- Tak boleh lebih dari 7 patah perkataan
- Ringkas tapi berimpak
- Letakkan emosi (Ibu Tunggal menangis di Lebaran, Seorang Muallaf diislamkan di Majlis Aidilfitri)
- Tajuk selamat (biasa) "Jamuan Hari Raya JHEAIPP Disambut Meriah."
- Bermain dengan nombor (bilangan agensi, tamu yang hadir)
Latihan Saya: (Berita Raya)
- Bangsawan Beraksi di Istana Raya@JHEAIPP 2018
- Menyimpul Silaturrahim di Aidilfitri
- Duit Raya Anak Muallaf Jadi Tumpuan
- 20 Bahagian Bersatu di Pentas Raya@JHEAIPP
- Mesra Raya di Darul Hidayah
B. MEMBEZAKAN GENRE PENULISAN
1. Teks Akademik (jika banyak 'jargon' digunakan, tak sesuai untuk orang awam)
2. Buku Orang Awam (ada How To, Kumpulan rencana-rencana yang dihasilkan - contoh 50 artikel)
3. Berita
- Fokus 1 2 isu sahaja,
- Berita Rencana (sentuh satu isu, tapi akan silang dengan isu2 lain)
- Fakta yang melaporkan apa yang berlaku (tidak boleh ada pandangan peribadi penulis)
Contoh: LGBT Haram, Nikah Muda Haram (jika dimasukkan, jadi rencana)
- Wartawan tak boleh lapor apa yang tidak berlaku (langgar etika)
4. Rencana
- Perlu persuasif & credible (tak boleh ada pada pandangan saya - tapi diletakkan dalam kesimpulan)
- Terbitan Berkala (padat & tepat) , pelbagai kolum, Honorarium
C- ANALISIS BERITA & RENCANA
1. Rencana
Majalah kump.saya: Berjaya News Letter
- Tajuk: 1 patah perkataan
- 8 perenggan
- 80-90 patah perkataan setiap perenggan
- 1 ayat tak lebih 20 patah perkataan (PTS)
- 3-4 ayat satu perenggan
- Ada Fakta
- Ada Pandangan Peribadi (Bila sesuai melawat? Walaupun diambil dari fakta, show dont tell)
- Persuasive- bila? tempat menarik? tempat makan murah-mahal?
2. Berita
- Tajuk: 8-10 patah perkataan
- 2-3 perenggan setiap berita
- Fog Index:1 ayat berapa patah perkataan? (min max )
- Contoh Kajian:
- Majalah Times (sesuai umur 20 tahun ke atas)
- Readers Digest (4-5 tahun pun dah boleh baca)
- Ada berapa baris?
- Bernama (1 perenggan 1 ayat-ikut In House Style==> the best)
- Mula artikel
- Tarikh @ ama Program
- Fakta
- Petikan kata2 Perasmi/ Penceramah (ambil nota/ teks ucapan)
Rencana bersifat teknikal bagaimana mudahkan?
Selepas ada Jargon jelaskan maknanya di sebelahnya.
Contoh artikel dalam portal MyHealth -->
D- BAGAIMANA KEMBANGKAN IDEA?
TKM 1 Hadir Jamuan Raya
- Perenggan: ceritakan apa yang dia cakap? Beri?
Latihan Berita - Buat Berita 10 Perenggan
Tahfiz Lahirkan Peminta Sedekah?
Kepala (Perlu ada Bila, Siapa, Apa== dah jawab 3-4 soalan)
12 Julai 2018 -
Cadangan Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin kepada Jabatan Perdana Menteri supaya pusat tahfiz ditutup dilihat cadangan yang tidak berasas pada prinsipnya. Di dalam blog beliau, Zainudin meminta Mujahid, selaku Menteri Agama menutup sekolah-sekolah tahfiz di Malaysia atas beberapa faktor.
