Tuesday, 26 November 2013
Perkongsian Bicara Hijrah 26112013: Aku yang dulu, bukanlah yang sekarang
Perkongsian Bicara Hijrah:
« Aku yang dulu, bukanlah yang sekarang »
1. Berubahlah berdasarkan ILMU
nak solat,nak tutup aurat lebih sempurna & mantap..perlu ada ilmu bukan sekadar niat nak berubah
Hadirilah majlis ilmu sebanyak mungkin..
Anjurkanlah majlis ilmu sekerap mungkin..
2. Dengan siapa kita BERKAWAN??
'Saya pergi ceramah sebab kawan ajak..."
[Seseorang berdasarkan amalan kawan rapat dia] Hadis
- Berkawanlah dengan orang baik umpama dengan penjual minyak wangi..sentiasa harum
- Berkawan dengan yang tidak baik, umpama kawan dengan si tukang besi...sedikit sebanyak akan terkena percikan api
Lelaki...nak berhenti rokok?? Tapi masih berkawan dengan perokok juga...
Perempuan..nak tutup aurat tapi kawan ejek macam ustazah...mak haji..
Tak mengapa buat sahaja...
Pergi sahaja majlis ilmu bila kawan ajak walaupun tak ikhlas...
Ibu bapa yang berjaya & hebat....
kalau anak remaja berkongsi masalah peribadi dengan ibu bapa..
'Ada boyfriend bagi tau kawan...tak bagi tau mak..'-
Ini tidak baik. Kawan penting kerana beri pengaruh besar.
Yang lebih teruk, mengadu di laman sosial..
Siapa grup wassap kita? Apa yang disembangkan??
Grup2 yang mengarut...left sahaja...
Join grup yang sering ingatkan kita untuk jadi baik dan sentiasa bawa kita ke arah kebaikan...
Putuskan silaturrahim??
Jika kawan itu melalaikan diri dari tak solat...asyik ajak karaoke..amalkan rasuah...
kawan sebegitu tidak memaknai silaturrahim..
Sekarang....berkawanlah dengan kawan-kawan yang ingatkan kita pada agama...
3. Banyakkan DOA pada Allah [ad-Du'a silahul mukmin] ..
Mintalah dengan laras bahasa yang kita selesa dan biasa...
Melayu? Jawa? Tamil? Cina? Apa sahaja yang mendatangkan 'rasa' pada kita...
Mengadu masalah pada Allah adalah untuk menimbulkan jiwa hamba...
' Ya Allah anak2 ku nakai sangat ya Allah...lembutkanlah hati2 depa Allah...'
'Ya Allah aku tutup aurat pi opis...tapi sidai kain kat rumah aku tak pakai pulak..'
'Ya Allah aku mai ceramah rasa nak berubah..tapi lepaih tu buat jahat ngata orang serupa tu jugak...bagi la aku istiqamah ya Allah'
Perubahan jangan buat serentak..
Biar slow and steady...
Jangan terus malam ni buat tahajjud 20 rakaat..
Tapi jangan pula nak solat fardhu 3 waktu dulu..nak tutup aurat pakai skirt labuh bawah lutut skit je dulu..yang wajib..tak boleh beransur2!
Sewajarnya...kalau dulu sebulan sekali satu majlis ilmu tapi sekarang berazam untuk hadir 2 kali atau lebih...
Ungkapan motivasi hebat ketika peristiwa hijrah..
ketika Rasulullah berbaring atas riba Sayidina Abu Bakar bapa mertuanya..
Datang hulubalang Abu Jahal nak bunuh..
Ketika itu Abu Bakar sangat sedih dan takut..
(Bila isteri nak berubah..suami perli..Bila nak berubah di pejabat..kawan2 perli)
Nabi pesan bacalah....Surah At- Taubah ayat 40...
terutamanya ayat di hujung:
< " La tahzan innallaha ma'ana" >
Jangan bersedih...Sesungguhnya Allah bersama kita...
Banyak cabaran dalam proses jadi baik..in syaa Allah Allah akan beri kekuatan!
Jazakallah Alfadhil Ustaz Syed Mohd Norhisyam al-Idrus
atas ilmu yang amat bermanfaat pagi tadi dalam Sambutan Maal Hijrah 1435H/ 26 Nov 2013
Mohon maaf atas segala kekurangan.. — at Dewan Muktamar,Menara Pusat Islam KL.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment