Wednesday, 17 December 2014

FIVE STAR Young Leaders in Public Services Workshop

Perasmian FIVE STAR Young Leaders in Public Services Workshop

An inspiring keynote speech by YBhg Dato' Dr Ismail B Alias - Fellow ILIM

Nota: (mohon maaf atas kekaburan & ketidakcomelan tulisan)





POWER TALK 1:

Oleh YBhg Dato' Hj Abd Malek bin Awang Kechil - Presiden YAPEIM


SLOT 2: RAPID GROUP DISCUSSION

oleh YBrs Ustaz Mohamad Zamri bin Mohamed Shapik (ILIM) & YBRs En Jufitri Joha (ABIM)



Menekankan kepentingan 'ummatic thinking' dan 'tasawwuf compliance' bagi melahirkan pegawai kerajaan yang menjalankan tugas benar-benar kerana Allah dan berkhidmat untuk ummat. Sektor awam tidak wajar dilupakan kerana jika para penjawat awam berkertrampilan dengan kualiti 'QAWWIY' (profesional) dan 'AMEEN' (amanah) maka tidak mustahil Malaysia akan menjadi negara contoh dan menjadi bahan dakwah untuk masyarakat global.

Masa depan sektor awam juga terletak pada semangat kesukarelawanan dan budaya kerja NGO yang wajar diterapkan dalam latihan penjawat awam. Menurut 'think tank' Malaysian Foresight Institute (MIGHT) masa depan sektor awam terletak kepada:

a.) Leadership;
b.) Organizational design;
c.) People and training;
d.) Strategy, plans and policy;
e.) Culture.



PEMIMPIN 1 BINTANG = MUSLIM

-    Aqidah & Ilmu asas utama
-    Perlu ada pandangan Islam dengan tasawwur yang lebih jelas
-    Mereka Islam tetapi iman belum masuk ke dalam hati.
Surah Al-Hujurat ayat 14:
“orang-orang "A'raab" berkata: " Kami telah beriman". Katakanlah (Wahai Muhammad): "Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke Dalam hati kamu berkatalah sahaja: ` Kami telah Islam '. dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".
-    Realitinya ramai pemimpin Muslim itu tahu rasuah itu haram tetapi masih mengambilnya.

PEMIMPIN 2 BINTANG = MUKMIN

-    Cabaran semakin meningkat tetapi bagaimana ingin mendepaninya?
-    Mereka buat apa yang ingin dibuat bukan atas faktor luaran tetapi desakan dalaman
-    “Self-leadership”
-    Sukar Istiqamah. “Al-Istiqamah lebih baik dari 1000 karamah” namun bagaimana mencari ‘booster’ untuk kekal istiqamah itulah pemimpin ini perlu cari.

PEMIMPIN 3 BINTANG = MUHSIN

-    Melakukan ibadah seolah-olah melihat Allah. Mereka ini “Sedar Tuhan” dan sentiasa berpegang pada Gagasan Tuhan Maha Melihat.
-    Orang yang patuh pada “Tasawwuf Compliance”

Diriwayatkan oleh Iman Muslim daripada Saidina Umar al-Khattab r.a: " Kemudian dia bertanya lagi: Maka sekarang khabarkanlah kepadaku darihal Ihsan. Rasulullah s.a.w. menjawab: Ihsan ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihat-Nya, tetapi jika engkau tidak melihat-Nya maka sesungguhnya Ia melihat engkau." (HR. Muslim)

-    Lebih istiqamah, lebih bermotivasi
-    Lebih berinovasi terutamanya berani melakukan inovasi sosial
Contoh di Sweeden. Orang malas menggunakan tangga dari lift. Maka apa yang dilakukan mereka membina tangga yang boleh berbunyi.  Inovasi ini berjaya kerana ramai yang gunakan tangga selepas itu.
-    Contoh pada solat: Khusyu’ pada setiap rukun fe’li & qauli, ini ada pada seorang yang Muhsin.
-    Walaupun nilai Ihsan ini tinggi namun ia ada pasang surutnya. Bergantung kepada kualiti ikhlasnya.

PEMIMPIN 4 BINTANG = MUKHLIS

-    Orang yang melakukan amal ibadah semata-mata kerana Allah. Tandanya ialah sentiasa tekun dan bersungguh-sungguh dalam amalan
-    Sentiasa MUJAHADAH
-    Keikhlasan sentiasa ada pasang surut kerana ia bergantung pada nilai TAQWA.

Surah al-Baiyinah ayat 5. “Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah Dengan mengikhlaskan Ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. dan yang demikian itulah ugama yang benar.”

-    Sangat bijak mengambil INISIATIF. Bijak merebut peluang. Bersegera melakukan amal soleh.
-    Di samping ketekunan, beliau seorang bersistematik.
-    Orang sebegini amat sukar ditemui dalam semua bidang. Kita perlu kepada orang yang tidak mempunyai kepentingan peribadi tetapi meletakkan agama di hadapan. Bekerja bukan kerana gaji setiap bulan.
-    Seorang yang mempunyai “Ummatic Thinking”
-    Seorang yang KOMPETEN iaitu yang Bermaklumat, Berkemahiran dan Berkeupayaan.
-    Pemimpin yang bakal membina empayar Generasi Ulul Albab yang Berakhlak, Kreatif dan Memiliki Daya Mujahadah yang Luar Biasa.

