Sambungan..Muhasabah 2017
Yang kat rumah lebih excited nak cerita.
Mungkin sebab sejak balik ke kampung, ada beberapa misi nak capai. Antaranya mula mengajak diri dan anak2 menghafaz. Untuk diri, memang berjuang sungguh nak menghafaz Surah al-Baqarah. Sengaja cabar diri ambil Sijil Takahasus al-Quran dan Pra Hafazan di Usm, sebab rasa nak kenal Kitab Allah lagi dekat selain nak menyubur semangat menghafaz.Dalam proses menghafaz secara tak sedar kita juga membelek tafsir , baca asbabul nuzul, bagaimana kedudukan, susunan ayat, muka surat dan teknik² lain nak memudahkan hafazan. Rupanya nak hafaz yang baru tak sesusah nak mengingat yang lama. Allahuakbar. Lagi banyak hafaz lagi la kena banyak mengulang.
Al-Quran ni bila kita tinggai dia, dia memang akan tinggai kita. Sayup..sayup dan semakin jauh. Allahu....sebab tu tempat yang dah hafaz kena ulang selalu. Jangan tinggai walaupun sehari! Ibarat bersama kekasih, tak jumpa sat rasa rindu. Makin jumpa hari², makin nak kenai dan ambil tahu, jatuh cinta, lagi dan lagi. Bila kita rindu kat dia lagi dia rindu kat kita. Dan Kitab Allah lebih² lagi.
Dalam penuhi tuntutan bekerja, kena fikir macam2 cara nak mengulang. Letak audio ayat² Quran dalam telefonlah, memori kad lah, rakam suara sendiri tasmik dan check. Pasang lagi dalam kereta, ulang2 sambil memandu. Transfer pula ke rad²o kecik, ulang² dalam dapur, tempat tidur. Mencabar...tapi makin lama makin seronok! Nak² bila tengok semangat mak, kakak2 makcik2 dalam kelas hafazan di Usm memang kagum. Tengok kelas batch lain lagi lah..dengan yang rambut pun beruban, ada yang OKU pun semua masih semangat nak sambung belajar tanpa dipaksa. Subhanallah!
Kalau dulu ingat nak hafaz banyak juzu'lah kengkonon. Tapi kata ustaz, tak banyak pun takpa asalkan ingat yang mana dah ingat. Kekal sampai abadan abada! Sebab Allah tengok usaha. Kuantiti, boleh ka tak boleh belakang kira..yang penting usaha! 💪💪

Di samping itu, misi ke-2 yang dah lama tertangguh juga dari KL ialah nak ajaq anak menghafaz sama² jugak. Dah macam² kaedah belajaq dulu. Bila susun² buku, macam² buku kaedah mengaji dan menghafaz yang jumpa, satu pun tak fokus buat betui². Padahal budak tengah membesar ni la macam span otak depa kan.
Jadi alhamdulillah bila balik ke Penang Allah bagi sikit kelapangan masa, tenaga, ruang dan peluang untuk ajaq anak2 hafazan. Bermula dengan surah2 pendek. Target saya Surah ad-Dhuha ke bawah je. Sasaran utama si Layla dan Falah je lah. Yang Kakak Humaira sesekali tebuk Juz 30 untuk dia ulang. Tambahan Surah al-Mulk untuk beliau ulang dan habiskan cuti sekolah kali ni. Cabaran yang ni pulak, kalau masuk musabaqah barulah rajin no mengulang. Kalau tak...jenuh jugaklah.

Mula2 ingat susah juga nak bagi displin. Memang susah juga lah. Dengan nak tengok tvnya. Dengan nak mainnya. Tak boleh dok diam. Tapi insyaAllah kalau kita boleh jadikan rutin, contoh lepas Maghrib dah start hafaz, tak payah banyak satu hari satu ayat ja. Kalau ayat panjang saya potong 2 / 3...lama kelamaan bebudak ini ok rupanya. Kena sabar la kalau sambil baca tu dia nak terlompat² ke apa. Dah nama pun budak. Masa depa nak tidoq ulang lagi. Kalau tak dapat tasmik secara talaqqi, outstation contohnya saya ni maka tasmiklah kot phone or video call. Kalau makan kat kedai ke, sambil tunggu, tasmik lagi. Kadang tunjuk video² budak² kecik yang dah hafaz macam². Ha gitulah kekdahnya ...
Mungkin itulah yang dinamakan i'jaz al-Quran. Bila semakin banyak depa hafaz, dan didedahkan dengan persekitaran alQuran, maka Quran masuk dalam minda bawah sedaq depa. Kadang² sambil main pun depa baca² ayat, dok dalam kereta, sambil swimming kat pool pun boleh mai tasmik kat kita. Tanpa disuruh²! Usaha ki ta walau nampak sikit je, tapi jangan risau mukjizat al-Quran yang akan menjadikan hasilnya 'wow' biiznillah. MasyaAllah Tabarakallah.
Alhamdulillah. Untuk tahun ni dah dapat lah dalam 4-5 surah budak 7 dan 5 tahun dua orang tu. Rasa macam sikit tapi takpa..yang penting usaha. Tahun depan kena lagi istiqamah...insyaAllah. Mungkin ada yang cakap. Alah budak kecik lagi kot. Yang penting tanam aqidah, ilmu2 agama lain. Sekali lagi, dalam proses hafaz, benda2 ni kita boleh selit dan pasakkan secara tak langsung. Makin banyak kita selit makin banyak soalan depa. Sampai kadang nak jawab pun terkesima sat. Contohnya "Umi syurga tu nanti ada kereta 'hot wheel' dak?" 😨

Alhamdulillah. Rasanya misi #JatuhCintaDenganalQuran ni akan diperhebatkan lagi tahun depan. Memang teruja. Sebab makin kita kenal "Surat Cinta" Allah ni makin kita usaha kenai dengan Tuhan. Terima kasih Allah hantar ramai "tentera2" Dia untuk bantu. Keluarga, Kawan2 di alam nyata, di alam maya pun banyak tolong bagi tips, semangat.
Yang terbaca catatan ni, doakan saya dan keluarga untuk berjaya dengan misi menthabatkan al-Quran sehingga ke akhir hayat. Saya doakan yang sama untuk kalian juga :-)
Allahu Musta'an.
Ya Bari'...permudahkanlah perancangan kami ini.
Ya Fattah Ya Razzaq...rezekikanlah kami kemampuan membaca, menghafaz dan mengamalkan kalam2Mu ya Allah.
No comments:
Post a Comment