Tuesday, 9 September 2014

Konvensyen Bidadari 2014





Sharing personal notes & others
 

1st day - 30th August 2014 (Saturday)

  1. Ustazah Ummi Rose   –  Srikandi di sisi Rasulullah SAW
  2. Prof Dr. Muhaya           –  Kemerdekaan sebenar seorang Muslimah
  3. Dr Harlina Siraj             – Khabar gembira buat wanita penghuni syurga
  4. Dr Rubiah k. Hamzah   – Bagaimana kekal produktif sebagai isteri, Ibu dan Wanita bekerjaya
  5. Ustazah Syarifah Hayati – Kejituan akidah, keluasan Fiqh, kelembuta akhlak
  6. Ustazah Isfadiah Mohd Dusuki – Sunnah yang ditinggalkan, solusi yang diperlukan
  7. Ustazah Fatimah Syarha – Matlamat untuk anak-anak mengkhatam, menghafaz atau menghayati Al-quran ?

2nd day - 31st August 2014 (Sunday)

  1. Dr Nik Salida – Cinta, Fitrah atau fitnah
  2. Sister Anne Dijk – Pearl of Devotion
  3. Puan Lina Karim – Islamic Parenting Network
  4. Ustazah Zawiah Hasan – Indahnya dirimu dalam kesederhanaan
  5. Dr Isam Rajab – The night that changed the world
  6. Duta- duta The Bidadari – Fara Fauzana, Ummi Nazeera, Natasha Hudson, Mizz Nina
  7. Dr Muhamad Salah – The Veiled Warrior
  8.  
     

Slot 1 - Srikandi Rasulullah SAW with Ummirose Rosmawati


Apabila kita mengejar dunia, dunia akan lari dari kita. Tetapi apabila kita mengejar akhirat, dunia akan mengejar kita.

Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar", dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar. [9:100]
 
Slot 2 - Kemerdekaan sebenar seorang muslimah with Prof Dr. Muhaya


~ 2 Perkara yang boleh kita boleh tamak di dunia ini adalah..

1) Ilmu
2) Pengampunan Allah



~ Kita selalu solat hujung-hujung waktu. Persoalannya, adakah setiap pagi kita berdoa minta Allah bantu kita menjaga 5 waktu solat kita. Doa dan minta dengan Allah
" Ya Allah, permudahkanlah dan bantulah daku solat di awal waktu dan kusyuk dalam solat"
Biasakan ambil wuduk 10 minit sebelum waktu azan.


~ Kita sepatutnya bahagia & tenang apabila duduk seorang-seorang...

Contohnya, jika kita tak suka Si A, adakah kita suka bertemu dan bersama Si A??
Tentulah tak. Jadi, jika tak suka duduk seorang (tafakur) maksudnya kita tak suka diri kita.
Allah sentiasa memerhati dan bersama kita. Jika kita kita tak suka bersendirian, bererti kita tak suka bersama Allah.. 



~ 'Kamu! sebelum nak cari calon suami, senaraikan dulu ciri-ciri suami yang macam mana kamu mahu dan impikan. Selepas itu, senaraikan pula ciri-ciri yang ada pada diri kamu, kemudian cuba bandingkan, ada tak persamaan?

:: If you want to get the best, be the best first.



Slot 3 - Khabar Gembira Buat Wanita Penghuni Syurga with Dr. Harlina Haliza Siraj


~ " Kemerdekaan yang sebenar adalah apabila kita berjaya membebaskan diri dari pengabdian terhadap manusia kepada pengabdian secara total kepada Al-Khaliq yakni ALLAH s.w.t."


~ Bagi sesiapa yang ingin masuk Syurga, maka perlu jadikan al quran teman baiknya. Perlu karib dengan al quran. Jadikan al quran sebagai sahabat baik. Mari jadikan AlQuran Bff kita!

Slot 4 -   Dr Rubiah k. Hamzah   – 


Bagaimana kekal produktif sebagai isteri, Ibu dan Wanita bekerjaya




 Spoken Words by Fara Fauzana 


"Tiada siapa yang memaksa
Tetapi tidak salah untuk mencuba
Kerana ia perintah wajib dariNya
Tidak salah untuk berubah
Tiada siapa yang akan menilai kecuali Dia...

