Sunday, 11 October 2015

PERKONGSIAN KULIAH DHUHA: HALAL & HARAM oleh Dr Izhar Arif di Kompleks Pendidikan Islam BBB



# Muqaddimah
Kelebihan Menuntut Ilmu

“Sesiapa yang permudahkan urusan ilmu Allah mudahkan urusan untuk ke syurga”

“Berilah peringatan sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang-orang beriman”

“YANG HALAL JELAS, YANG HARAM JELAS”
-     Namun bagi mendalami kedua-duanya perlukan kepada ILMU – budaya   Iqra’. 

 Peranan Ulama’ dalam menjelaskan yang Halal & haram: 
pemimpin seharusnya mengikuti nasihat para ulama”

Dalil: “Kullil haq wa lau kaana murran”
Ada cara berbeza mendekati pemimpin tetapi jangan sampai menggadai agama.

MENURUT SYED HAWA’, BAGAIMANA MEMPERKASA  PERKARA HALAL & HARAM?


1- MUSAHABATUL ULAMA’ – Bersama-sama para ulama’
·       Sentiasa mencari tempat mengaji ilmu kerana di situ kita akan bersama para syeikh/ guru – lazimi meletakkan air pada tuan guru, membentang sejadah & sebarang amalan yang bakal menambah keberkatan ketika kita menadah ilmu & dimurahkan rezeki dalam urusan dunia & akhirat.

·       Kisah Dato’ Yusof Haslam
Ketika saya bertanya kepada beliau usai berakhir satu forum, apakah rahsia kejayaan yang beliau kecapi hari ini.  Beliau menjawab: “Semua kekayaan yang dikecapi kini datang dari Allah.  Hidup saya sangat susah ketika kecil. Tetapi kami hidup bahagia. Saya melihat ayah tidak pernah gagal mengeluarkan zakat dari hasil pendapatannya yang tidak seberapa. Ayah juga antara peminat setia Dato' Hasan Din & Ismail Kamus. Kata ibu ayah sering mendoakan agar diberi kekayaan kepada anak dan keturunannya. Alhamdulillah doa itu dimakbulkan tanpa sempat beliau rasai. Masya'Allah!
 

Kata Shamsul pula ketika Dato’ Yusof bekerja sebagai konduktor bas dahulu, gajinya hanya Rm200.00. Namun Rm5 dari gajinya itu akan diasingkan sebagai zakat.  Jangan pernah tinggalkan zakat! Itulah rahsia hidup yang berkat.  Walau kadangkala filem saya rugi 5 juta, tapi ayah sering menambah semangat “Tak mengapa Sul, kau hilang 5 juta tapi Allah bagi kau 10 juta!”

·       Kisah Ustaz Harryanto
Begitu juga kisah ibu kepada ustaz yang sedang meningkat namanya. Satu ketika dahulu, beliau sangat meminati Dato’ Ustaz Ismail Kamus terutamanya ketika mengandungkan ustaz. Pantang ada sahaja forum perdana, akan beliau akan setia di depan tv. Semua kaset beliau dibeli. Jika ceramahnya berdekatan pasti ibu ini akan turut serta.  Hasilnya kini Ustaz Haryanto dikenali sebagai klon Ustaz Ismail Kamus walau tiada langsung pertalian darah!

2-  AKSARUL QIRA’AH – Memperbanyakkan bacaan

Banyakkanlah membaca bahan yang bermanfaat. Menurut kajian hanya 20% penduduk Malaysia yang suka membaca. Anatara minat saya adalah membeli buku.  Dari dahulu, ke mana sahaja saya pergi kedai buku adalah tempat favourite saya. Af Dato’ Dr Zulkifli Albakri antara yang sering memberi semangat. Betul kata beliau, rupa-rupanya buku-buku yang dibeli banyak saya gunakan dalam kajian dan kerjaya saya. Jangan risau, tidak rugi membeli buku!

3- AL-‘AMAL BIMA ‘ARAFU – Mengamalkan apa yang telah tahu
Setiap kali kita mempelajari ilmu baru, terus amalkan. Jangan sekadar gah menghadiri majlis ilmu di sana sini tanpa ada usaha selepas itu untuk mengamalkannya. Pada masa yang sama, sebarkanlah apa yang telah kita tahu. Contohnya, kita tahu bersalam dengan sepupu  itu haram, maka jangan laziminya ketika pulang ke kampung. Begitu juga keadaan yang membawa kepada fitnah seperti serumah dengan adik ipar, sebaiknya elakkan berdua-duaan ketika pasangan tiada di rumah. 

Kisah Mawar Fareeda

Saya pelik bagaimana ramai muslimat sanggup tidur di depan kedainya hanya kerana penangan tudung terbaru . Mungkin asbab beliau tidak pernah lupa berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan. Beliau dan suaminya amat baik. Antara insan bertanggungjawab membantu sekolah tahfiz sukan Af Ustaz Abdullah Khairi.  Ketika ditanya kenapa tudung2nya agak singkat, tidak bolehkah dilabuhkan sedikit. Beliau menjawab: Saya buat saiz S, M, L sesuai dengan ketinggian seseorang perempuan itu ustaz. Tapi  saya tak tahu kenapa wanita yang tinggi pula ramai membeli saiz S. Salah saya ke ustaz? Itulah pentingnya, kita tahu menutup aurat itu wajib melabuhkan ke dada, maka lakukanlah.

Kisah Neelofa
Hal yang sama terjadi kepada Neelofa dengan tudungnya. Hasil jutaan pendapatan shawlnya ada yang diinfakkan membuat surau. Tetapi ada juga pihak yang melilit shawlnya sehingga singkat walau telah direka labuh. Laksanakanlah yang apa halal dan jauhkanlah yang haram. 



No comments:

Post a Comment