Wednesday, 11 July 2018
Malaysia Menangis kerana Adam Raykal. Seperti tidak percaya apa yang berlaku.
Tapi sering teringat kata2 Ustaz Pahrol sebelum ini, perlu kita fikirkan "Siapa yang mengizinkan ia berlaku."
Allah bukan. Dan kematian si kecil itu berjaya menghidupkan banyak mata kasar & mata hati. Pelbagai cadang datang untuk penambahbaikan. MasyaAllah, hikmahnya Allah tunjukkan satu persatu.
Belum pun habis isu itu, hati sekali lagi ditebak pilu dengan penemuan 12 anak-anak & coach mereka terperangkap di sebuah gua di Thailand. Terasa seperti anak sendiri yang berada di situ. Doa dititipkan moga selamatlah semuanya keluar. Alhamdulillah, berkat doa seluruh dunia & kerjasama luar biasa ramai pihak dalam & luar Thailang, semalam Allah mengizinkan ianya berlaku. Subhanallah.
Rasa seronok itu tidak lama apabila melintas pula berita khalifah Allah bernama Luthhakim. Kematian yang puncanya disyaki didera ibu kandungnya.
Setiap kecederaan yang dialami dibaca satu persatu tanpa dapat dibayang akal. Allah..Entah bagaimana tubuh kurusnya dapat menanggung semua itu. Sekali lagi air mata tumpah entah kali ke berapa. Malaysia menangis lagi. Kali ini lebih tragis jika benar ia hasil perbuatan si ibu yang melahirkan.
Maka seperti biasa, ramailah pejuang-pejuang papan kekunci mula menaip kata-kata kejian dan makian pada diri si ibu Hakim. Sama seperti mana yang dilakukan pada si pendera Adam. Meneliti komentar mereka, ada sesuatu yang hinggap di hati dan minda.
Apakah aku tak pernah 'mendera' anak-anak sendiri?
Mungkin fizikalnya belum pernah sampai meninggalkan luka, lebam dan parut pada tubuh mereka. Apatah lagi dicucuh, diseterika.
Tapi bagaimana pula seketul daging bernama hati mereka?
Entah berapa kali parut, luka dan lebam sudah berjaya ditinggalkan.
Hanya kerana sedikit penat, ada saja pada yang mereka buat dan cakap tak kena di mata.
Hanya kerana sedikit salah dari si anak yang masih belum matang serba-serbi, kita perlakukan mereka seolah manusia yang paling bersalah di muka bumi.
Mereka kita biarkan menangis hingga tertidur kesedihan.
Tanpa dipujuk.
Tanpa dibelai.
Lebih teruk, kita rasa semuanya itu perlu dilakukan atas nama tarbiah & didikan yang kononnya sempurna.
Marilah kita muhasabah setiap ibadah kita. Banyak yang tidak sempurna.
Wahai Allah...Kasihanilah anak-anak kami.
Kami bukan ibu yang terbaik ya Allah. Kami bukan ayah yang terbaik.
Kami mak ayah yang serba lemah ya Allah.
Tapi anak-anak kami ini adalah hamba-hamba-Mu ya Allah.
Kami sandarkan keselamatan & kejayaan anak-anak kami pada diri-Mu ya Allah,
Tuhan mereka yang Maha Baik, Maha Sempurna.
Ya Hafiz ya Muhaimin,
Peliharalah mereka dari kemudharatan makhluk langit dan bumi.
Lebih-lebih lagi peliharalah mereka dari tangan-tangan & lidah kami sendiri yang sering mengikut nafsu & syaitan.
Kami merayu ya Allah,
Dari Engkaulah segala Ilmu, segala Cahaya, seluruh keberuntungan hidup kami harapkan dari-Mu ya Allah.
Berikanlah pada anak-anak kami ini.
Jadikanlah kami pemilik hati-hati yang tenang.
Agar kami sentiasa tenang & menenangkan orang-orang di sekeliling kami.
