Thursday, 10 July 2014

Program Sempena Sambutan Nuzul Al-Quran 10072014

Slot 1: DARI BACAAN KEPADA PENGHAYATAN: KE ARAH MENJADIKAN AL-QURAN SEBAGAI HAKIKAT YANG HIDUP
Bersama Dr. Mohd Farid Mohd Shahran - IKIM


Dalam Buku Way To The Quran karya Dr. Khurram Murad terbitan Islamic Foundation of London, beliau menggariskan 3 kaedah penting bagaimana kita boleh menjadikan Al-Quran "The Living Reality"
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1. Semasa membaca Al-Quran, meletakkan diri kita seolah-olah BERSAMA NABI & PARA SAHABAT. Merasakan Al-Quran Nuzul (diturunkan) untuk KITA secara terus!

2. Membaca Al-Quran sepertimana Rasulullah dan para sahabat membacanya.
Budayakan membaca dengan makna - TERJEMAHAN & TAFSEER !

(Jangan sibuk khatam Al-Quran semata-mata, tetapi cuba faham maknanya. Apa yang Allah cuba sampaikan. Baca 1 ayat sehari dengan tadabbur makna lebih baik dari 1 juzu' tanpa faham apa-apa)

3. Jadikan setiap ayat dalam Al-Quran RELEVAN dengan ISU pada zaman kita sekarang.

"Qul huwallahu ahad" - Allah yang Satu/Esa - kaitkan dengan isu syirik, pluralisme dan semua fahaman moden sekarang.

CABARAN AL-QURAN
---------------------------------
1. Kita tidak mendekati al-Qur’an sebagai panduan
2. Kita tidak membaca al-Qur’an sebagai keperluan
3. Kita tidak melihat al-Qur’an sebagai mu’jizat*
4. Kita tidak mengambil al-Qur’an sebagai sumber ilmu
5. Kita menjadikan al-Qur’an hanya sebagai retorik

* AL-QURAN SEBAGAI MUKJIZAT
--------------------------------------------------
1. Kitab yang kekal selama 1400 tahun tanpa perubahan
2. Kisah-kisah terdahulu dan akan datang 
- Kisah Fir’aun Yunus:92,
- Kemenangan Rum.
3. Keindahan  bahasa
4. Fakta-fakta sains yang berterusan dibuktikan oleh sejarah

* CONTOH MUKJIZAT AL-QURAN

Hasil Kajian Dr Abd Razaq Naufal - jumlah yang sama pada perkataan yang seerti, berlawan dan berakibat :-

1. Seerti - [ harth dan zira’ah -14 kali, jahr dan ‘alaniyah – 16 kali,
al-Qur’an, wahy dan Islam – 70 kali ]

2. Lawan - [ hayah dan mawt – 145 kali, naf’ dan mudarrah – 50 kali, salihat dan sayyi’at – 167 kali, harr dan bard – 4 kali ]

3. Berakibat – [ kafirun dan nar – 154, infaq dan ridha - 73 ]

4. Tentang Alam - [ yawm – 365 kali, tentang tujuh lapis langit 7  7 kali, shahr – 12 kali, hari dalam jamak (ayyam) 30 kali. ]

3 LANGKAH PENGHAYATAN AL-QURAN:
-------------------------------------------------------------
1. ILMU
- mengenali Tuhan yang menurunkan al-Qur’an
- mengenali al-Qur’an
- mengenali diri yang menerima al-Qur’an

2. HAL
 merasai keagungan al-Qur’an

3. AMAL
- membaca sambil memahami makna
- mentadabbur ke dalam realiti kehidupan
- mendalami ilmu-ilmu yang lahir dari al-Qur’an 

SLOT 2- “ AL-QURAN: ANTARA MEMBACA & MEMAHAMI”
bersama Ustaz Mohd Meeftah Anuar - ILIM
___________________________________________________

# Surah Al-'Alaq - Dimulakan dengan IQRA'

# Apa yang kita BACA?
- Jika orang Jepun purata buku 40 buku setahun, Malaysia hanya 2 buku setahun!

- Lihat Piramid Bacaan kita (Al-Quran- hadis- Buku Ilmu Khusus-Motivasi) yang mana paling banyak?

- “SIAPA DIRI KAMU PADA MASA AKAN DATANG DICORAKKAN OLEH BUKU YANG KAMU BACA HARI INI” --> lihat anak-anak kita, apa yang mereka baca?

