Thursday 7 February 2013

Misi Peduli Dengan Memberi '13

Bermula Januari 2013, misi mengumpul barangan/ pakaian terpakai mula dihebahkan. Pada asalnya, pakaian tersebut diminta oleh beberapa NGO/ Persatuan untuk diagihkan kepada sasaran mereka. Lalu misi diperluaskan hebahannya untuk diberikan kepada sasaran yang lebih ramai melibatkan beberapa lokasi (gelandangan/ kanak2/remaja/wanita/ di Rumah2 Perlindungan & asnaf zakat). Alhamdulillah, sumbangan luar jangkaan diterima dari pelbagai pihak terutamanya dari bahagian-bahagian & masjid dibawah JAWI...



Barang2/ Pakaian diterima dikumpul terlebih dahulu






Barang2/ Pakaian tersebut kemudian dikelaskan mengikut kategori (Dewasa Lelaki/ Wanita/ Remaja & Kanak2) & kumpulan sasaran








Barang2/ Pakaian2 yang telah selesai dikelaskan..





Lokasi ke 2 Misi ini dijalankan- Rumah Psiaku Azwar - Persatuan Sokongan Keluarga & Anak2 Kritikal Upaya Terlantar  AKUKT (Lokasi yang pertama-kepada Gelandangan dalam Sambutan Maulidur Rasul 25 Jan 2013 yang lalu)

Bagi yang ingin menyumbang..amatlah dialu-alukan bagi meringankan beban mereka...

Sharing moment bersama Kak Sarah (Founder of Psiaku Azwar)


Kak Sarah & Tim Misi Peduli...


 Banyak kisah menarik yang sempat dikongsi Kak Sarah:

Kebanyakkan faktor yang menyumbang kepada mendapat zuriat AKUKT/ OKU ialah 
  • Keturunan (kebanyakkan kahwin sepupu)
  • Ibu mengalami demam panas semasa hamil
  • Anak mengalami sawan 
  • Risiko selepas pembedahan
Beliau turut berkongsi kisah seorang penghuni rumah ini yang merupakan mangsa suami yang tidak bertanggungjawab (merogol anak kandung sendiri & membuang isteri)...Sungguh! Tidak pasti jika masih ada nilai manusiawi dalam diri orang2 sebegini...Moga isteri & anak itu diberi kekuatan & ketabahan menghadapi ujian yang sangat hebat ini..Doa buat suami @ ayah itu (jika masih boleh digelar begitu) agar segera insaf & diberi hidayah dari Ilahi...

** JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PENYUMBANG & BAGI YANG INGIN MENYUMBANG, BOLEH BERHUBUNG TERUS DENGAN:

Cawangan Hadharah & Kefahaman Islam
Bahagian Pengurusan Dakwah
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
Tingkat 5 Barat, Kompleks Pusat Islam
Jalan Perdana, 50676 Kuala Lumpur
Tel: 03-2274 9333 (Samb 1507/1520/1516)
Fax: 03-2272 5245
Emel: dakwah@jawi.gov.my

No comments:

Post a Comment