Rujukan: KITAB FIQH MAZHAB SYAFIE - Pustaka Salam Sdn Bhd
Tajuk: MANDI - HUKUM DAN JENISNYA (ms 86)
Berikut sekadar intipati isi yang disampaikan oleh Alfadhilah Ustazah mengikut silibus di dalam kitab Fiqh Mazhab Syafie. Namun mengikuti kelas secara langsung dengan penerangan & contoh2 yang jelas akan meningkatkan lagi mutu pemahaman seseorang ke atas persoalan fiqh yang sangat luas bentuk & keadaannya. Walaubagaimanapun, diharapkan sedikit sebanyak dapatan ini dapat difahami dan memberi manfaat dalam kita menjalani kehidupan harian, in syaa Allah.
Takrif Mandi
Bahasa : Mengalirkan air ke atas
apa sahaja benda
Syarak : Mengalirkan air ke atas
badan dengan niat yang tertentu
Pensyariatan
AlQuran
Surah AlBaqarah ayat 222:
" Sesungguhnya Allah kasih kepada orang-orang yang suka bertaubat & bersih"
Hadis
Riwayat AlBukhari (85) dan Muslim 9849) daripada Abu Hurairah ra bahawa dia berkata:
“Menjadi tanggungjawab ke atas setiap orang Islam untuk mandi sehari dalam tujuh hari; dia membasuh kepala & tubuh badannya”
-
Dalam seminggu, sekurang2nya sekali wajib basuh
kepala. Sunnahnya dibasuh pada hari Jumaat !!!
Hikmah Mandi
- Mendapat pahala
“Bersuci separuh daripada iman”
Imam Muslim 222
- Menghasilkan kebersihan
AlBukhari 861 & Muslim 847 telah diriwayatkan
daripada Aisyah ra berkata –
"Orang ramai banyak melakukan kerja dan mereka
tidak mempunyai pembantu dan keluar dari mereka bau yang busuk, lalu dikatakan
kepada mereka. Sekiranya kamu mandi pada hari Jumaat maka itu adalah lebih baik”
- Menghasilkan kecergasan
-
Ibubapa harus melatih anak2 untuk mandi bermula
dari kecil
(Bagi anak yang sudah boleh
mandi sendiri, ibubapa perlu audit sekurang2nya 2-3 kali seminggu bagi
memastikan air benar2 melalui seluruh anggota badan & diyakini bersih)
-
Gosok gigi: air liur basi sebenarnya berasal
dari perut. Maka air liur yang terhasil wajib dibersihkan dengan menggosok gigi
sehingga hilang rasa, bau & warnanya.
-
Kisah Sayidina Umar didatangi seorang isteri
yang tidak tahan dengan sifat pengotor & selekeh suaminya hingga memohon
cerai. Maka Sayidina Umar mohon agar ditinggalkan suami itu kepadanya. Suami
tersebut dibersihkan & dirapikan hingga kelihatan sangat menawan. Isteri itu
selepas beberapa hari datang kepada
Say.Umar dan menyatakan masih ingin bercerai. Namun berubah fikiran serta merta
apabila melihat suaminya yang telah berubah itu. Maka kisah ini memberi teladan bahawasanya
kebersihan sangat penting untuk dijaga.
BAHAGIAN MANDI
- MANDI YANG DIWAJIBKAN
Takrif: Mandi yang diwajibkan berlaku apabila berlaku perkara2 yang
mewajibkan mandi, maka ibadat yang memerlukan kepada bersuci tidak sah
dilakukan tanpanya (mandi).
Sebab-sebab mewajibkan mandi:
- JANABAH
- HAID
- MELAHIRKAN ANAK (WILADAH)
- MATI
1.
JANABAH
Takrif Janabah:
Bahasa- Jauh
Syara’ – Mani yang memancut/ Jima’ (persetubuhan)
Sebab2 Janabah:
- Keluar mani daripada lelaki atau perempuan dengan apa sebab sekalipun; bermimpi, berseronok, melihat atau berfikir.
- Bersetubuh walaupun tanpa keluar mani
Perkara2 yang diharamkan
disebabkan janabah:
- Sembahyang fardhu atau sunat
- Tinggal dan duduk dalam masjid
- Tawaf mengelilingi kaabah
- Membaca AlQuran
- Menyentuh AlQuran, menangguung atau menyentuh kertas dan kulitnya atau membawanya dalam bekas plastic atau peti.
2.
HAID
Takrif:
Bahasa- Mengalir
Syara’ – Darah tab’ie (semulajadi) yang disebabkan oleh sifat-sifat
atau tabiat yang selamat (normal) yang keluar dari pangkal rahim perempuan
selepas ia baligh dengan cara yang betul dan pada waktu tertentu.
Umur baligh:
Maksud baligh- apabila seseorang lelaku atau perempuan sampai pada
tahap umur tertentu, maka dia menjadi orang yang layak menerima taklif yang
ditentukan oleh syarak seperti sembahyang, puasa, haji dan lain2.
Tahap baligh ditentukan beberapa perkara:
- Mimpi keluarnya mani; samada lelaki atau perempuan
- Melihat darah haid (perempuan- apabila mencapai umur 9tahun Qamariah, menurut bulan Islam)
- Berumur 15tahun berdasarkan tahun Qamariah. Keadaan ini diambil kira apabila tidak berlaku mimpi atau keluar haid.
Tempoh haid:
- Minimum : 1 hari 1 malam
- Maksimum : 15 hari 15 malam
- Biasa : 6-7 hari
Para ibu harus bersedia menerangkan tentang haid kepada anak perempuan seawal usia mereka 9 tahun lagi supaya dia & kita sudah bersedia menghadapi saat2 tersebut...
No comments:
Post a Comment