Badan (huraikan cerita, foto, petikan kata)
Mengulas cadangan tersebut di dalam blognya, Zainudin mengatakan Sekolah Tahfiz menyumbang kepada budaya meminta-minta dengan ramai para pelajarnya dilihat meminta sedekah untuk sekolah mereka. Tragedi kebakaran pusat tahfiz dan beberapa isu berbangkit yang menjadi polemik sekolah tahfiz dijadikan alasan rasional akan perlunya ia ditutup.
Ramai yang memberi pandangan berkaitan isu ini yang rata-ratanya tidak menyokong cadangan tersebut.
Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Dr Yusri Mohamad (gambar) mengatakan cadangan tersebut disifatkan radikal. Malah tafsiran jumud yang diberikan Zainuddin juga tidak bertepatan dengan perkembangan sekolah tahfiz seluruh negara.
Dewan Ulama Pas Wilayah Persekutuan pula menyifatkan saranan bekas Menteri Penerangan itu sebagai ekstrem dan beliau wajar dikenakan tindakan tegas atas cadangan berbentuk 'hasutan' tersebut.
Begitu juga Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr. Wan Salim Mohd. Noor menzahirkan pendapat beliau bahawa kewujudan pusat tahfiz merupakan perkembangan sihat dari sudut matlamat melahirkan bakal ulama dan agamawan masa depan. Namun tidak menafikan masalah-masalah yang dihadapi beberapa institusi tahfiz yang perlu kepada banyak penambahbaikan.
(Mufti cakap bila- ...pada bahagian ekor - peristiwa apa yang berlaku.
D- BAGAIMANA KEMBANGKAN IDEA?
TKM 1 Hadir Jamuan Raya
- Perenggan: ceritakan apa yang dia cakap? Beri?
Latihan Berita - Buat Berita 10 Perenggan
Tahfiz Lahirkan Peminta Sedekah?
Kepala (Perlu ada Bila, Siapa, Apa== dah jawab 3-4 soalan)
12 Julai 2018 -
Cadangan Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin kepada Jabatan Perdana Menteri supaya pusat tahfiz ditutup dilihat cadangan yang tidak berasas pada prinsipnya. Di dalam blog beliau, Zainudin meminta Mujahid, selaku Menteri Agama menutup sekolah-sekolah tahfiz di Malaysia atas beberapa faktor.
Badan (huraikan cerita, foto, petikan kata)
Mengulas cadangan tersebut di dalam blognya, Zainudin mengatakan Sekolah Tahfiz menyumbang kepada budaya meminta-minta dengan ramai para pelajarnya dilihat meminta sedekah untuk sekolah mereka. Tragedi kebakaran pusat tahfiz dan beberapa isu berbangkit yang menjadi polemik sekolah tahfiz dijadikan alasan rasional akan perlunya ia ditutup.
Ramai yang memberi pandangan berkaitan isu ini yang rata-ratanya tidak menyokong cadangan tersebut.
Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Dr Yusri Mohamad (gambar) mengatakan cadangan tersebut disifatkan radikal. Malah tafsiran jumud yang diberikan Zainuddin juga tidak bertepatan dengan perkembangan sekolah tahfiz seluruh negara.
Dewan Ulama Pas Wilayah Persekutuan pula menyifatkan saranan bekas Menteri Penerangan itu sebagai ekstrem dan beliau wajar dikenakan tindakan tegas atas cadangan berbentuk 'hasutan' tersebut.
Begitu juga Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr. Wan Salim Mohd. Noor menzahirkan pendapat beliau bahawa kewujudan pusat tahfiz merupakan perkembangan sihat dari sudut matlamat melahirkan bakal ulama dan agamawan masa depan. Namun tidak menafikan masalah-masalah yang dihadapi beberapa institusi tahfiz yang perlu kepada banyak penambahbaikan.
(Mufti cakap bila- ...pada bahagian ekor - peristiwa apa yang berlaku.
