Tuesday, 19 February 2013

Seminar Baitul Muslim 2.0 - Bercinta Sampai Syurga 17 Feb '13















SLOT 1: OH MERTUAKU!
oleh Ustaz Pahrol Md Juoi
 

* Mengapa manusia melakukan kemungkaran? 
Kita selalu melihat maksiat besar seperti zina, judi, minum arak itu mungkar..ya, memang benar.
Namun kemungkaran di sisi Allah yang sangat besar tetapi selalu kita tidak nampak adalah memutuskan silaturrahim, tidak berkasih sayang, saling membenci & sebagainya.
Kenapa?
1. Kita percaya Allah tetapi tidak yakin
- manusia suka bertindak atas fikiran bukan rasa.
cth: kita tahu solat itu lebih penting dari tidur, akan tetapi ramai yang tidak solat subuh kerana tidak MERASA solat itu lebih penting dari tidur!

 2. Percaya Akhirat tetapi tidak yakin
Kita percaya syurga dan neraka..tetapi bila disebut syurga tidak ghairah, bila disebut neraka, tidak gerun.

3. Terlalu cinta pada diri sendiri & pinggirkan orang lain
Bersifat individualistik dan materialistik.

Monday, 18 February 2013

DAPATAN KELAS FIQH siri 2/2013




Rujukan: KITAB FIQH MAZHAB SYAFIE - Pustaka Salam Sdn Bhd


Tajuk: MANDI - HUKUM DAN JENISNYA (ms 86) 


Berikut sekadar intipati isi yang disampaikan oleh Alfadhilah Ustazah mengikut silibus di dalam kitab Fiqh Mazhab Syafie. Namun mengikuti kelas secara langsung dengan penerangan & contoh2 yang jelas akan meningkatkan lagi mutu pemahaman seseorang ke atas persoalan fiqh yang sangat luas bentuk & keadaannya. Walaubagaimanapun, diharapkan sedikit sebanyak dapatan ini dapat difahami dan memberi manfaat dalam kita menjalani kehidupan harian, in syaa Allah. 

Takrif Mandi
Bahasa  : Mengalirkan air ke atas apa sahaja benda
Syarak   : Mengalirkan air ke atas badan dengan niat yang tertentu

Thursday, 7 February 2013

Misi Peduli Dengan Memberi '13

Bermula Januari 2013, misi mengumpul barangan/ pakaian terpakai mula dihebahkan. Pada asalnya, pakaian tersebut diminta oleh beberapa NGO/ Persatuan untuk diagihkan kepada sasaran mereka. Lalu misi diperluaskan hebahannya untuk diberikan kepada sasaran yang lebih ramai melibatkan beberapa lokasi (gelandangan/ kanak2/remaja/wanita/ di Rumah2 Perlindungan & asnaf zakat). Alhamdulillah, sumbangan luar jangkaan diterima dari pelbagai pihak terutamanya dari bahagian-bahagian & masjid dibawah JAWI...