Ucapan pembukaan oleh Ustaz Dr. Zaharuddin Abdul Rahman
"Sebaik mana pun karya kita, best seller atau tidak, asalkan diiringi IKHLAS kerana Allah Taala, maka ia tetap BEST SELLER DI SISI ALLAH SWT!!!"
Antara yang sempat dikongsi..
Tujuan menulis:
1. Sunnah Rasulullah SAW
2. Apa yang diingin ditulis
- Sahabat dahulu solat istikharah dahulu sebelum menulis)
- boleh menulis tapi INTInya perlu membawa manusia kepada CINTA ALLAH
3. Mengisi masa-masa kosong
-" 2 nikmat yang manusia sering tertipu iaitu nikmat sihat & waktu kosong"
- Jika status2/ posting2 kita di dinding FB membawa MANFAAT maka ada baiknya ditulis & dikumpulkan. Jika tidak, hentikanlah (setakat hendak beritahu orang kita sakit kepala, buat apa??)
Mafhum Hadis
"Roh seorang yang syahid yang bila naik ke langit yang terakhir tidak lagi berbau wangi kerana rupanya beliau berjuang kerana ingin menunjuk keberaniannya...
Hal yang sama berlaku kepada seorang penderma yang bersedekah kerana ingin dianggap pemurah..
Seorang penuntut ilmu menuntut ilmu kerana ingin dianggap alim..
Seorang Qura' kerana ingin digelar Qura'...
Semua amal ini tiada nilai di sisi Allah SWT jika tidak IKHLAS keranaNya..
SLOT 1
"HOW TO BE A GOOD WRITER?
by Oki Setiana Dewi Oki Fb
Penulis buku- Melukis Pelangi
Pengalaman yang sangat menarik apabila buat pertama kali berhadapan dengan heroin filem Ketika Cinta Bertasbih ini & aktres pertama bertudung yang memenangi anugerah di pentas seni Indonesia.
Antara pengisian yang dikongsi beliau:
Mengapa anda menulis?
- sebagai hobi
- untuk mengisi masa lapang
- mendapat wang (sepatutnya menjadi alasan sampingan)
- menyebarkan kebaikan (ini matlamat utama!)
Apa yang perlu anda buat?
1. Banyak membaca - seperti ingin memberi orang minum, maka gelas perlu diisi dengan air, bukan kosong sahaja.
2. Banyak melihat, mendengar & berkawan - Berkawanlah dengan pelbagai jenis manusia, tapi bersahabat & berdampinglah dengan orang soleh
3. Sentiasa membawa Catatan Kecil/ Buku untuk dibaca (& highlighter seperti yang sering beliau amalkan, untuk menanda isi2 penting dalam pembacaan)
4. Menulis setiap hari (sesibuk mana pun, peruntukan walau sedikit masa untuk menulis)
5. Menulis apa yang kita kuasai (tulis apa yang paling dekat dengan kita)
6. Minta kawan baca/ edit tulisan kita
7. Mengikuti kelas penulisan/ pertandingan
Bagaimana menulis?
Setelah mengamati, mendengar & banyak membaca...
1. Cari sudut (angle) di mana penceritaan itu perlu diangkat
2. Copy the master (melalui pembacaan, mula meniru gaya penulisan orang lain terlebih dahulu sebelum mendapat gaya penulisan sendiri)
3. Mula latihan meulis (samada terus spontan menulis @ membuat kerangka terlebih dahulu)
4. Menulis dengan hati (seperti Oki & kebanyakan penulis, waktu paling mudah menulis adalah ketika diri paling dekat dengan Allah)
Ciri-ciri penting harus diperhatikan dalam tulisan
1. Tema/ judul (yang mudah diingat, punya makna di sebalik judul,..biasanya tulis dahulu, tajuk akan datang kemudian)
2. Paragraf/Panjang Tulisan
3. Unity & Coherence - tahu siapa sasaran pembaca kita. Jika remaja, gunakan bahasa santai & ringan
4. Transisi
6. Pribahasa/ Kata kiasan
7. Pengulangan
8. Tanda baca
SLOT 2
KISAH TELADAN KELUARGAoleh Ustazah Noraslina Jusin Blog Ustazah Noraslina
Penulis buku Cinta 3 Rasa, isteri kepada Ustaz Dr. Zaharuddin Abdul Rahman
Sebelum menulis
1. Kenali diri
2. Sebelum buat yang baik, beli yang baik (pelbagaikan bahan bacaan)
3. Peruntukan masa untuk membaca, bukan hanya baca-baca
4. Niat membaca kemudian tulis!
Mengapa tentang keluarga?
1. Jalan cerita yang realiti, watak yang benar-benar wujud, pengalaman tak berkesudahan
2. Pengajaran buat renungan masa depan, kisab beri manfaat buat orang lain
3. Lebih santai menyampaikan idea
Sandaran
1. Arahan Allah "Pelihara diri dari api neraka , diri & keluarga"
2. Hubungan suami, isteri & anak-anak: sakinah, rahmah, mawaddah
Kekuatan yang perlu ada pada tulisan
1. Upaya menggugah jiwa pembaca (ketuk jiwa kita dahulu sebelum ketuk jiwa pembaca)
cth- bila nampak anak murung, tanya masalah, dia menjawab "dia dah doa untuk selesai masalah tapi masalah masih tak selesai" maka di saat itu kita beritahu "Berdoa bukan untuk dapat apa yang kita hendak, tapi untuk mendapat petunjuk"
2. Upaya isi yang mengesankan
cth- Dalam perang Badar, tentera Islam 313, tentera musyrikin 1k lebih, kenapa tentera Islam berjaya? "mereka berjaya kerana tidak berdaya"- bersama kegigihan dalam berusaha, disimpul dengan kalimah "laa hawla wala quwwata illa billah" Sesungguhnya Allah melihat pada usaha, bukan hasilnya!
3. Menulis dari hati
i. Tidak Material-
- Hidupkan kenangan terbaik dalam masa-masa sulit
- Curahan cinta pelbagai dimensi
-Temukan Tuhan dalam karya
4. Ilmu berkembang dengan tulisan
- Penerimaan terhadap tulisan sendiri
- Uji pemamahan khalayak
- Semak kebenaran pemahaman sendiri
(jika melihat balik tulisan dan merasa kagum, maknanya ilmu tidak berkembang)
5. Pewarisan nilai, kebaikan/keburukan (legasi)
6. Satu bahagian dari tugas iman - tujuan utama untuk mencari redha Allah, sebar kebaikan (bukan sebagai medan untuk menegur atau menyindir)
Tips2 lain berkaitan
- menulis 1 pertaruhan/ boleh menjadi trend-setter
- mulakan dengan blog- terus tulis isi, bunga2 bahasa/ tajuk boleh datang kemudian
- penulis perlu ada sifat membaca yang tinggi
SLOT 3-
DAKWAH DALAM PENULISAN KREATIF
oleh Ustazah Fatimah Syarha Bt Mohd Nordin Blog Ustazah Fatimah Syarha
Syarat wajib menjadi penulis
1. Faham Islam
2. Berguru dengan orang soleh
Kenapa?
1. Minat - Tanpa motivasi, kemahiran berkarat
- Tiada matlamat jelas, bosan
2. Duit - penulisan dakwah: sampingan dunia, akhirat yang tidak putus-putus
3. Sebarkan pengaruh/ kesedaran
- Matlamat akhir/ ultimate goal: Nak Allah!!! - You never alone, Allah always with you!
Ciri-ciri karya Islam
1. Out of the box - tidak klise
2. Gaya Bahasa Kreatif
- Personafikasi: cth- Matahari Demam, Sekejap lagi langit pasti selsema"
- Simile: (konkrit/ boleh dihitung + abstrak: cth- "Perahu duka" "Pedang Keadilan"
- Metafora: (perbandingan secara terus tanpa guna 'bak/umpama') cth: "Syurga dunia"
- Hiperbola: cth- "Lautan api sanggup ku harungi" "Ku petik bintang-bintang"
- Sinkop (singkat): cth: "Apa dah jadi?"
-Rima "Aku berlari, Allah di sisi"
- Show not to tell (aksi ditunjuk, bukan diberitahu) " Kening terangkat, mulut terlopong)
3. Mempromosi Allah itu wujud & berkuasa
4. Selaras dengan AlQuran & Hadith (aqidah/akhlak/fiqh)
5. Ada sentuhan Fiqh Dakwah (kita pendahwah, bukan hakim)
6. Protagonis - promosi individu muslim
- mesti Islam dari segi perkataan, perbuatan & amal : jika tidak selari syariat, mesti jelaskan
7. Tidak timbul kesan psikologi untuk derhaka pada Allah
8. Tidak beri kemenangan moral kepada si pendosa
9. Tidak beri status rendah kepada Islam & mengangkat agama lain
KUNCI PENULIS- LI MARDHATILLAH
Latihan praktikal- menggunakan perkataan2 di bawah:
KERETA KUDA - LORI BALAK - KEMALANGAN - HOSPITAL - SAUDARA MARA
Buat
1. Tajuk cerita
2. Cerita pendek 1 perenggan dengan memasukkan 5 perkataan tersebut
SLOT 4
bersama Ustaz Hasrizal Jamil - Blog Ustaz Hasrizal
Antara isi penting: (diambil dari posting Fb Ustaz Hasrizal)
1. Bengkel ini adalah berkenaan penulis, melebihi penulisan. Teknik, nombor 2. Nombor satu, penulis.
2. Penulisan berkesan, mengahwinkan KRITIS dan KREATIF.
3. KREATIF yang tidak kritis, boleh memanipulasi kelemahan masyarakat. Dengan teknik kreatif, masyarakat boleh memberi sambutan hangat kepada sesuatu yang panas, tetapi sampah.
4. Pertimbangkanlah matlamat jangka pendek, sederhana dan panjang, mahu yang mana.
5. Aplikasi CASIC dalam penulisan - rujuk modul Tuan Fazrul Ismail.
6. Sedikit tips tentang teknik tulang ikan, penulisan linear dan tidak linear, pengkategorian artikel.
7. Aplikasi penceritaan isu hudud - antara presenting problem vs real problem, mengapa ayat Quran lokasinya di bawah artikel.
8. Blog, perisian atas talian dan komputer mac untuk hasilkan buku.
9. Faktor pemilihan penerbit. Polisi-polisi penerbit yang mengambil kira BARAKAH pada hal-hal yang dipandang kecil, misalnya pengulangan selawat.
10. Waspada dengan Facebook. Saya sedang merawat diri daripada gejala post Facebook addiction syndrome.
Blog berkaitan - http://yaquthulaif.blogspot.com/2010/07/dakwah-melalui-penulisanperkongsian.html
terima kasih berkongsi :)
ReplyDeletesaya teringin sangaaaaaaaat nak datang tpi selalu xberkesempatan...:)
ReplyDeleteMaaf saya baru perasan komen saudari. Sama-sama, moga bermanfaat.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteNice sharing :D Masih lagi mencuba-cuba.
ReplyDelete