E- FOTO & KAPSYEN
- Ciri foto yang baik, nampak gambar menampakkan aktiviti
- Rule of Thirds (salah satu teori dalam fotografi)
- Mengkaji bagaimana manusia melihat gambar
- Gambar tidak memenuhi kesemua 6 grid supaya tak nampak penuh.
The rule of thirds is a "rule of thumb" or guideline which applies to the process of composing visual images such as designs, films, paintings, and photographs. ...
The horizon sits at the horizontal line dividing the lower third of the photo from the upper two-thirds. - Wikipedia
- Rule of Line
Sesi Petang-
F- PENULISAN RENCANA
Menggunakan "6 Thinking Hats"
Edward D Bono
Kita stuck idea kerana terlalu banyak idea pada satu masa.
Cara guna 6 Hats:
Contoh: NIKAH MUDA
10 minit pertama-
Guna Topi PUTIIH
- Kumpul semua fakta berkaitan (berita, hadis, al-Quran, pendapat cendekiawan)
- Pendapat- Kajian JAKIM menunjukkan Nikah Muda meningkat kadar penceraian
Topi Merah - (bermain dengan sentimen emosi)
- Perasaan marah menyelubungi rakyat Malaysia dengan pelaksanaan GST
- Adakah ia dapat dibendung?
Topi Kuning (Kebaikan)
- Menambah pendapatan negara
- Mendidik rakyat berjimat-cermat
- Resit disimpan rapi selepas pembayaran
Topi Hitam
Tajuk: Nikah Muda
- Diskriminasi pada kanak2 : pendapat menteri
Topi Hijau (idea baru)
Tajuk: GST
- Tanam sayur sendiri
Topi Biru
Topi Biru (10 minit terakhir untuk menyusun- yang terakhir)
- Mula dengan emosi atau fakta dahulu
LATIHAN GUNA TOPI KUNING (POSITIF)
Contoh Latihan Saya:
"Tok masa umur 13 tahun macam kamu, dah anak 3 orang anak!"
Seolah tidak percaya ketika pertama kali mendengar pengakuan keluar dari mulut nenek saya. Umur yang terlalu mentah, malah sedang sibuk menelaah di bangku sekolah.
Namun itulah realiti budaya masyarakat Melayu suatu ketika dahulu. Rata-rata ramai yang berkahwin pada usia muda. Ada kebaikan dan kelemahannya. Antara kebaikannya, generasi dahulu lebih cepat matang kerana dengan usia semuda itu mereka telah pun menggalas tanggungjawab sebagai anak, isteri dan ibu pada masa yang sama.
Pasangan suami dan isteri yang berkahwin muda juga dapat menjauhkan mereka dari terjerumus ke lembah maksiat jika diikat dengan perkahwinan. Gejala sosial seperti 'coupling', khalwat dan zina dapat dielakkan.
----------
Guna Kaedah Sandwich - dari setuju bawa pembaca ke tak setuju-
----------
~ Dah guna semua topi, macam mana nak susun? Kaedah Taji
==> yang paling sedap, letak atas sekali.
G- ADAPTASI BAHAN
"Meniru karya orang lain"
Walaupun artikel di facebook, diambil oleh pihak lain, masih dikira melanggar hak cipta.
Kecuali
Pexels.com (Free, tanpa perlu minta hak cipta)
Adwww.shutterstock.com/
TEKS
Apa yang dilindungi?
Susunan ayat
Susunan perkataan
Susunan perenggan
KECUALI IDEA (tidak dilindungi)
Jika ingin diambil, perlu secara rawak & tukar ayat.
Ambil idea, olah bahasa sendiri.
H- MENCIPTA VARIASI PENDAHULUAN
Tips buat ayat sedap:
1. Guna Nombor
"11 tahun sudah cukup untuk bernikah"
"200 muallaf hadiri jamuan hari raya"
2. Guna Kata-kata Individu
"Bukankah riba diharamkan?" tanya seorang pelajar sarjana pada saya?
