Friday, 3 February 2017

Siri Tarbiah @Ikim.fm bersama Ustazah Norhafizah Musa- ISLAH DIRI SIRI 2


---> Hindarkan rasa bisikan mengotor hati 
Rasa kagum dengan kebaikan, kemampuan diri sendiri. 
Doa – Allahumma inni a'uzubika min syarri nafsi”

Proses bersihkan hati, perlu pada ILMU, STRATEGI DAN TEKNIK dari Al-Quran, Hadis, Ulama'.

---> Perbaharui Azam

Kadang buat sesuatu tanpa lihat untung rugi akhirat. Sama ada buat tanpa niat atau dengan niat rendah dan singkat. Padahal sepatutnya buat sesuatu untuk nampak untung akhirat. Contoh- buat Takaful – nampak untung 20 tahun tapi kita sukar lihat bahagian di akhirat.

Barangsiapa yang mengkehendaki hidup sekarang, kami akan bagi apa yang dia mahu cepat. Tapi kemudian di akhirat, bahagiannya neraka. Siapa yang nak akhirat dan dia beriman, maka dia akan menerima habuannya. Surah 17 Ayat 18-19

---> alangkah ruginya hidup jika khidmat dalam rumahtangga lama, jaga anak, tolong orang..macam2 tapi bila ditinjau dalam hati hanya fikirkan dunia.

→ hari ini ustazah bersiaran, apa niat kita? Kerja? Ustazah sebagai jemputan, orang dengar dapat pahala mungkin. Namun jika baharukan azam” uya Allah aku miskin pahala, banyak dosa, moga aku cakap sikit orang berubah, engkau ampun dosa, akhirat takde dosa. Mudahkan urusan orang, mungkin apa aku cakap jadi solusi kepada mereka. Ya Allah mudahkan hidup aku dunia akhirat. → lebih lazat bila buat dengan hadirkan Allah dalam hati dan seperti ternampak2 untung besar sampai akhirat.

3 PERKARA YANG AKAN MELONJAK ISLAH DIRI


1/ Solat pada waktunya -
2/ Berbakti pada ibu bapa – jaga hati mereka, selalu doakan mereka (Surah al-ahqaf- rabbi auzi'ni...
3/ Berjuang pada jalan Allah – berikan semaksima boleh masa, tenaga, buah fikiran tentang ummah. Berilah sesuatu untuk amar makruf nahi munkar.

Sering ungkapkan doa “Ya Allah aku nak jadi baik. Nak segala kebaikan dunia akhirat."



Menurut Ibn Qayyim, EMPAT CHECKPOINT untuk SELARASKAN HIDUP

Ustazah cuba teliti, memang betul. Cuba buat, lagi rasa betul sangat.

1/ PENGURUSAN KETIKA SAAT HENDAK TIDUR

Untuk berubah, jangan mulakan mendadak luar biasa (spt nak khatam Quran dalam masa 3 hari). Raikan padangan ulama' dengan mula uruskan masa tidur. Ia akan beri mementum luar biasa dalam hidup. Saat hendak tidur, hati akan terfokus terhadap sesuatu yang dicintai – akan fikirkan 'kekasih'. Macam mana adab tidur kita? - tempek mask, lotion? Terlentang depan tv akhirnya tv tengok dia? Ada yang sambil dodoi anak terlelap sekali?

Pengurusan waktu di mana saat roh hendak keluar dari tubuh sangat penting., Tiada yang menjaga kecuali Allah. Ini waktu sangat kritikal. Nabi sebut dalam doa, aku letakkan lambungku berserah diri kepadaMu Allah. Cth musafir dengan sahabat, lihat dia tiap nak tidur bersih diri, baca Quran (Surah al-Mulk, waqiah, 3 Qul – rukyah) jika nampak orang begini, saksikanlah dia adalah orang baik. Kerana amalan semudah itu pun dia istiqamah, maka masyaAllah berdampinglah dan contohilah orang begini.


2/ PENGURUSAN SAAT HENDAK BANGUN TIDUR

Biasa kita urus bila hari kerja. Tapi orang soleh yang benar2 baik, istiqamah. Beza orang bangun 5 pagi dengan 7 pagi. Yg 5 pagi – golongan bangun waktu sohor, waktu yang sangat diberkati. Dapat merayu, merengek dengan Allah. Sangat cantik orang yang dapat urus waktu bangun tidur.


3/ ORANG YANG DITIMPA KESULITAN, TERUS INGAT PADA ALLAH

Ada yang perlu masa selepas 3 hari baru rasa ada hikmah, istighfar dll. Tetapi orang begini terus ingat Allah. Kita? Cepat naik darah – patutnya dalam marah tu boleh doa “ya Allah tolonglah luaskan di hatiku kesabaran.” Orang begini, untuk ingat Allah waktu2 biasa, sangat mudah. Cirinya orang yang banyak zikrullah, pagi petang siang malam..insyaAllah saat datang ujian terus langsung ingat Allah.


Wahai orang beriman bila berjumpa pasukan musuh, teguhkan/tetapkan (fathbutu) hati dan sebut nama Allah sebanyak2nya – Surah al-anfal ayat 45


4/ BAGAIMANA KEADAAN DIRINYA KETIKA BERDIRI MENUNAIKAN SOLAT

Bagaimana dia berdiri mengadap Allah – hadirkan hati dan jiwa sepenuhnya. Seolah2 dibawa dalam dunia khusyuk lillahi taala. Bukan dalam dok sembang terus solat.


Jaga sungguh2 4 checkpoint ini akan berlaku penyelarasan dalam hidup. Allah jaga betul. Mudah untuk istiqamah buat baik. Akan nampak kesan luar biasa dalam hidup insyaAllah.


Untuk jadi baik perlu kekuatan. Caranya:-

  1. Bangun malam
Orang2 yang bangun waktu sahur – mohon ampun Allah – amalan orang2 soleh – akan beri kekuatan luar biasa. Sedar diri, untuk berubah susah. Perlu kuat. Mohon dengan Allah beroleh kuat. Minta Allah pilih kita bangun solat. Pujuk diri. Doa. Doa. Doa. Aku tak pernah rasa, bagi aku rasa. Minta sungguh2.

Dan orang yang melalui malam hari dengan bersujud, berdiri untuk Tuhan mereka" ayat 64 -

  1. Muhasabah diri dengan jujur
Kadang perlu hargai orang yang tidak suka dengan kita. Sebab pada apa yang orang cakap tak elok itu mungkin itulah kelemahan yang kita tak nampak. Kawan baik biasanya sukar jujur bagi tau, tetapi musuh akan sering bercakap2 buruk kita. Muhasabah perkara2 itu dengan jujur. Kita akan nampak kelemahan kita.

Ustazah rasa sesuatu yang sangat melemahkan kita adalah DUNIA DAN HAWA NAFSU.

Mengaji beriya,...ibadah bukan main. Tapi masih suka layan shopping dll. Musuh sifatnya akan cari mana kelemahan. Jika musuh manipulasi kelemahan kita dan akan jerumuskan kita pada kemurkaan kita, Allahuakbar ..mohon dijauhkan.

Mujahadah dengan muhasabah!

InsyaAllah akan jadi islah diri yang lebih bermakna.

Menjadi hamba yang sebenar2nya.



1 comment: