Rujuk ustaz..jumpa kaunselor..baca & petik buku2 barat..
dan yang paling sering dilakukan-update status FB!
Itu bukan jalan penyelesaian terbaik..
Ada 'BUKU' yang lebih baik dari itu semua iaitu ALQURAN!
Perkongsian kisah keajaiban AlQuran oleh Ustaz Asraff..
Kisah 1:
"Pagi itu, saya dan isteri perlu bangun jam 4 untuk menaiki flight yang berlepas jam 6 pagi, untuk kejar program di Pantai Timur jam 8..
tapi pagi itu, 'KAMI TAK JUMPA KUNCI KERETA!!'
Jam sudah menghampiri 6 pagi..Kami selongkar satu rumah untuk cari kunci tapi masih tak jumpa..termasuklah dalam mesin basuh dan peti ais...:))
Akhirnya saya cakap pada isteri:
'Yang..kita berhenti..kita lupa tanya Allah untuk Allah tolong selesaikan masalah kita..Lalu kami duduk, saya buka Al-Quran, saya terbaca beberapa ayat termasuk yang bermaksud:
“ Dan jika hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, katakan bahwa sesungguhnya Aku dekat. Aku akan mengabulkan do’a orang yang berdo’a jika ia meminta kepadaKu. Maka hendaknya mereka memenuhi seruanKu dan beriman kepadaKu supaya mereka mendapatkan petunjuk “(Q.S. AlBaqoroh :186)"
Lalu saya berdoa dalam BM..diselangseli loghat Nogori...
(semua bahasa pun Allah faham..tak semestinya dalam Bahasa Arab yo?)
"Ya Allah..kami tahu Kau Tuhan yang senang sahaja selesaikan masalah kami..
PadaMu mungkin ini kecil..Tadi kami silap, kami buat dulu tanpa minta padaMu..kami mohon ampun atas keterlanjuran kami membelakangiMu..Berikanlah kami bantuan untuk mudahkan kami untuk mencari kunci kereta kami yang hilang ini ya Allah"
Selepas itu kami pun duduk..tiba2 anak kecil kami bangun..dalam keadaan terpisat2..saya tanya "nampak tak kunci kereta abah?" Tiba2 si kecil pusing balik ke bilik dan selongkar bakul mainan dia..& bawakan kunci kereta saya!!!
Kami tepuk dahi! "Apasal yaya ambil?" "Malam tadi, yaya pinjam bawak kereta"
Pengajaran utama..saya tak marah anak saya..tapi..
Bila ada masalah...kecil atau besar..rujuk dengan Allah dahulu!
Bantuan Allah sungguh sempurna..dibuktikan..
Doa yang ikhlas, Allah akan bantu on the spot, in syaa Allah!
Kalau kita menjadikan Al-Quran satu buku yang kita RUJUK..mudah hidup kita..
Kisah 2:
Gambar Hiasan |
Biasanya ibu-ibu akan mengalami sindrom kecelaruan minda atau 'meroyan'..
Isteri saya pun sama..Dalam keadaan sakit-sakit (sebab itu Allah takdirkan wanita yang lahirkan anak, bukan lelaki..kalau lelaki mungkin hanya ada 10k manusia saja kot)..
badan yang lemah letih..anak lelaki pula..kerap menyusu....malam pula tak mahu tidur..sampai terpaksa beli buaian..kurang sikit..tapi masih susah tidur..isteri semakin tertekan, dan mula marah2..
Saya berdoa:
"Ya Allah Ya Tuhan Kami..tuangkan Kami kesabaran.."
Satu hari, isteri sudah agak hilang kawalan..saya bercakap dengan isteri saya:
"Yang..come here..abang nak ajak kita tengok ada seorang perempuan dalam AlQuran 2300 tahun lepas yang masalahnya lebih kurang macam masalah mama..Nak tak kita tengok apa yang dia buat sampai boleh solve problem dia. Biar abang baca ayat AlQuran dan tafsirnya..abang kan ustaz..:)
Siapa dia? Tak lain tak bukan..MARYAM!
Kenapa Allah letak dalam alQuran kisah wanita hebat ini?
Sebagai PEMBERAT..seperti dacing.
Ketika kita normal...keadaan kita sama seperti dacing..
Tapi bila ada masalah..dacing tersebut akan terus tidak seimbang..
