SLOT 1: OH MERTUAKU!
oleh Ustaz Pahrol Md Juoi
* Mengapa manusia melakukan kemungkaran?
Kita selalu melihat maksiat besar seperti zina, judi, minum arak itu mungkar..ya, memang benar.
Namun kemungkaran di sisi Allah yang sangat besar tetapi selalu kita tidak nampak adalah memutuskan silaturrahim, tidak berkasih sayang, saling membenci & sebagainya.
Kenapa?1. Kita percaya Allah tetapi tidak yakin
- manusia suka bertindak atas fikiran bukan rasa.
cth: kita tahu solat itu lebih penting dari tidur, akan tetapi ramai yang tidak solat subuh kerana tidak MERASA solat itu lebih penting dari tidur!
2. Percaya Akhirat tetapi tidak yakin
Kita percaya syurga dan neraka..tetapi bila disebut syurga tidak ghairah, bila disebut neraka, tidak gerun.
3. Terlalu cinta pada diri sendiri & pinggirkan orang lain
Bersifat individualistik dan materialistik.
* Hubungan menantu & mertua
Kita perlu tahu asas dahulu baru tahu tentang tips
Contoh tips: Perlu senyum bila suami balik. Namun senyum adalah kerja hati. Maka asasnya hati perlu dibaiki dahulu baru datangnya perbuatan tersebut.
Baiki real problem not presenting probelem. Asasnya untuk cantik hubungan manusia dengan manusia, maka perlu selesaikan hubungan dengan Allah terlebih dahulu. Jika tidak kasihkan Allah, bagaimana mungkin untuk mengasihi manusia?
* Hubungan iman & ukhuwwah
Semakin tinggi iman, maka semakin tinggilah ukhuwwah. Semakin akrab kita dengan Allah, maka sewajarnya kita akan semakin akrab hubungan dengan manusia. Kerana itu banyak ayat perintah dalam AlQuran dimulakan dengan "Wahai orang2 yang beriman..."diikuti dengan perintah; maksudnya perlu percaya Allah, kuat hubungan dengan Allah dahulu, diikuti dengan yang lain.
Dalam hal keretakan rumahtangga, biasanya keretakan hubungan dengan Allah telah berlaku terlebih dahulu kerana hanya Allah boleh satukan hati2 manusia.
TAUHIDIK MINDSET
1. Mertua SETARAF dengan hubungan ibu bapa sejati/kandung
"Jangan katakan kepada mereka walaupun 'uh' terpakai kepada:
a. Ibu bapa
b. Ibu bapa mertua
c. Ibu susu
d. Penjaga
- maka sebelum menikah, perlu buang segala pra sangka buruk (pre-judgement) pada mertua
contoh: "Mak mertua aku tak suka aku sebab aku orang luar" & sebagainya.
2. Mertua berhak mendapat KETAATAN & LAYANAN baik setiap masa tanpa syarat (unconditional love)
Ketaatan terhad hanya pada perkara2 yang tidak melanggar syariat. Namun layanan perlu maksimum tanpa had walaupun kepada mertua bukan Islam dan sebagainya.
3. Contoh Rasulullah SAW sebagai Mertua
Baginda sebagai mertua kepada Sayidina Ali & Sayidina Usman. Ali orangnya sangat miskin, manakala Usman orangnya sangat kaya. Kontra yang jelas dari sudut material ini jelas sebagai ibrah kepada kita umatnya agar meneladani bagaimana penerimaan & layanan Rasulullah terhadap kedua-duanya. Contoh dalam riwayat..Rasulullah lebih menjaga pemakaiannya ketika mana ingin berhadapan dengan Usman berbanding sahabat2 yang lain. Riwayat lain ketika Ali pernah bernah berkrisis dengan Fatimah, Ali tiada di rumah, apabila Rasulullah menanyakan sahabat lain menjawab Ali di masjid. Apabila ke masjid, Rasulullah melihat Ali baring di atas lantai tanpa alas, maka Rasulullah mengambil kain alas & mengusap2nya. Subhanallah!
4. Rasulullah sebagai Menantu
Baginda adalah suami kepada Siti Aisyah (anak Sayidina Abu Bakar) & kepada Hafsah (anak Sayidina Umar). Di dalam hadis Rasulullah pernah besabda "Aku sangat cintakan Aisyah, kemudiannya Abu Bakar" Inilah petua dalam bercinta " Menyintai orang yang dicintai oleh orang yang kita cintai !!!" Dalam hadis lain Rasulullah pernah menyebut "jika ada Nabi selepas aku, maka dia adalah Umar" Juga pernah berlaku perselisihan antara Rasullah dan Siti Aisyah, Baginda meminta Abu Bakr untuk menjadi hakim. (ibrah kepada umat- sering berlaku, apabila terjadi perselisihan, maka masing2 balik ke rumah ibu bapa masing2 untuk mengadu, maka berlaku pula pergaduhan lain pula dari blok berbeza pula).
Bagaimana mengurus perbezaan?
- Perbezaan tidak semestinya satu pertentangan!
- Perbezaan yang diraikan akan melahirkan keindahan!
"The same different" (matlamat sama, tapi kaedah berbeza
"We not just admit the different but celebrate the different!"Contoh: Jika si isteri dibesarkan dengan makan ikan bawal, tapi suami dengan ikan bilis. Apabila berkahwin, suami perlu raikan isteri dengan sediakan ikan bawal juga selagi mampu.
Perbezaan yang lebih tepat dengan syariat lebih molek diraikan.
Contoh: Isteri yang dibesarkan oleh bapa yang juga polis/ tentera, sangat menitik beratkan ketepatan masa. Maka ketepatan masa lebih dekat denga syariat, maka perbezaan ini elok diraikan oleh si suami yang mungkin telah dibesarkan dalam suasana berbeza.
SOALAN2 PESERTA yang diraikan:
1. Bagaimana mengubah persepsi bakal ibu/bapa mertua untuk menerima menantu sebagai anak?
Pengalaman beliau sendiri, "aku nikahkan dikau" sungguh lebih sukar dari "aku terima nikahnya". Menyerahkan amanah adalah jauh lebih payah dari menerima amanah. Ketika mana beliau mengalami dilema ini, seorang sahabat menjawab: "Jangan anggap menantu sebagai perampas kasih sayang. Tapi ANGGAPLAH DIA SAHABAT YANG MEMBANTU KITA UNTUK LEBIH DEKAT DENGAN ALLAH!!!" Mertua perlu merasakan menyerahkan anak kepada orang lain kerana Allah, maka yakinlah Allah anak kita dalam peliharaan Allah. Kasih sayang berbentuk frekuensi gelombang ( seperti radio, walau di
mana dibuka, mutu siarannya tetap sama, tidak semakin perlahan jika
semakin ramai yang membuka frekuensi yang sama). Dengan menyalakan lilin orang lain, ia tidak mengurangi lilin kita malah kita akan dapat lebih banyak cahaya!
Hiraki cinta perlu sentiasa dirujuk:Bagi anak lelaki: Allah (tujuan) Rasul (jalan), Ibubapa, Isteri.
Bagi anak perempuan: Allah (tujuan) Rasul (jalan), Suami, Ibubapa.
2. Mertua berlainan agama/ budaya, bagaimana menantu harus beperanan?
Rujuk Tauhidik mindset yang kedua di atas. Lihat contoh hebat Siti Asiah yang bersuamikan Firaun, sejahat2 manusia. Beliau patuh segala arahan Firaun selagi mana ia tidak bertentangan dengan syariat. Contoh santai ustaz "jika firaun perintah Asiah buatlah kopi, maka Asiah buat & tidak pula mengatakan kaulah buat sebab kau kan tuhan". Maka perintah yang baik walau dari orang yang jahat wajib taat. Taatlah dalam kerangka Islam demi mendapat syurga Allah SWT.
