Raya@JHEAIPP 2018

Wednesday, 11 July 2018

Malaysia Menangis kerana Adam Raykal. Seperti tidak percaya apa yang berlaku. Tapi sering teringat kata2 Ustaz Pahrol sebelum ini, perlu kita fikirkan "Siapa yang mengizinkan ia berlaku." Allah bukan. Dan kematian si kecil itu berjaya menghidupkan banyak mata kasar & mata hati. Pelbagai cadang datang untuk penambahbaikan. MasyaAllah, hikmahnya Allah tunjukkan satu persatu. Belum pun habis isu itu, hati sekali lagi ditebak pilu dengan penemuan 12 anak-anak & coach mereka terperangkap di sebuah gua di Thailand. Terasa seperti anak sendiri yang berada di situ. Doa dititipkan moga selamatlah semuanya keluar. Alhamdulillah, berkat doa seluruh dunia & kerjasama luar biasa ramai pihak dalam & luar Thailang, semalam Allah mengizinkan ianya berlaku. Subhanallah. Rasa seronok itu tidak lama apabila melintas pula berita khalifah Allah bernama Luthhakim. Kematian yang puncanya disyaki didera ibu kandungnya. Setiap kecederaan yang dialami dibaca satu persatu tanpa dapat dibayang akal. Allah..Entah bagaimana tubuh kurusnya dapat menanggung semua itu. Sekali lagi air mata tumpah entah kali ke berapa. Malaysia menangis lagi. Kali ini lebih tragis jika benar ia hasil perbuatan si ibu yang melahirkan. Maka seperti biasa, ramailah pejuang-pejuang papan kekunci mula menaip kata-kata kejian dan makian pada diri si ibu Hakim. Sama seperti mana yang dilakukan pada si pendera Adam. Meneliti komentar mereka, ada sesuatu yang hinggap di hati dan minda. Apakah aku tak pernah 'mendera' anak-anak sendiri? Mungkin fizikalnya belum pernah sampai meninggalkan luka, lebam dan parut pada tubuh mereka. Apatah lagi dicucuh, diseterika. Tapi bagaimana pula seketul daging bernama hati mereka? Entah berapa kali parut, luka dan lebam sudah berjaya ditinggalkan. Hanya kerana sedikit penat, ada saja pada yang mereka buat dan cakap tak kena di mata. Hanya kerana sedikit salah dari si anak yang masih belum matang serba-serbi, kita perlakukan mereka seolah manusia yang paling bersalah di muka bumi. Mereka kita biarkan menangis hingga tertidur kesedihan. Tanpa dipujuk. Tanpa dibelai. Lebih teruk, kita rasa semuanya itu perlu dilakukan atas nama tarbiah & didikan yang kononnya sempurna. Marilah kita muhasabah setiap ibadah kita. Banyak yang tidak sempurna. Wahai Allah...Kasihanilah anak-anak kami. Kami bukan ibu yang terbaik ya Allah. Kami bukan ayah yang terbaik. Kami mak ayah yang serba lemah ya Allah. Tapi anak-anak kami ini adalah hamba-hamba-Mu ya Allah. Kami sandarkan keselamatan & kejayaan anak-anak kami pada diri-Mu ya Allah, Tuhan mereka yang Maha Baik, Maha Sempurna. Ya Hafiz ya Muhaimin, Peliharalah mereka dari kemudharatan makhluk langit dan bumi. Lebih-lebih lagi peliharalah mereka dari tangan-tangan & lidah kami sendiri yang sering mengikut nafsu & syaitan. Kami merayu ya Allah, Dari Engkaulah segala Ilmu, segala Cahaya, seluruh keberuntungan hidup kami harapkan dari-Mu ya Allah. Berikanlah pada anak-anak kami ini. Jadikanlah kami pemilik hati-hati yang tenang. Agar kami sentiasa tenang & menenangkan orang-orang di sekeliling kami.