Tuesday, 8 April 2014

Penawar Kesedihan Nabi

Ingin mencari tips untuk rasa BAHAGIA yang mudah & murah?




Kaedah berikut Nabi Muhammad SAW gunakan setiap kali baginda dalam kesedihan:-

1. Melihat POHON HIJAU

Sebab itu banyakkan menanam pohon hijau di rumah/ di pejabat.
Aktiviti kembara di dalam hutan juga amat digalakkan.

2. Melihat/ mendengar AIR YANG MENGALIR

Mendengar deruan air terjun amat mendamaikan.
Atau mungkin sesekali bawalah diri dan keluarga berkelah di tepi pantai. Irama ombak yang menghempas pantai, sungguh menenangkan.
Kerana setiap makhluk Allah itu sebenarnya sedang berzikir memujiNya.

3. Melihat WAJAH YANG MANIS

Nabi suka melihat wajah-wajah yang manis. Jika ingin melihat wajah yang manis, maniskan wajah kita terlebih dahulu. Sedekah yang paling mudah hanyalah sekuntum senyuman


4. Memahami FITRAH

Tertekan dengan leteran ibu atau isteri? Fahamilah fitrah kejadian seorang wanita yang dijadikan Allah lebih banyak bercakap dari lelaki.
Ia semulajadi.

Namun yang paling Nabi suka lakukan ketika sedih adalah dengan : -

5. BERMUNAJAT kepada ALLAH SWT !!!

{ Fasta'iinu bis sobri was solah } - { Ala bizikrillahi tatmainnal qulub }
(Mintalah pertolongan (Allah) melalui jalan sabar & solat -
Hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang)

Selangkah kita rapat padaNya..Seribu langkah Dia rapat pada kita !

Prof Madya Dr Hj Mohd Nor Mamat - Motivasi Pagi 1 April 2014 - Ikim.Fm
IKIM FM 91.5 mhz bersama Suffian Amrin DJ Norhayati Paradi IKIMfm

No comments:

Post a Comment