Kitab Fiqh Mazhab Syafie Pustaka Salam.
oleh Y.Bhg Ustazah Nor Hafizah Musa..08 Mac 2013 @ 12.00 pm - 1.30 pm
Lihat pengisian kelas terdahulu:
Darah Istihadhah
- Makna= darah yang keluar dari satu urat yang terletak di bawah rahim yang dikenali dengan al-'aazil
- Darah ini membatalkan wudhuk tetapi tidak mewajibkan perempuan tersebut mandi dan tidak wajib meninggalkan sembahyang serta puasa. Oleh itu, perempuan yang keluar darah tersebut hendaklah membasuhnya, mengikat/ membalut tempat keluarnya dan hendaklah berwudhuk setiap kali hendak sembahyang fardhu.
Dalil:
Abu Daud (286) dan lainnya telah meriwayatkan daripada Fatimah binti Hubaisy:
"Dia telah keluar darah istihadhah, lalu Nabi SAW bersabda daripadanya: Sekiranya ia darah haid, maka ia akan berwarna hitam yang biasa dikenali oleh orang perempuan. Jika ia bersifat demikian, maka jangan kamu bersembahyang dan jika tidak bersifat begitu, maka berwudhuk dan sembahyanglah, sesungguhnya ia adalah darah penyakit"
- Ustazah mengingatkan bahawasanya antara punca istihadhah & keguguran bagi wanita yang mengandung ialah kerana gemar berada di dalam bilik air/tandas ketika azan berkemundang. Amalan ini memudahkan para iblis & syaitan melakukan misinya memberi penyakit kepada anak2 Adam. Maka bersegeralah untuk masuk ke bilik air sebelum azan, atau jika tidak, selepas berakhirnya azan.
- Amalkan membaca doa berikut (seperti yang diajar Nabi kepada Hasan & Husin untuk perlindungan dari iblis & syaitan) :
- Terutamanya bagi para ibu, amalkan juga membaca doa/zikir berikut setiap pagi & petang. Moga kebergantungan kita dapat diletakkan sepenuhnya pada Allah SWT:
Perkara-perkara yang diharamkan ketika HAID:
1. Sembahyang/ Solat - berdasarkan hadith di atas
2. Membaca AlQuran, menyentuh & menanggungnya
(sama seperti perkara2 yang diharamkan ketika berjunub - rujuk ms 4 & 5)
3. Tinggal dalam masjid
- walaubagaimanapun, tidak haram melintasinya. Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Muslim (298) dan lainnya daripada Aisyah ra bahawa dia berkata: Rasulullah SAW telah bersabda kepadaku: " Ambilkan untukku sejadah di masjid. Lalu aku berkata: Sesungguhnya aku dalam keadaan haid. Sabda Rasulullah: Sesungguhnya haidmu itu bukannya di tanganmu"
4. Tawaf
5. Melintasi masjid & melaluinya apabila dibimbangi mencemarkan masjid
- Ini kerana darah adalah najis dan haram mencemarkannya dengan najis & lain2 kotoran. Sekiranya ia selamat daripada mengotorinya maka halal baginya melintasi masjid sebagaimana yang telah anda ketahui.
- Bagi pasangan yang ingin bernikah di dalam ruang solat, amat penting untuk mengetahui tarikh kedatangan haid bagi mengelakkan berada di kawasan tersebut semasa dalam keadaan kotor.
6. Berpuasa
Samada puasa fardhu atau sunat.
Dalil riwayat AlBukhari (298) dan Muslim (80) daripada Abi Said ra:
"Rasulullah SAW bersabda mengenai perempuan dan Baginda ditanya tentang makna kekurangan agama orang perempuan. Baginda bersabda: Tidakkah apabila dia berhaid, ia tidak bersembahyang dan tidak berpuasa"
- Hukum ini telah menjadi ijmak para ulamak. Perempuan yang haid hendaklah mengqadak kembali puasanya setelah suci dan dia tidak wajib mengqadak solat.
