# Bagaimana nak menjiwai/menghayati nikmat sujud?
Setiap hari kita telah rutinkan sujud yang fardhu sebanyak 34 kali.
Tapi hairan, mengapa hati masih keluh kesah? Hidup seakan
lintang-pukang, tak terurus (ma'ishatan dhonka). Pelik bukan?
Mari kita nikmati sujud kita sepertimana kita menikmati makanan yang
lazat. Memek muka, cara makan sampai terpejam2 merasa manis, masin, masam semuanya bercampur baur tapi lazat.
Dalam Sujud, paling kurang ada 4 perkara :-
1) AL-IQBADH:
Rasa hina-dina, rendah diri terhadap Allah.
Doa Nabi..Ini keningku sedang sujud. Muka yang sering didongak kita
sama2 sembamkan kepada al-Khaliq walau apa jawatan sekalipun.
2) TOMA'NINAH - Ketenangan.
Jangan seperti ayam patuk. Sujudlah dengan tenang, berikan tempoh. Dari
aspek kesihatan, sujud yang baik akan sebabkan segala darah masuk
setiap saraf dalam otak.
Hadirkan DIA dalam sujud kita.
3) TASBIH
Hadirkan hati dengan memuji dan memuja Allah Taala. Bila mata hati
tidak bersinar, bagaimana mata zahir akan nampak yang cantik?
Sepertimana masuk ke dalam istana yang gah, semua kelihatan terlalu
indah. Lafaz puji dan kagum dilontarkan tanpa paksaan.
Tapi ia
tidak semudah itu dalam sujud. Jika di luar solat, kita mampu melihat
segala keindahan & kekuasaan Allah SWT, masa sujud kita luahkan
sahaja kepada Allah. Membuak-buak rasa ingin memujiNya.
4) DOA dengan 2 sayap-
Khauf wa Raja' : Takut dan Harap
Sujud dengan rasa takut kepada Allah. Bezanya:-
Takut dengan makhluk kita lari, Takut dengan Allah kita menghampiri....
Jika keempat-empat elemen dalam sujud ini kita gabungkan, ia umpama
Penawar Paling Mujarab. Ia tidak berkesan bila tidak ditelan &
sekadar 'disimpan sahaja di dapur'.
Bagi Muslim yang solat,
sujud adalah Terapi. Namun jika tidak dinikmati, maka kita akan
berterusan serabut, pening dan runsing dengan urusan duniawi.
Doa dalam sujud.
Elok berdoa malah afdhal diperbanyakkan.
Jika berdoa ketika sujud dalam solat, lafazkan dalam Bahasa Arab (amalan terbaik dari Al-Quran @ amalan Rasulullah SAW)
Dalam hati, bahasa apa pun tidak mengapa. Berdoalah....
DOA terbaik adalah doa yang kita yakini Allah makbulkan!
Berdoa dengan jiwa tauhid!!
Doa Ustazah khususnya ketika waktu Dhuha
(permulaan hari/mulakan hidup) :-
{Allahumma antas salam..
Wa minkas salam...
Wa ilaika ya'uudus salam..
Wa adkhilna Jannata Darassalam..
Ya Hayuum ya Qayyum...
birahmatika astaghith...
Aslihli sya'ni kullah...
wa la takilni nafsi torfata 'ain..}
Maksudnya:-
[Ya Allah...
Engkaulah Kesejahteraan...
Dari Engkaulah Kesejahteraan
Kepada Engkaulah kembalinya Kesejahteraan....
Masukkanlah aku dalam Syurga Darussalam...
(tempat, rumah & alam sejahtera)
Wahai Tuhan yang sentiasa berdiri dengan sendiri...
Dengan rahmat kasih sayangMu aku merayu...
Perbaiki segala urusan hidupku..
Dan janganlah Engkau serahkan diriku kepada diriku sendiri walaupun sekejap ..walau dengan kadar sekelip mata....]
Usrati 27/3 Ustazah Nor Musa IKIM fm 91.5mhz
No comments:
Post a Comment