"Mak, macam mana nak jawab soalan pasal tajwid ni?"
Diam. Mak tak tahu. Rupa²nya sebaris soalan saya pada ibu ketika Darjah 4 inilah permulaan "misi" beliau dan kami sekeluarga mendalami al-Quran.
Di pejabat tempat mak bekerja, ada banyak kelas al-Quran. Yang rendah, sederhana, advance semuanya ada. Waktu rehat. Selepas kerja. Lalu mak ambil keputusan untuk 'join' semuanya. SERENTAK!
Yang di rumah pun mak buat juga. Ada hari saya join ustaz yang mengajar mak dan rakan². Ada juga hari untuk ustaz mengajar saya dan kawan². Ada juga selepas itu kami perlu belajar dengan ustaz di tempat lain. Yang lebih tertekan, ada malam yang mak dan bapa 'heret' kami semua untuk bertalaqqi dengan ustaz merangkap warden di asramanya. Garang ya amat! 😨
Melalui detik² itu agak memeritkan. Namun kini alhamdulillah, kami adik-beradik terasa begitu syukur & terharu atas susah payah dan gigihnya ibu dan ayah.
Terima kasih mak Rokiah Bersara !! 😭
Dari seorang pelajar, mak kini sudah bergelar pengajar. Syukur ramai juga yang telah bergelar anak² muridnya. Namun "Learning is indeed a continuous process". Semakin dalam, semakin banyak yang tak tahu. Kami sama² masih terus belajar dan belajar.
Usah malu. Jangan pernah jemu. Selagi nyawa belum di kerongkong, tiada istilah terlambat. Hanya malu dengan Khaliq yang Mencipta. Alasan apakah yang rasanya Dia boleh terima ketika dihisab nanti?
"Saya takde masa nak baca Quran" ?
"Tak tau kat mana nak belajar." ?
"Takdak guru yang nak ajar saya." ?
"Tunggulah dah pencen sok baru belajaq."?
"Tak tau kat mana nak belajar." ?
"Takdak guru yang nak ajar saya." ?
"Tunggulah dah pencen sok baru belajaq."?
Allahuakbar. Sedangkan peluang dan ruang ada di sana sini. Tinggal lagi mahu atau tidak saja kita membuka pintu minda & hati.
BERSAMA KITA BERKUMPUL DI JANNAH
Status FB 25082017
s😁
s
No comments:
Post a Comment