√ Hijrah is not only about hijab but its about everything....
√ Saya bermula dengan memperelokkan & istiqamah dengan solat...

Berhijrah tak semestinya bertudung je, tapi kena jaga macam macam lagi. Normally bila seseorang mula bertudung, ramai akan persoalkan kenapa bertudung. Sepatutnya time tak bertudung tu yang patut dipersoalkan. Menutup aurat itu suruhan Allah yang wajib kita ikut



Slot 9 - Kejituan Aqidah, Keutuhan Akhlak dan Kelembutan Akhlak 
with Dr Sharifah Hayaati Syed Ismail




Allah had mention complete characteristics of Wanita Solehah in this ayah -->

(إِنَّ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَالْقَانِتِينَ وَالْقَانِتَاتِ وَالصَّادِقِينَ وَالصَّادِقَاتِ وَالصَّابِرِينَ وَالصَّابِرَاتِ وَالْخَاشِعِينَ وَالْخَاشِعَاتِ وَالْمُتَصَدِّقِينَ وَالْمُتَصَدِّقَاتِ وَالصَّائِمِينَ وَالصَّائِمَاتِ وَالْحَافِظِينَ فُرُوجَهُمْ وَالْحَافِظَاتِ وَالذَّاكِرِينَ اللَّهَ كَثِيرًا وَالذَّاكِرَاتِ أَعَدَّ اللَّهُ لَهُمْ مَغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا) [Surat Al-Ahzab : 35]

Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam, dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman, dan orang-orang lelaki yang taat serta orang-orang perempuan yang taat, dan orang-orang lelaki yang benar serta orang-orang perempuan yang benar, dan orang-orang lelaki yang sabar serta orang-orang perempuan yang sabar, dan orang-orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang perempuan yang merendah diri (kepada Allah), dan orang-orang lelaki yang bersedekah serta orang-orang perempuan yang bersedekah, dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa, dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya, dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.



Orang yang kuat adalah orang yang tahan dan sabar diuji. Di Akhirat kelak akan terdapat satu golongan 'Alhamadun'. Manusia dalam golongan ini diseru masuk ke Syurga terus oleh Allah. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah akan siapakah mereka golongan 'Alhamadun' ini. Kata Rasulullah, mereka ini adalah yang sabar melaksanakan perintah Allah dalam keadaan suka dan tidak suka, mengucapkan Alhamdulillah ketika gembira mahupun sebaliknya.

Slot  with Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki





Slot with Ustazah Fatimah Syarha Mohd Noordin


1) 
Kerana sedikit kesibukan berdakwah & menyampaikan ilmu, Imam Abu Hanifah telah mencarikan guru Al quran bagi anaknya..

Apabila anaknya dapat sahaja membaca dengan lancar bacaan al Fatihah, apa yang dibuat oleh Abu Hanifah? Abu Hanifah telah datang kepada Guru Al Quran anaknya dan menghadiahkan 500 dinar kepada guru tersebut.  (1 dinar lebih kurang bersamaan dengan harga seekor kambing pada hari ini)

Guru Al quran itu kehairanan dan bertanya..
"Kenapa banyak sangat?, sedangkan baru al fatihah yang saya ajarkan"

Jawab Imam Abu Hanifah...
"Jangan rendahkan martabat al quran, walaupun sekadar al Fatihah. Al Quran sangat hebat nilainya. 500 dinar ini tiada apa-apa nilai berbanding al Fatihah yang telah tuan guru ajarkan kepada anak saya"
2)
"Saya kalau nak keluar ke kedai atau di dalam kereta, saya target baca dua ayat sahaja bersama anak-anak bagi membudayakan al quran dalam keluarga.

Dengan anak-anak, mulakan seawal mungkin.

Masa saya mula-mula buat bacaan al quran bersama anak-anak dalam kereta, saya buat bacaan hanya pendek-pendek tapi diulang-ulang..
Contoh al qori'ah..mal qo ria'ah...

Anak-anak buat tak tahu je.. buat derk... syok sendiri saya baca seorang-seorang :')

Tapi.. suatu hari, terdengar anak saya bacakan ayat yang sama pada semua teddy bear dan anak-anak patung dia...

Mengalir air mata saya...

