|
"Dari kita menyebut "O my God" "O My Goodness" & Sebagainya, ayuh kita kita gantikan dengan kalimah "Subhanallah" "Alhamdulillah" "Astaghfirullah" bermula dari rumah...."
antara petikan ucapan Dato' Seri sempena pembukaan program Klinik Keluarga Siri 1/2013 pada 26 Januari 2013 anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan JAWI & BBIM di Dewan Muktamar, Pusat Islam.
Ucapan yang sangat inspirational oleh Dato' Seri..melihat sisi beliau sebagai seorang bapa kepada 3 anak lelaki dari melihat beliau sebagai seorang bekas tokoh korporat. Jika dahulunya masa beliau banyak dihabiskan dengan mengejar perkara-perkara bersifat material, namun sekarang beliau menyedari betapa kesedaran terhadap agama melebihi segala-galanya. Berkaitan pendidikan anak-anak, sesungguhnya sebagai ibubapa bukan perlu memaknai erti keibubapaan semata-mata, namun yang lebih penting bagaimana mengaplikasikan keibubapaan dalam DUNIA SEKARANG! Should we resist the change or embrace the change? Pastinya, kita perlu menangani perubahan tersebut dengan penuh hikmah. Sememangnya pendidikan Islam amat penting untuk diterapkan dalam sistem pembelajaran anak-anak di sekolah, namun proses ini hanya LENGKAP jika persekitaran yang sama diterapkan di RUMAH!!! Soalnya bagaimana? Mampukah ibubapa bekerja melakukannya? Ya, melalui pengurusan masa yang berkualiti, antaranya cari masa melalui:
1. Solat jemaah bersama seisi keluarga
2. Dekati masjid, si ayah perlu selalu mengajak anak2 lelakinya ke masjid
3. Semasa makan bersama - letakkan peraturan seperti No Android while eating!
4. Menjadi KAWAN mereka yang paling baik. Antara ayat Dato' Seri, "I really hope that I will be the first person that my son will tell me about his girlfriend!"
Yang paling penting, kita perlu menunjukkan contoh yang baik terlebih dahulu..mulakan dengan DIRI & DIRI SENDIRI kemudian mereka!
Ustazah Isfadiah Bt Mohd Dasuki
4 jenis cinta anak-anak yang ibubapa perlu tahu:
1. CINTA TADIKA (7tahun ke bawah)
- anak-anak mudah tertarik pada benda-benda yang cantik.
Contoh: Mulakan dengan Bersih itu cantik...Orang itu tak cantik tapi hati budinya cantik..
Menutup aurat itu cantik
2. CINTA PASAR (7-13 tahun)
- suka melihat orang yang ada daya kepimpinan/ berwibawa/ berpersonaliti
Contoh: Anak-anak yang suka dengan artis realiti, cepat menangis apabila artis itu tersingkir.
Maka ibubapa boleh mulakan dengan mendedahkan mereka dengan kisah-kisah Heroic
seperti Kisah para Nabi, Tokoh-tokoh ulama terdahulu- Muhamammad AlFatih, Salahuddin AlAyyubi & sebagainya.
3. CINTA MONYET (13-20 tahun)
- apabila anak-anak mula faham akan erti cinta sesama manusia, maka ibubapa perlu turut serta bersama-samanya supaya anak-anak tidak terus meletakkan kebergantungan kepada rakan sebaya @ gajet telekomunikasi semata-mata.
Contoh: Jika anak diberikan handphone, dan asyik sms atau hubungi rakan-rakan sahaja, maka ibubapa perlu juga sering sms/ hubungi mereka juga. Mengajak mereka untuk turut solat atau turut melakukan sebarang aktiviti bersama-sama.
4. CINTA MATANG (20 tahun ke atas)
- apabila cinta bersulamkan tanggungjawab.
- Diselitkan Tayangan Video Rancangan Lawkanabainana menunjukkan:
1. Anak-anak Jepun yang menyediakan makanan tengahari mereka sendiri, menunggu setiap orang mendapat makanan terlebih dahulu, menerangkan tentang khasiat setiap makanan yang bakal mereka makan kemudian mula makan bersama-sama. Makanan dihabiskan sehingga licin, kemudian dikumpul untuk dibersihkan.
2. Pengacara program sengaja meninggalkan dompetnya yang diisikan dengan nilai 800yen, ditinggalkan di tempat awam begitu sahaja. Pemerhatian dari jauh menunjukkan beberapa orang Jepun membelek-belek dompet tersebut sambil tercari-cari tuannya. Mereka kemudian (dengan salah seorang sedang mendukung bayi) berjalan sehingga hampir 1.5km ke tempat polis peronda & menyerahkan dompet tersebut. Setelah pengacara itu mengambil dompetnya di balai polis, didapati masih ada 800yen juga di dalamnya!
3. Keadaan berbeza apabila beliau melakukan perkara sama di tempatnya (Arab). Hanya dalam beberapa minit, dompet yang diletakkan di atas kerusi di tempat awam, telah 'selamat' diambil oleh 2 orang pemuda! Video yang lebih kurang sama juga berlaku di Malaysia apabila sepasang suami isteri tanpa disedari peniaga mencuri telefon bimbit di kedai.
Betapa nilai-nilai Islam sedang digunapakai di negara bukan Islam & negara Islam semakin hilang Islamnya...
Strategi ke arah menghidupkan sunnah dalam rumah:
1. Mencintai diri sendiri
Ajar anak-anak untuk mencintai diri mereka sendiri terlebih dahulu. Raikan kesilapan mereka & bimbing mereka dengan menunjukkan cara yang betul.