Tuesday, 15 May 2018
Tuesday, 6 March 2018
Kuliah Tafsir Tok Ayah 06032018
Ayat 123 Surah Toha
Allah berfirman: "Turunlah kamu berdua dari Syurga itu, bersama-sama, dalam keadaan setengah kamu menjadi musuh bagi setengahnya yang lain; kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu, maka sesiapa yang mengikut petunjukKu itu nescaya ia tidak akan sesat dan ia pula tidak akan menderita azab sengsara.
Ayat 124 Surah Toha
مَنْ أَعْرَضَ عَن ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنكاً وَنَحْشُرُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَعْمَى
"Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta".
قَالَ اهْبِطَا مِنْهَا جَمِيعاً بَعْضُكُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ فَإِمَّا يَأْتِيَنَّكُم مِّنِّي هُدًى فَمَنِ اتَّبَعَ هُدَايَ فَلَا يَضِلُّ وَلَا يَشْقَى
Allah berfirman: "Turunlah kamu berdua dari Syurga itu, bersama-sama, dalam keadaan setengah kamu menjadi musuh bagi setengahnya yang lain; kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu, maka sesiapa yang mengikut petunjukKu itu nescaya ia tidak akan sesat dan ia pula tidak akan menderita azab sengsara.
Allah tak hantaq Adam dan keturunannya tanpa dipedulikan tapi Allah bagi tanggungjawab sebagai KHALIFAH dengan PETUNJUK (Manual). Allah turunkan wahyu melalui Jibril dan diutus kepada para Nabi dan Rasul. Jadi dah dapat risalah wahyu ni kena lah ikut. Hat ketegaq tak mau ikut ni sampai bila-bila la sesat dan dalam kecelakaan.
مَنْ أَعْرَضَ عَن ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنكاً وَنَحْشُرُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَعْمَى
"Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta".
Depa yang berpaling dari ingat Aku Allah janji dah depa ni akan hidup dalam keadaan sempit. Berpaling macam mana? Tinggai hat Allah suruh buat, boleh buat tak gheti, hat tak bagi tu la nak buat sangat. Dan lebih teruk akhirat esok depa ni akan mangket dalam keadaan buta. Ayat 125 depa akan tanya "Wahai Allah, awat aku buta la ni, dulu aku celik?" Ayat 126 Allah jawab: "Ha tu lah, dulu mata hang memang celik. Tapi hang Buta Perut! Macam-macam cara, berapa ramai ustad ustazah dok bagi peringat hang boleh dok pikiaq duniaaa saja. Maka la ni hang aku lupakan. Ulama' tafsir kata dilupakan bermasksud diabaikan dinafikan rahmat dan kasih sayang Allah, atau tidak diampuni Allah. (na'uzubillah)
Friday, 9 February 2018
SPEAK 2018
Tuesday, 6 February 2018
Aku & Al-Quran 1
"Mak, macam mana nak jawab soalan pasal tajwid ni?"
Diam. Mak tak tahu. Rupa²nya sebaris soalan saya pada ibu ketika Darjah 4 inilah permulaan "misi" beliau dan kami sekeluarga mendalami al-Quran.
Di pejabat tempat mak bekerja, ada banyak kelas al-Quran. Yang rendah, sederhana, advance semuanya ada. Waktu rehat. Selepas kerja. Lalu mak ambil keputusan untuk 'join' semuanya. SERENTAK!
Yang di rumah pun mak buat juga. Ada hari saya join ustaz yang mengajar mak dan rakan². Ada juga hari untuk ustaz mengajar saya dan kawan². Ada juga selepas itu kami perlu belajar dengan ustaz di tempat lain. Yang lebih tertekan, ada malam yang mak dan bapa 'heret' kami semua untuk bertalaqqi dengan ustaz merangkap warden di asramanya. Garang ya amat!
😨
Subscribe to:
Posts (Atom)