3. Apabila di dalam dilema dalam membuat keputusan antara mertua/pasangan, maka pendapat manakah yang perlu diraikan?
Jika melibatkan soal halal & haram, maka lihatlah pendapat mana yang lebih tepat dengan syariat. Namun jika tidak melibatkan soal & haram, contoh jika ada 2 kenduri di kampung ibubapa sendiri dan mertua pada hari yang sama, maka ini memerlukan 'ijtihadul fikri'- lihatlah kondisi kenduri itu sejauh mana kepentingannya (kenduri kahwin atau berkhatan?). Juga lihatlah pihak mana yang lebih tasamuh (berlapang dada) dan yang mana lebih sensitif, maka yang lebih sensitif itu mungkin boleh lebih diraikan.
4. Tips berjumpa bakal mertua. Adakah sesuai tinggal serumah dengan ibubapa sendiri atau mertua?
Apabila berjumpa atau berkenalan dengan keluarga baru, maka perlu dijaga adab sepertimana yang telah dianjurkan dalam ajaran Islam, tidak perlu hipokrit, jadilah diri sendiri.
Apabila telah berumahtangga, tidak begitu digalakkan anak yang berkahwin untuk duduk sebumbung bersama ibubapa atau mertuanya kerana 1 kapal tidak boleh ada 2 nakhoda. Sejarah juga menunjukkan Fatimah & Ali, walaupun sehingga terpaksa menggadai baju besi sebagai hantaran nikahnya, namun mereka tidak pernah duduk sebumbung dengan Rasulullah SAW!
5. Selain tuntutan agama, menjaga keturunan, memenuhi tuntutan nafsu secara halal, apakah sebab lain perkahwinan? Mengapa keturunan adalah kedua penting selepas agama?
Misi hidup manusia dijadikan adalah untuk menjadi 'khalifah' di muka bumi ini, maka melalui perkahwinan, pasangan bertindak sebagai 'teman usrah' untuk membantu kita melengkapkan misi tersebut & dalam membina baitul muslim. Keturunan merupakan salah satu kayu ukur yang penting dalam memilih pasangan kerana 'Al-umm madrasatul aulad'. Keturunan yang baik akan melahirkan generasi yang baik. Jika dalam memilih 2 calon yang kedua2nya hebat agamanya, maka pilihlah wanita yang hebat keturunannya.
6. Bagaimana kedudukan seseorang yang ingin berkahwin dengan seorang anak yang tidak sah taraf? Sejauh manakah benar doa anak tidak sah taraf tidak diterima 7 keturunan?
Seorang bayi yang lahir adalah suci bersih di sisi Islam, tanpa mengira statusnya. Malah beliau mungkin bakal ahli syurga jika dididik dalam kerangka Islam yang sebenar. Begitu juga ibubapanya (penzina) itu juga mulia di sisi Allah setelah bertaubat & diterima taubatnya. Allah itu dekat & akan memakbulkan doa sesiapa sahaja termasuklah anak tersebut.
SLOT 2- RUMAHKU SYURGAKU
oleh Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman
SURAH AR-RUM ayat 21
" Dan di antara
tanda-tanda Yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, Bahawa ia menciptakan
untuk kamu (Wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya
kamu bersenang hati * dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami
isteri) perasaan kasih sayang* dan belas kasihan*. Sesungguhnya Yang demikian itu
mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang
Yang berfikir"
* adalah 3 elemen syurga dalam ayat di atas.
Komponen dalam Rahmah
1. Spiritual -
ilmu / halal & haram/ zikir & pedoman/ Redho Allah (tujuan)/ faham konsep taqdir/ikhtiar
2. Emosi -
belaian / pujian berbeza ikut tabiat Suami & Isteri / cemburu yang toleran/ Redho
3. Fizikal
pemakaian/ tempat tinggal/ kebersihan
Tanda2 konflik
1. Tidak berinteraksi
2. Pasangan jadi musuh
3. Tidak boleh kawal emosi
4. Lafaz cerai
Punca Konflik
1. Diri
2. Antara manusia (sumber tidak cukup/ persepsi berbeza/matlamat)
3. Masalah iman
- ego
- cemburu buta
- komitmen luar berlebihan (perlu luangkan waktu berkualiti)
- harapan tinggi terhadap pasangan
(harap pasangan bangun tahajud/ baca AlQuran selalu, tetapi tidak)
- campurtangan orang ketiga
- kebiasaan buruk sebelum berkahwin diteruskan selepas berkahwin
(contoh suka memaki hamun sejak sebelum kahwin, selepas kahwin maki hamun isteri dan beri alasan tidak boleh berubah sebab dah biasa)
- keyakinan diri (terlalu rendah diri - dengan Allah ok tapi dengan manusia perlu berpatutan)
Strategi tangani konflik
1. Kembali suntik matlamat hidup - mardhatillah
2. Wudhuk & solat sunat (yang wajib apatah lagi)
3. Infaq & sedekah
4. Bila berlaku konflik, ambil masa & tunggu sejuk
5. Ikhlas meminta maaf (Istighfar dengan Allah dulu, mohon maaf walaupun mungkin bukan kesalahan kita)
6. Jaga nada & pilih kalimah yang betul pada waktu yang betul
7. Doa & munajat
8. Ambil peluang positif dalam konflik
(kita akan lebih mengenal pasangan melalui pergaduhan)
9. Elak 2 perkara: Pendam & Lupakan (konflik perlu dihadapi bukan dijauhi)
10. Muafakat (win win situation & fahamkan rasional keputusan)
contoh: suami tak suka letak tv di dapur, isteri suka sebab nak tengok panduan masak.
Isteri menang & fahamkan kepada suami justifikasi)
11. Penyesuaian (toleran & hormat keputusan)
12. Bersaing (toleran & buktikan)
contoh: balik rumah sendiri atau rumah mertua..kemudian buktikan rasional keputusan untuk balik rumah sendiri.
Tanggungjawab Suami
1. Beriman (sabar/lemah lembut/ penyayang/ tekun ibadah/ikhlas)
2. Itqan (cekap kenal masalah & solusi. pendengar yang baik, tahu prioriti)
3. Murabbi (inspirasi, teladan, beri kefahaman & ilmu, rancang bawa isteri ke majlis ilmu & sbgnya)
- terutamanya para ustaz, jangan hanya pandai ceramah di luar & gagal di rumah
4. Perlu seimbang
i) Rohani (tujuan hidup, pamer iman, cinta Allah & Rasul, ibadah, awasi dayus & ingatkan nusyuz)
ii) Aqal (ilmu agama, ilmu kehidupan, ilmu kemasyarakatan)
iii) Emosi (jenaka, hadiah, tanya khabar, masa berkualiti)
Tanggungjawab Isteri
Tips mata hati - JANGAN AMBIL MUDAH KIRAAN KEBERKATAN !!!
Rumahtangga yang tidak berkat, walau suami & isteri luang masa 7 hari seminggu tidak cukup, namun rumahtangga yang berkat, walau suami isteri luang masa 2 hari seminggu pun CUKUP.
Apa yang cukup?
1. Waktu cukup - kualiti
2. Belaian cukup - melalui sentuhan & khidmat yang terbaik
3. Asmara cukup
4. Pendapatan cukup & sebagainya....
pastikan segala sumber yang suami bawa balik ke rumah datan dari sumber yang halal & perbuatan dalam setiap pekerjaan itu juga halal (contoh: penjawat awam, walaupun bekerja dengan kerajaan nampak halal, namun jika selalu ponteng kerja, banyak lepak, hasilnya boleh jadi syubhah/ haram)
Tips2 mutiara:
- Jika para isteri sering menganggap cantik itu punca rumahtangga bahagia
'kalau aku tak cantik, maka suami tak sayang'. Si isteri sebenarnya menganggap suaminya bersifat duniawi, maka aura duniawi lah yang akan sampai padanya.
- Jangan berhenti berkenalan dengan pasangan , nescaya anda lebih hangat bercinta. Setiap hari pasti ada benda baru yang akan kita belajar dari pasangan masing2. Manusia sentiasa berubah, maka railah perubahan tersebut.
- Rumahtangga adalah pelaburan yang perlu dimonitor setiap masa
Jika anda beri lebih kurang, maka hasilnya anda akan dapat lebih kurang.