2. Mencintai ibubapa
Be a friend! Beri mereka hubungan emosi. Beri contoh terbaik supaya kita jadi 'hero atau heroin' mereka & point of referal.
3. Mencintai Nabi
Kemudian, jadikan Nabi Muhammad SAW ikutan & anak-anak sebagai agen.
Contoh: Bila mereka nampak orang bazirkan makanan, tanya mereka "kalau Nabi tengok macamana? apa perasaan baginda?"
4. Cinta pada Allah
5. Ajak berdikari
Contoh masak bersama & cerita kelebihan..masak sayur mengandungi apa? Makan sayur badan jadi apa? Kita makan apa yang kita suka atau apa yang badan kita suka???
- Kajian terhadap satu organisasi menunjukkan, pekerja yang yang makan bersama dalam dulang sangat rapat hubungan/ukhuwwah mereka berbanding pekerja yang makan ala western.
- Makan bersama di lantai & dalam dulang, malah jika boleh minum dalam satu jag yang sama, pass over kepada setiap ahli keluarga - perbuatan melaga-lagakan tangan ketika passing itu juga menambat erat & berkat dalam rumahtangga.
Ustaz Gunawan B Che Ab Aziz
Antara isi-isi yang menarik dari Ustaz:
1. Ikut sunnah atau???
Apabila kita meminati seseorang, kita akan sensitif terhadap segala aspek tentang orang itu (apa yang orang itu suka, apa yang dia makan, pakai & sebagainya). Begitu juga halnya apabila Cinta pada Rasulullah, maka segala-galanya tentang Nabi kita perlu tahu & cuba ikuti kerana baginda dan bukan sebab lain. Contoh yang perlu kita semak semula:
- Perbuatan menjilat jari selepas makan adakah kerana sunnah Nabi atau kerana terpengaruh dengan iklan ayam goreng segera "finger licking good" ??
- Perbuatan menyimpan janggut adakah kerana sunnah Nabi atau kerana ingin menjadi seperti idola pemain bola sepak atau sebagainya?
2. "Minum milo anda jadi sihat dan kuat"
Jika iklan milo dengan tema di atas berulang-ulang kali digunapakai selama bertahun-tahun sehingga para ibu menggalakan anak-anak mereka minum milo untuk jadi kuat terutamanya apabila mendekati musim peperiksaan (walaupun biasanya air kosong sahaja yang dihidangkan). Walaupun tiada clinical study yang membuktikan perkara ini, namun kerana sifatnya yang diulang-ulang sehingga ia berjaya membuat pengguna percaya dengan khasiatnya. Hal yang sama kepada sunnah-sunnah Nabi, dari aspek pemakanannya (banyak makan tamar & labu) & pelbagai aspek lain (cara tidur mengiring ke kanan) dan banyak lagi sunnah Nabi yang memang telah terbukti dari sudut saintifik akan manfaatnya terhadap manusia, namun kita masih sukar untuk mengamalkannya! Maka segala aspek sunnah ini perlu kita sentiasa sebut & cuba praktikkan bermula dari rumah (contoh ibubapa boleh mula mengadakan slot khusus untuk bercerita tentang Nabi pada anak-anak).
Namun bagi seseorang yang ingin mengikut sunnah, tetapi pekerjaannya tidak membolehkan dia berbuat demikian, maka niat untuk melakukannya juga telah Allah kira sebagai pahala.
Contoh: Jika seorang ahli bomba/ askar ingin berjanggut tidak dibenarkan, maka tanamkanlah niat tersebut bersungguh-sungguh & laksanakanlah apabila telah berada di waktu yang tidak lagi terikat dengan larangan tersebut. Maka niat itu sahaja juga sudah dikira pahala, in syaa Allah.
3. Teknik merawat bisul
Jika menggunakan pendekatan moden, bisul yang tidak pecah-pecah perlu dipicit atau dibedah untuk mengeluarkan nanahnya. Teknik ini memang melegakan namun sakit akibat torehan itu pasti terasa. Namun menggunakan pendekatan tradisional, ada sejenis daun dinamakan daun setawar yang perlu ditumbuk & diletakkan hanya di tepi2 bahagian bisul itu. Dalam masa beberapa jam, bisul itu akan pecah dengan sendirinya tanpa sakit semasa & selepas itu.
Begitulah pendekatan yang perlu ibubapa gunakan apabila mendidik anak iaitu dengan mendekatinya, hubungkan hati kita dengannya, hubungkan hatinya dengan Allah & Rasul, beri justifikasi kenapa perlu kita marah/ merotannya..kemudian laksanakan hukuman (jika perlu) dengan rasional & tidak perlu sehingga membelasah secara emosional..
4. Menyebut nama anak di dalam DOA
Sebutkan nama anak-anak dalam doa & spesifikkan doa yang dipohon untuk anak tersebut.
Contoh: "Ya Allah ya Tuhanku...Jadikanlah anak aku ini Ahmad agar diterangkan hatinya untuk menghafaz kalamMu ya Allah"
Lafaz ini bakal membentuk hubungan ibubapa dengan anak-anak & bakal membentuk hubungan kita, anak-anak dengan Allah SWT..
Program Dakwah Bil-Lisan ini diharapkan mampu menjadi platform terbaik kepada masyarakat sebagai penambahbaikan terhadap ibubapa dalam pendidikan kepada anak-anak demi menjamin kemaslahatan diri dan keluarga di dunia dan akhirat.
No comments:
Post a Comment