PEMIMPIN 5 BINTANG = MUTTAQIN

-    Seorang yang telah memiliki ‘Pakej Lengkap’ – Islam, Iman, Ikhlas dan Ihsan sehingga melahirkan rasa takut “al-KHAUF” yang membawa rasa CINTA “al-HUBB” dan HARAP “ar-Raja’” kepada Allah SWT.

Surah al-Hasyr ayat 1: “Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”

-    Memiliki Wawasan Ukhrawi
-    Kualiti yang ada padanya bukan dinilai pada manusia tetapi diiktiraf Allah Taala

KESIMPULAN

1. Model 5 Stars di atas ada pada kepimpinan Rasulullah S.A.W. Kualiti penjawat awam yang mahu diperhebatkan ialah dari aspek SIKAP, PEGANGAN, NILAI DAN GAYA HIDUP seperti kata Steven Richard Covey: "...Quality is not so much about numbers, statistics or inspections, its more attitudes, beliefs, values and lifestyle."

2. Hubungan, simbiosis dan kerjasama erat antara sektor awam & NGO membentuk kombinasi padu menyelesaikan permasalahan ummat. Mengambil contoh pengalaman saudara Jufitri sebagai aktivitis ABIM apabila bekerjasama erat dengan pihak Polis dan Pusat Serantau Memerangi Terrorisme (SSEARCT) dalam memerangi gejala Islamic State of Iraq and Sham (IS) dan isu Semakan Berkala Sejagat (Universal Periodic Review) dengan Wisma Putra. Ini adalah contoh terbaik kepentingan hubungan sektor awam-NGO. Ini juga yang ditekankan sebagai salah satu daripada 6 agenda merakyatkan perkhidmatan awam iaitu kerjasama awam-swasta-ngo.

3. Kualiti kepimpinan Sultan Muhammad al-Fateh seperti mana yang dinukilkan oleh Sheikh Muhammad as-Sollabi.
(Antara tips yang diamalkan Saudara Jufitri hingga bergelar Tokoh Belia Asean 2014)

1) al-Hazmu
2) as-Shajaah
3) al-'Adl
4) as-Zaka'
5) al-'Azimah wa al-Israr
6) a'damu al-ightirar biquwwati an-nafs, wa kasrat al-jundi wa si'atul as-sultan.


Maknanya? Jom kita sama-sama siapkan kerja sekolah ini ya?

Tambahan Nota dari blog Saudara Jufitri Joha - Klik Di Sini



POWER TALK 2: MEMBINA KEPIMPINAN MUDA ISLAM

YBrs En. IRFAN KHAIRI - Jutawan Internet



Kisah IK 1

Dulu saya tidak pandai bermain bowling. Setiap kali bermain, pasti bola bowling saya akan masuk ke longkang kiri. Seorang pakcik yang dari tadi asyik strike lalu menegur. Dik..apakata lepas ni adik baling menyerong ke kanan? Saya terus buat. Bola bowling saya 'berjaya' masuk ke longkang kanan pula :). Pakcik itu lantas berkata "Dik..jangan serong sangat, cuba serongkan sedikit sahaja. Nasihat itu saya ikuti.
Gedegangggg...semua pin saya jatuh...alhamdulillah.

Begitulah kepimpinan, hanya dengan sedikit tindakan yang berbeza, kita mampu melakukan perubahan yang besar.

Kisah IK 2

Saya seorang yang suka makan burger. Suatu malam saya ke gerai berdekatan rumah. Ada beberapa gerai burger di situ. Tetapi ada satu gerai yang menarik perhatian saya. Ramainya orang beratur! Lalu gerai itu saya dekati. Apa yang hebat sangat gerai itu sampai orang sanggup beratur panjang? Apabila diperhatikan, cara masakannya sungguh unik. Daging itu dilambung-lambung kemudian barulah diletak di atas roti dan dibungkus. Patutlah gerainya diberi nama "Burger Lambung". Semua kelihatan kagum melihat 'lambungan' itu termasuklah saya. Hampir 20 minit saya menunggu burger saya. Apabila menikmatinya, saya dapati daging yang dilambung atau tidak sama sahaja rasanya. Percayalah :)

Penat sahaja beratur.Tetapi pengajaran yang saya dapat adalah tentang PERSEPSI. Bagaimana khalayak melihat akan memberi kesan. Ia hanyalah sedikit kelainan namun sangat besar impaknya. Perkara yang sama juga boleh diaplikasikan dalam konteks KEPIMPINAN. Mungkin dengan sedikit perubahan pada struktur, cara berkomunikasi bersama anak buah, tugasan dapat dilakukan dengan lebih efisien. Program yang biasa-biasa sahaja mungkin akan bertukar memberi impak luar biasa.