Sebab itu, usaha membudayakan al quran harus dari kecil... ia akan terakam pada minda anak-anak yang fitrah sifatnya..."
 
31 August 2014 (Sunday) 
 
Slot - Cinta, Fitrah atau Fitnah with Ustazah Dr Nik Salida Suhaila  

Slot with Anne Dijk

Slot with Pn Lina Karim (ibu Darwish Darwisya) 



Slot with Ustazah Zawiah Hassan


Point penting untuk wanita yang BERIMAN, pesanan banyak di dalam surah An Nur ayat 31
- Jaga pandangan
- Jaga maruah/ kehormatan
- Jaga perhiasan diri kecuali yang terzahir (muka dan tangan)
- Jaga aurat, pakai tudung
- Jaga aurat dengan bukan mahram
- Jaga perhiasan tersembungi (tak perlu bunyi2)
- Bertaubat supaya berjaya.



Slot with Dr Isam Rajab



√ If you feel there is one person really give problems to you, just do what you suppose to do & let the result decided by Allah. You are not responsible to change the world. You are having difficulties with your family..perhaps its true. But are you with Allah??

√ Marriage is a JOINT ACCOUNT. Both husband & wife are the depositors.

√ Healthy food
How much you willing to give as a mother? Many children suffer from diseases - fever, flu, cough & many more. Why? Most of the reason because we are not looking after what our children eat. We dont mind giving them sweets, junk foods & drinks.

√ Time spend

# Its annoying to see people gather around among family & friends but busy with their handphones & ipads. Its not wrong to give them gadget. But give certain guide line ' only at this time you can play this..only half an hour you watch tv '..for example. Give most time to what matters most. Let them listen to Al-Quran as much as possible. Before they falls asleep, at least one hour before, ensure switch off tv/internet etc..just make sure they listen to Al-Quran subconsiously.

# Maximize your time
We are all busy mothers. Perhaps we can follow the story of one woman who can memorize the Quran while she cooks in the kitchen. Or maybe we can do the same while driving or commuting transports? Time really flies. Death can come anytime. So, use it wisely!!

√ If a son see/ do inappropriate acts, do not blame them indirectly.

'Why you do this? How many times i have to tell that you cannot do like this..bla..bla...'

'Give me that thing. Its junk food. Its not good for you. Give me that'

This is when we use WISDOM. Speak indirectly...

'I love you son....i love everything you do. But it just, what you just did was definitely wrong. You should change that...'

'Dont grab the thing. Just ask them gently "can you give me that?"


--> This is what Rasulullah s.a.w. did!

√ Prophet Muhammad NEVER SCREAM!
He repeated his commands over and over again. So we should to do the same. Just keep giving the children commands as many as time as possible, although its the same message.

Perkongsian Penghijrahan


Sesi Perkongsian pengalaman cabaran, keindahan, keberanian, kemahuan dalam penghijrahan oleh Mizz Nina + Natasha Hudson + Ummi Nazeera + Fara Fauzana.

MIZZ NINA
~ After we got married, Noh had introduce me about hijab. What happen if you dont. What Quran speaks about it." Alhamdulillah, my journey begins slowly until the day of Wuquf while we do our hajj. If have to be someone else after this!
Hijab is not actually a final goal to do. Its just a beginning of journey.
My dad says "I support you if you do it for real..."
My family & friends really support me..

NATASYA HUDSON
~ Dari kecil memang hati kecil saya ingin memakai tudung. 
Dan sebelum menunaikan umrah dulu, saya berkata "Ya Allah, take everything from me and change me completely."

~ When I decide to wear the hijab, i know its an expression of taqwa. So i cannot do the same thing I did before.
Other source:

UMMI NAZEERA
Hijrah is not a trend.
Hijab is not just a piece of cloth.
Its all come deep from the heart. Even if it is a trend, then it is a good trend. Slowly we learn & the intention that hijab is because of Allah will definitely come gradually.
I'm afraid compliment will kill me & make me riak. Thats the reason why i'm not really share my hijrah, does not upload pictures of me in order to avoid that.

Please make du'a that we are in the right path.
Its not that we are good enough.
We are learning....


Credit to :

Fb


2 comments:

  1. Alhamdulillah, sebuah program yang baik. Saya juga dapat hadir ke Konvensyen The Bidadari 2014 ni ...

    ReplyDelete