- Kemudi rumahtangga dengan hati, aqal & emosi
(kesemuanya serentak, bukan dengan melebihkan salah satu daripadanya; jika dengan aqal semata, maka banyaklah perkara nakal)
- Fikiran negatif akan menakwil perkara negatif & memberi aura yang negatif juga
contoh: "ooh saya dah gemuk, ooh..saya masak dah tak sedap" fikiran2 sebegini akan mencederakan hati.
- Ketidaksempurnaan adalah rencah dalam rumahtangga.
Contoh ustaz ambil dari sedutan adegan dalam sebuah filem di mana ketika hari pengebumian si suami, selepas semua sahabat suaminya memberi ucapan yang baik2 tentang suaminya. Maka berucaplah si isteri ini, beliau sangat suka mengenangkan momen mereka di atas katil (ramai hadirin yang mula hairan). Di atas katil itu, suaminya itu sangat suka kentut (hadirin bertambah hairan), malah kentutnya sangat kuat sehingga dia sendiri terjaga & berkata 'eh bunyi apa tu??' (maka ketawalah semua yang hadir). Dan saat ini, saya tidak dapat lagi mendengar kentutan itu & saya akan merinduinya....
- Kalkulator rumahtangga jangan terhad berkira-kira perkara fizikal sahaja-
contoh baju tak cukup, tudung tak cantik, rumah sempit, tak cukup perabot & sebagainya).
- Jangan bandingkan milikmu dengan milik orang lain!
contoh ayat 'Bestnya kalau aku boleh dapat suami ustaz macam dia tu juga'
Kedudukan Kewangan
JAUHI : RIBA - JUDI/GHARAR - PENIPUAN DALAM PENDAPATAN
Awas perangkap hutang: Hutang Kahwin - Along - Kad Kredit - Bank Konvensional
Nisbah kemewahan: Total simpanan / Belanja bulanan
Nisbah hutang: Pendapatan bulanan / Jumlah hutang
SLOT 3: TARBIYATUL AULAD
oleh Ustaz Abdul Basit Abdul Rahman
Ciri-ciri Usrah Bahagia
1. Suami/ Isteri ceria
2. Anak yang taat
3. Persekitaran kondusif
Surah At-Tahrim: 6
" Wahai orang-orang Yang beriman!
peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka* Yang bahan-bahan
bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh
malaikat-malaikat Yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada
Allah Dalam Segala Yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap
melakukan Segala Yang diperintahkan."
- ciri-ciri ibubapa yang biarkan anak ke neraka adalah yang membiarkan anak2 tidak solat, tidak menutup aurat & sebagainya
Anak-anak & Pendidikan
1. Cabaran Globalisasi - mengikut takrif Dr Wahbah Az-Zuhaili
"Globalisasi adalah proses di mana barat mahu suruh kita buat apa yang dia buat!"
- contoh pakaian tak patuh syariah
- memperkenalkan makanan segera: hotdog/ burger & sebagainya
- budaya hedonisme: filem, muzik
2. TIGA WAKTU/ TEMPAT sesuai untuk mendidik anak mengikut acuan Nabi:
a) Ketika berjalan atau di dalam kereta
Kaitkan isu di sekeliling dengannya. Hadis riwayat Ibnu Abbas menunjukkan Rasulullah SAW memberi nasihat kepada anak-anaknya ketika di atas kenderaan (unta).
Manusia banyak berkomunikasi dengan 'besi' zaman ini (anak-anak masuk kereta, terus mengadap ipad. Elakkan teknologi ini, guna peluang ini untuk mendidik anak tentang pelbagai perkara.
b) Waktu makan
Mafhum Hadis riwayat Bukhari & Muslim: ketika Nabi melihat seorang kanak-kanak mengambil makanan, baginda bersabda "Wahai anak, sebut nama Allah, makan tangan kanan & ambillah yang paling dekat dahulu"
c) Waktu anak sakit
Ketika Nabi menziarahi anak seorang Yahudi yang sedang sakit, Rasul menyebut 'aslim' - masuklah Islam. Anak itu kemudiannya masuk Islam setelah ayahnya setuju & meninggal dunia. Lalu Nabi menyebut "Syukur kepada Allah yang telah menyelamatkannya dari api neraka"
3. Berlaku ADIL
- anak2 yang pandai & kurang pandai jangan dibeza-bezakan
- ibrah dari Surah Yusuf **
** (( perkongsian penulis ketika mendengar slot Ibrah di Ikim fm 18/02/2013 'ibrah Surah Yusuf' bersama Ustaz Shaari. Mengapa Surah Yusuf Best? kerana ia adalah surah yang:
1. Mudah Faham
2. Lengkap (kisah Nabi Yusuf dari kecil hingga menjadi Raja)
3. Motivasi (untuk mereka yang pernah Dipulau, Difitnah, Dipenjara)
4. Isu Kekeluargaan (pilih kasih terhadap anak2, panggilan Nabi terhadap bapanya adalah SAMA semasa baginda kecil & ketika menjadi Raja- rujuk ayat 4 & ayat 100 - 'ya abati'= bermaksud hormatnya tetap sama walaupun sudah memiliki kuasa paling tinggi, Raja Mesir ketika itu ))
4. Beri istijabah li huquq at-tifl (hak anak-anak)
- beri sentuhan, belaian (pegang, usap, sentuh dia setelah balik kerja walaupun penat)
- Mafhum hadis, Nabi pernah minta izin dari kanak-kanak untuk beri air kepada orang tua dahulu
(ibrah: Nabi tunjuk hormat pada kanak-kanak tapi zaman ini orang2 dewasa di masjid terutamanya tidak sedemikian, anak-anak sering dihalau, dimarahi)
- Kisah Imam Abu Hanifah yang menegur seorang kanak-kanak untuk berhati2 bimbang akan terjatuh ke dalam lubang. Namun kanak2 itu menjawab dia yang bimbang jika imam sendiri yang 'jatuh ke dalam lubang'. Sejak peristiwa ditegur oleh kanak-kanak itu, beliau menjadi lebih berhati-hati dalam membuat keputusan.
5. Ibubapa perlu jauh/ elak sifat negatif
- Anak2 sering diingatkan untuk tidak mendengar apa orang tua2 cakap (mengata). Bagaimana mereka tidak dengar sedangkan kita bercakap di hadapan mereka
6. Pastikan pakaian anak-anak patuh syariah
7. Menjauhi pergaulan bebas (ikhtilat)
8. Makanan haram - hukum/zat
Amalan harian Muslim
1. Solat Fardhu 5x
2. Baca & kaji AlQuran
3. Solat2 sunat
4. Zikir Allah - Alma'thurat, Tahmid
5. Zikr AlMaut- ingat mati
6. Cari rezeki halal
SLOT 4: BERCINTA SAMPAI SYURGA
bersama Ustazah Isfadiah & Ustaz Muhidin
SLOT 5: SHARING MOMENT bersama Ibu Wiwi
Ibu Wiwi berkongsi bagaimana beliau bertemu jodoh dengan bapak Mutammimul Ula. MasyaAllah!! Ibu ngak kenal langsung bapak ketika dirisik..Jam 7.00 pagi bapak datang merisik, langsung di ijab kabulkan jam 4.00 petang hari yang sama dengan maharnya kitab tafsir 30 juz' Hamka..Kitab itulah yang menjadi inspirasi ibu untuk membesarkan anak-anak dalam suasana Al-Quran..Kedua-duanya aktivis dakwah yang hebat..MasyaAllah!!
Pesan ibu lagi ""Aktifkan diri dalam lapangan dakwah..Do the best dalam apa jua bidang..Biar kita mati nanti mampu jawab di hadapan Allah dan anak-anak cucu kita juga tidak merungut nanti jahilnya mereka kerana nenek moyang mereka tidak berbuat apa-apa..Jangan tinggalkan jalan perjuangan.."
Sumber- Blogger lain (senarai pautan di link bawah entri)
◦
“Mulai dari bayi jadikan setiap detiknya berarti untuk masa depan yang penuh
arti.”
◦
“Jadikan membaca Al-Quran sebagai satu hobi dalam kehidupan.”
◦
“Al-Quran akan menjadikan hidup kita lebih ‘hidup’.”
◦
“Allah akan bantu hambanya yang taat suruhan Nya.”
