Tuesday, 13 January 2015

Doa Keberkatan Majlis

Saya kongsikan DOA yang dibacakan oleh AF Ustaz Don Daniyal Don Biyajid yang dirakam ketika membuka tirai Anugerah Nasyid IKIM 2015. Sesuai untuk dijadikan doa pembuka sebarang majlis yang bermotifkan kebaikan. Diselitkan dengan apa sahaja doa di dalam Bahasa Arab yang bersesuaian. Moga ada barakah pada majlis tersebut, insyaAllah.


Selawat. 
Ya Allah Ya Tuhan Kami, Tuhan yang memiliki segala yang ada di langit dan di bumi. Tuhan yang memiliki setiap yang ada di dalam majlis ini. 
Wahai Tuhan… 
Kurniakanlah kepada majlis ini keberkatan. Kurniakan di dalam majlis ini barakah. Setiap yang ada di dalamnya datang membawa barakah, pulang membawa barakah dan kekal dalam barakah. 
Ya Allah di majlis yang mulia ini, kami pohon pada Mu ya Allah…. 
Di dalam majlis ini ada di kalangan kami yang cuba menunjukkan rasa cinta kepada-Mu, terimalah ya Allah. Ini cara kami menunjukkan rasa syukur pada-Mu. Ini sedaya yang kami ada ya Allah. Maka terimalah apa yang kami persembahkan pada-Mu ya Allah. 
Wahai Allah, 
Dengan keberkatan setiap ibu bapa di dalam majlis ini, setiap mereka yang menonton dan setiap mereka yang mendengar majlis ini, kami pohon pada-Mu ya Allah. Dengan kuasa yang ada pada-Mu ya Allah, bantulah saudara2 kami kepada yang berada dalam musibah, yang ditimpa bala’dan wabak. Peliharalah harta mereka, jiwa mereka, keluarga mereka dan setiap perkara buruk seperti rompakan, zina, rogol dan segala jenayah. 
Wahai Tuhan yang Maha Mendengar…. 
Kami pohon jika ada salah dan silap di dalam majlis ini. Ampunkanlah segala dosa kami ya Allah. Sesungguhnya Engkau Tuhan yang Maha Pengampun. 
Sekiranya ada sedikit kebaikan yang berguna dalam majlis ini, jadikan ia penebus diri kami untuk masuk ke dalam syurga-Mu.   
Ya Rabb, 
Kami pohon pada-Mu. Janganlah kami keluar dari majlis ini...sekiranya kami keluar dalam keadaan berdosa, diampunkan dosa kami. Jika dalam keadaan sesat, ditunjukkan kami jalan keluar. Jika kami keluar dan akan dimatikan, matikanlah kami dalam keadaan yang baik. 
Selawat. 
Walhamdulillahi rabbil ‘alamin. 
Taqaballaha min kum.

No comments:

Post a Comment