Friday, 29 November 2013

Gaji oh Gaji!

Sedikit renungan untuk kita muhasabah bersama.

Alhamdulillah, sudah 4 hari kita mendapat gaji untuk bulan ini. Sibuk membayar hutang dan membeli itu dan ini.
Namun pernahkah di antara kita melakukan amalan seperti yang dikisahkan dalam cerita ini. Ayuh sama-sama kita hayati:-

Terkesan dengan kisah seorang tukang kebun yang hanya berpendapatan RM450.00 sebulan
tetapi mampu membesarkan bukan 2,4,6 tapi 8 orang anak!!
Kesemuanya sangat berjaya akademik malah soleh & solehah..masya'Allah tabarakallah

Apabila ditanya ustaz apa rahsia amalan beliau..tukang kebun ini berkata biasa-biasa sahaja, tidak ada apa yang luar biasa.

Hanya menjadi kewajipan beliau, setelah beratur mengambil gaji segera beliau ke surau untuk SUJUD SYUKUR!

Dan yang paling menyentuh emosi, setelah didesak lagi berkongsi amalannya, dengan begitu malu-malu beliau berkata:

"Ustaz...setiap helai not RM50 gaji saya itu, akan saya cium setiap helai, satu persatu, bersama doa:


Ya Allah..aku bersyukur..dengan duit inilah aku dapat beli rumah..
Ya Allah...aku bersyukur..
dengan duit ini dapat beri rezeki pada isteri & anak-anak..
Ya Allah...dengan rezeki-Mu inilah aku dapat besarkan mereka....
Ya Allah...dengan rezekiMu inilah aku dapat sekolahkan mereka...."

Subhanallah!
Setiap not- ciuman & doa..amalan ini dilakukan setiap bulan, setiap kali dapat gaji!
Dan ia hanyalah sekadar 9 keping not RM50.00!!!

Allah ya Allah...
Mungkin rutin kerjanya setiap hari bermain dengan sampah tetapi dalam hidupnya Allah campakkan barakah,
rezeki yang berkat, isteri yang taat, zuriat yang hebat!!!

Jom periksa bagaimana reaksi kita setiap kali dapat gaji?
Sering meratus, merungut-rungut tidak cukup atau tidak henti-henti melafazkan & menterjemahkan syukur??

Perkongsian dari Rancangan
J.O.M Jalan Orang Mukmin 15112013 @ Tv9 yang disampaikan Y.Bhg Ustaz Zul Ramli M.Ghazali

(status fb pada 15112013)

No comments:

Post a Comment