Alhamdulillah. Allah pilih juga untuk terus bernafas di tahun 2018 Masihi, malah bersama orang2 tersayang. Ibu, ayah, suami, anak2, adik-beradik, sahabat2, para da'ie yang Subhanallah sentiasa mendidik jiwa.
Untuk permulaan, tak tahu nak mula dari mana. Sambil dengar2 Sharing dari sahabat hebat Ateh Zuhairi Nopiah tentang buku "Percaya Sebelum Percaya" di fbnya, kengkonon edit la sikit Dream Board tahun lepas.
Bila belek2, rasa macam ada yang too high, memang blur boleh capai ke tak takpelah. Yang penting 'dream' dan 'believe' dulu kan. Kata Ateh, setiap tahun dreamboardnya tercapai. Sekurang2nya separuh. Ada dalam lirik lagu Hijaz tak silap. Bunyi lebih kurang Quote ini ..
Dah siap buat letak kat desktop pc, screensaver, henpon ke. Jadi setiap kali tengok kiranya kita sedang masukkan semuanya dalam minda separuh sedar kita. Amin dan Aminkan setiap satu.
So nin dia...
Rasa nak gelak ke apa, silakan. Yang penting tolong aminkan doa visual kita ni ya.
Kalau ada banyak lagi. Senaraikan aje. Buat sampai 99. Bersempena Asmaul Husna. Untuk kita, pasangan, anak2, keluarga, sahabat ke sapa2 ke. Letak je.
Moga Allah limpahkan Kaya Jiwa dan Harta untuk membangunkan lebih banyak jiwa, membantu yang buntu dan yang perlu insyaAllah.
Harapnya catatan diari terbuka ini & apa sahaja perkongsian, idea cetuasan Ilahi melalui jejemari i ini lebih istiqamah dari 2017. Mudah-mudahan.
Moga FALAH wa NAJAH, keberkatan dan ketenangan hidup Allah kurniakan untuk saya yang menulis dan anda yang membaca, seisi keluarga seluruh keturunan. :-)
Allahumma Aamin.
No comments:
Post a Comment