Ibu Wiri dan suaminya mempunyai 10 anak yang kesemuanya mampu untuk menghafaz 30 juz Al-Quran dalam usia yang muda. Mereka ini daripada Indonesia dan pasangan suami isteri ini sangat aktif dalam program sukarelawan. Ada diantara anak mereka sedang berlajar di UIA.
Antara tips beliau:
Masa mengandung, selalu dengarkan bayi di dalam kandungan dengan ayat-ayat Al-Quran.
Semasa membesarkan anak-anak dirumah, beliau akan mengajar anak-anak 10 perkataan arab sehari, menghafal maksud surah-surah, kurangkan tengok tv dari kecil, ada perjanjian untuk tgk tv, berapa lama dan nak tengok rancangan apa...rumah mereka terlalu banyak buku kerana setiap bulan Ibu Wiri akan membawa anak-anaknya membeli bahan bacaan sehinggakan kesemua daripada mereka berkaca mata-kesan daripada pembacaan yang banyak dan lama (gurauan Ibu Wiri)
Jika anak-anak yang masih kecil bertanya: Kenapa saya perlu menghafal Al-Quran?
Kerana menghafal A-Quran menjadikan hidup lebih bagus dan baik.
Dengarkan: Bacaan AlQuran anak Ibu Wirianingsih ketika Seminar Baitul Muslim 2.0
Beberapa pesanan & nasihat Ibu tadi sebelum berpisah " Teruskan berdakwah. Istiqamah dan banyakkan bersabar. Pastikan Islam tertegak.."
"Memang Baitul Muslim harus terus di upayakan, di syiarkan, terus direalisasikan di seluruh wilayah, daerah agar terus tumbuh keluarga-keluarga muslim yang hebat sehingga lahir kelak generasi yang benar, sedar dan pintar di bawah naungan Allah.Mudah-mudahan semuanya istiqamah dan mhon juga doakan kami agar kami juga terus istiqamah dan moga kita semua menjadi penjaga-penjaga Al-Quran..Ma'assalamah.."
Dan bapak Mutammimul Ula pula berpesan dengan membaca kepada kami 2 potong ayat Quran dari surah Al-Hasyr ayat 18 & 19.
( seminar hari pertama - sumber gambar2: facebook Oneheart):
Perkongsian berita/ dapatan Seminar Baitul Muslim 2.0 dari media/ blogger:
1) http://harianislam.com/2013/02/17/sekitar-hari-pertama-seminar-baitul-muslim-2-0/
2) http://kucingbiruprecious.blogspot.com/2013/02/2-hari-penat-dibalas-ilmu-yang-tidak.html
3) http://cetusanhati.com/info-and-articles/bazir-itu-adat-vs-budaya-baru-majlis-kahwin
4) http://oyasayang.blogspot.com/2013/02/baitul-muslim-20-sangat-bermanafaat.html
Dan banyak lagi dalam Facebook Oneheartsolution
Tautan video:
Persembahan Tuan Amin Idris:
http://www.youtube.com/watch?v=ZPDb546d0QU&feature=youtu.be
Persembahan Kaligrafi Imad:
http://www.youtube.com/watch?v=adKpXxL1hUA
Bacaan AlQuran anak Ibu Wiwi:
http://www.youtube.com/watch?v=x8c4TKW0jFA&feature=youtu.be
Hari yang sangat bermakna...
Syukur ke hadrat Ilahi atas hidayahNya membuka ruang & peluang, tiada kata bisa terungkap kepada suami tercinta yang turut sudi menimba ilmu bersama..moga kita dibimbing Allah dengan kompas iman & taqwa dan semakin cekap mengemudi 'kapal' di kala tenang & bergelora..
Jutaan terima kasih & setinggi tahniah kepada semua yang terlibat menjayakan program hebat lagi sarat maklumat ini. Terutamanya gabungan tenaga kreatif minda kelas pertama adik-adik Oneheart Creative Solution..hanya Allah SWT yang mampu membalas usaha keras kalian..
Moga kita semua terus kekal berpegang pada Kalamullah & Sunnah...in syaa Allah!
No comments:
Post a Comment