Thursday, 4 January 2018

Tahun Baru 2018

Alhamdulillah. Allah pilih juga untuk terus bernafas di tahun 2018 Masihi, malah bersama orang2 tersayang. Ibu, ayah, suami, anak2, adik-beradik, sahabat2, para da'ie yang Subhanallah sentiasa mendidik jiwa.

Untuk permulaan, tak tahu nak mula dari mana. Sambil dengar2 Sharing dari sahabat hebat Ateh Zuhairi Nopiah tentang buku "Percaya Sebelum Percaya" di fbnya, kengkonon edit la sikit Dream Board tahun lepas.

Bila belek2, rasa macam ada yang too high, memang blur boleh capai ke tak takpelah. Yang penting 'dream' dan 'believe' dulu kan. Kata Ateh, setiap tahun dreamboardnya tercapai. Sekurang2nya separuh. Ada dalam lirik lagu Hijaz tak silap. Bunyi lebih kurang Quote ini ..



Dah siap  buat letak kat desktop pc, screensaver, henpon ke. Jadi setiap kali tengok kiranya kita sedang masukkan semuanya dalam minda separuh sedar kita. Amin dan Aminkan setiap satu.

So nin dia...

Kuliyah Tafsir Tok Ayah 20122017


"Kita rasa craving nak makan sekian². Kemain jauh kita pi cari, sanggup beratoq panjang hanya nak puaskan isi perut. Nak dapat markah tinggi anugerah segala bagai di pejabat. Tak kisah pijak kawan, kipas² boss asaikan dapat." الله 
Kita bilang kita rakyat berjiwa merdeka. Tapi hakikatnya masih menjadi hamba pada syaitan, dunia dan nafsu yang menipu. Tak mampu nak kawal kehendak diri. Barang nak barang jadi.
Inilah yang Allah sebut sebagai analogi dalam ayat 

Kuliyah Tafsir Tok Ayah 2018

Halaqah pagi tadi 'Tok Ayah' kami bercerita tentang ayat 1 Surah al-Isra'. 1 ayat ja tapi lama kemain.

Subhanallah. Hebatnya ayat yang Allah mula dengan سبحان ini. Rahsianya sebab peristiwa Isra' ni besaq, macam susah nak terima dek akai kita, jadi Allah tekankan Sempurna dan Hebatnya Dia di awsi ayat. Sunyi dari segala sifat Kekurangan. Allah bagi mukjizat Nabi boleh travel beribu² cahaya jauhnya hanya dalam satu malam. Orang yang boleh percaya & ambil 'ibrah dari peristiwa besaq ni memang orang beriman yang tak pertikai dah Keupayaan Allah. Hebat! 

Friday, 8 December 2017

Lagi Mahu Sombong...?

Saat kita pernah menziarahi jenazah,
pernah kita membayangkan diri kita berada di tempat jenazah itu.

Keras kaku.

Tangan dah tak boleh memohon doa dan ampun.

Sekejap lagi, nak mandi sendiri pun dah tak mampu.

Dah tak boleh nak pilih sabun dan syampu.

Nak cedok air pun dah tak boleh. Semuanya orang lain buat dan bersihkan.

Dah habis mandi, baju kita dalam yang dalam 5 almari , satu pun dah tak boleh nak pilih.

Hanya sehelai kafan itulah yang membaluti.

Lepas tu dah tak boleh nak pilih naik kereta apa.

Kat mana mereka letak kita, situlah kita masuk.

“Rumah” untuk dihuni lepas tu pun dah tak boleh pilih yang teres ke rumah pangsa.

Semua unit sama.

Mereka turunkan kita perlahan-lahan ke dalamnya. 

Mahu atau tidak mahu. Selesa atau tidak.

Kena masuk juga kubur yang dah siap digali khas untuk kita.

Penakut macam mana pun, dah tiada siapa pun nak teman.

Walaupun orang yang dah kita janji sehidup semati.



Mahukah lagi kita menyombong diri?


Ustazah Muzayyanah - Ikim.fm 8/12/2017 


Catatan 8 Disember 2017: Muhasabah 2017 - Hafazan




Sambungan..Muhasabah 2017

Yang kat rumah lebih excited nak cerita. 
Mungkin sebab sejak balik ke kampung, ada beberapa misi nak capai. Antaranya mula mengajak diri dan anak2 menghafaz. Untuk diri, memang berjuang sungguh nak menghafaz Surah al-Baqarah. Sengaja cabar diri ambil Sijil Takahasus al-Quran dan Pra Hafazan di Usm, sebab rasa nak kenal Kitab Allah lagi dekat selain nak menyubur semangat menghafaz.

Dalam proses menghafaz secara tak sedar kita juga membelek tafsir , baca asbabul nuzul, bagaimana kedudukan, susunan ayat, muka surat dan teknik²  lain nak memudahkan hafazan. Rupanya nak hafaz yang baru tak sesusah nak mengingat yang lama. Allahuakbar. Lagi banyak hafaz lagi la kena banyak mengulang.

Al-Quran ni bila kita tinggai dia, dia memang akan tinggai kita. Sayup..sayup dan semakin jauh. Allahu....sebab tu tempat yang dah hafaz kena ulang selalu. Jangan tinggai walaupun sehari! Ibarat bersama kekasih, tak jumpa sat rasa rindu. Makin jumpa hari², makin nak kenai dan ambil tahu, jatuh cinta, lagi dan lagi. Bila kita rindu kat dia lagi dia rindu kat kita. Dan Kitab Allah lebih² lagi.