Jadi, bila mama ada masalah..terus letak kisah Maryam di sebelah satu lagi dacing kita sebagai pemberat supaya seimbang..
Mama..jadikan Maryam sebagai RUJUKAN..
Bagaimana Maryam pada satu ketika itu dapat anak..semua orang abaikan..lahir anak sorang2..takde doktor..bidan takde..SUAMI pun takde..balik kampung orang tohmah..dalam sakit2.
Masalah sapa lagi berat?
Mama bersalin kat azZahrah..swasta..1st class..ada suami..dok dalam rumah mak metua masakkan lauk..siap panggil tukang urut..sauna..belit2 bekung..semua siap..tapi Allah bagi kita 1 je masalah..baby jadi batman..mama nak marah sana sini..come on mama...tengok la Maryam..
Jadikan dia idola..Masalah kita terlalu kecil untuk dibesar2kan..tapi Maryam..masalahnya lagi besar..!"
Isteri terus diam..Alhamdulillah..isteri terus jatuh cinta dengan surah Maryam & mula hafal..Ia seolah2 Allah berkata "Siti...masalah yang kecil ini pun kamu nak runsing..cuba tengok Maryam..laki takde..hospital Zaharah takdo..mak metua takdo..bidan takdo..But she's still keep smiling!"
Anak saya masih susah tidur malam..
tapi isteri saya sudah dapat menghadapinya dengan lebih tenang..
Maka bila ada masalah..cuba cari individu-individu dalam alQuran sebagai benchmark..
Masalah2 lain..
Suami isteri bergaduh? Rasulullah pun pernah bergaduh hingga turun surah atTolak..
Sedih? Rasulullah pun pernah sedih di tahun kesedihannya..sampai Allah takdirkan Isra' Mikraj..
Masalah anak tak dengar kata? ada tak cerita dalam AlQuran?? Ada..
Anak Nabi Nuh..sangat degil..taknak dengar cakap abah dia masuk agama Allah..
Berapa lama didakwah? 950 tahun!! Nabi Nuh tetap bersabar..
Justeru jika ada anak mula merempit..malas baca buku..kalau la baru dakwah 95 hari dah lafazkan 'anak tak guna.!' Jadikan Kisah Nabi Nuh sebagai pemberat kita...
Ketika dihisab kelak..setiap amalan kita di dunia adalah penimbang untuk Allah tentukan sama ada tempat kita di syurga atau neraka..
Maka pasakkan impian2 berikut ketika di syurga..
Bukan sekadar dapat bertemu anak cucu cicit piut tiut..yang tak dapat kita jumpa di dunia..
tapi dapat jumpa manusia agung Rasulullah SAW!
Mungkin ada nanti pesta buku? Ya, malah lebih besar..
Mungkin kita akan berjiran dengan Sayidina Umar..Imam Syafie..Syeikh Abdul Kadir Jailani..
Mungkin dapat shopping di Mid Valley Syurga ditemani Maryam?
Sebab Allah nyatakan:
"Di Syurga apa yang kamu nak Allah akan tunaikan on the spot'!"
Imaginasikan kita seolah-olah sudah berada di syurga..baru semangat nak baca AlQuran..baca banyak-banyak...baca dan faham setiap ayat..bukan sekadar baca ciput-ciput..
atau sekadar di dalam solat...itupun sekadar touch and go..dan tak faham apa-apa pun!
Justeru..peliharalah setiap kata-kata, tindak tanduk kita agar setiap satunya menghala ke syurga Allah..Moga tidak ada antara kita yang akan berjiran dengan 'Firaun'...na'uzubillah..!
Hanya sempat mendengar ceramah hampir 45minit..banyak mutiara yang berjaya dikutip, Alhamdulillah..
Terima kasih Ustaz Asraff Ayob.. Pesta Buku Selangor, SACC Shah Alam..31 Mei 2013 11-12pm..
Lagi artikel menarik:
http://www.asraffayob.com/quran-get-inspired/berfikir-positif-sebelum-anda-rujuk-buku-motivasi-barat-cuba-kaji-fatihah-dulu/
http://www.asraffayob.com/quran-get-inspired/pernah-alami-’fenomena-umar’/
Dapatkan e-book: http://www.kaedahjibril.com/
No comments:
Post a Comment