E-book saya: Plan Takaful
3. Ayat yang mengejutkan?
"Peningkatan 300% penagih dadah"
"Sebanyak 600 barangan turun harga setelah GST dihapuskan"
4. Menjadikan objek bagi mencipta visual dalam fikiran pembaca
"Jarum-jarum fitnah sudah mula...."
5. Mendorong pembaca dengan bertanya soalan (bagi mereka mencari jawapan)
6. Mula dengan Fakta baharu (topi putih)
LGBT - Hak Asasi atau Masalah Psikologi?
Menurut Prof....
7. Menulis menggunakan ritma
"Nikmat tidak menyebabkan mereka alpa, sukar tidak menyebabkan mereka kecewa"
---Q&A----
Memulakan artikel Islamik dengan dalil al-Quran - sesuai?
==> Sesuai jika dirasakan dapat menarik pembaca baca sehingga habis.
Contoh: Paderi John C Maxwell (buku ttg pemimpi)
- permulaan etiap bab petikan dari ayat Bible yang berkait dengan tajuk
LATIHAN
"Tolong Jangan Pukul Adik Lagi Mak.."
Belum pun habis menangisi pemergian Adam Raykal, kita dikejutkan lagi dengan kematian adik Luthhakim pada 10 Julai 2018 kerana disyaki didera. Bagaimana tubuh kurusnya menanggung sakit? Seolah terbayang pekik lolongnya menahan perit. Malaysia menangis lagi. Kali ini lebih tragis jika benar dia mati di tangan ibu dan ayah sendiri.
Isu penderaan bukan lagi satu isu baru. Kes penderaan hingga meragut nyawa telah banyak menghiasi dada media. Pada tahun 1990, pertama kali rakyat Malaysia terdedah kepada klausa “penderaan kanak-kanak” apabila seorang bayi berusia 26 bulan, Balasundram dibunuh secara kejam selepas didera oleh teman lelaki ibu kandungnya.
Penderaan kanak-kanak tidak hanya melibatkan kecederaan fizikal malah turut melibatkan seksual, emosi, pengabaian dan kecuaian termasuk sebarang bentuk eksploitasi atau komersial terhadap kanak-kanak. Laporan statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat menunjukkan, sekurang-kurangnya 2,000 kanak-kanak didera dan diabaikan setiap tahun. Ini tidak termasuk kes yang tidak dilaporkan.
Lebih menghairankan, bagaimana seorang ibu atau bapa kandung sanggup memukul, memijak malah ada yang sehingga tergamak mencucuh api pada kemaluan anak sendiri? Sudah hilangkah kewarasan mereka sebagai manusia? Anak-anak yang menjadi amanah Tuhan yang sepatutnya ditatang dengan penuh kasih sayang, dilayan seperti binatang. Malah haiwan sendiri menjaga melayan anak dengan baik, diberi makan dan perlindungan selayaknya.
Antara faktor yang menjadi punca adalah apabila semakin jauh penghayatan agama dalam institusi kekeluargaan itu sendiri. Ibu ayah sibuk mencari rezeki sedang anak-anak tidak diambil peduli. Ada juga ibu ayah yang mengejar kesempurnaan, meletakkan harapan tinggi pada si anak untuk cemerlang dalam semua bidang.
- Kena kurangkan imbuhan Apitan
- Antara contoh:
1) Dua orang mati dilanggar semalam ( laporan pemberitaan)
==> Persahabatan sepuluh tahun dua sekawan berakhir dalam kemalangan hari ini (laporan kreatif)
2) Pembentangan usul di Parlimen kecoh apabila.... (laporan berita)
==> Suasana menjadi tegang, Pertikamana lidah yang berlarutan selama.....(laporan kreatif)
#NotaSazahMumtaz
Bengkel Penulisan Rencana
12 Julai 2018
Tingkat 24, KOMTAR
Anjuran: Unit Penerbitan, http://mufti.penang.gov.my
No comments:
Post a Comment