Kisah IK 3

Semasa zaman persekolahan, saya seorang yang pemalu. (nota: sama dengan penulis kot..hehe). Tetapi saya sangat suka berniaga. Jadi saya ingin berniaga tanpa berjumpa dengan sesiapa. Zaman remaja saya sangat terkenal dengan chat app Mirc. Secara tidak sengaja saya menegur seorang rakan bernama Corrie. Apabila ditanya tentang pekerjaan beliau menjawab "E-commerce". Macam bosan sahaja bunyinya. Lalu saya tidak menegurnya sehinggalah setelah 3/4 bulan saya melihat rumah dan kereta besarnya...saya bertanya lagi: "E-commerce tu apa?" Beliau menerangkan satu persatu. Saya jadi tertarik. Pada awalnya mungkin kerana faktor kebendaan itu. Siapa yang tak mahu kaya kan? Saya memulakan perniagaan internet berkaitan "design". Pelanggan saya hanya 3 orang sahaja setahun. Pada asasnya saya kelihatan gagal. Tetapi saya tidak melihatnya begitu. Apabila bertanya rahsia kejayaan orang-orang yang berjaya saya akhirnya mendapat jawapan. "Oh rupanya sebab saya kurang ILMU".

Kemudian saya cuba teknik berikut:
"Jika mahu jadi hebat dalam 1 bidang, tetapi hebat di kalangan orang-orang di sekeliling anda, bacalah 1 buku (dalam bidang itu)

Jika mahu jadi hebat dalam 1 bidang, tetapi hebat di dalam bandar anda, bacalah 20 buku (dalam bidang yang sama tetapi penulis berbeza)

 Jika mahu jadi hebat dalam 1 bidang, tetapi hebat di dalam negeri anda, bacalah 50 buku (dalam bidang yang sama tetapi penulis berbeza)

Jika mahu jadi hebat dalam 1 bidang, tetapi hebat di dalam negara anda, anda perlu baca lebih 200 buku (dalam bidang yang sama tetapi penulis berbeza) "

Teknik ini saya amalkan. Kebanyakan tokoh-tokoh yang berjaya juga amalkan. Alhamdulillah biiznillah insyaAllah semua orang mampu berjaya.

How to get out of comfort zone?

Soalan biasa tetapi sangat sukar melakukannya. Kata ustaz, ilmu yang tidak diamal akan mati. Maka amalkan satu perkara selama 21 HARI tanpa henti, maka ia akan menjadi tabiat. 

Contohnya: Jika sukar membaca adalah comfort zone kita, maka mulalah MEMBACA selama 21hari. Setengah jam pagi & setengah jam petang.

Tidak ada jalan lain. Islam membuktikan, untuk menjadi hebat kita perlu mulakan dengan 'IQRA'...IQRA'...IQRA'..IQRA'...IQRA' !!!

Kisah Pahit IK

Saya sering bermasalah menjawab soalan ini. Pada saya setiap yang pahit itu ada manisnya. Kita dapat belajar sesuatu daripadanya. Sewajarnya setiap kali berhadapan dengan ujian atau kegagalan, perkara pertama yang perlu dibuat ialah dengan "MENGAKUI KESILAPAN". Letakkan kesalahan itu pada diri kita sendiri terlebih dahulu. Dengan meletakkan kesilapan di atas bahu orang lain, kita akan mendapat 2 kerugian:

1. Tidak dapat mengenalpasti kelemahan sendiri
2. Hilang rasa hormat orang terhadap kita

Ingin saya kongsikan baru-baru ini saya diuji. Dikhianati oleh orang yang amat dipercayai. Berpuluh ribu duit syarikat dilarikan. Hampir semua orang di sekeliling saya 'bengang' dengan orang itu. Sebagai manusia biasa, saya juga marah apda awalnya. Lalu saya melihat sisi positif akan apakah kesilapan saya di situ. Terlalu meletakkan 'trust' adalah pengajaran besar buat saya. Setiap kali melakukan transaksi, slip itu tidak pernah saya minta dan periksa. Saya redha. Beberapa selepas itu, Allah membalasnya dengan berita gembira. Saya dihubungi Al-Jazeera ditawarkan sebagai pelatih di sana.

Subhanallah Alhamdulillah.

Bila perlu mula?

Bila-bila sahaja. Sesiapa sahaja mampu berjaya. Saya mungkin menjadi jutawan muda kerana saya bermula sejak belasan tahun lagi.. alhamdulillah. Kol. Sanders yang mengasaskan KFC bergelar jutawan ketika berumur 72 tahun. Kenapa? Kerana beliau bermula ketika berusia 65 tahun!!!

Ingin mencontohi mereka yang berjaya? Web ini saya dan beberapa rakan cipta sebagai platform menghimpunkan pakar-pakar Muslim dari seluruh dunia -- >
Layari CREATIVE UMMAH

Ingin lebih mengenali beliau? --> KLIK SINI

Jadi, tunggu apa lagi. Marilah kita lakukan sedikit perubahan. Mulakan dengan menambahbaik kepimpinan pada diri sendiri. Moga kita semua berjaya duniawi dan ukhrawi.

Alhamdulillah. Moga perkongsian ini bermanfaat.

 

1 comment: