Forum Monogami dan Poligami: Antara Sunnah, Keperluan dan Kemahuan.
Kapten Hafiz Firdaus berkongsi pengalaman hidup beliau yang mengamalkan poligami sebagai memulakan kemuncak slot K-FIQHw, Forum dipengerusikan oleh Ustazah Nurul Suhadah Shuib
Soalan: Bagaimana apabila isteri berasa suami tidak setia apabila isteri dimadukan?
Kapten Hafiz (mafhum): Apabila suami melaksanakan syariat Allah dalam keluarga, jangan berasa suami tidak setia kepada isteri, kerana dia telah melaksanakan sesuatu yang selari dengan syariat Allah Ta'ala, apatah lagi dengan cara yang mengambil hati isteri pertama dan sebagainya.
Jika seseorang suami membuat maksiat kepada Allah, setelah dinasihati tetapi masih degil, wajarlah isteri terasa dikhianati kerana sang suami telah mengkhianati perintah Allah.
Sebahagian suami yang dikatakan kononnya setia dengan isteri yang satu tetapi 'huha-huha' di pejabat, di kafe dan sebagainya.

~ Forum Poligami & Monogami K-FIQHw ~
Perkahwinan Bukan Sekadar Aku Terima Nikahnya oleh Ust Pahrol Mohd Juoi.
Kita boleh berkahwin atas dasar cinta tetapi cinta itu hendaklah diisi, disusuli dan dipenuhi dengan tanggungjawab!

Soalan: al-Quran menyebut lelaki yang baik utk perempuan yang baik, bagaimana dengan yang biasa-biasa saja?
Ust Pahrol: Baik tiada hadnya. Seseorang boleh jadi baik, lebih baik, excellent, better than the best dan seumpamanya.
Namun, apa maksudnya yang dikatakan biasa-biasa itu.
Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik tak semestinya pada awal perkahwinan, kadang-kadang pada pertengahan perkahwinan atau mungkin pada hujungnya.
Ada orang dapat perempuan baik pada awal perkahwinan namun ada orang Allah uji dengan yang kurang baik, dengan tarbiyyah sang suami akhirnya jadi baik pada pertengahan perkahwinan dan kekal sehingga akhir.
Namun yang pentingnya ialah kita menyediakan diri kita untuk menjadi yang baik itu!

No comments:
Post a Comment