Monday, 27 May 2013

Bengkel Penulisan Kreatif Travelog oleh Ustaz Hasrizal- 22 Mei 2013 @ Fpi, UKM

1. KARAKTER SEORANG PENULIS


a. Fizikal
TUBUH BADAN YANG SIHAT

b. Intellektual
PEMIKIRAN - PEMBACAAN

 - perlu banyak membaca untuk mengisi minda
 - seorang penulis yang ingin memberi gelas yang penuh perlu mengisi gelasnya yang kosong terlebih dahulu..

c. Emosional
 - perlu bersifat 'lateef' wa 'khabeer'
- berhalus dalam berbahasa, tidak kasar sifatnya atau 'macam bagus'
cth: solat jemaah di masjid amat digalakkan dalam Islam. Saya sendiri setiap hari bersolat jemaah di masjid. Justeru saya hairan mengapa ramai di kalangan ustaz-ustaz sendiri yang sukar untuk solat jemaah di masjid.

d. Spiritual
NIAT, HARAPAN, KEYAKINAN, KEKUATAN





2. MOTIF MENULIS

a. Tekanan Luar 
TERPAKSA (seperti menulis assignment)

b. Dorongan Luar
MENERIMA  (kewangan-bayaran royalti)

c. Dorongan Dalaman
MEMBERI
Motif a & b biasanya motif yang agak kuat.
Namun dorongan c ini, lebih kuat terutamanya bagi tujuan dakwah dan motif ini kebiasaannya menjadikan penulis boleh menulis bila-bila masa.

“Serulah (manusia) ke jalan Tuhanmu dengan HIKMAH dan pengajaran yang baik. Berdiskusilah dengan mereka dengan apa yang paling optimum. Sesungguhnya Tuhanmu itulah yang sebenar-benarnya mengetahui, siapakah yang sesat dari jalan-Nya, dan Dia juga yang sebenar-benarnya mengetahui siapakah golongan yang beroleh petunjuk” (An-Nahl: 125)

Menurut Ustaz Hasrizal, beliau bukanlah berjiwa penulis yang sebenar yang boleh berhenti melakukan sesuatu aktiviti secara tiba-tiba bila datangnya idea. Namum bagi beliau, menulis adalah satu bentuk 'rehat' sebagaimana solat adalah satu bentuk rehat bagi orang Islam setelah penat bekerja,
tarawih adalah bentuk rehat  orang yang berpuasa. Kebanyakan penulis buku-buku terkenal bergenre berat di Malaysia adalah di kalangan orang-orang yang sangat sibuk. Beliau sendiri tidak boleh memberi satu masa yang rutin bagi beliau menulis. Kebiasaannya beliau menulis sebelum tidur (selagi tidak tulis, tidak boleh tidur). 

3. KRITIS DAN KREATIF

KRITIS- Melibatkan proses menganalisis dan mengintepretasi idea, data atau maKlumat untuk kefahaman yang kukuh dan bermakna

KREATIF- Memperluas dan mengembangkan daya imiginasi, inovasi & kreativiti untuk mendapatkan idea-idea baru, banyak & pelbagai

CEMERLANG= HIKMAH


4. PENGHASILAN TRAVELOG
a. Tempat
b. Watak
c. Masa
4. Peristiwa

Bagaimana mengingati semua peristiwa?
1. Selalu bercerita
2. Teknik tulang ikan
- tulis semua watak penting pada setiap tulang
- pada setiap nama, tulis semua peristiwa yang berkaitan dengannya





3. Tulis dahulu apa yang terlintas
- tidak terikat dengan kronologi
-tulis sahaja dan di akhir nanti, boleh disusun dalam folder


4. Penggunaan BLOG amat digalakkan untuk memulakan penulisan
- hampir semua buku Ustaz Hasrizal adalah daripada blog beliau www.saifulislam.com

TEKNIK C.A.S.I.C dalam penulisan



C- connect
A - acknowledge
S - serve

I - inquire
C - choice

Seorang penulis tidak boleh terus memberi 'choice' atau kesimpulan kepada pembacanya.

Contoh latihan Travelog Kuala Kangsar

 

1. Fakta Semasa - Masjid Ubudiah Kuala Kangsar terletak di atas Bukit Chandan..

2. Fakta Sejarah - Dibina oleh Sultan Idris yang bernazar, jika sembut isterinya akan dibina masjid..

3. Sisi Pandang Subjek - Sudut mana yang ingin ditekankan- masjid, batu marmar, di atas bukit?

4. Isu Semasa Berkaitan - Sultan membina masjid, berperanan besar dalam meningkatkan syiar Islam, kaitan dengan pemimpin masa kini..

Fakta sentiasa sama. Yang menjadikan buku kita berbeza..adalah penafsiran/ pengalaman/ kefahaman seseorang penulis itu...
Contoh artikel Ustaz Hasrizal tentang tayar kereta meletup ketika ke tempat ceramah..
- Allah tidak bagi apa yang kita mahu, tapi apa yang kita perlu
- Tarbiyah tidak semestinya di atas tikar sejadah, tapi mungkin pada tayar yang pecah..

Jadi, jangan sesekali pandang remeh pada benda-benda yang kecil. Biasanya, benda yang biasa-biasa akan menjadi luar biasa bergantung pada sudut pandang kita!

Antara isi-isi lain yang menarik..

