Saturday, 30 November 2013

Kolokium Fiqh Dakwah Media Baru 2013


Tarikh: 30 November 2013
Tempat: Auditorium Syafie, ILIM


Fiqh Media Baru: Ustazah Google vs Ustaz Youtube
oleh Ustaz Muhamad Faisal Asha’ari (UKM)

- Kita menentukan maklumat apa yg disampaikan
- Overload information: perlu ditapis...

Internet
• Perlu ditangani dengan HIKMAH
• NARROW-CASTING – audience tertentu

ISLAM: ONLINE & OFFLINE
- Islam Offline: Old Media
o Sources (AlQuran & AlHadith)
- Islam Online : New Media
o Sources AlQuran AlHadith
Digitilization

THE FUTURE OF ISLAM

 
- Rising up the LITERALIST
o 587 Islamic Arabic websites
o http:www.sultan.org/ - 25% owned by Ulama from Middle East
o Bila menulis..berdasarkan nas yang jelas supaya tidak membawa pertikaian x berkesudahan

- Welcomed by LIBERALIST
o Suka ambil pandangan yang sesuai dengan interest mereka, tidak ambil pandangan ulamak yang tertutup dan jumud pada mereka

- Rising up of new class of Islamic interpreters
o ICT would break intellectual monopolies
o Allow user to communicate interactively in public
o Sikap suka share,tidak perlu selidik & sekadar share, suka pada kontroversi
o Golongan kumpulan pertengahan, ijazah, elit tertentu – pendekatan & pemahaman berbeza golongan di pedalaman
o Aliran baru ini akan membawa Islam di Malaysia lebih dinamik. Sekiranya pihak berkuasa guna pendekatan Tradisional, agak bermasalah (suka merujuk pandangan, hanya beri pandangan tanpa alas an). Tidak boleh treat golongan ini sama seperti treat golongan bandar – Golongan ini perlu diberi penjelasan lebih lanjut, dengan justifikasi supaya tidak timbulkan sebarang pertanyaan dan kekeliruan

- Future of Islam for us to think...
o Future of Islam designed by the computer literacy?
o Role of Ulama gradually eliminated by the internet?

Friday, 29 November 2013

Gaji oh Gaji!

Sedikit renungan untuk kita muhasabah bersama.

Alhamdulillah, sudah 4 hari kita mendapat gaji untuk bulan ini. Sibuk membayar hutang dan membeli itu dan ini.
Namun pernahkah di antara kita melakukan amalan seperti yang dikisahkan dalam cerita ini. Ayuh sama-sama kita hayati:-

Terkesan dengan kisah seorang tukang kebun yang hanya berpendapatan RM450.00 sebulan
tetapi mampu membesarkan bukan 2,4,6 tapi 8 orang anak!!
Kesemuanya sangat berjaya akademik malah soleh & solehah..masya'Allah tabarakallah

Apabila ditanya ustaz apa rahsia amalan beliau..tukang kebun ini berkata biasa-biasa sahaja, tidak ada apa yang luar biasa.

Hanya menjadi kewajipan beliau, setelah beratur mengambil gaji segera beliau ke surau untuk SUJUD SYUKUR!

Dan yang paling menyentuh emosi, setelah didesak lagi berkongsi amalannya, dengan begitu malu-malu beliau berkata:

"Ustaz...setiap helai not RM50 gaji saya itu, akan saya cium setiap helai, satu persatu, bersama doa:


Ya Allah..aku bersyukur..dengan duit inilah aku dapat beli rumah..
Ya Allah...aku bersyukur..
dengan duit ini dapat beri rezeki pada isteri & anak-anak..
Ya Allah...dengan rezeki-Mu inilah aku dapat besarkan mereka....
Ya Allah...dengan rezekiMu inilah aku dapat sekolahkan mereka...."

Subhanallah!
Setiap not- ciuman & doa..amalan ini dilakukan setiap bulan, setiap kali dapat gaji!
Dan ia hanyalah sekadar 9 keping not RM50.00!!!

Allah ya Allah...
Mungkin rutin kerjanya setiap hari bermain dengan sampah tetapi dalam hidupnya Allah campakkan barakah,
rezeki yang berkat, isteri yang taat, zuriat yang hebat!!!

Jom periksa bagaimana reaksi kita setiap kali dapat gaji?
Sering meratus, merungut-rungut tidak cukup atau tidak henti-henti melafazkan & menterjemahkan syukur??