"Aku bertanya Aisyah ra: Mengapa perempuan yang haid dikehendaki mengqadak puasa dan tidak perlu mengqadak sembahyang? Aisyah menjawab: Kami telah didatangi haid ketika bersama-sama dengan Rasulullah SAW lalu Rasulullah SAW memerintahkan kami mengqadak puasa dan tidak menyuruh kami mengqadak sembahyang"
- Antara hikmatnya: sembahyang itu banyak (berulang2 5x sehari) maka ia akan membeban & menyusahkan jika diperintah supaya mengqadakannya. Berlainan dengan puasa (hanya sebulan dalam setahun)
7. Melakukan persetubuhan
Ini termasuk berseronok dan bergaul dengan isteri pada kawasan antara pusat & lutut.
Firman Allah SWT dalam Surah AlBaqarah ayat 222:
"Maka hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haid (tidak menyetubuhinya) dan jangan kamu menghampiri mereka sehinggan mereka suci. Apabila mereka suci, maka setubuhilah mereka pada tempat yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu"
Abu Daud telah meriwayatkan daripada Abdullah bin Saad ra.:
"Dia telah bertanya Rasulullah SAW: Apakah yang dibenarkan aku lakukan terhadap isteriku ketika dia dalam keadaan haid. Jawab Rasulullah SAW, bagi kamu yang di atas daripada kain sarung"
-Kain sarung ialah pakaian yang menutup pertengahan badan dan di bawahnya iaitu kebiasaan antara pusat & lutut.
- terdapat kajian mengatakan "pasangan yang bersebutuh dalam keadaan tidak suci, dikhuatir anak yang lahir hasil dari perhubungan tersebut adalah khunsa"
Sebab Ke-3 Mandi:
BERANAK
Takrif: Melahirkan apa yang ada dalam kandungan. Kadang2 ia berlaku dalam keadaan darah tidak keluar sebaik sahaja keluar anak. Oleh itu, ketika itu ia dihukum sebagai orang yang berjunub kerana anak itu adalah hasil daripada air mani perempuan & lelaki. Hukum tetap tidak berbeza walaupun cara kandungan itu dilahirkan agak berbeza.
Apabila darah keluar selepas keluarnya anak- kebiasaannya darah yang keluar dikenali sebagai darah nifas.
NIFAS
Takrif:
Bahasa - beranak
Syarak - darah yang keluar selepas beranak. Ia dinamakan nifas kerana ia keluar selepas keluarnya nafs (iaitu jiwa) dan perempuan tersebut dipanggil nufasa'.
- Manakala darah yang keluar ketika sakit hendak bersalin atau bersama dengan keluarnya anak tidak dianggap sebagai darah nifas kerana ia mendahului anak ketika keluar, bahkan darah tersebut dianggap sebagai darah yang rosak/ kotor. Oleh kerana itu wajib ke atasnya bersembahyang ketika sakit hendak bersalin walaupun ia melihat darah keluar. Sekiranya dia tidak mampu untuk bersembahyang maka dia wajib mengqadakkannya.
Tempoh nifas:
Min: satu lahzoh (satu ketika sahaja)
Max: 60 hari
Biasa: 40 hari
- Darah yang keluar selepas tempoh ini dianggap istihadhoh (penyakit). Kaedah yang digunakan dalam menentukan tempoh ini adalah al-istiqra' ** sebagaimana yang telah diketahui ketika menentukan haid.
** Berdasarkan kebiasaan/ pengalaman sebelum ini. Setiap wanita wajib mengenal bentuk/sifat/warna/ bau darah kita untuk mudah membezakan darah haid/ nifas/ istihadhah atau lain2.
Apabila kiraan haid/istihadah tidak menentu, maka kaedah al-istiqra' amat penting untuk digunapakai.
Tempoh mengandung:
Min: 6 bulan
Biasa: 9 bulan
Max: 4 tahun (seperti yang berlaku ketika ibu Imam Syafi'e mengandungkannya)
Waktu mandi:
Pendapat jumhur mengatakan mandi wiladah (beranak) boleh diniatkan bersekali dengan mandi suci daripada nifas. Maksudnya, tidak perlu mandi wiladah setelah melahirkan sedangkan darah nifas masih ada. Maka, seorang wanita hanya perlu mandi setelah kering darah nifasnya dengan niat 'mandi wiladah & nifas' bersekali.
No comments:
Post a Comment