Thursday, 10 November 2016

Sambungan Nota SBBT - MENGAPA KITA PERLU BERHARAPAN / BERIMPIAN

Baca nota berkaitan di Catatan Nota Seminar Berani Berimpian Tinggi - SBBT 1 -

Sejak saya join Seminar Berimpian tinggi, semua impian2, harapan2 saya yang rendah2 menjadi tinggi2. Dulu, saya selesa berkereta kancil. Bila suami cakap mahu tukar kereta, saya tak benarkan. 

Sebabnya اَلْحَمْدُلِلّهِ kereta kami semuanya dah habis bayar dengan bank. Untuk tambah hutang lagi pada kereta, bagi saya ia tak berbaloi kerana dengan kondisi kami sekarang, pembiayaan pembelajaran2 anak2 lebih diutamakan. 


Tuan fazrul ada bagi contoh pasal impian rendah2.. '

takpelah aku pakai kereta kancil je. Org lain pakai kereta ferari'. Itu adalah impian rendah rendah (impian material di dunia). 

Tapi impian tu boleh ditukar jadi tinggi tinggi (impian akhirat di syurga).. 


"xpelah aku pakai kereta kancil je. Sbb dgn kereta tu senang nak parking, myk murah, spare part pun murah dan senang cari. Kalau guna kereta mewah, byk beza nak keluarkan duit. Dan duit beza tu blh buat infaq, bayar yuran sekolah anak2, keperluan keluarga, tambah ilmu dan mcm2 lg. 


Impian Tinggi Tinggi dan utama pastilah dapat lihat wajahNya tanpa hijab dan disisiNya punya mahligai di syurga firdausNya.


Untuk capai impian yang tinggi tinggi, semuanya bermula dengan impian yang rendah2. 


Jadi mintalah pada Allah agar impian yang rendah2 itu dapat bergerak mengikut stepnya..


1⃣ Rendah Rendah (Material Dunia) 
2⃣ Rendah Tinggi (Material Akhirat) 
3⃣ Tinggi Rendah (Pahala Dunia) 
4⃣ Tinggi Tinggi (Pahala Akhirat) 

Pagi ini Allah izinkan dpt baca terjemahan surah An Najm. 

Pada ayat 24 & 25. أَمْ لِلْإِنْسَانِ مَا تَمَنَّىٰ
Adakah manusia tetap akan dapat mencapai segala yang dicita-citakannya? (Tidak!).

فَلِلَّهِ الْآخِرَةُ وَالْأُولَىٰ
Kerana Allah jualah yang menguasai segala urusan akhirat dan urusan dunia. 

dan akhir ayat 26..وَكَمْ مِنْ مَلَكٍ فِي السَّمَاوَاتِ لَا تُغْنِي شَفَاعَتُهُمْ شَيْئًا إِلَّا مِنْ بَعْدِ أَنْ يَأْذَنَ اللَّهُ لِمَنْ يَشَاءُ وَيَرْضَىٰ 

(Golongan yang musyrik mengharapkan pertolongan benda-benda yang mereka sembah itu) padahal berapa banyak malaikat di langit, syafaat mereka tidak dapat mendatangkan sebarang faedah, kecuali sesudah Allah mengizinkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan diredhaiNya. Allah hanya beri pada sesiapa yang..

👉🏻 dikehendakiNya
👉🏻 diredhaiNya.


Kesimpulannya, niatkanlah setiap apa sahaja impian kita, jadikan niat utamanya hanya untuk dapat redhaNya. Dan paling utama, minta juga jika ianya baik untuk urusan dunia dan akhirat maka permudahkanlah, bukakanlah jalan terbaik untuk capainya dengan izinNya jua.

--------------------------

Antara perkataan
اَمَلَ harapan
عَمَلَ amalan
yang lebih mudah untuk disebut adalah harapan.

Jadi jom kita sama2 berharapan walau setinggi langit ataupun setinggi sidratul munthaha, walau seluas 7 petala langit dan bumi...

Moga Allah izinkan dan redha dgn mana2 harapan kita yg terbaik dunia akhirat.☺☺💖🌈

#BukanSekadarBerimpian oleh Irina Rahman (admin group BBMQ/ Homeschooler)


No comments:

Post a Comment