Perkongsian dari Rancangan
J.O.M Jalan Orang Mukmin 15112013 @ Tv9 yang disampaikan Y.Bhg Ustaz Zul Ramli M.Ghazali

(status fb pada 15112013)

Tuesday, 26 November 2013

Perkongsian Bicara Hijrah 26112013: Aku yang dulu, bukanlah yang sekarang


Perkongsian Bicara Hijrah:
« Aku yang dulu, bukanlah yang sekarang »

1. Berubahlah berdasarkan ILMU
nak solat,nak tutup aurat lebih sempurna & mantap..perlu ada ilmu bukan sekadar niat nak berubah

Hadirilah majlis ilmu sebanyak mungkin..
Anjurkanlah majlis ilmu sekerap mungkin..

2. Dengan siapa kita BERKAWAN??
'Saya pergi ceramah sebab kawan ajak..."
[Seseorang berdasarkan amalan kawan rapat dia] Hadis
- Berkawanlah dengan orang baik umpama dengan penjual minyak wangi..sentiasa harum
- Berkawan dengan yang tidak baik, umpama kawan dengan si tukang besi...sedikit sebanyak akan terkena percikan api
Lelaki...nak berhenti rokok?? Tapi masih berkawan dengan perokok juga...
Perempuan..nak tutup aurat tapi kawan ejek macam ustazah...mak haji..
Tak mengapa buat sahaja...
Pergi sahaja majlis ilmu bila kawan ajak walaupun tak ikhlas...

Friday, 22 November 2013

Perkongsian sangat menarik: Cara Delete Akaun Facebook orang yang telah meninggal dunia


Bacaan lanjut & proses boleh didapati di:

http://khairulzamri.com/cara-delete-akaun-facebook-orang-telah-meninggal-dunia/

Wednesday, 6 November 2013

Sepetang bersama Chef Ammar

Karnival Mini Maal Hijrah1435H
1 Muharram 1435H/ 5 November 2013M @ Masjid Al-Muhsinin,  Taman Desa



Tips menarik dari Chef:

1- "Saya makan hentam saja semua. Yang penting jangan makan banyak-banyak.
Banyak makan yang sunnah seperti minyak zaitun dan habatussauda'. "

2- "Amalkan makan separuh bawang putih, kunyah kalau boleh atau telan saja dengan air. Its good for our stomach and blood circulation. Dah selesa, boleh cuba 3x sehari..itu yang paling baik"




3. Dakwah bilhal beliau- sebut apa saja kalimah yang ada nama Allah di dalamnya setiap kali mengacau atau memasukkan bahan2 ke dalam masakan. (Bismillah..Subhanallah)

Sambil memasak, chef bercerita...

"Saya pernah ditawarkan membuka restoran arab di Putrajaya tanpa dikenakan sewa selama 2 tahun. Tapi saya tolak sebab kalau saya ada restoran, saya akan lama di sana dan tak dapat berdakwah sana sini macam ni.

Pernah seorang peniaga datang kepada saya memberitahu yang perniagaan restoran Arabnya agak perlahan. Dia hanya boleh masak 3 jenis nasi dalam masa 8 jam!
Bila saya melihat dia masak di rumahnya, saya kata ini banyak yang tak betul.
"Tapi chef, orang Arab la ajar saya ni!" "Takpa, saya pun orang Arab juga, saya boleh ajar kamu, satu jenis nasi untuk 10kg beras dalam masa 45minit. Kalau saya lambat dari tu, saya ajar ni for free. Lalu saya ajar dia 5 jenis nasi dengan bayaran yang agak mahal orang tu bayar servis saya tu. Tapi alhamdulillah lepas 2/3 bulan dia dapat balik modal khidmat saya itu dan sekarang perniagaannya sangat maju, alhamdulillah."

Subhanallah...banyak ilmu yang dikutip walau hanya sekadar sejam lebih menyaksikan demo masakan beliau. Di akhirnya setiap dari kami dapat merasai kelazatan nasi mandy kambing ini, alhamdulillah masya'Allah tabarakallah!

Tahniah kepada seluruh ahli jawatankuasa masjid yang menjayakan program ini.
Moga diganjari Allah segala usaha.


Suka tak suka tak??
Sukaaaa sangat...:) 



Lagi gambar @ fb Sepetang Bersama Chef Ammar