** TRAVELOG MENTERJEMAHKAN MONOLOG!
Semua orang boleh & mampu menulis..jika merasa tidak tahu apa yang hendak ditulis, mulakan karangan pertama dengan:
"AKU TIDAK TAHU MENULIS"
Aku ingin menjadi penulis, tapi aku tak pandai. Aku suka baca buku Ustaz Hasrizal..Ustaz Zaharuddin..Dr Zulkifli ALBakri..tapi aku tidak boleh menulis seperti mereka. Aku sering kata tak sempat menulis kerana mengejar itu dan ini. Tapi mereka jauh lebih sibuk dari aku. Ulamak-ulamak dahulu Masya'Allah terlebih-lebih lagi sibuk tapi mampu hasilkan banyak karya-karya agung yang digunapakai sampai hari ini. Kadangkala terasa seperti ada idea, tapi tidak tahu bagaimana ingin meluahkan. Apa yang menarik untuk diceritakan? Entah pembaca suka atau bosan....bla..bla..bla"

NAH! Anda sudah pun menyiapkan satu perenggan tanpa disedari..dan tidak mustahil akan menjadi satu bab...dan lama-kelamaan sebuah buku! Yang penting, kita perlu MULA!!!

** Bagaimana kalau kita ada idea untuk menulis, tapi bila menulis dan dibaca terasa hambar sahaja?
Tulisan yang hambar sebenarnya menggambarkan emosi kita pada masa itu. Jika hambar dan bosan diri kita ketika menulis, maka hambar dan bosanlah tulisan kita. Jika menulis dalam blog, mungkin perlu save dahulu dan tidak di 'publish'. Apabila anda dalam mood seronok, menulislah semula. Atau mungkin, ketika emosi hambar tapi masih ingin menulis, cuba datangkan keseronokan atau keterujaan, banyakkan mengomel dengan diri sendiri atau dengan kata lain monolog. Jika bosan di dalam rumah, mungkin perlu keluar ke tempat lain..berjumpa dengan kawan atau apa sahaja yang boleh mendatangkan 'mood seronok'.
_________________________________________________________________________________
Perkongsian Status Fb Ustaz Hasrizal 22052013 - penerangan bagi slide berikut:


 Semasa bengkel penulisan kreatif siang tadi, saya telah kongsikan sedikit perbincangan berkenaan sebuah travelog klasik Islam iaitu Rihlah Ibn Batutah. Betapa pentingnya sebuah karya yang membabitkan nama, tempat, peristiwa, yang bersangkut dengan nyawa, agama, harta, keturunan dan akal insan, dipelihara keabsahan maklumat mengenainya.

Salah sebuah polemik yang tercetus berkaitan Rihlah Ibn Batutah ini ialah apabila kisah lawatan Ibn Batutah ke Masjid Umawi di Dimashq, beliau (dikatakan) telah melihat Ibn Taimiyyah berkhutbah di atas mimbar dengan katanya, "Allah turun ke langit dunia seperti turunnya aku ini" , lalu Ibn Taimiyyah turun satu demi satu anak tangga mimbar di masjid berkenaan.

Isu ini telah menjadi titik panas yang menyebabkan umat Islam berbalah, di kalangan penyokong dan penentang Ibn Taimiyyah. Beliau dikatakan sebagai Ahl al-Tashbih, yakni golongan yang menyerupakan Allah dengan makhluq, sesuatu yang amat menyalahi ajaran Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah.

Akan tetapi internal criticism dan external criticsm terhadap Rihlah Ibn Batutah, menimbulkan beberapa persoalan iaitu:

1. Ibn Batutah tiba di Dimashq pada 9 Ramadan tahun 728H. Sedangkan menurut Ibn Kathīr di dalam al-Bidayah wa al-Nihayah, Ibn Taimiyyah telah pun dipenjarakan pada 6 Shaban tahun 728H, tidak keluar sehingga meninggal dunia pada 20 Dhul-Qaidah tahun 728H.

2. Ibn Batutah tidak menulis sendiri Rihlah Ibn Batutah itu. Sebaliknya Muhammad bin Jazee al-Kalbee menulis di dalam Muqaddimah buku berkenaan bahawa beliau menulis secara menukilkan makna Sheikh Abu Abdillah (Ibn Batutah) seperti yang dimaksudkan.

Hal ini terus menjadi bahan perbincangan zaman berzaman, biar pun Rihlah Ibn Batutah telah ditulis ratusan tahun yang lalu.

Ini mesti menjadi satu iktibar yang menginsafkan para penulis semasa dan bakal penulis, betapa pentingnya semasa menghasilkan karya kreatif, kesahihan fakta tidak dikompromi.

Atas isu yang sama jugalah, saya tidak dapat menerima penjelasan penulis novel sejarah negara, Ayahanda Abdul Latip Talib, bahawa kesalahan fakta bukan satu masalah, dengan alasan ia tidak menjejaskan aqidah.

Jangan nanti di kubur, kita meminta nyawa kembali, untuk membetulkan sesuatu yang sudah tersebar di tangan ahli Dunia. Beringatlah, sebelum terlambat!


_________________________________________________________________________________


Buku terbaru
Hanya dengan modal..
RM10 untuk bengkel 3 jam ini..
RM12 bagi buku terbaru penceramah beserta tandatangan penulis..
Jumlah = RM22.00 yang dilaburkan pada 22 MEI 2013M
...adalah hadiah harijadi terbaik daripada diri kepada diri sendiri..terasa jauh sungguh berbaloi dari nilai modal yang sebenar...Alhamdulillah! Moga menjadi penguat semangat untuk merealisasikan impian menghasilkan sekurang kurangnya 1 karya...jika tidak bestseller pada pembaca, moga 'bestseller' di sisi Allah SWT!

Moga kita semua kekal berpegang pada Kalamullah dan Sunnah..





No comments:

Post a Comment