- Kepesatan Teknologi sekarang juga mungkin antara sebab mengapa kita jauhh dari Al-Quran
(sibuk melayan group2 Whatsapp setengah jam, sedangkan dengan waktu yang sama kita mampu habis 1 juzu' Al-Quran)

- Proses Membaca yang sebenar:-
1. Kenal huruf
2. Membaca
3. Faham
4. Hayati / Serap
Cth:
- Bila baca tentang Isra' Mi'raj, cuba bayangkan & rasakan pengalaman seolah-olah kita juga ada bersama Nabi )
- Allah sebagai tempat bergantung (Allahus Somad)
Rasakan itu sebenar2nya. Jangan harapkan pengiktirafan manusia/ jabatan/ atasan dan sebagainya. Kebaikan kita akan dibalas Allah tanpa kita sedar - melalui hidup yang tenang, anak-anak yang soleh dan berjaya )
5. Amal 



# ADAB dengan AL-QURAN

Imam al-Ghazali telah senaraikan sepuluh adab-adab kesopanan batin yang perlu diterapkan oleh setiap pembaca al-Quran

1. Memahami asal pembicaraan
Bahawa al-Quran adalah kalam Allah yang telah diturunkan dari Arasy kemuliaanNya sebagai suatu rahmat kepada seluruh umat manusia

2. Mengagungkan al-Quran
Menghadirkan qalbu dengan memaha-agungkan Allah sebagai zat yang menurunkan firman itu.

3.Menghadirkan hati
Sertai konsentrasi, menyatukan seluruh perhatian, sehingga mengerti apa yang dibaca
Para sahabat Nabi –apabila merasa bahawa hatinya tidak mengingati pada isinya, akan mengulangi bacaan tadi sehingga faham benar apa yang dibaca.

4. Mengangan-angankan Kandungannya
Membaca al-Quran bukan sekadar membaca dan mendengar kalimah al-Quran.
Selanjutnya hendaklah mengetahui erti setiap kalimah yang dibaca, pengertian yang tersirat di dalamnya serta menginginkannya (Syurga).
Hendaklah bertartil dan bertadabbur iaitu tartil dari segi bacaan zahir dan tadabbur dari segi batin.

5. Berusaha memahami isi maksud al-Quran
Perlunya setiap pembaca al-Quran mempunyai hasrat dan semangat yang sebenarnya untuk memperolehi kefahaman al-Quran

6. Melenyapkan halangan memahami al-Quran
Syaitan akan senantiasa berusaha untuk menutup hati manusia daripada memahami al-Quran dan melenyapkan maksud sebenarnya.
# 4 perkara yang sering menutup HATI:-
1. MATA
2. MULUT
3. TELINGA
4. HATI

7. Menyimpulkan kekhususannya
Hendaklah setiap yang dibaca itu difahami seolah-seolah ia khusus tertuju untuk dirinya

8. Meninggalkan kesan dalam hati pembacanya
Sewaktu membaca al-Quran, ayat-ayat yang dibaca memberi kesan mendalam kepada hati dan jiwanya
Contoh: Hati boleh merasa dukacita, takut,  mengharap pengampunan Allah, mengingati rahmat Allah dsbnya.

9. Merasakan ketinggian al-Quran
Memperoleh kehormatan dan merasakan ketinggian nikmat yang Allah berikan iaitu wahyu yang dikurniakan Allah didengar dan difahami isi yang terkandung di dalamnya.
Setiap bacaan yang dibaca diimani asal-usulnya iaitu wahyu yang diturunkan oleh Allah s.w.t.
Tiga tingkatan untuk merasakan ketinggian al-Quran: Yang paling rendah sekali: membaca al-Quran kerana mengharapkan keredhaanNya

10. Melepaskan Diri
Merasakan diri tidak berdaya dan tidak mempunyai kekuatan. Melepaskan diri dari merasakan dirinya suci, sempurna dan hebat.
Apabila membaca ayat-ayat tentang janji dan pujian Allah kepada orang-orang soleh, maka janganlah dirasakan dirinya tergolong dalam golongan sedemikian, tetapi meyakini bahawa orang-orang yang benar-benar beriman sahaja, layak tergolong di dalamnya

Analogi - Kita ingin masuk hutan - lapor diri pada Pengawal Hutan - mereka sangat suka kerana katanya ramai yang masuk tak lapor diri akhirnya masuk terus tak keluar, sesat, kemalangan dan sebagainya. Lalu diberikan Komander untuk membimbing kita. Dengan latihan yang telah dilalui, kita berjaya 'survive' di dalam hutan.
Begitulah Allah memberikan Al-Quran sebagai panduan hidup kita.
 
Gambar-gambar Program --> Di sini

1 comment:

  1. MasyAllah, TabarakaAllah Ustazah....
    JazakaAllah for writing this up...alangkah bestnya kalau berkesempatan dapat ilmu ni LIVE. Pohon izin nak copy paste (with your link) unto my FB...supaya dapat buat rujukan untuk anak2 saya juga inshaa Allah.

    Shila Razlan (A Day For Syria)

    ReplyDelete